. »

Saturday, December 31, 2011

Doa untuk exam..

Assalamualaikum...

 Bismillahirrahmanirrahim...

******************************** 



Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

Doa Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa Ketika sukar menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

**********doa utk exam************
**********************AYUYati*****************   

Copy paste dr...http://nawkazlufias.blogspot.com/ ^^ selamat beramal..



Tuesday, December 27, 2011

Satay & ayam panggang

Assalamualaikum...

Resepi kali ini adalah permintaan seorang sahabat yang telah bermusafir di rumah saya ketika cuti raya aidiladha baru-baru ini.. Nurul Huda asal dari Kedah..katanya satay yang di makannya sangat sedap..  ok ini resepi akak saya tau.. sangat mudah dan sangat sedap..^^

********************************

memilih laut apa yang nak di masak?
jom xpayah fikir2 lagi..
jom masak satay
Bahan-bahan

1/2 kg gula
1 kotak mancis lengkuas
3 atau 4 batang serai (potong kecil2 utk di kisar)
bawang putih 1 labu
bawang merah  6 ulas
2 ekor ayam.. jika nk buat daging, agak2 la 2 ekor ayam banyak mana utk daging..


Cara-caranya

Blender semua bahan kecuali gula dan daging ler ^^.. gula dan bahan2 blender tadi di tabur atas ayam atau daging dan gaulkan..
 Tabur garam dan gaul rata.. letak dalam peti ais..Perap ayam atau daging 2 jam atau  3 jam.. lagi best kalau kita perap malam, pagi tu bakar.. memang sedap habis la.. esoknya cuma cucukkan daging tersebut pada batang satay dan bakar.. sangat mudah dan sangat sedap..cubalah..!!!





**************SATAY*************
**********************AYUYati*****************   

Friday, December 23, 2011

Hari presentation...^^

Assalamualaikum..

Syukur pada ALLAH..

********************************


Lama tak di update blog ni.. kali ini saya mahu share detik2 paling menakutkan bagi student Landscape architecture (LA).. setiap semester akan ada satu presentation yang agak berat, individual punye keje.. iaitu final project presentation..markah paling besar.. dapat buat yang terbaik yang ni, insyaALLAH besar peluang tuk dapat grad yang baik.. jam kredit yang paling banyak iaitu 6 jam kredit, sangat membuatkan student LA tertekan..mana tak nye, kalau dapat grad rendah, memang bagi kesan pada pointer.. 19/12/2011 detik ini dirakam..


Masa mewarna ada 2 hari jer..  3 box perlu di warnakan.. sehinggakan pencil warna  y pendek perlu digabungkan..malam2 akhir, pasti still up..

Nak hilangkan nervous....

tulis skrip sebagai persediaan nanti present...


kawan2 non-muslim..

tgh baca apa y patut di baca, nervous tunggu giliran

muka2 keletihan menyiapkan final project..sudah 2, 3 hari  tak cukup tidur...

tiba la utk presentation..2 orang panel sedang mencatit markah..

Tip semasa presentation
1. pakai pakaian yang memberi keyakinan pada diri..kerana penampilan yang baik memberi keyakinan pada diri.
2.prepare apa yang patut dipresentkan
3. jgn stress2
4. semasa present,kuatkan suara, tak kira salah ke perkataan d sebut tapi bila di present dgn suara yang kuat dan yakin, membuatkan pemerhati presentation ini akan melihat kita dan suka akan presentation kita tu..
5. berdoa.
InsyaAllah tawakkal pada Allah atas usaha..semoga Allah permudahkan..

***********presentation************
**********************AYUYati*****************   

Friday, December 9, 2011

Usrah Fillah..^^

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...


********************************

Semua sihat? Alhamdulillah sihat, syukur pada Allah kita di beri kesihatan dan kehidupan lagi.. Kali in saya hanya mahu berkongsi satu video.. Kisah Syarifah ini agak sama ngan saya.. tapi saya belum ag berjaya jadi naqibah sepertinya.. InsyaAllah doa2 kan saya.. naqib / naqibah terbaik adalah yang dapat memberi rasa kemanisan pada anak2 usrah apabila bersama, sanggup berkorban wang mahupun barangannya utk mereka.. Jom jadi naqib/naqibah seperti ini.. InsyaAllah..^^




membina semula Islam dalam hati-hati kita..

***********usrah**************
**********************AYUYati*****************  

Friday, December 2, 2011

Perjuangan

Assalamualaikum.. 




Bismillahirrahmanirrahim..


Kata-kata hari ini...


********************************




"Kematian adalah tempat rehat kepada para pejuang . Dunia adalah ladang huma untuk bercucuk tanam. Saki baki usia adalah emas permata hadiah yang waib di manfaatkan untuk bekalan apabila kembali kelat. Matlamatnya tentulah pahala SYAHID disisi ALLAH...^^



***********Perjuangan**************
**********************AYUYati***************** 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...