. »

Wednesday, October 9, 2013

“Apakah yang dimaksudkan dengan cinta..?”

Apa yang dimaksudkan dengan cinta? Edisi khas cinta.. ^^


Apabila orang bertanyakan mengapa ditolak lamaran yang hadir, tidakkah awak telah menolak sesuatu yang sunnah kerana perkahwinan itu kan sunnah? Lelaki yang melamar pun cukup baik dalam agama, kenapa ditolak lagi lamaran tu?”

Betul perkahwinan itu sunnah dan cukup Nabi anjurkan supaya diri terjaga dari maksiat, tetapi jika lamaran hadir ketika kita belum bersedia, patutkah menerima lamaran tu? Dan lelaki tu masih belajar dan hanya mahu melamar saya untuk bernikah selepas dia habis belajar, patut ke kita terima lamaran macam ni?

Lelaki hanya akan bersedia untuk bernikah apabila dia betul2 mempunyai kewangan yang stabil, hati yang mantap untuk menanggung bebanan tanggungjawab yang berat ini, lamaran yang mahu mengikat kita agak lama ini hanyalah cinta nafsu semata2.. Bersediakah kita menghadapi cinta sebelum kahwin tanpa dosa? Kita dah kenal dia siapa, bolehkah hati kita terlepas dari rindu terhadapnya?


Menerima cinta atau memberi cinta pada waktu yang tepat”


Lelaki seharusnya ingat, jangan sesekali memberi cinta pada waktu kamu tahu kamu tak mampu untuk bernikah.  Ramai lelaki mengikat wanita sedangkan dia  tak mampu untuk bernikah ketika itu kerana dia masih belajar, dan hatinya juga tak yakin untuk bernikah dalam pengajian, tetapi dia mahu wanita tu menjadi isterinya.. Jadi dia buat keputusan untuk mengikat wanita itu dengan pertunangan yang lama supaya tiada siapa pun yang akan dapat memiliki wanita tersebut.. bukankah pertunangan yang lama ini seumpama kamu membuka ruang untuk syaitan membisikan jarum2 nafsu dihatimu? Dan cinta rindu yang belum halal yang akan membawa kelembah zina?



Jangan dekati zina


Ini arahan Allah supaya jangan dekati zina.. dekati zina pun tak boleh bermakna kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

Perempuan jangan menerima cinta ketika belum bersedia untuk bernikah. Ramai yang menerima cinta sedangkan dia belum bersedia untuk bernikah kerana khuatir tiada siapa meminangnya nanti selepas ni.. Jika benar awak mampu untuk bernikah semasa belajar mungkin tidak mengapa menerima lamaran tersebut, kerana awak sudah bersedia untuk menanggung bebanan sebagai isteri dan ibu.. kerana ramai sahaja yang bernikah ketika belajar.. kerana perkahwinan tidak akan mengganggu pun pelajaran kerana sampai mati kita perlu menimba ilmu.. Jika lelaki yang masih belajar dan mahu bernikah ketika belajar, ada sahaja yang macam tu, cuma mungkin dia agak berat untuk memengang tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.. mampukah awak menanggung isteri sedangkan awak masih belajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap?



Apakah yang dimaksudkan dengan cinta..”


Masih tak terjawab apakah yang dimaksudkan dengan cinta..“ Cinta ialah apabila kita mencinta seseorang itu, kita akan jaga dia dari dia mendapat dosa, dari dia terkena api neraka, ini bermakna jika kita cinta akan orang yang kita cintai, kita takkan bawa dia ke lembah dosa, kita akan jaga dia supaya dia takkan dapat dosa pun.. itulah di namakan cinta”



Faham tak? Kalau awak cintakan mak ayah awak, awak takkan bawa mak ayah awak ke neraka, begitu juga cinta berlainan jenis, awak takkan buat bakal isteri atau suami ke neraka kan..

Layakkah cinta yang hadir sebelum nikah tanpa secalik dosa pun.. jika tak layak dan tak yakin, jangan sesekali rosakkan diri dengan cinta dosa..


Wassalam sayang

………………………………………………………………………………………………..
CH: ^^ Wahai imamku.. hadirlah dikau pada waktu yang tepat dan dikau sememangnya yang Allah ciptakan buatku.. kerana aku tidak mahu merasai kekecewaan dan dosa kerana cinta yang salah.. amin..
………………………………………………………………………………………………..


Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...