. »

Saturday, January 22, 2011

HIDAYAH ALLAH

KISAH BENAR TENTANG DIRI SAYA <Hidayah Allah>





Saya ada satu cerita yang mungkin boleh dikongsi bersama. Ia mengenai hidayah Allah. Sebelum ni, saya menganggap diri saya sudah mendapat hidayah kerana bagi saya, saya tidak pernah melakukan perkara yang dimurkai Allah. Solat saya terjaga, Al-Quran saya sudah Khatam. Tapi rupanya saya belum mendapat Hidayah Allah. Walaupun saya sudah tunaikan apa yang wajib dan apa yang patut, namun ada yang kekurangan di situ. Bila diimbas kembali semasa saya berusia 7 tahun. Ibu saya telah pun menerapkan nilai agama yang cukup baik. Ibu saya ialah guru Al-Quran di kampung saya, yang sehingga kini masih menjadi guru Al-Quran. Saya disuruh oleh ibu saya supaya memakai tudung dan menutup aurat. Mungkin agak terlalu awal disuruh menutup aurat. Namun , apa yang ibu saya lakukan memang dapat mengawal saya dari terjebak kekancah maksiat. Saya masih ingat, apabila kawan2 sekelas semasa sekolah menengah masing2 ada 'boyfriend' namun saya tidak pula menginginkan begitu. Saya  merasakan perbuatan itu berdosa. Saya juga tidak begitu keluar rumah. Kehidupan saya hanya di sekolah dan di rumah.

Apabila saya memasuki Universiti, saya mula nak bergaya, suka shopping, mahu bercinta. Kehidupan ini agak berlandaskan nafsu, nafsu hendak shopping,dan hendak cantik. Selepas itu, kolej ada mengadakan pemilihan ahli2 baru untuk kelab2 dalam kolej ini. Saya ada menyertai aktiviti kolej ini, Kelab yang berteraskan keagamaan. Ketika itu, saya dilantik sebagai penolong ketua Lujnah Surau.  Perlantikkan yang tak diduga, saya tidak seperti kakak2 yang menyertai kelab ini yang bertudung labuh dan berstokin.   Namun ketika itu saya hanya fikirkan dengan memegang jawatan dalam kelab ini, saya tidak perlu bersusah payah keluar ke kolej lain pada tahun 2 nanti. Niat yang memang tak baik dan kehidupan hipokrit bermula. Setiap kali 'meeting'  kelab ini diadakan saya memakai stokin , berbaju labuh, dan bertudung labuh. Namun, ketika ke kuliah saya memakai seluar jeans dan berbaju  yang  ‘up to date’ yang mungkin tidak begitu menutup aurat. Kehidupan hipokrit berterus, namun memang dalam hati ada sedikit tergerak untuk berubah.

Semasa cuti semester 1, kawan ibu saya iaitu guru Al-Quran saya semasa tingkatan 4,yang baru pulang dari  Tanah Suci untuk menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan menghadiahkan saya stokin dan inai dari Mekah. Semasa itu memang hati saya tergerak untuk berubah. Jadi di sebabkan itu,sebelum memasuki semester 2 saya membeli pelbagai pakaian yang membolehkan saya menutup aurat dengan baik. Mungkin agak lucu bagi orang lain. Saya telah membeli kasut tertutup dan kasut sukan. Saya membeli kasut tertutup dan kasut sukan ini semata2 hendak menutup kaki saya dari terlalu nampak saya berstokin. Tapi itu sahaja jalan yang boleh saya lakukan untuk berubah.

Semasa semester 2 bermula saya mula memakai baju labuh paras peha tapi tetap terlihat ramping pinggang saya dan tidak berstokin. Kekuatan untuk berubah masih tidak kuat lagi ketika itu. Satu hari saya ternampak seorang kakak senior kelab ini. Dia memakai stokin dan bertudung labuh. Walaupun dia membonceng motorsikal, namun kakinya tetap tidak memperlihatkan kulit yang sememangnya aurat bagi wanita. Di situ saya mula mahu untuk berubah lagi. Namun,saya nak berubah tapi persekitaran membantukkan saya. Saya masih lagi tidak diberi kekuatan untuk berubah. Sehinggalah hari sua kenal kelab ini diadakan. Saya seperti biasa memakai baju kurung , bertudung labuh dan berstokin. Petang itu, saya dan kakak2 kelab ini sama2 membakar ayam untuk majlis sua kenal malam itu. Seronok bersama kakak2 yang baik, dan suka berjenaka. Rasa dekat sangat, dan rasa selesa dengan mereka. Esoknya kakak2 ini membawa saya ke taman rekreasi. Cantik sangat tempatnya,tempat orang2 bersenam dan menenangkan fikiran. Di sini mulalah usrah, kakak2 mula bercerita tentang diri mereka. Saya kongsikan cerita seorang kakak ini. Dia mulanya seorang yang akademik sahaja. Hidup di matrix yang hanya ‘study’. Dia tiap2 malam selalu ke masjid. Semasa dalam masjid itu, ada seseorang yang mengajak dia untuk turut serta dalam usrah. Tetapi kakak ini tidak mahu, mulanya dia fikirkan nak ‘study’ sahaja buat apa mahu sertai ushrah,usrah ini mungkin menganggu 'study'nya nanti. Tamatnya pergajian di matrix, kakak ini menyambung ijazah pula. Di universiti,kakak ini ke masjid untuk menunaikan solat. Pakaian kakak ini hanya t-shirt agak pendek dan tidak berstokin. Pada ketika itu,ada seorang hamba Allah di dalam masjid itu menegurnya. “ Pakai pakaian begitu, macam mana hendak solat”. Di situ mula dia terfikir , kalau solat aku tutup semua, apatah lagi dengan manusia yang sememangnya patut aku menutup aurat.  Di situ mulalah dia menyertai usrah dan mula memakai stokin. Kain tudung juga yang dulu suka dipakai pendek, mula dilabuhkan. Semakin dilabuhkan, semakin dilabuhkan hingga kini tertutup dengan baik.

Selepas itu, giliran saya pula untuk bercerita tentang diri saya. Saya cerita yang sebenarnya, saya masih belajar untuk berubah, memang saya mahu berubah tapi persekitaran mungkin agak susah. Saya mahu berstokin, namun saya agak susah untuk memakainya. Semasa saya bercerita,tiba2 saya rasa ada air yang mencurah ke pipi saya. Saya menangis, saya pun tidak tahu, air mata saya mencurah sendiri. Perasaan saya ketika itu sangat lain. Saya sedih, saya rasa memang dunia saya yang dulu salah. Kakak2 menenangkan saya, dia menceritakan tentang islam. Mungkin ramai yang islam, tapi islamnya tidak sebetul islam yang sepatutnya seperti Allah mahukan. Yang paling saya faham, ada dua golongan islam pada akhir zaman ini,golongan pertama islam yang melakukan seperti tuntutan Allah, menutup aurat yang betul, dan melakukan perkara yang wajib,syurgalah baginya. Golongan islam kedua yang memang solat tidak pernah tertinggal, selalu memakai tudung, tapi pakaiannya tidak sebetul yang patut di tutup. Golongan ini sangat rugi, apa yang di amalkan tidak mendapat apa pun. Sungguh rugi golongan ini. Saya terima dan saya faham mengenai islam sekarang. Saya tidak mahu tergolong dalam kalangan yang rugi. Destinasi saya ialah syurga Allah. Saya bersyukur kerana mendapat Hidayah Allah ini. Kalau dulu saya fikirkan berstokin tidak wajib, sekarang saya wajibkan. Fahamilah islam, islam itu indah, cukup indah. Sebenarnya kita telah dicemari dengan pelbagai pemodelan sehingga islam yang sebenarnya semakin jauh.  Sekarang saya mula memakai stokin , bertudung labuh dan berbaju labuh. Mungkin saya nampak hipokrit yang secara tiba2 berubah begitu, ramai yang mungkin akan terperanjat tapi kekuatan telah memberanikan saya berubah. Alhamdulillah.. Banyak yang boleh saya kongsikan, tapi cukup sekadar ini untuk waktu ini. Renung-renunglah tentang Hidayah Allah, semoga anda juga mendapatkannya. Doakan saya dapat berubah sebaik perubahan, dan semoga saya dapat kekal ia sehingga ke akhir nafas saya. Ilmu yang di tuntut tidak akan berakhir, walaupun nafas sudah berada di halkum. Di harap perkongsian saya ini dapat  memberi manafaat untuk anda semua.

Wasalam....

Saturday, January 15, 2011

Dari Kaca Mata Lelaki

Dari Kaca Mata Lelaki


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….

p/s: artikel ni copy paste.. maaf xde link..^^ harap bermanfaat




Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...