Wednesday, March 19, 2014
Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta..
Assalamualaikum
WBT..
Kali ini
CH tergerak utk share mengenai cerita sebenar yg CH
alami sendiri bagaimana cinta berlainan agama ni sehingga mahu peluk Islam..
Cerita
ini bermula dengan sesi baru pelajar yg dikira junior CH yg baru mendaftarkan
diri sbg student course CH ambil ni.. Pada masa tu CH tahun 3 dan kami student
tahun 3 perlu handle adik2 baru ni n handle satu program utk mereka selama 3
hari.. Kira sesi sual kenal bersama adik2 baru n seluruh warga course CH, n
batch CH perlu jd AJK handle program ni.. Nak jadikan cerita kawan classmate CH
lelaki Chinese jatuh cinta pada seorang junior perempuan Melayu.. Bila dia
jatuh cinta tu dia memang cuba pikat perempuan tu hingga perempuan tu terjatuh
cinta juga pada dia..
Pada masa
tu mereka mula couple, tapi tak diketahui ramai sekadar msg dan keluar makan..
tapi kami sebagai classmate memang pelik kerana terserempak mereka makan
bersama di satu kedai makan.. pada waktu tu dia tak dapat sorok lagi, dan
cerita cinta mereka diketahui ramai.
Lebih
beberapa bulan , atau satu semester mereka bercinta namun akhir cinta mereka
putus. Pada waktu tu lelaki Chinese ni
macam berubah lain. Nampak hidup yang kelam kabut dan stress. Dalam satu
semester selepas tu, mereka sambung balik bercinta. CH agak terkejut, macam
mana boleh sambung bercinta balik ni.. Lelaki Chinese ni datang pada CH dan
kawan2 Melayu CH dan dia bercerita mengenai masalah dia.
“Saya
cintakan dia. My aunty nampak kami keluar bersama, jadi my aunty bagitau my mum
pasal saya, my mum terasa pelik takut saya bercinta dengan perempuan melayu dan
tukar agama. Dia suruh saya putus dan tinggalkan dia. Saya sayang dia, kalau my
mum tak bagi, saya dah rancang nak bawa dia nikah lari, saya convert agama, dan
masuk Islam pastu kami kahwin, lepas ada anak saya akan balik semula pada
family saya.. saya yakin dia pasti terima kami sebab dia dah sejuk tengok kami
sekeluarga nanti.. saya yakin macam tu.”
CH dan
kawan2 CH nasihatkan dia jangan buat macam tu, “fikir baik2.. dan betulkan
niat, adakah awk nak masuk Islam kerana dia.. kalau sebab kerana dia, apabila
cinta itu hilang, awak juga akan hilang cinta pada agama Islam. Betulkan niat
awk..”
Dia
terdiam….
Imbas
kembali kenapa mereka boleh sambung balik.. Lelaki Chinese ni bercerita yang
dia tak boleh hidup dan kehilangan perempuan macam tu.
“Saya
pasti menyesal kehilangan dia.. Sebab tu saya sungguh2 dan tak putus asa pujuk dia balik.. Kenapa kami putus dulu kerana masalah berlainan
agama. Masa tu dia cuba pertahankan, tapi saya putus asa sebab kami berlainan
agama,saya tak tahu nak cari jalan macam mana nak selesaikan dan saya buat keputusan untuk putus. Kali ini
saya cuba pujuk dia balik dan memang dia jual mahal dan tak nak saya balik tapi
saya pujuk-pujuk, dan tak putus-putus asa, dia terima saya balik. Tapi saya
risau dia pulak yang akan putus asa kerana tiada jalan untuk selesaikan masalah
kami yang berlainan agama ni..”
CH
bertanya dia “awak sayang dia sangat?”
Lelaki Chinese
tu jawab “CH…. Saya sayang dia sangat2, sebab tu saya mahu peluk Islam”
CH
terdiam, tak tahu nak cakap apa..
Disebabkan CH rasa kasian pada dia, CH tanya seorang sahabat CH yang uruskan
mengenai mualaf di U CH belajar ni.. Sahabat CH bgtau macam mana..
“Ramai
yang mahu peluk Islam kerana cinta. Tapi bila dia masuk kuliah dan faham Islam,
dia berubah dari cinta kepada memang mahu peluk Islam”
CH buat
keputusan memberanikan diri untuk bagitau lelaki Chinese tu, tapi CH tak boleh
sebab dia lelaki, dan nak cakap personal, sgt2 susah.. jadi CH jumpa junior CH
yang kawan lelaki Chinese CH suka tu.. CH bagitau pasal kuliah mualaf tu, suruh
lelaki tu cuba hadirkan diri.. tiba-tiba adik tu tanya CH..
“Kak, tak
pe ke dia nak peluk Islam kerana saya”
CH
terkedu, CH bukan orang yang arif soal ni, bukan CH, CH hanya wanita yang jahil
dan belum banyak ilmu lagi...
“Kak ada tanya
sahabat kak, dia bagitau, memang ramai yang nak peluk Islam kerana cinta.. Adik
cuba bantu dia bawa dia faham Islam.. Adik tarik dia..”
“Terima
kasih kak”… Kata adik tu..
Selepas
CH cuba bantu mereka, CH rasa lega sangat2.. Tapi CH tak tahu sama ada dia
betul2 ada ikuti atau tak kuliah tu.. CH tak tahu, seperti tiada perubahan pada
lelaki tu..
Apa2 pun
sahabat.. doakan mereka moga Allah berikan hidayah buat lelaki Chinese ni untuk
peluk Islam kerana betul2 jatuh cinta dengan Islam bukan kerana perempuan
melayu tu..amin.. insyaAllah
……………………………………………………………………………………………………
Cinta
berlainan agama kenapa tak boleh?
Dalam Islam
jelas rukun nikah…
Syarat Sah Nikah
Islam
Lelaki
yang tertentu
Bukan
lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui
wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan
dalam ihram haji atau umrah
Dengan
kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak
mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui
bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri.
Islam
Perempuan
yang tertentu
Bukan
perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan
seorang khunsa
Bukan
dalam ihram haji atau umrah
Tidak
dalam idah
Bukan
isteri orang
* Jadi terbatal
syarat sah nikah jika tiada seperti ciri2 diatas..
………………………………………………………………………………………………....
CH: cinta
itu sungguh buta,tapi hanya Cinta pada Allah yang akan membawa kita ke cinta
yang berlandaskan cinta yang betul.. Cinta Allah sungguh2, Allah pasti
hadiahkan seseorang yang cintakan kita sungguh2 juga cintakan Allah.. ^^ maafkan CH, atas segala silap dan salah CH
sekiranya sahabat ada terguris pada post CH di blog ni.. maaf..
Wassalam
sayang~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)
2 comments:
inshaAllah kalau betul niatnya, akan dipermudahkan jalannya :)
amin.. kita sama2 doakan.. insyaAllah.. Allah permudahkan.. ^^
Post a Comment