Bahan-bahannya
Cara-caranya:
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan diulikan sehingga menjadi doh.
dalam proses.. |
Bicara cinta Allah , dan Rasulullah SAW.. serta cinta setelah Allah dan Rasulullah SAW..
dalam proses.. |
“Ya Allah,janganlah Engkau hukum aku dgn sebab (pujian) yg mereka ucapkan,dan ampunilah aku dari (perbuatan dosa) yg tidak mereka ketahui (dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yg mereka sangka)”- (HR. Bukhari)
CH ni seperti kalian yang musafir di bumi Allah ini, mencari Cahaya Hidup untuk mendapat cinta Ilahi.. Jangan anggap CH ustazah, CH hanya pencinta ilmu yang suka untuk berkongsi ilmu sebagai ingatan untuk diri CH.. apabila CH makin jauh, CH datang ke sini dan membaca semula setiap penulisan CH.. jika boleh diambil pengajaran buat sahabat2 semua.. itu adalah kuasa Allah untuk gerakkan hati sahabat utk ke sini..
Ukhwah Fillah ^^
Nak mengetahui tarikh lahir sahabat-sahabat dalam bulan Islam.. silalah ke link ni..
http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php?mode=ger-hij&day=
^^ Sahabat Kalendar Islam ialah Kalender Hijriah yang telah mantap pada saat Rasullulah SAW masih ada, bahkan bagindalah yang memperbaiki Kalender Arab Pra-Islam menjadi Kalender Hijriah. Sama-samalah kita memartabatkan kalender Islam~
“Ya Allah.. Jika sesuatu itu adalah buruk buatku, jauhilah ia dariku.. dan jika sesuatu itu baik buatku, dekatlah ia denganku.. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam setiap langkahku, dalam setiap apa jua kerja yang aku lakukan setiap saat..
Jauhilah aku dari sikap buruk, pendedam, pendusta, mengumpat, memburuk-burukkan orang, mengfitnah, menganiaya orang, gilakan harta dan apa sahaja yang buruk yang Kau murkai..
Permudahkanlah aku Ya Allah segala urusanku dunia dan akhirat.. Makbulkanlah segala doa-doaku dan dia.. Jauhilah aku dan dia dari kelalaian dunia.. Panjangkanlah usia kami, semoga usia yang tersisa ini dimanfaat untuk Islam, Engkau permudahkanlah untukku dan dia diketemukan, dan satukanlah aku dan dia..
Jadikan ibu bapaku, keluargaku,dia dan aku Ya Allah salah seorang hamba-Mu yang soleh dan solehah yang ikhlas beribadat kepada-Mu.. amin, Ya Rabbal’almin..”
“Ya Allah.. jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu…
Ya Allah,Maha mendengar, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati, seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatilku padanya, agar tidak berpaling daripada hati-Mu..
Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”
“Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..?
Ibnu al-Qayyim menjawab,
"CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU.”
Imam Syafie pula menjawab,
“… Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita …”
Berkata Imam al Khatib semoga Allah Ta'ala merahmatinya :
“Hendaklah penuntut ilmu itu menjauhi bermain dan kerja yang sia-sia, silih berganti ketawa, terbahak-bahak, melakukan perkara-perkara ganjil dan selalu bergurau. Adapun ketawa yang sedikit adalah dibenarkan asalkan tidak keluar dari batasan adab dan tatacara menuntut ilmu. Dan banyak ketawa serta bergurau ini boleh mencacatkan kedudukan seseorang dan boleh menghilangkan maruahnya.”
'Amr bin al-'Ash (seorang sahabat Nabi SAW) berkata, "Seseorang hanya menuai penyesalan daripada sikap tergesa-gesa"
Dari hadis lain, Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Sahl bin Saad as-Sa'idi bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sikap bertenang adalah daripada Allah,dan sikap tergesa-gesa adalah daripada syaitan."
“Ya Allah, jauhilah diri ini dari sikap ini.. amin.."
Hadis Riwayat Muslim drp Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"maksudnya : jika engkau ditimpa sesuatu, jgnlah engkau berkata, "Andai aku berbuat begini, pasti tidak akan terjadi seperti ini" . Akan tetapi ucapkanlah, "semua ini telah ditentukan oleh Allah. Dia bebas melakukan kehendak-Nya". sesungguhnya kalimah "ANDAI" hanya akan membuka pintu syaitan.
~Sahih Muslim, Kitab al-Qadar~
No comments:
Post a Comment