|
contoh sahaja..(= |
Coretan khas hari lahir saya!
2 April…
Tiap2 kali tarikh ini dalam fikiran saya.. “aku dah bertambah umur lagi, cepatnya”
Cepat sungguh hidup ini, pejam celik saya dah 21 tahun hari ini, rasa baru jer bersekolah tadika, baru jer darjah 1,semua ini masih segar dalam ingatan..
“Ayu, cepat gi skolah” ma berteriak pada aku dalam lorak bahasa Kelantan.. Aku ketika itu masih lena tidur..
Masih lagi aku ingat, ma menggosok gigi aku tiap2 pagi semasa aku berumur 7 tahun iaitu ketika awal persekolahan darjah 1. Aku cuma memejamkan mata kerana terlalu mengatuk.. Ma yang tak pernah jemu dan lelah menjaga aku, sanggup buat apa sahaja untuk aku. Lama-kelamaan aku dah biasa bangun pagi.
Satu hari itu, cikgu menyuruh aku mengarang satu karangan yang bertajuk “sayang ibu, sayang ayah”.
Aku tanya ma “ Ma, ayah tu apa? Siapa ayah Ayu, nak tulis pasal ayah macam mana?”
Ma jawab “Abang Ju tu, tulis pasal abang Ju”..abang ju ialah abang aku yang no 2.
Aku tahu ma cakap macam tu supaya aku dapat menulis karangan aku itu. Aku tak pernah faham apa itu erti ayah dalam kehidupanku. Aku di lahirkan tanpa ayah sejak aku kecil lagi. Ma cakap aku ditinggalkan ayah aku semasa berusia 4 bulan. Apabila dah remaja, baru aku faham apa itu erti ayah. Tapi aku tak kisah walaupun aku tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah pun, aku bahagia dengan kehidupanku dan kasih sayang ma.
Aku adalah anak bongsu dari 6 adik-beradik. 2 abang dan 3 kakak, abang2 aku adalah anak pertama dan kedua, dan anak ketiga hingga keenam semuanya perempuan. Sebab itulah aku terlalu manja dan terlalu kewanitaan. Kadang2 aku tak suka orang menganggapku manja. Aku tak manja sebenarnya, cuma persekitaran yang terlalu ramai perempuan menyebabkan aku tidak ada sedikit pun kekerasan pada diri aku lebih2 lagi aku tidak ada ayah. Sebab itulah aku tidak ada langsung sifat kekerasan dalam diri. Pernah semasa sekolah menengah, budak2 lelaki memanggilku gedik, tak tahu la mana gediknya aku. Mungkin sifat aku yang tak ada kekerasan menyebabkan mereka memanggilku gedik. Tak sukanya!
Disebabkan itu ,aku pun menyertai kelab taekwondo. Aku nak jadi keras la sikit. Masa tu aku tingkatan 4. Selama 4 bulan aku berlatih , belajar teknik mempertahankan diri ini. Cikgu Taekwondo aku menyuruh aku dan kawan2 aku untuk menyertai pertandingan taekwondo peringkat negeri. Cikgu cakap lawan kita akan dikira ikut berat badan. Aku baru sahaja memiliki tali pinggang kuning 1, rasa tak layak berlawan. Tapi aku ‘join’ jugak!
Hari pertandingan itu, pesaing aku ialah Cina, perempuan yang tinggi dan bertali Merah Hitam. Aku dah mula gelabah, Merah Hitam kot. Tapi memang betul, tak sampai 2 minit aku dah disepak olehnya tepat pada muka. Fuh, sakit! aku nangis kat situ jugak, malu betul. Muka aku lebam, balik rumah tu ma aku marah dan tak benarkan aku menyertai kelab Taekwondo itu lagi. Aku lepas tu, tak pergi dah latihan Taekwondo,apa ma cakap mesti aku patuhi. Aku redha, memang lemah lembut takkan keras la punyer sertailah apa2 pun. Biarlah !
Tapi sekarang baru aku sedar,lemah lembut adalah sifat wanita, jadi aku gembira sebab aku memiliki sifat ini. Sahabat2 baik aku menggelarkan aku sebagai “perempuan Melayu terakhir”.. Boleh la terima!
Abang2 aku dan kakak2 aku semua dah kahwin , kecuali aku. Jarak umur yang terlalu jauh menyebabkan aku keseorangan. Kakak no 5 beza 4 tahun dengan aku. Sekarang dah beranak 1, baru jer kahwin pada tahun 2009. Pada 25 Mac baru2 ini, aku telah mendapat anak saudara baru, lelaki iaitu anak abang Long. Tak sabar nak balik Kelantan tengok muka dia. Nak tunjuk juga muka Mak su ni, takut dia tak kenal aku Mak Su dia nanti. Dah bertambah anak buah, dah masuk 8 orang dah.
Cerita pasal aku pulak. Aku kalau tiap2 kali keluar rumah , aku akan keluar dengan ma, aku takut keluar sorang. Biarlah orang fikir anak mak ke. Pernah kot jumpa kawan ma, kawan ma tegur.
“Anak ke ni” kawan ma..
“Anak la ni,anak bongsu ‘kakwe’ la ni” ma jawab.
“Boleh buat menantu la, dia sorangkan tak kahwin lagi,lawa dah anak bongsu Kak Som yang kecil dulu. ‘Jurus’ budaknya” kawan ma cakap.
“Boleh sangat, InsyaAllah” jawabnya ma..
Malu aku dibuatnya. Kadang2 jadi anak bongsu ni tak best jugak, lagi2 bila kita jer yang tak kahwin lagi. Baru jer 21 tahun kot, tak sedia lagi . Tapi kalau dah tersurat Qada’ dan Qadar aku tak mampu nak halang.
Aku dianggap ‘jurus’ atau budak baik kerana sejak Tadika lagi aku bertudung. Ma pernah cakap kat aku, nasihat yang akan aku ingat sampai bila2.
“Ayu tak boleh pakai ketat2 tau, Ayu kan anak ma”
Ingat lagi, aku pernah buka tudung, tak silap darjah 4 masa tu. Aku panas sangat sebab main lumba2 basikal dengan kawan2. Jadi aku buka tudung dan pakai skaf jer. Tiba2 jiran2 kampung aku bersuara.
“Tu bukan anak Kak Som, tak pakai tudung ?”
Aku yang dengar masa tu terus pakai tudung. Aku tak nak nama ma buruk kerana aku. Sehingga sekarang berkat ajaran ma aku kekal bertudung, dan paling istimewa, tahun ni aku bertudung labuh dan menutup aurat seperti tuntutan agama . Bahagia rasanya maruah terjaga!
Aku pernah buat ma menangis. Masa tu aku berusia 7 tahun. Ma nak ajar aku mengaji Al-Quran, ma aku adalah guru Al-Quran di kampong aku hinggalah sekarang masih menjadi guru Al-Quran. Aku cakap kat ma:
“Ayu tak nak mengaji la ma”
Ma aku nangis, aku tak faham ketika itu, yer la, aku budak2 jer masa tu. Tapi Alhamdulillah berkat ma ,aku dah khatam Al- Quran. Guru Al-Quran aku, termaksud ma lebih kurang 4 orang kot. Termaksud kawan baik ma pun pernah jadi Guru Al-Quran aku juga. Aku tahu ma nak yang terbaik, jika ma sendiri ajar, mesti aku tak takut. Yer la, budak2 mana takut kat orang yang dia dah kenal. Lagi2 ma yang baik dan manjakan aku tu. Mesti ma tak sanggup rotan aku lebih2.
Cakap pasal rotan, aku dah banyak kali kena rotan kat ma, aku seorang yang iri hati semasa kecil dulu, masa tu umur 6 atau 7 tahun,aku dengki kakak ada kawan,aku memang tak ada kawan, sebab kat kampong tu tak ada sebaya aku. Aku dengki sangat, aku baling kawan kakak dengan kayu. Kayu tu kecil jer, besar jari telunjuk jer. Nangis kawan kakak. Ma bawa aku balik dan rotan aku. Aku nangis la,dan tak buat lagi benda buruk tu.
Ingat jasa ma yang tak dapat nak balas. Enam orang anaknya, ma jaga sorang2 jer. Aku masih ingat lagi, tiap2 kali aku mengenangkan kisah ni, aku mesti nangis. Masa aku kecil dulu, aku demam. Ma tak tidur malam tu. Aku muntah sampai habis satu badan kena muntah. Ma bangunkan aku, dan basuh muntah aku tu. Aku tiba2 tertengok tingkap rumah dan cakap kat ma.
“Ayu takut la ma”
Ma baca yasin sampai pagi. Ma tak tidur pagi tu. Air mata aku pasti akan jatuh bila mengenangkan kisah ini. Itu belum kira lagi jasa ma yang membesarkan aku sampai jadi insan berguna sekarang.
Nama Nurhayati diletakkan oleh Pak Su aku. Ma nak sangat letak nama aku Ayu. Tapi Ayu tak ada maksud ikut bahasa Arab, jadi ma letaklah Nurhayati tapi panggil Ayu. Nurhayati maksudnya “cahaya hidupku”. Cantik sangat maksudnya. Kawan2 baik kat Kelantan semuanya panggil aku Ayu, tapi di Universiti nama Ayu tu dah tak ada, sebab tak ada siapa pun kat sini kenal aku,jadi nama Yati lebih sesuai. Aku masih ingat lagi, darjah 6 masa tu,tak tahu la, kenapa la budak laki ‘jealous’ sangat dengan aku. Diorang cakap macam mana.
“kau perasan lawa,nama Nurhayati panggil Ayu”
Sebab tulah aku panggil Yati kat sini. Sebenarnya sejak tingkatan 1 lagi aku nak tukar panggil Yati. Tapi masa tingkatan 1,kawan sekolah rendah aku ketika itu satu kelas dengan aku, menyebabkan nama Ayu tu kekal. Jadi kat sini tak ada siapa yang kenal jadi nama Yati dah boleh guna. Hanya family dan kawan2 baik jer akan panggil aku Ayu. Ada perbezaan panggilan,best jugak!
Orang yang paling aku sayang semestinya family aku. Paling aku sayang, semestinya ma aku. Ibu yang terlalu banyak jasanya dan terlalu baik. Jom doa sama2:
“ Ya Allah panjangkanlah umur ma, angkatlah darjat ma, berikanlah petunjukMu setiap saat pada ma, berilah RahmatMu pada ma, jauhilah ma dari api neraka, tenangkanlah hati ma selalu, berikanlah rasa bahagia pada ma, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau makbulkan segala doa2 ma.. Kau makbulkanlah segala doa2 ma… Kau makbulkanlah segala doa2 ma setiap saat…. Dan doa ini…Amin2 Ya Rabbal ‘Alamin….”
Rasanya sampai sini jer la coretan ini.
Ini adalah Hadiah hari Lahirku Buat pembaca Blog..
Coretan cukup istimewa bagi saya buat tatapan semua..
Wassalam..
<AYu>
Lahirnya Nurhayati..
2 April 1990, hari Isnin bersamaan 6 Ramadhan 1410 hijrah. Pada ketika itu, semua orang bangkit untuk bersahur, tetapi saya mahu keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia ini,serta untuk menjadi salah seorang khalifah Allah di bumi Allah ini. Tepat jam 2.55 pagi, saya selamat dilahirkan. Hampir satu bulan ibu saya perlu mengantikan puasa kerana kelahiran saya itu. Itulah pengorbanan seorang ibu yang cukup tidak ternilai harganya.