Wednesday, June 29, 2011
cerita mangga dan durian
Rasanya dah hampir sebulan saya di kampong. Sekarang ini adalah musim buah-buahan. Di kawasan rumah saya terdapat pelbagai pohon buah-buahan yang sekarang telah berbuah sakan. Bercakap pasal buah-buahan ni, sudah semestinya buah durian yang paling digemari oleh semua orangkan. Nak tahu cerita orang2 tua mengenai buah-buahan… Di sini saya sediakan diolag antara saya dan ibu saya…
\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/
Ketika ini saya sedang mengemas rumah dikawasan dapur. Mak saya baru sahaja tiba di dapur dengan sebakul buah mangga.
“Buah pauh tak dop dah, tak berapo nak luruh dah.” Kata mak saya, ini lorak bahasa Kelantan yer..(“Buah mangga dah tak ada , dah tak banyak yang gugur sekarang”)
“Tak dop dah tu kali buah atas pokok tu ma” saya jawab apa yang mak saya katakan tadi. (“Dah tak ada buah kot kat atas pokok tu ma…”)
“Ada blana la, tapi tokse luruh.. dia malu la tu, sebab musim buah durian luruh loni”… kata mak saya .(“Banyak lagi buah atas pokok tu, tapi tak mahu gugur jer, dia malu la tu, sebab sekarangkan musim buah durian gugur”)
“Malu bakpo pulok ma? Hehehe lucu la”…. Kata saya, agak kelakar dengan kata2 ma tadi.. (“Pesal pulak nak malu ma? Hehehe kelakar la….”)
“Kata orang2 tua dulu, buah pauh malu dah la nak luruh , sebab buah durian luruh loni, nak wat gano, buah durian luruh bunyi deras.. pauh koho jah.. tu yang malu…”kata mak saya. (“kata orang2 tua dulu, buah mangga malu nak gugur,sebab sekarang musim buah durian gugur, nak buat macam mana, buah durian sekali gugur bunyinya kuat… buah mangga sekali gugur bunyi pelahan jer…sebab tu dia malu”)
“Lucu la ma, mana ada gitu. Tak caya la…hehehehe…”kata saya… (“Kelakar la ma, ada ke macam tu. Tak percaya la…hehehehe…”)
“Sungguh … buah durian luruh bunyi ‘gedebuk’… buah pauh luruh bunyi ‘peh’ jah.. bokali durian kata , aloh mu slow jah bunyi, tengok aku deras bunyi… buah pauh pom malu… tak luruh2 la… orang2 tua kata la… tapi betul jugak, sebab ma ada temu buah pauh kecut gitu jah atas pokok.. tokse luruh.. ma try kait, tengok2 kecut dah eh.. tak leh make juga..hehehe… orang2 tua kata kadang2 betul juga..” kata mak saya…(“Betul.. buah durian gugur bunyi ‘gedebuk’… buah mangga gugur bunyi ‘peh’ jer.. mungkin durian kata,kau bunyi pelahan jer,tengok aku bunyi kuat.. buah mangga pun malu nak gugur lagi… tu kata orang2 tua…tapi betul juga, sebab ma pernah jumpa buah mangga yang mati atas pokok.. tak mahu gugur… ma cuba jolok , tengok2 dah buruk buah tu…tak boleh nak makan juga buah tu…hehehe..kata orang2 tua kadang2 betul juga”)
“Lucu la ma cerita orang2 tua ni.. hehehe…” kata saya…
Betul ke tak cerita ni, cuba-cuba la intai buah mangga ya… tengok, samada gugur ke tak.. atau memang tak gugur sangat semasa musim buah durian ni.. hehehe…….\(^_^)/
Diolag antara buah durian dan buah mangga….
Buah mangga gugur… ‘pehhhh………..’
“kau mangga, bunyi pelahannya, tengok aku…” …. Gedebuk…………. “hahahaha….. tak payah gugur la kau, tak malu ke, pelahan jer bunyi kau kalau kau gugur pun… aku lagi kuat bunyi dari kau…hahaha………….” Kata durian dengan sombong…
“Malunya aku, tak nak gugur lagi la… biar la aku mati atas pokok jer… uhuk uhuk sedihnya….” Kata mangga
Erm………seronok juga dengar cerita orang2 tua ni… kadang2 faktanya betul tau.. tapi cerita yang saya kongsikan ni, mungkin untuk jenaka sahaja.. tapi di sini boleh diambil tauladan iaitu
“Janganlah kita sombong walaupun kita lebih bagus dari orang lain..”
“Jangan membangga diri, itu sifat syaitan laknatullah..”
“Jangan kita tewas walaupun dicaci maki, teruskan usaha dan kuatkan semangat”
Mangga2… jadi jika kita disituasi mangga , kita cuba kuatkan semangat,teruskan usaha baik kita itu, kerana malu kita sanggup mati sia2.. itu sangat tidak elokkan..sepatutnya, jika mangga tetap menggugurkan buahnya, bolehlah manusia dan hidupan lain memakannya..tidak la ia mati dengan sia2.. jika kita sedang dalam da’wah, dan da’wah kita dihalang, kita nak terus mengalah ke? Terus tak nak teruskan da’wah kita itu ke? Sia2 sahaja ilmu yang kita ada kerana dicaci terus mengalah.. dan kita mati tak dapat apa2 pahala pun..kerana ilmu yang kita miliki itu disimpan untuk kita sahaja.. sungguh sia-siakan..hidup kita di dunia ini adalah untuk mendapat redha Allahkan, dan di akhirat pula untuk mendapat syurga Allah.. jadi betapa kita dihina dan dicaci, kuatkan semangat.. berjuanglah kerana Islam, kerana agama Allah dan demi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW…
Semoga cerita yang saya kongsikan ini dapat memberi tauladan… jenaka tu jenaka juga, tapi pengajaran tu penting…okey…. \(^_^)/
Wassalam………….
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)