. »

Thursday, April 26, 2012

Kesusahan itu..

Mengejar waktu ketika itu
Tapi masa lebih laju dari aku
Terpaksa aku mengalah dengan takdir
Di situ wang dibuang begitu sahaja

Kesusahan siapa tahu
Di tanggung diri ini tak perlu belas kasian
Ibu yang lelah berusaha untuk aku
Tak dapat aku membalasnya
terlalu besar pengorbanan seorang ibu
Aku adalah harapan semua..

Wahai roh jihad!
Ke mana engkau?
Dunia ini adalah godaan syaitan
Malas itu permainan syaitan
Mungkin bersenang lenang itu
Menjadi kesukaan semua orang
sebab itu, malas itu sentiasa menjadi hiasan diri.
Sedarlah diri!
Kau sedang leka sekarang!
Kebencian itu bukan sebab kau biarkan
Mungkin sesuatu yang kau benci ada kebaikan
dan sesuatu yang kau cintai ada keburukan
Ayuh cintai ia, gembiralah dengannya..

Wahai diri!
Ke marilah keimanan
Ke marilah kesedaran
Buangkan tidak yakin
Maju kehadapan..!!!

Usaha untuk kejayaan
demi Allah
demi Allah
demi  Rasul-Nya

semoga dipermudahkan Allah segalanya..amin..


p/s: ayuh sahabat berusaha untuk  berjaya!!! Detik-detik mood semakin menghampiri exam semua! ^_<

Wednesday, April 25, 2012

Sayang korang!!!


Assalamualaikum…

Tersedar Cahaya Hidupku yang Cahaya Hidupku terlalu straight kan kat blog ni.. Urm nape yer, huhuhu


Wahai kau sahabat yang ku sayangi.. >.< CH nak puitis ni jangan loya pula…
Oh sahabat terima kasih kerana setia bersama CH,
sungguh CH gembira sahabat terima CH seadanya
walaupun CH ni terlalu kasar dengan korang..

Oh sahabatku,
sesungguhnya CH hargai korang kerana sudi datang ke blog CH ni,
Walaupun korang datang seperti kilat
mana tak macam kilat huhu
tulis kat shoutbox ‘follow balik ek’ >.<
pastu terus tak datang-datang
tapi CH hargai, sebab korang datang la juga kan
ala sedih la pula nak nangis terharu la kat korang..
Sob,sob
Sahabat,
terima kasih kerana sudi komen kat sini
CH tahu yang baca saja2 tak komen pun ada
CH tetap hargai
Korang baca pun CH suka sangat
baca tajuk jer pun CH dah suka sangat-saaaanngaaaat…
CH sayang korang sangat,
Ala touching la pula,
CH harap blog CH yang tak seberapa ni ada la manfaat buat korang
CH harap korang gembira datang sini yer..
Suka tak?
cakap suka juga  hik3

CH tahu kadang2 blog CH suka post cinta
banjir dengan cinta,dan post bidadari2
sebab CH dikelilingi cinta dan bidadari,
sebab tu blog CH banyak cinta dan tentang bidadari
kalau nak tulis pasal bidadara,eh bukan, pasal imam2 susah juga
Kasian imam2 kita, sebab tu diorang tak nak datang sini
tak pe tak pe, CH akan plus2 kan pasal imam2 semua yer
jangan merajuk yer..
Blog CH Plus-plus cinta >.<
Tapi tak pe,CH akan tambahkan cinta di blog ni..
22 yang plus2 cinta >.<
Sahabatku..
CH rasa tu jelah..
Touching tak?
Cakap touching jer >.<
terima kasih sebab touching dengan puisi ni..
dan sudi baca
Sayang korang..
tak pela tak de apa-apa dah kot

salam sayang !


Wednesday, April 18, 2012

Kisah Si Buta dan Si Kudung

Arini dengar cerita ekk.. bukak telinga semua.. >.<
bukan buah rambutan ni ekk >.<
gambar xde kaitan abaikan..

Satu hari si cacat yang kudung kakinya telah bersiar-siar dan dia telah melalui satu kebun yang telah berbuah rimbun dengan bermacam-macam buah.. Terlihatkah dia akan buah rambutan, yang masak ranun berwarna merah..dia yang kudung kaki pasti tidak sampai untuk mengambil buah tersebut..

“ Macam mana nak ambil ni?” Keluh Si Kudung ini..

Tiba-tiba lalu Si Buta yang terkapai-kapai dengan tungkatnya itu..
Terfikir akan Si Kudung untuk meminta bantuan si buta..

“Si Buta, tunggu aku mahu minta tolong”
“Tolong apa Si Kudung?” Tanya Si Buta itu..
“Tolong angkat aku, aku akan panjat bahu kau, aku mahu ambil buah rambutan”

Si Buta pun menundukkan belakangnya, dan selepas Si Kudung naik kebelakangnya Si Buta pun bangunlah..

Sekarang Si Kudung dapat mengambil buah rambutan itu.. Dia gembira sangat..
Tetiba …………………

“Woi..curi buah rambutan aku.. Tak padan dengan buta , tak padan dengan kudung .. Boleh lagi mencuri..”

“Saya tak curi, saya tak curi..” Kata Si Buta..
“Tak curi apanya, sama ajelah kau , sebab kau la Si Kudung ni dapat curi rambutan”

Hehehe..

Samalah kita, jika kita fikir, kalaulah kita memilih pemerintahan yang salah, dengan kita-kita di angkut ke neraka, kerana kitalah dia dapat jawatan pemerintahan itu..Jangan main-main… Dia benarkan konsert dilakukan kerana kita la dia dapat buat konsert tu.. Dia benarkan arak kat Malaysia, kerana kitalah dia dapat benarkan arak di Malaysia.. Betul tak? Kalau kita tak pilih dia, dia tak dapat laksanakan.. kerana dia tak ada jawatan itu..Pilihlah pemerintahan betul-betul, kerana kita mungkin akan di angkut sama dengannya ke neraka,kerana kita pilih dia.. oleh itu, pilihlah yang benar-benar..yang memerintah berlandaskan Islam iaitu kalam Allah dan sunnah Rasulullah SAW….^^

.................................................................................................................................................

Monday, April 16, 2012

Bersih dari najis…

Kekotoran itu mencegah dari sah solat

Najis ada tiga..
Najis mukhaffafah
Najis mutawassitah
Najis mughallazah..

Apa itu najis mukhaffafah?
Air kencing kanak-kanak lelaki yang hanya
meminum susu ibunya sahaja..
Umurnya mesti tidak lebih dua tahun..
Cara mencucinya:.
Dilap air kencing dahulu kemudian di renjiskan tempat
terkana najis tadi dengan air mutlak..



Apa itu najis mutawassitah?

Selain najis mukhaffafah dan mughallazah itulah najis mutawassitah..

Contoh najis ini::.
Tahi dan air kencing (iaitu setiap benda yang keluar dari qubul dan dubur bintatang)
Muntah
Nanah
Air mazi dan wadi
Darah
Air hempedu dan susu binatang tidak boleh dimakan dagingnya
Cara mencucinya:.
Buang ain (benda najis) tadi, kemudian basuh dengan air mutlak hinga hilang warna,bau, dan rasanya.


Apa itu najis Mughalazzah?
Najis selain najis mukhaffafah dan najis mutawassitah..
Najis ini ialah najis anjing, dan babi (sentuhan, jilatan, dan titisan air binatang tersebut)
Cara mencucinya:.
Buang benda najis terlebih dahulu
Basuh dengan air yang bercampur dengan tanah satu kali
diikuti dengan air mutlak enam kali..

Soal jawab dari seorang ustaz pondok>>>

Soalan…
Saya telah melakukan solat zohor 4 rakaat, setelah memberi salam,saya ternampak seekor semut yang telah mati terlekat pada kain telekung saya. Adakah sah solat saya tadi?

Jawapan:
Tidak sah. Kerana bangkai semut itu adalah najis. Setiap bangkai adalah najis. Jika semut yang telah mati terlekat dipakaian solat kita, solat itu tidak sah. Buang bangkai semut itu dan solat semula.

Mengenai wanita di dapur
Jika memasak pastikan gula tidak di masukki semut, kerana jika kita mengcampakkan gula bersama semut ke dalam masakan,atau air yang hendak dibuat dan menyebabkan semut itu mati di dalam air atau masakan kita,masakkan kita dikira tak boleh dimakan, kerana haram dimakan,sebab masakan itu bernajis. sebab itulah makanan atau minuman  yang dimasukki semut dikatakan gelap hati di minum kerana semut yang mati di dalamnya itu menyebabkan air itu bernajis, dan air yang bernajis haram diminum.

p/s:. bersihkanlah dari najis.. soalan dari sahabat boleh saja di kemukakan di sini.. ^^


Friday, April 6, 2012

Iman dan akhlak


Assalamualaikum…

                Bismillahirrahmanirrahim…

Akhlak dan iman saling bergandingan. Akhlak yang mulia adalah datangnya dari iman yang sempurna. Begitu juga iman akan kelihatan kental apabila akhlaknya semakin meningkat, maka kedua-duanya bertimbal balik, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW, .: “Iman dan malu bergandingan . Apabila terangkat salah satu terangkatlah yang satu lagi”

CH bawakan sebuah kisah contoh untuk penerangan akhlak dan iman ini.

Ahmad sangat yakin kepada Allah S.W.T yang maha melihat,dalam keadaan terang mahupun dalam keadaan gelap. Keyakinan ini di namakan iman.
Suatu hari Ahmad melalui suatu tempat yang sunyi dan agak gelap. Tiba-tiba dia terlihat seorang perempuan . Dia menasihati perempuan itu supaya segera berlalu kerana takut bahaya. Sifat ini di namakan akhlak mulia kerana kalau dia mahu, dia boleh sahaja merogol gadis itu dengan mudah. Tetapi kenapa tidak? Kerana imannya sudah tebal.

Satu kisah lain, Ali dipukul sekumpulan remaja jahat. Suatu hari dia teserempak lagi dengan kumpulan tersebut, tetapi kali ini mereka bersadai di tepi jalan kerana kereta mereka rosak. Ali turun memberi bantuan yang di perlukan tanpa berniat sedikit pun untuk membalas dendam, sedangkan ketika itu dia boleh sahaja berbuat begitu. Inilah di namakan akhlak mulia . “Berbuat baik kepada yang berbuat jahat kepada kita”. Dengan sikap ini, semoga Allah tingkatkan iman terhadapnya, dan mereka insaf atas perbuatannya dulu.

.::Mengenai cinta::.
Nasihat untuk lelaki untuk memilih calon isteri..

“Jika engkau mahu memilih calon isteri pilihlah yang mempunyai sikap malu.”
Wanita memang sinonim dengan sikap malu. Jika hilang sikap malunya, hilanglah imannya.
Sekarang sahaja dunia secara terang2 menunjukkan sikap wanita sekarang yang imannya semakin nipis. Jelas, pergaulan bebas, pakaian yang ketat, dan menunjukkan susuk tubuh, yang tiada sedikit malu pun pada diri mereka. Wahai kaumku… Ingat, kaum wanita sangat ramai di neraka jahanam.. Kenapa? Kerana ini la, kerana hilangnya sifat malu itu..
Nasihat untuk wanita bagi memilih calon suami..

Bagi lelaki, mungkin contoh diatas telah menunjukkan secara jelas lelaki yang berakhlak mulia. Lelaki yang baik sememangnya tidak akan mengambil kesempatan pada wanita. Ingat wanita, jika lelaki yang mengajak kau couple, secara jelas dia bukan lelaki yang baik. Couple itu adalah selangkah menghampiri zina.Mungkin dia tak mengajak berjumpa diluar pada mulanya, ingat lama-kelamaan pasti dia akan mengajak kau keluar. Mana maruahmu wanita , jika lelaki begini yang kau pilih, rumah tanggamu pasti takkan bertahan lama. Kerana masjid yang dibina atas dasar maksiat, tidak ada barakah..

P/S: Maaf jika ada yang terguris dengan post CH ni.. Sila komen.. CH alu-alukan…

Monday, April 2, 2012

Semakin Menghampiri Kematian


Ya Allah semakin singkat kehidupanku ini.. umur yang tersisa ini, biarlah aku laluinya dengan sebaik mungkin untuk aku ke syurga-Mu, Ya Allah..  Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku.. ibu bapaku, keluargaku, kaum muslimin dan muslimat.. amin Ya Allah..
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...