. »

Thursday, May 31, 2012

Ukhwah memerlukan cinta..


Ukhwah itu sangat sinonim dengan cinta..
tanpa cinta, mana mungkin ukhwah yang dibentuk tersimpul erat..
Ukhwah tanpa pemahaman tak ada erti..
Rukun usrah selalu di perdengarkan..
Taaruf, tafahum dan takaful..
Kenal, Faham dan saling memerlukan..

Sahabat itu seumpama pelengkap kehidupan..
Seseorang tanpa sahabat hidup pasti tak bermakna..

Fahamkah kamu akan erti kenal?
“Jika tak kenal maka tak cinta..”
Aku punya ramai kawan..
Namun tidak semua kenal aku..
Hanya beberapa sahaja kenal aku..
kenal macammana tu?
Dia sahabat yang memahami aku..
Tahu kelemahan aku..
Tahu kekuatan aku..
Tahu sikap aku..
Tahu makanan kegemaran aku..
Tahu jaga hati aku..
Tahu menasihatiku..
Tahu manjakan aku..
Tahu apa yang aku suka dan tidak..
Tahu hormati aku..

Pernah aku marah..
atas sebab terlalu stress..
dia akan mendengar luahan hati ini tanpa jemu..
dia menghormati tindakkan aku..
dia juga akan memberi nasihat yang buat aku rasa sangat tenteram..
aku sangat bertuah memiliki dia..

kau sahabatku..
Pasti aku terharu mengingatimu..
tak sangka wanita yang begitu faham dan miliki ilmu agama yang tinggi
suka bersahabat dengan diri ini yang masih jahil..
Dan kau anggap aku sahabat baikmu..
Aku sungguh terharu..

Sahabat dan kawan itu berbeza bukan?
Sahabat pasti faham kita dan penenang hati kita..
Sahabat itu kita percayai untuk meluah segala masalah..
kawan tidak faham kita, tapi tetap kita dapat bersamanya..
Dan menerima nasihatnya..

Mungkin kita pernah berada di situasi ini..
Salah seorang teman kita menganggap kita sahabat baiknya..
Itu normal.. Mungkin kita tidak dapat menganggap dia begitu,
tetapi cubalah jadi seorang pendengar yang baik dengar luahan hatinya..
Bergembiralah, ada orang mempercayai kita..
Dan ada orang merasa senang berkawan dengan kita..

Jika kenal maka cintalah yang akan hadir..
Kenallah sahabat kita itu..
Fahamilah dia, pasti setiap kata-kata kita terhadapnya tidak akan mengguris hatinya..
Pasti dia akan menganggap kita sangat memerlukan dalam hidupnya..

Mahukah kau tahu adakah dia menganggapmu sahabat baiknya..
Jika kau dia anggap sahabat baik..
Kau boleh nampak dari layanannya,
Dari tutur katanya..
Dan yang penting, apabila berjumpa,
Pasti terasa tak cukup masa untuk bercerita denganya..
Sehari bercerita pun tak kisah..
Kerana rindu dalam hati hanya dapat diubati dengan berjumpa dengannya..

Kenal, Faham, pasti erat…
Ukhwah sangat memerlukan cinta..
Semoga ukhwah kita semakin erat..
dan kau juga sahabat aku yang selalu bersama aku..
Kerana setia menemani setiap bait kata-kataku..

...........................................................................................................................................



Saturday, May 5, 2012

Surat cinta untuk bakal suamiku ~ saya rindu awak

Warning! Sesiapa yang ada alahan, mual2, loya atau geli dinasihatkan supaya tidak membaca surat ini. Jika anda masih berdegil,jangan salahkan CH ya. Dan sila sediakan baldi disebelah anda, incase emergency. Noted..




Assalamualaikum bakal suamiku..

saya tidak tahu untuk bahasakan diri sebagai apa dengan awak, tetapi memandangkan kita belum nikah, saya bahasakan 'saya awak' sajalah. tidak mengapa kan? okay terima kasih awak.

awak..

dimanakah awak? siapakah nama awak? awak baik atau sederhana baik?kaya atau tidak kaya? raja atau jelata? hensem atau 'bolehlar'? hurm..saya tak tahu siapa awak. tapi please..jangan hadir ke dalam hidup saya sebelum kita diijabkabulkan..saya tak mahu tahu siapa awak sebelum ada ikatan yang sah antara kita..tetapi saya perlu meluahkan apa yang saya rasa kepada awak.sebab saya rindu.memang, saya rindu pada awak..


Awak..jika awak adalah seorang yang warak (berpengetahuan mendalam tentang agama + amal)

Saya harap awak akan membimbing saya ke jalan yang Allah redhai..saya harap awak akan terima segala kekurangan saya. saya harap awak tidak akan ungkit masa silam saya yang kelam sebelum dibimbing oleh awak. Mesti awak faham kan. saya tidaklah seteguh Saidatina Aishah r.a. yang begitu sempurna dalam bercinta. saya hanyalah seorang wanita akhir zaman yang mencontohi bunga-bunga idaman disyurga. saya harap awak akan menegur saya apabila saya buat perkara yang sia-sia. "sayang.. siaran televisyen semuanya macam lagho je, abang tak nak sayang abang hanyut tau.." sambil usap kepala saya "okay abang.." owh begitu lembut teguran awak membuat hati saya tertarik untuk offkan siaran. saya tak kisah jika awak memaksa saya untuk bertudung labuh, berjubah dan berpurdah setiap kali keluar. saya rela sebelum awak menyatakan hasrat awak supaya saya berpakaian seperti itu. 

saya bahagia menjadi makmum yang menurut segala gerakan awak lima waktu sehari semalam. saya senang setiap kali selepas berimankan awak, awak bertazkirah kepada saya, awak mengajar saya ilmu akhirat, awak mengajak saya bertadarus sama-sama. Saya tidak terkejut apabila   mengetahui bahawa saya adalah isteri kedua awak. oh awak.terima kasih kerna sudi memperkenalkan saya dengan isteri pertama awak. saya tidak cemburu jika awak keluar berdua-duaan lama-lama dengan dia, tak balik sebulan pun tak apa. lagipun dia telah banyak membimbing saya, mengajar saya tentang awak. saya paling suka saat-saat indah kita bertiga berjaulah kemana saja. saya rasa bahagia.isteri pertama awak ternyata berjaya menyatukan jiwa kita. awak tidak kisahkan jika saya lebih sayangkan isteri pertama awak berbanding awak? rupa-rupanya saya mengenali isteri pertama awak sebelum mengenali awak lagi. isteri pertama awak yang bernama perjuangan dan dakwah. Semoga kita dapat bersama-sama berjuang.terima kasih awak.


Awak..jika awak adalah seorang yang tidak warak (biasa-biasa -.-)..

Saya amat bersyukur dapat mengenali awak, kerna saya percaya awaklah yang terbaik yang telah Allah ciptakan untuk saya. saya berharap awak menerima saya seada saya sebagaimana saya terima awak seada awak. ingatlah awak, saya tidaklah setabah Asiah dan saya tahu awak tidaklah sekejam Firaun. saya suka menemankan awak apabila awak menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga lewat malam tetapi awak janganla marah apabila saya tertidur diatas ribaan awak semasa menemankan awak. Sekiranya game itu tamat awal, saya harap awak sudi mengejutkan saya untuk bangun bersolat malam kemudian saya janji akan kembali untuk menemani awak. 

saya harap awak tak marah apabila saya mengganggu tidur awak pada awal pagi supaya dapat kita bersolat subuh sama-sama, saya janji hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja, tak lebih. saya suka apabila awak ajak saya bersolat jemaah dimasjid kerna awak belum yakin untuk menjadi imam saya, awak sudah berjanji untuk belajar secara perlahan-lahan dengan orang yang lebih tahu kan.saya akan memberikan awak hadiah untuk setiap apa yang awak pelajari tau. saya tidak kisah awak memakai seluar jin apabila ingin keluar tetapi janganla awak menyuruh saya memakainya kerna saya tak mahu bermusuhan dengan para jin. saya tak kisah awak memakai cap kemana saja tetapi janganlah awak menyuruh saya memakai tudung yang berbelit-belit seperti ular kerna saya takut akan tercekik nanti. awak jugak yang susah kan.hurm.. 

awak nampak smart apabila memakai jam tangan yang saya hadiahkan tetapi janganlah awak tanya kenapa saya tak pakai mekap tebal-tebal dan pakai banyak perhiasan yang menarik perhatian. jauh disudut hati saya, saya tak mahu dan tak sanggup menambah dosa awak kerna saya, awak sudah terlalu baik kerna sanggup mengambil alih tugas ayah saya untuk menanggung segala dosa saya. awak selalu kata bahawa kita adalah pasangan yang sweet apabila keluar berdating awak ber T pagoda, berjeans dan bercap sementara saya berjubah dan bertudung labuh, dan kita berpegangan tangan bercanda ria. saya setuju.so sweet of us.*blushing*


Awak..jika awak adalah seorang yang kaya..

Alhamdulillah..saya suka awak sebab awak terlalu kaya. saya semestinya akan bertindak mengikis sebanyak mungkin kekayaan yang awak miliki. saya akan keluar berdating dengan seberapa ramai lelaki lain yang belum baligh dari rumah anak yatim untuk menghabiskan wang yang telah awak berikan kepada saya. saya juga akan membeli pakaian dan makanan yang banyak sekali untuk di'bazir'kan kerumah-rumah perlindungan dan rumah orang-orang tua secara berkala. saya akan berbelanja sesuka hati saya untuk memenuhi segala keperluan jiran-jiran kita. semestinya mereka semua akan memuji-muji kebaikan saya padahal hakikatnya di dalam hati saya, semuanya saya ikhlaskan atas nama awak. saya akan selalu mem'bazir' dengan membeli pelbagai juadah makanan dan mengadakan 'party' dirumah mewah kita dan menjemput orang-orang miskin untuk bertandang dan menjamu selera. 

ketika ramadhan bertamu,mungkin lebih banyak harta awak saya kikis dengan membeli dan mengagih pelbagai juadah berbuka puasa dimasjid-masjid dan surau setakat saya tahu. tak lupa juga saya 'bazir'kan harta awak untuk membiayai operation orang yang saya tidak kenal yang mana nama dan kisah mereka terpampang didada-dada akhbar dan berita tv. musim perayaan paling saya suka kerna saya mendapat bonus berganda daripada awak dan saya akan membuat rumah terbuka dan menyediakan sampul raya sebanyak mungkin. semuanya saya niatkan atas nama awak. awak mungkin kehabisan harta kerna saya tetapi awak ternyata tidak mendapat apa-apa balasan untuk itu.padan muka awak nikah dengan saya. walaupun saya bukanlah sehebat dermawan Siti Khadijah r.a tetapi saya cuba mendapatkan awak pahala walaupun tidak sebanyak saudagar Tuhan, Saidina Abdul Rahman bin Auf. boleh kan?


Awak..jika awak adalah seorang yang miskin tidak kaya..

saya berterima kasih kerna awak sudi bernikah dengan saya. saya tidak mendambakan mas kahwin sebanyak RM dotdotdot. apa yang saya inginkan hanyalah mahar yang bermakna dan keberkatan. jika awak tidak keberatan saya mohon maharnya adalah sebuah qalam mulia, al-Quran sebagai tunjang masjid yang akan kita bina. saya tidak kisah jika awak tidak mampu untuk menyediakan majlis walimah untuk menghebahkan perkahwinan kita, cukup sekadar kita menyebarkan secara berhemah melalui surau-surau dan majlis-majlis yang diadakan oleh orang ramai. insyaAllah saya bersikap qanaah dalam mahligai kita jika awak mengajar saya apa itu qanaah dengan sejujurnya dalam cinta. 

jika suatu hari kita tidak akan mampu untuk membeli walau secupak beras, saya redha kita makan roti untuk seminggu pun tidak mengapa asalkan awak ada bersama saya. cuba awak lihat rumahtangga Rasulullah s.a.w kita yang mana pernah sebulan dapur baginda tidak berasap kerna ketiadaan makanan untuk dimasak, namun rumahtangga baginda tetap paling bahagia dalam sejarah dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. siapalah kita jika nak dibandingkan dengan baginda kan. eh awak, bukankah kita hanya mempunyai lima hari dalam seminggu memandangkan pada setiap hari isnin dan khamis kita berpuasa? so kita boleh menjimatkan perbelanjaan kita kan. Dalam sebulan kita sudah boleh menjimatkan makanan untuk lapan hari.awak bayangkan dalam setahun berapa banyak kita boleh jimat. saya tahu awak sedih baca ini, tetapi ini hakikat kita awak.


Awak..jika awak adalah seorang yang hensem+smart+kacak+jambu..

saya bertuah mendapat suami yang hensem macam awak.sebabnya saya tidak cantik jauh sekali lawa, sekurang-kurangnya suami saya hensem. "eh, kenapala lelaki tu pilih perempuan tu, tak padan langsung, aku lebih cantik kot.entah-entah kena bomoh..." hurm.pada mulanya saya agak terasa jugak dengan kata-kata makcik tu semasa kita nikah, tetapi apabila melihat keikhlasan awak menyayangi saya, saya dah tak endah apa orang lain nak cakap, yang penting awak. memang, kita berdua seperti langit dengan bumi, tetapi hati kita seperti air putih dan susu, apabila dicampur barulah sedap diminum kan.tak logik? okay.hurm. 

saya tak kisah apabila kita keluar berdating perempuan-perempuan gediklawa asyik memandang dan meng'usha' awak saja sebab saya sudah pastikan awak menutup aurat dengan sempurna. saya suka apabila orang cakap suami saya lebih hensem daripada asyraf muslim dan aaron aziz tetapi awak sentiasa cakap bahawa awak sedar awak takkan layak menandingi ketampanan nabi Yusuf a.s apalagi nabi Muhammad s.a.w. saya suka tengok wajah awak hari-hari sehingga setiap sudut rumah kita ada wajah awak saja. wajah saya? NO.takut awak muntah biru nanti.


Awak..jika awak adalah seorang yang hodoh  takhensem+taksmart+takkacak+takjambu..

saya sukahati menerima awak dalam hidup saya. bagi saya awaklah lelaki yang paling hensem+smart+kacak+jambu di mata saya . bagi saya sahaja okay, orang lain saya tak tahu. awak hanya pentingkan saya saja kan.terima kasih awak. Awak adalah pejuang saya, saya suka awak, awak mengingatkan saya pada kisah Julaibib sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak rupawan, tetapi dia adalah pejuang Islam, iaitu dikalangan para syuhada.awak pula ialah cinta saya, pejuang Islam saya..hurm.. saya tidak risau apabila keluar berdating dengan awak kerna tiada perempuan yang cuba untuk mengorat awak. Tetapi jika saya ceritakan segala kebaikan dan kasih sayang awak kepada semua orang semestinya ramai perempuan akan cuba mengorat awak.tidak awak, saya sesekali tidak akan menceritakan perihal peribadi rumahtangga kita kepada orang lain, kerna itu berdosa sama sekali.itu adalah rahsia kita berdua sahaja kan awak.

walaupun awak selalu merendah diri dan mengatakan awak tidak layak untuk saya kerna saya lebih comel daripada Heliza Helmi plus lebih cantik daripada Wardina Safiyyah, tetapi saya sedar awak, saya tidak dapat menandingi kecantikan Zulaikha isteri nabi Yusuf a.s , Ratu Balqis isteri nabi Sulaiman a.s, dan semua wanita yang dijamin masuk kesyurga apatah lagi bidadari syurga yang bermata jelita itu.tetapi izinkanlah saya menjadi ketua bidadari disyurga dengan hanya keredhaan awak di dunia ini.


Awak..jika awak adalah seorang yang berketurunan 

eh, sekejap. awak paham ke apa maksud berketurunan disini?awak ingat saya endah ke kalau awak adalah seorang raja?atau berdarah campuran siam segala?tidak awak.saya dan awak sama sahaja keturunannya. asal kita adalah daripada keturunan mulia. ayahanda kita adalah Nabi Adam a.s dan bonda kita adalah Siti Hawa a.s. eh, awak berpegang pada nasab keturunan yang baik akan melahirkan generasi yang baik juga. owh awak, saya pun begitu juga dan sememangnya kita berasal dari keturunan yang sama. walaupun awak bernama Tengku, atau Wan atau Syed atau Nik sekalipun, darah merah didalam tubuh kita tetap sama kan awak. 

lagipun jika ayah saya atau saya sendiri pernah membunuh sekalipun, anak kita belum tentu menjadi pembunuh jika kita didik dia dengan sebaiknya kan awak. awak pernah berkenalan dengan anak luar nikah?saya pernah, dan ternyata dia seorang yang solehah dan sangat mulia pekertinya bukan seperti ayahnya yang hilang entah kemana. sebenarnya kan awak, jika ayah atau mak kita kurang baik kita boleh menjadi titik penghabisan kejahatan mereka seterusnya menjadi titik permulaan kebaikan untuk anak-anak kita. awak setuju tak dengan saya awak?terima kasih awak.

awak..
sebenarnya jari saya sudah penat menari-nari diatas lappy ni. saya tahu awak bosan membaca surat saya yang panjang berjela ini. tetapi saya perlu tuliskan semua ini sebab saya rindukan awak. rindu sangat. sudah hampir banjir disini dengan airmata yang saya titiskan kerna kepenatan. nampaknya saya terpaksa memakai set menyelam lagi dua minit. sebelum itu saya nak berterus terang dengan awak boleh. harap awak tak marah dan tidak akan menukar fikiran awak.

saya lakukan semua perkara di atas ini bukan kerana saya cintakan awak semata-mata tetapi saya hanya ingin 'memperalatkan' awak untuk meraih cinta Pencipta awak.


sekarang adakah awak masih sudi terima nikah saya??



yang merindui,
bakal isterimu..


wassalam sayang...


tokok tambah: CH
Kredit by: Pengemis cinta


.........................................................................................................................................................
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...