Tuesday, November 20, 2012
PALESTIN dan Kita
بسم الله الرحمن
الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar, penghulu segala nabi,
Nabi Muhammad S.A. W., ahli keluarga baginda s.a.w., para sahabat Nabi s.a.w.
yang setia, dan para pejuang agama Allah sama ada yang masih berjuang mahupun
sudah menemuiNya.
Al fatihah buat Asy Syahid Ahmad Al-Ja'bary, Ketua Umum
Briged Izzuddin Al-Qassam yang telah mengikuti jejak langkah assyahidin
Palestin, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid
al-Rantissi dan lain-lain. Assyahid Ahmad al-Ja’bary telah syahid pada 14
November 2012, Rabu kerana dibunuh oleh rejim zionis Israel melalui serangan
udara.
Keadaan di Gaza, Palestin sekarang
Menurut laman web Haluan Malaysia , Tentera
pengganas rejim Zionis telah melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut
dan darat ke bumi Gaza. Sehingga kini, 23 warga Gaza terbunuh manakala hampir
200 lagi tercedera.Asy syahid Ahmad Al Ja’bary terkorban bersama anaknya
apabila kereta yang sedang mereka naiki menjadi sasaran serangan roket pasukan
perisikan Shin Bet.
Kediaman Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, turut
menjadi sasaran serangan roket pada jam 7.00 malam tadi waktu tempatan.
Alhamdulillah beliau dan keluarga terselamat.Pejuang-pejuang Palestin bertindak
balas dengan melancarkan 40 serangan roket ke bandar-bandar Zionis, termasuk di
Tel Aviv. Rejim Zionis dilaporkan telah membunyikan siren peringatan kepada
penduduknya untuk bersiap siaga. Sehingga kini pesawat tanpa pilot (drones)
Zionis dan jet pejuang mereka masih terbang mengelilingi ruang udara wilayah
Gaza.
Kita, umat Islam di Malaysia. Apakah tindakan kita?
Bertindaklah mengikut kemampuan masing-masing. Antara tindakan
yang boleh dilakukan oleh kita:
1.
Pergi ke medan jihad di Palestin,
jika berkemampuan, ada cara dan punya keikhlasan. Bantuan boleh
diberikan sama ada dengan menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan atau
lain-lain bantuan fizikal yang lebih besar impaknya.
2.
Jika tidak mampu untuk turun ke
medan tersebut, sumbanglah bantuan-bantuan seperti pakaian, makanan dan
lain-lain menerusi badan-badan yang dipercayai. Antaranya,Aqsa
Syarif , Haluan Palestin , dan AMAN
Palestin .
3.
Jika tidak mampu untuk kedua-dua
bantuan di atas, dan termasuk juga mereka yang mampu untuk menghulurkan
kedua-dua bantuan di atas, kita masih boleh menghadiahkan doa untuk
keselamatan rakyat Palestin, Syria, Rohingya, Patani dan walau di mana jua umat
Islam berada. Anda boleh membaca doa :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap
solat fardhu, dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana
tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua
mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut
sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana
membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam
setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk
Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Doa sewaktu berbuka puasa.
e- Doa selepas azan dan banyak lagi
waktu doa maqbul.
4. Selain itu, kita boleh melakukan solat hajat
dan puasa yang diniatkan khusus untuk rakyat Palestin, Syria, Patani, Rohingya
dan semua umat Islam yang sedang ditindas.
5. Menyertai demonstrasi aman. Walaubagaimanapun,
harus difahami,sebaik-baik demonstrasi adalah mendidik umat Islam terutama
pemuda Islam untuk bersolat subuh berjamaah di surau-surau dan masjid-masjid.
Hal ini kerana kita tidak akan mampu menewaskan zionis Israel dan musuh-musuh
Islam yang lan jika tanpa bantuan daripada Allah.Ambillah pengajaran daripada
sirah-sirah peperangan Rasulullah S.A.W. bersama para sahabat yang akrab dengan
Allah, lalu Allah kurniakan kemenangan pada mereka.
6. Boikot barangan yang menyumbang kepada rejim Zionis dan
sekutunya. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata
berkenaan boikot tersebut di Qatar pada 8 Oktober 2001, yang
sebahagiannya berbunyi,
“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot
produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat
Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang
Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang
kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke
mana wang itu akan dibelanjakan… hingga akhir ucapan “
7. Menulis di blog masing-masing dan “share” gambar dan status
berkaitan Palestin di Facebook.
8. Ceramah atau berucap di speaker corner yang
disediakan pihak universiti masing-masing. Ataupun sekurang-kurangnya
menghadiri ceramah atau speaker corner berkenaan isu Palestin dan isu umat
Islam yang lain.
Walau dengan cara apa sekalipun, berikanlah bantuan kepada
saudara seislam kita di Palestin, Syria, Rohingya, patani dan walau di mana
umat Islam itu berada. Moga dengan bantuan yang kita hulurkan (walaupun
hakikatnya Allah juga yang memberi izin dan kudrat untuk kita bantu mereka),
Allah menerima segala bantuan tersebut sebagai amal soleh kita.
Akhir kalam, Palestin bukan hanya isu rakyat Palestin, ia
merupakan isu yang wajib diambil berat oleh semua yang beragama Islam. Untuk
makluman, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) GAMIS akan
menganjurkan demontrasi besar-besaran membantah kezaliman Israel terhadap
Ghazzah pada 23 November 2012. Update berkenaan demonstrasi tersebut akan
diberitahu kemudian. Kepada shabat-sahabat yang berkelapangan, mohon turun
bersama-sama menunjukkan solidariti kita mengecam rejim zionis la'natullah.
Sumber:
Maznah binti Osman
Naib Presiden 2 merangkap Pengerusi HEWI PMIUTM
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia
2.17 pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)