Bahagia akhir~
Friday, April 26, 2013
Bilik study berhantu~ (bahagian 1)
“Kau tak tahu cerita ke..
ramai yang tak nak stay up kat bilik study tu sebab diorang cakap ada benda
yang mengganggu diorang kat bilik study tu”
“Benda apa pulak? Lipas
ke.. ala lipas jer pun, aku pijak jer dah mati.. jangan jadi gugurl sangat la.
Perempuan kena kuat gagah perkasa tau tak..” sambil Eja menunjukkan bahunya
untuk menunjukkan dia kuat.
“Ish bukan lipas la Eja..
benda lain.. benda halus..”
“Ish kau ni Ikin.. halus
macam mana tu, selembut sutera ke..hehe”
Bahagian 1
Aku berjalan
dengan perasaan takut. Takut untuk
mengambil keputusan SPM.. takut yang teramat sangat terasa menusut hati ni..
apabila slip keputusan sudah berada di tangan aku.. aku melihat keputusanku, ya
Allah apakah ini!! semua subjek aku ambil dapat D..mati… matilah aku..
aaaaaaaarrrrrrr!!!!!
Eja….
Eja….. sayup-sayup nama aku dipanggil..
Woi
Eja…!!! makin kuat nama aku dipanggil…
Eja baanguun!!!!!!!
Terserentak aku.. pedih telinga ini, muka Ikin terpampang jelas di depan aku..
oh, aku bermimpi rupanya..
“Woi
Ikin.. sakit telinga aku tau tak?” Marah
aku padanya..
“Kau
tidur tak baca doa ke apa.. aku kejukkan
kau dari tadi lagi.. tak bangun-bangun, tu yang aku jerit kuat-kuat tu..”
terang Ikin dengan begitu detail sekali.
“oo..
yela.. terima kasih la Ikin kerana menjerit kat telinga aku dengan volume yang
paling kuat ye..” sambil mencebik mukanya kepada Ikin.
“hehe
padam muka…” Ikin menunjukkan ibu jarinya. Dan berlalu pergi dengan membawa
perkakas mandi ke bilik air.
Keluhan
panjang Eja kedengaran… apasal la mimpi tadi teruk sangat, takutnya aku.. tahun
ni aku akan menduduki peperiksaan SPM, peperiksaan paling penting dalam hidup..
aku meneliti jam, la dah pukul 6.17 pagi. Dah lewat, aduh ni gara-gara aku study
sehingga lewat malam menyebabkan aku tak sedar bunyi jam pada pukul 5.30 pagi tadi..
semestinya waktu lewat begini bilik air asrama penuh dan aku pasti kelewatan
hari ini.. Eja berlari dan mengambil perkakas mandinya pantas ke bilik air…
Aku
melangkah pantas ke kelas, alamak doa dah habis baca, memang aku kelewatan la
hari ni.. kelihatan pelajar 5 sains 1 seperti ketiadaan guru,aku mula bernafas
dengan lega dan melangkah masuk ke kelas tanpa memberi salam..
“Khadijah…
kenapa lewat?...” satu suara dari arah belakang aku.. alamak suara cikgu
Zairie.. aku memalingkan muka perlahan-lahan ke arahnya dengan mimik muka
terpaksa memberi senyuman buatnya..
“cikgu..
maaf saya tidur lewat semalam, tu yang saya terlewat datang kelas ni… maaf
cikgu, saya ingat cikgu tak datang lagi sebab tu saya masuk ke kelas tanpa memberi
salam..” rayu Eja.
“Tak pe,
cikgu tak marah.. awak sebagai pelajar terbaik, jangan buat perkara ni lagi..
saya tahu awak belajar sehingga lewat malam untuk mendapat keputusan yang
cemerlang. Tapi ingat kesihatan pun perlu ambil kira. Jangan selalu sangat tidur
lewat. Tamatkan masa belajar awak sebelum
pukul 12 malam.. jangan berjaga selepas waktu tu..” panjang lebar cikgu Zairi memberi
nasihat buatnya, cikgu Zairi ialah merangkap cikgu Matematik di sekolah ini.
“Baik
cikgu..” aku berlalu dan duduk di kerusiku..
“sorry
la Eja,aku tinggal kau.. aku tengok kau masih lagi berada dalam bilik air waktu
aku mahu ke sekolah tadi, jadi aku terpaksa pergi ke sekolah dulu tanpa tunggu
kau… sorry yer..” Ikin memohon maaf sambil matanya kuyu mengharapkan Eja
memaafkannya.
“Tak ada
apa la.. aku memang lewat hari ni, tak pe la.. aku kan selalu sorang-sorang
jer.. tak ada apa la..” sambil Eja meletakkan buku-buku dan beg di atas meja.
“Eja..
kau study sorang-sorang ke semalam kat bilik study tu?” Tanya Ikin..
“Tak la,
aku study dengan buku la semalam.. hahaha..” gurau Eja..
“Ishh..
aku serius ni, kau study sorangkan?” tegas Ikin
“yela..
kenapa ni..?” jawab Eja dengan selamba
“Kau tak
tahu cerita ke.. ramai yang tak nak stay up kat bilik study tu sebab diorang
cakap ada benda yang mengganggu diorang kat bilik study tu” mata Ikin
membukat menunjukkan ceritanya yang begitu serius.
“Benda
apa pulak? Lipas ke.. ala lipas jer pun, aku pijak jer dah mati.. jangan jadi gugurl
sangat la. Perempuan kena kuat gagah perkasa tau tak..” sambil Eja menunjukkan
bahunya untuk menunjukkan dia kuat.
“Ish
bukan lipas la Eja.. benda lain.. benda halus..”
“Ish kau
ni Ikin.. halus macam mana tu, selembut sutera ke..hehe”
“Pelajar
sekalian.. hari ni kita mulakan kelas kita dengan bacaan doa..” cikgu Zairi
mahu memulakan kelasnya.. cerita Ikin dan Eja berakhir di situ sahaja..
Bahagian 2 nantikan:
“Ikin yang berada di sebelah Eja mula merasa
bulu romanya mengembang, hatinya diserang rasa takut yang teramat sangat.
Teringat akan kata-kata Munah yang mengatakan bilik study berhantu. Aduh
takutnya”
Bahagian 2~
Bahagia akhir~
Bahagia akhir~
.........................................................................................................................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)