. »

Sunday, May 26, 2013

Bilik Study Berhantu~ Bahagian Akhir..

“Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.”



Bahagian Akhir 

Dummmm………….!!!!!!!!!!!!!!!

“aaaaaarrrrrrrr!!!” Jerit Ikin lagi..

“Ikin.. ish diam… tak ada apa la…” Eja memujuk kawannya itu. Nampaknya Ikin memang dalam ketakutan.

“Eja.. aku takut la..” Ikin seakan mahu menangis

“Takut pada Allah Ikin..” Tegas Eja

Suasana kembali sunyi.

Dum…!! Eja menutup bukunya..

“Okey, dah siap hadam.. Jom Ikin baca al-mulk, kat bilik mesti dah gelap, nanti tak nampak nak baca..” Ikin mencari mana Tafsirnya, rupanya dia tak bawa.

“Oo.. kau tak bawa ekk.. jom la share..” cadang Eja.. dan bilik study itu bergema dengan bacaan al-mulk oleh dua sahabat ini..

Setelah selesai membaca al-mulk Eja dan Ikin melangkah keluar untuk pulang ke bilik. Eja meneliti jam di tangannya, sudah menunjukkan tepat angka 12 malam. Dalam mereka melangkah ke bilik mereka, terdengar suara orang menjerit.. Ikin memeluk Eja..

“astagfirullahal ‘azim….” Ikin mengucap panjang dalam ketakutan.

“Bunyi tu dari bilik kita la Ikin”beritahu Eja

“Eja jangan pergi, aku takut..” Ikin yang semakin dalam ketakutan.

“Ikin.. letakkan Allah di dalam hati.. tiada siapa pun yang patut kita takut selain Allah.. dan jika hati kita terdetik untuk takut selain Allah, bermakna kita telah cuba untuk mengsyirikkan Allah.. ingat tu Ikin.. berzikir banyak-banyak, ingatkan Allah supaya hati tidak akan mudah termakan oleh pujukkan syaitan.. semua ketakutan itu datangnya dari syaitan” Eja seumpama berceramah, tapi itu sahaja cara untuk membuatkan Ikin berfikir. Ikin kelihatan semakin tenang. Mereka cuba melangkah masuk ke bilik tersebut.

“Eja.. kenapa dengan Liana tu?..” Ikin memeluk tangan Eja dengan kemas.

“Liana.. kenapa ni?”

Mata Liana membulat pada setiap orang yang berada dalam bilik itu. Semua yang berada di dalam bilik tersebut  menjerit dan keluar dari bilik.

“Kau keluar.. aku duduk sini dah lama.. jangan ganggu tempat aku” Liana bersuara garau..

“Eja.. aku rasa dia dirasuk makhluk halus..” Ikin bersuara tetapi seumpama membisik

“Ikin, kita telefon Ustaz cepat..” Cadang Eja..

Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.

Ustaz datang dengan membawa tuala yang melibas-libas pada bahunya. Liana kelihatan cemas.

“Pegang dia” ustaz mengarah. Eja memberanikan diri mendekati Liana dan bersamanya Ikin. Liana seperti ketakutan, matanya tidak lari dari memerhati ustaz. Ustaz melibas-libas lagi tualanya ke bahunya. Muka Liana semakin cemas dan berpeluh.

“Aku yang tinggal tempat ni lebih lama dulu, ini tempat aku..” jerit Liana.

Ustaz melibas tuala ke arah Liana, Liana menjerit  kesakitan..

“Aduh.. sakit… sakit..”

Ustaz seumpama membaca sesuatu dan melibas tuala itu lagi ke arah Liana.

“Aduh.. sakit…. Sakit…. Allahuakhbar… Allahuakhbar… Allahuakhbar…” suara garau di susuli suara Liana, akhirnya Liana sedarkan diri. Rupanya suara yang menjerit kesakitan itu bukan milik Liana, tetapi suara yang memuji Allah itu milik Liana..

Ustaz membawa Liana untuk berubat, bukan dengannya tetapi dengan ustaz yang lebih tahu akan cara mengubati sakit seperti Liana ini.. Liana sebenarnya menderita saka nenek moyangnya, dan sekarang akibat badannya yang lemah, mungkin makhluk halus yang berada di sini dapat memasuki badannya. Semua yang berlaku ini atas kuasa Allah.

 Seminggu selepas itu.. cerita Liana tersebar, hampir satu sekolah. Ada yang mereka-reka cerita mengatakan pernah terlihat sesuatu di bumbung asrama. Habis rosak cerita sebenar.
Di dalam kelas 5 sains 1, Eja memandang Liana, dia keseorang, Eja mengambil peluang ini untuk bertanyakan apa yang berlaku pada malam itu.

“Liana.. sihat tak.. macam mana cerita sebenar malam tu.. boleh saya tahu?” Tanya Eja

“Oo cerita malam tu.. Malam tu,saya terlihat sesuatu dah tetiba tidak sedarkan diri. Mungkin sebab saya banyak belajar, hati pun tak tenang , rantai yang terdapat tangkal yang ustaz saya bagi dulu pun terbakar. Sebab tu saya dirasuk lagi.” Terang Liana.

“ Tetapi sampai bila saya mahu bergantung pada rantai itu, saya yakin dengan Allah, dan akhirnya saya bebas dari saka nenek moyang saya. Sekarang saya tidak lagi menanggung saka nenek moyang saya. Saya cukup bersyukur. “ Liana tersenyum seumpama hatinya begitu ceria.

“Alhamdulillah awak dah sembuh. Ustaz ada bagi penawar ke?” tanya Eja lagi

“ Penawar bukan pada ustaz tapi pada Allah, ustaz hanya pemudah cara untuk kita mendapat penawar itu. Semua terletak pada diri kita sendiri. Kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah adalah penawarnya. Di sini jika saya lalai dari mengingati Allah, mungkin ‘dia’ dapat mendekati saya lagi. Alhamdulillah ujian Allah ini buat lindah saya tidak lalai dari menyebut nama-Nya. Saya bersyukur diuji begini. Setiap ujian yang Allah berikan itu, ada hikmah dan ada sebab di sebaliknya. Kita sebagai hamba harus sentiasa bersyukur atas nikmatnya.:” panjang lebar Liana bercerita dan diselitkan motivasi.

“Syukur Liana.. saya suka tengok awak sihat..” Eja tersenyum..
……………………………………………………………………………………………………
Hari ini adalah hari pengumuman keputusan SPM. Eja yang teringat akan mimpinya dahulu terasa takut pula mahu ke sekolah untuk mengambil slip keputusan SPMnya.

“Mimpi adalah mainan tidur, dan ia juga mainan syaitan.. Khadijah pasti mendapat keputusan cemerlang.. pasti punya..”  Eja berbicara dengan dirinya sendiri.

Riuh rendah di sekolahnya, masing-masing memegang slip , aduh berdebar pula. Eja menuju ke meja guru, cikgu tersenyum dan memberi slip keputusannya. Eja melihat keputusannya bagaikan tak percaya.. Alhamdulillah dia mendapat semua A..

“Eja.. kau dapat berapa?” tetiba Ikin datang. Dan mengambil slip di tangan Eja

“Wah.. Eja semua A.. dasyat la kau..” selepas itu Eja pula mengambil slip di tangan Ikin

“Alhamduliilah syukur pada Allah.. Wah kau pun Ikin, apa kurangnya 8A tu”

“Eja.. terima kasih dulu ajak aku study sama.. hehe terkenang cerita bilik study berhantukan hehe..” Ikin mengenangkan cerita dahulu..

“hehe.. cerita lama Ikin.. kalau la kita takut sangat, lagi la ‘dia’ menganggu kita.. kan sekarang dapat pengajaran.”

“Iye Eja.. aku tahu, aku gembira kenal kau.. keputusan SPM ni pun, aku tak berharap sangat, semuanya tertulis pada kertas sahaja tak bawa mati..”

“Wah Ikin, aku suka Ikin yang makin solehah ni hehe.. kita sambung belajar kat Mesir nak.” Cadang Eja.




“hehe boleh jugak…” Setuju Ikin. 

Sahabat baik yang semakin meneliti remaja dan akhirnya akan membawa diri ke alam lebih teruji iaitu alam pengajian tinggi..




>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tamat<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


CH>>panjang sangat cerita ni, mungkin tamat dan mungkin ada sambungannya.. huhu tapi rasanya korang mesti boringkan hehe layan jer la.. wasalam sayang..^^

bahagian sebelumnya~
Bahagian1
Bahagian2


.........................................................................................................................................................

Monday, May 13, 2013

Bilik study berhantu~ (Bahagian 2)



Malam menjelma... apa yg tersirat dalam kegelapan malam?


Bahagian  2

Keeerrrriiiinggg……!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bunyi loceng yang menandakan waktu persekolah telah tamat.. Eja dan Ikin berlalu untuk pulang ke asrama.

“Eja tadi yang aku nak bagitau benda halus tu, yang tu la, ala yang gitu, gitu..” sambil matanya memandang kiri dan kanan seumpama takut didengari orang lain.

“Gitu, gitu apa pulak ni.. tadi cakap halus, ni gitu, gitu pulak..” momel Eja

“Kau ni kan Eja , harap jer dalam kelas 5 sains 1 tu kau dapat nombor 1  pastu pelajar terbaik kat sekolah ni, tapi benda halus pun kau tak tau.. hish.. pening aku.. hantu la, hantu… faham…” geram Ikin dengan Eja yang tak faham-faham.

“Hah… Hantu.. hehe Ikin cerita kau ni betul ke.. kau pernah nampak ke?’’

“Tak la, aku tak pernah nampak, aku dengar orang cakap jer.. sejak akhir-akhir nak dekat exam ni, semua benda pelik berlaku..” Ikin seumpama mengeluh. Sekarang mereka melangkah masuk ke pagar asrama

“kau percaya ke? Mungkin diorang takut kita belajar lebih dari diorang sebab tu diorang bagitau macam tu.. kau jangan dengar la..”

“ Kau Eja pelajar terbaik sekolah ni.. tapi diorang tak pulak bagitau kau, aku rasa bukan sebab dengki ni, memang benda ni betul..” Ikin tetap menegas dengan kata-katanya.

Betul juga, aku pelajar yang cikgu target sebagai pelajar terbaik tak pula tau hal ni. Fikir Eja.

“Aku meletakkan Allah dalam hati aku.. ‘dia’ pun makhluk Allah Ikin, kita sebagai makhluk Allah yang lebih baik ciptaan dari padanya, jangan la merasa takut padanya lebih dari takutnya kita kepada Allah.. nanti kita boleh dianggap syirik kerana takut pada makhluk ciptaan Allah bukan pada Allah..”

“Iye Eja.. aku tau la.. tapi aku ni kan lemah semangat sikit hehe..” Ikin tersenyum kambing.

“Kau study la dengan aku malam ni.. jom la..” ajak Eja.. sambil memberi senyuman manis buat Ikin supaya dia bersetuju.

“Emmm… cam mana yer.. yela-yela.. kau jangan tinggal aku sorang-sorang tau..” Ikin bersetuju

“ish.. Ikin ni jangan takut sangat.. Allah ada bersama kita.. jangan takut yer..”

“ Ye la Eja..”

Di madhrasah, selepas waktu magrib, sambil menunggu waktu isya’, kebanyakkan pelajar di asrama ini akan membaca al-Quran dan ada juga yang keluar dari madhrasah awal-awal selepas waktu magrib, mungkin berlalu untuk mula  mengulangkaji pelajaran. Bagi Eja, dia lebih senang dengan mengisi waktu senggang ini dengan membaca al-Quran.

Masa untuk study. Selepas sahaja waktu isya’, Eja mengajak Ikin untuk ke ruangan study di tingkat paling bawah. Sememangnya ruangan study pelajar asrama adalah di tingkat bawah dan ada juga yang belajar di kantin asrama secara beramai-ramai.

Eja dan Ikin melangkah masuk ke bilik study.. ada beberapa orang pelajar sedang menelaah pelajaran. Suasana di sini sungguh sepi. Eja dan Ikin melangkah masuk perlahan-lahan supaya mereka yang berada di situ tidak terganggu.

“Eja, sampai pukul 11 jer tau..” rayu Ikin.

“Pukul 11 jer.. emm yela, tengok la nanti..”

“Eja.. jangan tengok-tengok, mesti balik bilik pukul 11 tau..” Ikin bercakap dengan nada perlahan, kerana khuatir menganggu pelajar lain.

“Ok, 11.30 kita balik bilik..” Eja meletakkan jari di bibir dan memalingkan muka ke arah pelajar lain. Ikin dengan mimik muka tidak puas hati, mencebik bibir pada Eja. Eja mengangkat kening dan tersenyum. Panas Ikin dibuatnya. Dan mereka mula menelaah pelajar.

Seorang demi seorang pelajar dalam bilik study itu mula pulang ke bilik. Tinggal la Eja dan Ikin sahaja yang masih mengadap buku di hadapannya.

“Eja dah 11 suku ni, jom la balik bilik” rayu Ikin.

“Ikin, kan aku dah cakap, pukul 11.30 kan.. aku tak habis lagi study kimia ni. kalau kau nak balik bilik dulu, balik la” Eja menjawab tanpa mengangkat muka dari buku.

“Iye la.. kita balik pukul 11.30..”

Sedang Eja dan Ikin menelaah pelajaran, tetiba terdegar bunyi hentakkan yang kuat..

“aaaarrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!” Jerit Ikin sambil memeluk Eja..

“Oii.. Ikin apa ni? Buku jatuh la.. dah la, sambung baca.. ish.. Ikin… Ikin..”

“Eja… jom la balik bilik..” rayu Ikin lagi.

“Ikin.. kejap la, tak habis lagi ni.. kau dah habis belajar ke? Aku minta kau baca sama,buat macam ala-ala study group gitu, kau tak nak.. Ni kau dah habis belajar, aku tak habis-habis lagi..” bebel Eja.

“Eja.. kau tu dah pandai, buat apa la belajar lama-lama..”

“sebab aku tak pandai la aku belajar lama-lama ni supaya jadi pandai.. ada faham cik Ikin.. dah-dah jangan membebel, aku nak hadam buku ni..”

Ikin yang berada di sebelah Eja mula merasa bulu romanya mengembang, hatinya diserang rasa takut yang teramat sangat. Teringat akan kata-kata Munah yang mengatakan bilik study berhantu. Aduh takutnya.

Bahagian 3 atau akhir nantikn ^^ ~“Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.”

Bahagia sebelumnya~
Bahagian 1
Bahagian akhir~
.........................................................................................................................................................
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...