|
uhuk3 |
Hatimu buta,
Buta dengan segala kepalsuan,
Mata yang Allah anugerahkan buatmu,
Tidak pernah kau guna untuk melihat,
Apa yang kau lihat hanya kepalsuaan…
Keindahannya jadi tarikkan buatmu,
Kemewahannya buat kau tenggelam dengannya,
Segala kebahagian buat kau lupa diri…
Kau buta,
Kau buta,
kau buta….
At-Taubah ayat
75 dan 76 maksudnya:
“
Dan di antara mereka ada orang yang telah berjanji kepada Allah, “sesungguhnya
jika Allah memberikan sebahagian dari kurniaan-Nya kepada kami, niscaya kami
termasuk orang-orang soleh.”
“Ketika
Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaan-Nya, mereka menjadi kikir dan berpaling, dan selalu
menentang kebenaran.”
Allah anugerahkan kau kebahagiaan, kemewahan…
dengannya kau mula lupa..
Lupa pada Allah… sebab segala kemewahan itu menutup mata hatimu..
Derai air mata taubatmu, sungguh Allah rindui..
Tangismu dalam sujudmu…Sungguh Allah rindui..
Jangan kau biarkan hatimu keras, keras dengan dosa..
Titiskan air mata taubatmu, supaya hatimu lembut..
Adakah kau masih buta?
………………………………………………………………………...............................................
P/s: setiap
manusia pasti kalah dengan nafsu, kenapa? Kerana nafsu menjanjikan kenikmatan..
tetapi kita lupa pada janji Allah yang akan memberi segala nikmat dan
kebahagiaan berupa syurga d iakhirat kelak.. kerana apa? Kerana kita tidak
dapat melihat kenikmatan itu.. Kita juga lupa, bahawa Allah juga menjanjikan
neraka yang pedih buat pendosa..
Apabila kita beriman kepada Allah
bersungguh2, sesungguhnya kita akan merasai nikmatnya cinta kita kepada Allah..
kita merasakan cukup bahagia dengan mendapat cinta Allah.. inilah nikmat
sebenar, iaitu nikmat iman.. ^^ semoga kita memperolehinya.. Amin.. CH tinggalkan sahabat dengan kata2 ini.. “Cukuplah harta yang mencukupi, daripada harta yang lebih
melalaikan..” ^^
Wassalam sayang..
.........................................................................................................................................................