Assalamualaikum..
^^
Lama CH
tak mengupdate blog ni.. disebabkan hari ni hari last bulan September, jadi CH
update la satu post utk bulan September ni..
emm pasal apa yer.. Pasal persahabatan la kot.. ^^ mungkin tajuk terbaik
utk kali ni..
Sahabat?
Hidup sunyikan tanpa sahabat..
Nak cakap ngn sape jika xde sahabat,
Nak share masalah ngn sape jika tak de sahabat,
Nak jalan2, nak kenal2 famili baru ngn sape jika tak de sahabat..
Tapi ada persahabatan yang buat
kita merana,
Macam mana tu?
Kerana sahabat kita terluka,
Kerana sahabat kita takut untuk bersahabat lagi,
Kerana sahabat kita gagal dalam hidup,
Kerana sahabat kita lupa Allah..
Macam2 lagi kan,
Takut nak bersahabat,
kerana sahabat yang kita jumpa sering menyakitkan kita..
Dan menyebabkan kita lebih suka bersendirian dari mempercayai mana2 manusia utk
digelarkan sahabat..
Sahabat berbeza dgn kawan..
Kawan tidak selalu ada untuk kita tapi dia wujud,
Tapi sahabat ini special dalam hidup kita, dia sentiasa ada dalam hidup kita,
kita boleh letakkan kepercayaan padanya..
Susahkan nak cari sahabat ni..
Setakat mana jer manusia tu boleh kita percaya..
Bila kita meletakkan kepercayaan padanya,
Boleh ke dia simpan dengan baik..
Emm susah nak cari sahabat ni..
Tapi apabila kita mengingati sirah Rasulullah SAW..
Bagaimana sahabat Nabi meletakkan rasa cinta pada Rasulullah..
Perang Uhud contohnya, sanggup sahabat2 Nabi membentengkan badan mereka untuk mempertahankan Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah wafat,
Bilal yang merupakan orang yang akan melaungkan azan tidak dapat melaungkan
azan lagi, kerana dia sedih apabila terkenangkan Rasulullah SAW. Betapa
cintanya sahabat baginda padanya, sehingga setiap apa yang Nabi buat
menyebabkan mereka sedih kerana terkenangkan baginda.. Kita boleh sampai tahap
macam ni kita bersahabat?
Uwais al-Qarani, yang sangat
rindukan Rasulullah sanggup berjalan jauh 2,3 hari untuk bertemu baginda.
Padahal dia miskin, makanan untuk bekalan perjalanan pun tak ada, kerana cinta
dan rindu ni, sanggup dia berjalan jauh., Kita? Demi sahabat sanggup ke?
^^ sebab itulah SAHABAT berbeza
dengan KAWAN..
………………………………………………………………………………………………..
CH: emm setakat ni jer sharing CH..
xde apa pun.. huhu macam tergantung jer kan.. apa2 pun, pilihlah sahabat sebaik
mungkin, yang boleh mengembirakan kita, menasihati kita, dia pun dengar nasihat
kita, tolak ansur, dan yang paling penting, sahabat yang boleh bawa kita ke syurga Allah.. sahabat ni susah nak cari, sebab tu dia
special sangat2.. nak cari yang special ni, satu dalam seribu pun belum tentu
dapat.. jadi…… carilah sahabat sebaik mungkin.. semoga ketemu sahabat sejati.. Dari
sirah ni juga, bagaimana kita letakkan cinta kita pada Rasulullah.. dah
berselawat pada baginda ke hari ni? Wasalam sayang..^^
.........................................................................................................................................................