Apa yang
dimaksudkan dengan cinta? Edisi khas cinta.. ^^
“Apabila
orang bertanyakan mengapa ditolak lamaran yang hadir, tidakkah awak telah
menolak sesuatu yang sunnah kerana perkahwinan itu kan sunnah? Lelaki yang
melamar pun cukup baik dalam agama, kenapa ditolak lagi lamaran tu?”
Betul
perkahwinan itu sunnah dan cukup Nabi anjurkan supaya diri terjaga dari
maksiat, tetapi jika lamaran hadir ketika kita belum bersedia, patutkah
menerima lamaran tu? Dan lelaki tu masih belajar dan hanya mahu melamar saya
untuk bernikah selepas dia habis belajar, patut ke kita terima lamaran macam
ni?
Lelaki
hanya akan bersedia untuk bernikah apabila dia betul2 mempunyai kewangan yang
stabil, hati yang mantap untuk menanggung bebanan tanggungjawab yang berat ini,
lamaran yang mahu mengikat kita agak lama ini hanyalah cinta nafsu semata2..
Bersediakah kita menghadapi cinta sebelum kahwin tanpa dosa? Kita dah kenal dia
siapa, bolehkah hati kita terlepas dari rindu terhadapnya?
“Menerima cinta atau
memberi cinta pada waktu yang tepat”
Lelaki
seharusnya ingat, jangan sesekali memberi cinta pada waktu kamu tahu kamu tak
mampu untuk bernikah. Ramai lelaki
mengikat wanita sedangkan dia tak mampu
untuk bernikah ketika itu kerana dia masih belajar, dan hatinya juga tak yakin
untuk bernikah dalam pengajian, tetapi dia mahu wanita tu menjadi isterinya..
Jadi dia buat keputusan untuk mengikat wanita itu dengan pertunangan yang lama
supaya tiada siapa pun yang akan dapat memiliki wanita tersebut.. bukankah
pertunangan yang lama ini seumpama kamu membuka ruang untuk syaitan membisikan
jarum2 nafsu dihatimu? Dan cinta rindu yang belum halal yang akan membawa
kelembah zina?
“Jangan
dekati zina”
Ini
arahan Allah supaya jangan dekati zina.. dekati zina pun tak boleh
bermakna kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke
arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh
perkara zina ini...sesungguhnya ramai
yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan
dosa zina.....
Perempuan jangan menerima cinta
ketika belum bersedia untuk bernikah. Ramai yang menerima cinta sedangkan dia
belum bersedia untuk bernikah kerana khuatir tiada siapa meminangnya nanti selepas
ni.. Jika benar awak mampu untuk bernikah semasa belajar mungkin tidak mengapa
menerima lamaran tersebut, kerana awak sudah bersedia untuk menanggung bebanan
sebagai isteri dan ibu.. kerana ramai sahaja yang bernikah ketika belajar..
kerana perkahwinan tidak akan mengganggu pun pelajaran kerana sampai mati kita
perlu menimba ilmu.. Jika lelaki yang masih belajar dan mahu bernikah ketika
belajar, ada sahaja yang macam tu, cuma mungkin dia agak berat untuk memengang
tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.. mampukah awak menanggung
isteri sedangkan awak masih belajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang
tetap?
“Apakah
yang dimaksudkan dengan cinta..”
Masih
tak terjawab apakah yang dimaksudkan dengan cinta..“ Cinta ialah apabila kita
mencinta seseorang itu, kita akan jaga dia dari dia mendapat dosa, dari dia terkena
api neraka, ini bermakna jika kita cinta akan orang yang kita cintai, kita
takkan bawa dia ke lembah dosa, kita akan jaga dia supaya dia takkan dapat dosa
pun.. itulah di namakan cinta”
Faham
tak? Kalau awak cintakan mak ayah awak, awak takkan bawa mak ayah awak ke
neraka, begitu juga cinta berlainan jenis, awak takkan buat bakal isteri atau
suami ke neraka kan..
Layakkah
cinta yang hadir sebelum nikah tanpa secalik dosa pun.. jika tak layak dan tak
yakin, jangan sesekali rosakkan diri dengan cinta dosa..
Wassalam
sayang…
………………………………………………………………………………………………..
CH: ^^ Wahai imamku.. hadirlah dikau
pada waktu yang tepat dan dikau sememangnya yang Allah ciptakan buatku.. kerana
aku tidak mahu merasai kekecewaan dan dosa kerana cinta yang salah.. amin..
………………………………………………………………………………………………..