Masa
terlalu pantas berlalu, dan meninggalkan seribu kenangan..
Kisah
duka, kisah suka…. Tersimpan rapi dihati,
Usia yang
semakin luntur, dari indahnya zaman kanak-kanak, kita tinggalnya untuk ke zaman
remaja dan ditinggalkan untuk zaman separuh abad dan begitulah seterusnya..
Aturan Allah untuk hamba-Nya adalah aturan yang terbaik..
Derai, derai
tangisan hujan.. di waktu magrib.. membasahi bumi,
Jam di
dinding berdetak tanpa henti, hembusan angin lalu menyejukkan badan,
Sepi
menyinggah diri dikala bersendirian…
Inginku
lari dari hidup ini, pasti tiada jalan untuk keluar berlari,
Makin
canggihnya , makin upgrade nya dunia, makin globanya dunia, makin luasnya kuasa
dunia, makin sempit cintamu pada Allah…
Aku takut
melihat keadaan dunia yang semakin tenat, tenat dengan kekancahan maksiat yang
menjadi ke agongan dunia..
Aku hidup
pada zaman yang tenat, aku hidup pada zaman kemanusiaan semakin luntur, aku
hidup pada zaman kemaksiatan semakin di cintai, aku hidup pada zaman manusia
memandang pelik pada kebaikan dan memandang keburukan itu biasa..
“Islam
tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali dagang, Maka
berbahagialah(beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.”
(Hadith
Riwayat Muslim)
Mahu CH
sharing petikan dari seorang sahabat digroup WhatsApp, terima kasih sahabat
atas sharing ni, cuba baca baik2…
…………………………………………………………………………………………
Hari ini
saya nak kita semua fikir.
Fikir
sedalam-dalamnya.
Saya
nak bagi satu analogi.
Kita
ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan
bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan
lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada.
Tapi,
hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli
lego baru. Masih tak cukup.
Kita
jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis
tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari.
Dan
akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal
puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga, pegang lego terakhir tu dan letakkan di
puncak. Kita menjerit gembira!
"Yessss!!
Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"...
Tiba-tiba,
adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak.
Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit "yeay, dapat main dengan
abang!"
Apa
perasaan kita waktu tu?
Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5
tahun kot..
Apa
yang kita nak buat?
Pukul?
Sepak? Marah? Atau bunuh?
Paling kurang kita
akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata.
Sekali libas je, hancur terus..
Teruknya
kita.
Ok, dah puas baca
analogi saya? Dah?
Kali
ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis!
Rasulullah
SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama
Allah.
Rasulullah
SAW telah menerima wahyu di gua hira'. Selepas itu, baginda SAW terus
menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi
amat kecil.
Baginda buat kerja dakwah secara senyap.
Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban
harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di
Taif.
"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar.
Nyah kau dari sini!"
Reaksi
penduduk Taif. Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar
dari bandar Taif bersama zaid. Nabi terbaring di sebuah kebun.
"Allahummaghfirli
ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku!
Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah
ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib.
Kurma yathrib tak laku. Tapi Rasulullah
tetap pergi! Korbankan segala benda.
Berpuluh
tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan
Rasulullah, Islam naik ke puncak. Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam
tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga
Rasulullah!
Ketika Islam sudah
dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!
Kita
hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita
hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan
maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!
Agak-agak,
apa perasaan Rasulullah?
Penat-penat
Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!
Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah
kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?!
“Allahummaghfirli
ummati! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati!”
Rasulullah
tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam
yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya.
Tak
malu ke?
Tak malu
ke?
Tak malu
ke?
Buat maksiat
lagi!
Ingatlah
pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina
semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah!
Infiru!
Taubat! SubhanAllah..
"1436
tahun hijrah. Begitulah jauhnya kita dengan Rasulullah SAW.."
Salam
Maal Hijrah.. jangan dilupa kisah disebalik hijrah ini.. Wassalam sayang..