Putus cinta, cinta tak kesampaian.. emm bunyinya macam sangat sakit tajuk
kali ni.. Dah terlalu lama yer CH tidak mengulas pasal cinta.. sangat lama
rasanya blog ini tak sentuh isu cinta, alhamdulillah kali ini Allah gerakkan
hati ini untuk menulis mengenai CINTA untuk sekian lamanya.
Sejak akhir-akhir ini, CH sering dikhabarkan dengan perkhabaran PUTUS CINTA.
Dekat FB ada jer sahabat menulis mengenai putus cinta, sahabat meluahkan isi
hati mengenai putus cinta. Itu yang menyebabkan CH tergerak untuk ulas dan
share mengenai putus cinta disini. Sebenarnya putus cinta ini sakit, bagi yang
pernah mengalami emm CH rasa semua mungkin ada pengalaman kot huhu.. sangat
sakit putus cinta ni..
Baru-baru ini ada kawan CH murang sangat, dan makan tak
lalu.. sebenarnya keadaan dia itu akibat dari putus cinta, okey kita namakan
dia sebagai hamba Allah A. Tiba-tiba A cerita yang dia putus cinta. A ni mula menangis.. Katanya lelaki itu akan bertunang
dengan orang lain, A dah bagitau lelaki itu yang dia sayang lelaki tu dan nak
kahwin dengan lelaki tersebut. Tapi lelaki itu tak dapat tolak pemintaan maknya
yang mahu meminang wanita lain.. emm sedih storynya, hampir 8 tahun rasanya A berkawan
dan bercinta dengan lelaki tersebut.. Keadaan A sangat sengsara jer tengok dia, menangis dan tak dapat buat kerja langsung, memandang computer,
tapi dia langsung tak focus pada kerja. Tapi alhamdulillah Sekarang dia nampak dah
mula happy.
Baru-baru ini juga kisah seseorang ni, selepas CH solat,
CH mengemas kain telekung, CH tengok dia menangis, CH namakan dia hamba Allah B
yer.. pada masa tu kakak yang sama team work dengan B ni cakap “sabar akak,
sabar”.. dan dia berlalu pergi untuk sambung kerjanya. Mulanya CH ingat B
menangis sebab banyak kerja, sebab banyak project under dia kena submit. Tapi rupanya
masalah putus cinta. B ni pernah
bertunang dan putus tunang. Lelaki tu pun dah kenal family B ni, dan B dan
lelaki tu pun dah rancang untuk berkahwin, tiba-tiba lelaki tu kata tak boleh
nikah sekarang dan dia mungkin nikah lambat lagi sebab familynya perlukan dia,
dan dia perlu kerja untuk familynya dulu.
Dan akhirnya mereka putus, kisah putus ni tahun lepas lagi. Masa B putus tu, B cakap macam mana, dia duduk tepi tasik
sorang2, macam orang gila, sedih kat tepi tasik tu. Fikir nak bomohkan lelaki
tu, macam-macamlah, menangis jer, sebab dia fikir hampir nak nikah, tapi tak jadi, macam
mana tak sakitnya. Benci sangat2 pada lelaki tu. Tapi kali ini yang B menangis adalah kerana dia tertengok di
instagram lelaki tu yang lelaki tersebut sudah bertunang dengan perempuan lain. Sebenarnya B nak sambung balik dengan lelaki ni, walaupun sekarang B dah ada calon lelaki baru, tapi dia nak kat lelaki tu lagi . Tapi tak sangka, dulu katanya nak kahwin lambat lagi, tapi sekarang tunang dengan
orang lain pulak. Seperti B di permainakan. Huhu Sedih jugak tengok B, masih membenci dan berdendam kembali pada lelaki tu. B ni suka stalk bekas
tunangnya, itu masalahnya, kalu tak stalk mesti tak dapat tau cerita bekas
tunangnya bertunang dengan orang lain. Tapi tula sebab dia sayang sebab tu dia
selalu stalk.
Lagi kisah putus cinta..
Tapi kali ni lelaki. CH namakan hamba Allah C. C ni memang seorang yang
senyap kat office. Hanya bercakap mengenai kerja. Mungkin dia terlalu sakit kot
kemudian dia bercerita masalah dia. C ni
kata, dia putus cinta ramai dah, dulu kat universiti semua orang tahu siapa
couplenya. Alih-alih mereka putus. Tapi kali ini katanya dia putus dengan
wanita lain. Dia kata tahun lepas dia tak balik raya kat kampong, tapi dia ke
pulau untuk tenangkan fikiran. Katanya hampir RM10k habis macam tu jer kat pulau
tu. Dasyat lelaki, sedih macam tu sekali.. Dia kata dia nak kahwin, tapi pihak
wanita pula yang tak nak. Sebab dia seorang yang boring, mesej tak balas, sebab
dia kata dia bukan jenis balas mesej. Itu yang semua perempuan putus dengan dia
sebab dia seorang yang boring. Emm gitu pulak ceritanya..
Yang ni pulak kisah seorang hamba Allah, CH namakan
sebagai hamba Allah D.. D ni dia boleh
bertemu lelaki ni sebab lelaki tu cuba merisik dia melalui sahabat D ni…
kiranya sahabat D ni menjadi orang
tengah. Dan dalam duk merisik dan taaruf, mereka ni mula mengikat janji. Lelaki
ni menemui mak ayahnya. Kiranya mak ayahnya kenallah lelaki ni. Dan D ni pun
baik jer dengan family lelaki ni. Tapi suatu hari lelaki ni nak sambung belajar
Master dan seterusnya PhD. Jadi ada masalah dengan perhubungan mereka nilah.
Pihak lelaki mungkin akan habis belajar dalam 5-7 tahun lagi, dan mungkin
umurnya 29 tahun macam tu. Ayah lelaki tak bagi kahwin dalam pengajian, sebab anaknya tak kerja,
selagi tak kerja, tak boleh kahwin. Sebulan mereka ni diberi tempoh istikharah
balik samada nak putus ke teruskan. Dalam tempoh tu, memang dah puas D ni
nangis, sebab bagi D dia rasa hubungan ni akan putus..
Dan bila selepas
sebulan. Jawapannya mereka memang putus. Tapi D ni tak nangis pun lepas putus
tu, mgkin sebab dia dah sebulan duk nangis sblm putus tu kot. Selepas tu D ni
mula rengang dengan sahabat baik merangkap orang tengah tu. Boleh dikatakan
disalahkan orang tengah sebab hubungan yang tak jadi ni. Hampir setahun juga
rasanya dia tak stabil dengan membenci pada lelaki tu membuak2 dan tak boleh
berhubung dengan sahabat baik dia orang tengah tu. Katanya, bila mesej ke, berhubung
ke dengan sahabat baik dia atau orang tengah tu, dia rasa sakit sebab
teringatkan lelaki tu.. Sebab dia sayang lelaki tu, memang dia nak nikah dengan
lelaki tu, tapi tak jadi, itulah yang lama juga dia nak kembali menerima
sahabat baiknya itu dan cakap pasal cinta pun payah dengan dia, kalau dulu ajak g majlis kahwin pun dia tak nak, dia rasa sedih. Sampai gitu sekali. Sekarang mungkin dah hampir 2 tahun kot diorang berpisah, Alhamdulillah
hamba Allah D ni dah okey. Katanya, dulu tu dia belum matang, sampai orang
tengah dipersalahkan dan lelaki tu pun dibenci, nak cakap pasal cinta pun tak boleh. Tapi sekarang hubungan dengan
orang tengah pun dah okey. Mereka bersahabat seperti dulu. D pun happy dan ceria walaupun orang duk tanya dia bila nak kahwin pun, dia tetap boleh senyum, mungkin sebab dia dah redha.
Kisah-kisah kat atas ni kisah berlainan. Tapi kisahnya
putus cinta. Mungkin bagi perempuan bila dia putus cinta, dia memang akan cuba
membenci lelaki tersebut. Sebenarnya dia sayang, tapi benci tu sebab supaya dia
lupa lelaki tu. Tapi kalau kita tengok kisah yang lelaki pulak yang putus cinta,
sebenarnya hampir gila jugak dia frust hingga duk pulau di hari raya, habis
duit RM10k sebab putus cinta.. Cuma lelaki ni kita tak nampak macam mana dia
sakit bila putus cinta. Emm CH pun fikir lelaki ni bila putus cinta, ala
diorang ada perempuan lain nak cari huhu.. tapi tak sangka lelaki ni frust
macam tu sekali. Sebenarnya banyak kisah
putus cinta ni, tapi CH tumpukan yang ni sahaja.
Okey, melalui kisah-kisah ni banyak pengajarannya.
1.
setiap apa yang berlaku ada
hikmahnya. Mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Atau Allah nak
kita perbahru iman untuk bersama semula sebagai suami isteri yang sah.. mungkin
perpisahan sebagai penguat lagi iman dalam diri.
2.
itu menunjukkan tiada jodoh. Sekuat mana kita
cuba bertahan, sekuat mana kita cuba merancang untuk bersama, tapi tetap putus,
itu maknanya, dia bukan jodoh kita. Sebab ketetapan adalah dari Allah.
3.
Allah mahu menguji. Berapa ramai hamba Allah
yang redha dengan ujian ini.. lagi-lagi ujian putus cinta ni. Sekuat mana iman
pun, akan ada terdetik rasa tak redha. Tak redhalahkan bila kita membenci orang
yang pernah kita cintai dan putus tu. Kenapa nak membenci, kalu kita redha kita
takkan membenci. Redhalah atas ujian Allah ni, mungkin ada sebab Allah
menghalang kamu dari bersama.
4.
Allah mahu melihat kamu
sujud padanya. Setelah kita diuji, menangis, sakit, menderita, kita cerita pada
manusia untuk melepaskan kesedihan, tapi tidak mungkin untuk mendapat ketenangan.
Hanya dengan berdoa, memohon pada Allah akan dapat ketenangan. Ingat hanya pada
Allah tempat kita mengadu. Kalau kita mengadu kat manusia, manusia tak dapat
ubah apa-apa pun. Minta sungguh-sungguh pada Allah.
5.
sebab Allah pisahkan kamu
adalah kerana mungkin hubungan kamu itu menjauhkan kamu dari Allah. Check balik
hubungan yang telah dibina hingga terputus. Mungkin hubungan itu tak menjaga
batas pergaulan, selalu mesej, call tanpa urusan penting sehinggakan Allah
berada ditakhta kedua dihati. Cinta dihati seumpama bakal pasangan itu yang
paling dicintai, kalau boleh scan cinta tu 100% pada bakal pasangan tanpa
tinggal sedikit pada diri sendiri dan cinta pada Allah. Sebab tu Allah
pisahkan. Selepas berpisah, kamu mula mencari Allah, kamu mula merintih pada Allah, yang sekian lama dia yang melebihi Allah. Itu
sebabnya Allah pisahkan dia supaya kamu dekat dengan Allah.
Itu mungkin sebab putus cinta, sekarang CH nak share tip melupakan.
Mungkin ada yang tanya,
“ saya perlu menunggu dia, atau melupakan”
Menunggu itu satu benda yang tak pasti, dan CH tak kata melupakan itu
sesuatu yang baik. Tetapi melupakan itu adalah lebih baik supaya hati lebih
tenang dan gembira. Kalau ada yang kata “saya nak tunggu jugak dia”. Boleh nak
tunggu, tapi kita tak pasti, ya ke dia masih sayangkan kita, entah-entah dia
dah ada penganti kita ke. Cara terbaik bagi CH jangan berharap lagi, cuba bina
hidup baru.. Sebab berharap dan menunggu adalah sesuatu yang menyakitkan. okey,
Cara melupakan kita gunakan kaedah Ibnu
Mas’ud RA mengenai hati resah
Cara melupakan yang kedua:
1.
Jika ada dia di Facebook
kamu, jangan block, jangan unfriend, tapi hide sahaja postnya dihome kamu. Jika
keluar post dia terus tekan hide. Dan semua post yang dia post takkan keluar
lagi dihome kita. Kalau rasa dia suka komen kat post kawan dia, dan kawan dia
ni friend awak, hide jer ngan kawan-kawannya sekali. Kalau hide awk jer tahu
siapa yang awak hide, tapi kalau unfriend semua orang akan pelik kenapa awak
unfriend dia, nanti semua orang musykil.Tapi CH tak tahu nak unhide balik camne hehe.. CH selalu hide kawan FB yang suka post benda tak senonoh, CH tak buang dia dari jadi kawan CH tapi CH hide sebab CH nak post yang CH post boleh dakwah dia.. insyaAllah (eh.. sorry keluar dari tajuk putus cinta pulak)
2.
Dah hidekan, jadi, jangan
sesekali stalk dia lagi. Walaubagaimana kuat pun hati nak tahu dia dah ada
orang ke, rindu awak lagi ke, awak rindu dia ke,apa-apa jela, jangan sesekali stalk.
Sebab awak akan sakit lebih lagi, dan awak pasti takkan tenanglah, mesti duk
murung teringat kat dia, macam kes Kakak B yang memang suka stalk bekas tunang dia,
tu yang orang bahagia, tp kita akan nangis tengok dia dengan orang lain.. jangan sesekali stalk
okey.. dengar cakap CH ni.
3.
Buang no hp dia dalam
simpanan contact kita. Kalau ada no adik dia ke, ayah, mak, kakak dan
sebagainya, delete jer. Sebab kalau pempuan ni, dia akan contact balik lelaki
yang dah putus dengan dia ni. Kadang-kadang contact marah si lelaki tu. Tiba-tiba
contact “tolong buang buku yang saya bagi kat awk”.. yang lelaki tu balas “baik”..
lagi hangin dianya pempuan tu. Tapi hakikatnya wahai lelaki, bila pempuan marah
macam tu sebenarnya diorang sayang korang lagilah tu. Tapi lelaki tak fahamkan.
Jadi delete jer nombor hp tu dan korang takkan boleh contact dia ag.. segala mesej, tak kiralah mesej tentang dia dari orang tengah dan mesej dia sendriri ke, padam jer semua.. okey..
Pasti lebih tenang.
4.
Jangan salahkan sesiapa pun
akibat hubungan yang terputus ni. Macam kes hamba Allah D tu, dia cuba salahkan
orang tengah yang cuba menolong, tapi bila putus jadi musuh pulak. Sedangkan
semasa sebelum putus orang tengah tu jugak yang cuba tolong. Jadi jangan
salahkan sesiapa pun, termasuk orang yang tak jadi dengan kita tu, mak ayah
yang tak bagi ke, jangan salahkan mereka, sebab itu semua asbab untuk Allah
pisahkan kamu berdua. Sebenarnya memang Allah nak pisahkan kamu. Sebab mungkin kamu tiada jodoh dengannya.
5.
Sentiasa dekati Al-Quran,
solat, ingat Allah, zikir, muhasabah diri, berdoa semoga Allah gantikan dia
dengan yang lebih baik. Ini yang paling utama, yang diatas ni sebagai jalan
untuk tenang, tapi yang ni memang buat pasti tenang. Sebab Allah yang pegang
hati kita, jadi berdoa pada Allah sungguh-sungguh. Buat Solat sunat, tahajud, hajat. Minta sungguh-sungguh apa yang kita rasa dan apa yang kita nak. insyaAllah Allah pasti tolong. Dan pasti lebih tenang.
Semoga sedikit perkongsian ini, boleh diambil iktibar. Jangan menangis,
jangan sedih, ingat Allah ada. Redha dan berdoa. Jika orang yang kamu putus itu
memang jodoh kamu, pasti akan disatukan semula. Tapi nasihat CH, jangan terlalu
berharap. Berdoa semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Jangan berharap
lagi pada cinta yang putus tu. Tapi jika jodoh kamu dengan dia, insyaAllah
bersama semula sebagai suami isteri.
“Allahumma sarkhirli zaujan solihan, yakhtibuni, wa yatazwwajubi, wayakunu
sahibanli, fi dunya wal jannah.”
“Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia
menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di syurgaMu.”
"DO'A AGAR CALON JODOH KITA
KIAN TERGERAK HATINYA "
Ya ALLAH , Tak jemu kami memohon
kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada
kami..
Ya
ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana
ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
Ya
ALLAH..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Ya
ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Ya
ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya
dengan Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam
sepinya..
Ya
ALLAH..
Tiada tempat untuk kami bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Ya
ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Ya
ALLAH..
Kirimkan dia yang dapatmembawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Ya
ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Aamiin
Yaa Rabbal 'Aalamiin..
p/s: Maaf kalau post CH ini tak membantu sahabat yang sedang menderita
putus cinta. Mungkin itu sahaja yang CH boleh share. Mungkin ada yang lebih
tahu nak share jugak dari pengalaman, atau
pembacaan, atau nak komen apa yg CH tulis, sila komen jer di ruangan
komen CH.
CH tinggalkan sahabat dengan pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Dan Firman Allah dalam surah Al Baqarah, bermaksud ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Wasalam sayang~