. »

Thursday, February 17, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

From i love islam..

Monday, February 14, 2011

Cuti hujung miggu yang memang memenatkan..

Inilah lukisan saya yang saya bertungkus lumus sepanjang hari tu.
Alhamdulillah ..Akhirnya siap la juga..
 


Assalamualiakum.. lama sungguh saya tak buka blog. Sepanjang minggu2 yang lalu, hidup saya sangat sibuk dengan pelbagai asiggment. Cuti hujung minggu ini memang terlalu sibuk. Semalam dan hari sabtu 12 hb, saya bertungkus lumus sepanjang hari menyiapkan lukisan saya. Tak sangka pada hari sabtu lepas saya tidak tidur sepanjang hari. Pada hari itu saya dan kawan2 ke studio untuk bersama2 mewarna lukisan kami pada pukul 9 malam. Saya fikirkan mungkin hanya mengambil masa 3 jam untuk mewarna lukisan saya itu, mungkin pada pukul 12 malam dapatlah saya siapkannnya. Tetapi tidak, saya mewarnanya sepanjang hari.Dan akhirnya saya dan kawan2 pulang ke bilik pada pukul 6 pagi ketika azan subuh dilaungkan. Ketika semua orang lena di buai mimpi, saya berjaga sepanjang hari. Semalam saya masih lagi menyambung mewarna lukisan saya iaitu pada pukul 3 petang. Sebenarnya lukisan saya itu memang sudah cantik , tapi saya tetap tidak berpuas hati dan tetap mahu mewarnanya lagi. Akhirnya saya pulang ke bilik bersama2 sahabat saya pada pukul 11 malam. Memang meletihkan tapi seronok kerana saya dapat menghasilkan lukisan sendiri dan dapat merasakan sendiri suasana sebagai seorang pelukis. Dan yang paling penting kerana sepanjang hari mewarna di studio sehingga pagi, ukhwah saya dan kawan2 semakin erat, termasuk kawan2 saya yang bukan Islam. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah ini akan semakin erat. (=


AYu.. (=

Thursday, February 3, 2011

Tahu tak ??!


Mungkin ramai yang tak tahu mengenai hal ini...? Semasa anda mandi adakah anda menutup aurat??


Ah nak mandi pun kena tutup aurat?? Biar betul??



Ya, memang betul.. Walaupun anda mandi anda perlu menutup aurat..Mungkin bunyinya pelik.. Bagaimana tu??  Mari kita lihat peringkat aurat yang telah ditetapkan dalam Islam..

Aurat perempuan dengan lelaki ajnabi atau bukan  mahram
Semua tubuh badan, kecuali pengelangan tangan dan muka

Aurat lelaki dengan perempuan ajnabi atan bukan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat perempuan dengan perempuan dan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat lelaki dengan lelaki dan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat dengan diri sendiri
Di antara pusat hingga lutut (afdhal)

Aurat dengan isteri atau suami
Tiada aurat tapi makhruh melihat kemaluan di antara satu sama lain..

Jadi kenapa  kita perlu menutup aurat semasa mandi???
Ya kerana aurat kita dengan diri kita ialah di antara pusat hingga lutut..
Sebenarnya , berbogel seorang diri tidaklah ditegah oleh Islam.
Namun, fitrah manusia tetap menentang .
Dari segi kesihatan pun tidak elok.
Aurat perempuan semasa bersendirian sama 
dengan  ketika berhadapan dengan perempuan atau lelaki mahram
iaitu di antara pusat hinnga lutut. Kalau berbogel, Malaikat akan pergi (malu) 
dan boleh jadi Malaikat Rahmat marah kepadanya.

Aurat sangat berat peraturannya, terutama kaum wanita..
Sebab itulah walaupun kita bersendirian namun kita masih lagi perlu menutup aurat.
Sehingga kita menjadi 'jenazah' sekali pun, aurat kita masih di jaga..
Semasa 'jenazah' kita dimandikan dan dikapankan, aurat tetap ditutup..
Jadi mulai hari ini jangan lagi mandi 'berbongel'..
Sediakan kain basahan.. Okey..


<AYu...>  =)

Wednesday, February 2, 2011

Renungkan




Sebagai Ingatan Untuk Sahabat Semua..

Surah Az-Zukhruf , ayat 83-84

Ertinya <Ayat 83-84>: 
Maka biarkanlah mereka tenggelam (dalam kesesatan) dan bermain-main sampai  mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.  Dan Dialah Tuhan (yang disembah) di bumi , dan Dialah Yang Mahabijaksana, Maha Mengetahui.  Dan Mahasuci (Allah) yang memiliki kerajaan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara keduanya, dan di sisi-Nyalah ilmu tentang hari kiamat, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

DOA-DOA



Doa supaya kita dikasihi Allah dan kita mengasihi Allah 
(Surah Asy- Syu'ara ayat 83-85)

Ertinya;
(Ibrahim berdoa), "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang soleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan,



Doa ketika melahirkan anak
(Surah Al-Anbyaa' ayt 87.. )

Ertinya:
"Dan (ingatlah kisah ) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh , aku termasuk orang-orang zalim.




Doa menjauhi dari syaitan dan saka
(Surah As-Saffat, ayat 7.)

Ertinya:
Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka,



Doa menyenang hati
(Surah Al-Fathir, ayat 34)

Ertinya:
Dan mereka berkata , "Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun , Maha Mensyukuri,



Rujuk Al-Quran untuk mendapatkan ayat-ayat doa tersebut.
InsyaAllah dengan izin Allah termakbul permintaan kita.
Selamat mengamalkan doa-doa di atas..


Wasalam........
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...