. »

Thursday, February 3, 2011

Tahu tak ??!


Mungkin ramai yang tak tahu mengenai hal ini...? Semasa anda mandi adakah anda menutup aurat??


Ah nak mandi pun kena tutup aurat?? Biar betul??



Ya, memang betul.. Walaupun anda mandi anda perlu menutup aurat..Mungkin bunyinya pelik.. Bagaimana tu??  Mari kita lihat peringkat aurat yang telah ditetapkan dalam Islam..

Aurat perempuan dengan lelaki ajnabi atau bukan  mahram
Semua tubuh badan, kecuali pengelangan tangan dan muka

Aurat lelaki dengan perempuan ajnabi atan bukan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat perempuan dengan perempuan dan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat lelaki dengan lelaki dan mahram
Di antara pusat hingga lutut

Aurat dengan diri sendiri
Di antara pusat hingga lutut (afdhal)

Aurat dengan isteri atau suami
Tiada aurat tapi makhruh melihat kemaluan di antara satu sama lain..

Jadi kenapa  kita perlu menutup aurat semasa mandi???
Ya kerana aurat kita dengan diri kita ialah di antara pusat hingga lutut..
Sebenarnya , berbogel seorang diri tidaklah ditegah oleh Islam.
Namun, fitrah manusia tetap menentang .
Dari segi kesihatan pun tidak elok.
Aurat perempuan semasa bersendirian sama 
dengan  ketika berhadapan dengan perempuan atau lelaki mahram
iaitu di antara pusat hinnga lutut. Kalau berbogel, Malaikat akan pergi (malu) 
dan boleh jadi Malaikat Rahmat marah kepadanya.

Aurat sangat berat peraturannya, terutama kaum wanita..
Sebab itulah walaupun kita bersendirian namun kita masih lagi perlu menutup aurat.
Sehingga kita menjadi 'jenazah' sekali pun, aurat kita masih di jaga..
Semasa 'jenazah' kita dimandikan dan dikapankan, aurat tetap ditutup..
Jadi mulai hari ini jangan lagi mandi 'berbongel'..
Sediakan kain basahan.. Okey..


<AYu...>  =)

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...