Gambar hiasan sahaja.. diambil dari “Indahnya Berpurdah”.. |
Tuesday, March 5, 2013
Cinta Seorang Pejuang Islam
Kedengaran
siulan burung-burung yang menembusi cuping telinga. Pagi ini sejuk dan
mendamaikan. Cahaya mentari menembusi celahan pokok, sungguh damai dipandang.
Terdengar dengkuran pemilik sahabat sebililkku yang masih dibuai mimpi. Aku
meneliti jam yang sudah menunjukkan pukul 8.40 pagi. Kelas aku pagi ini pukul
10 pagi. Dalam kesunyian ini, tiba-tiba ada mesej dari seorang sahabat
muslimin. Mungkin ada hal penting pagi-pagi ni dia mesej. Aku buka mesej
tersebut, dan meneliti isinya..
“Salam..
anti.. boleh ana tanya bagi pihak sahabat ana.. anti sudah berpunyakah.. ?”
Aku yang
membaca mesej tersebut terkejut, dan tak tahu untuk menjawab balik. Aku tahu
maksud mesej tersebut.. Ya Allah, macam mana ni. Yang pastinya aku mesti tolak
khitbah ini.. jawapan aku untuknya mungkin agak menyakitkan..
“wasalam…
biarla ana rahsiakan sama ada ana dah berpunya atau tidak.. ana faham maksud
anta.. masa ni tidak sesuai.. ana minta maaf ”
Akhirnya
sahabat yang menjadi orang tengah bagi pihak muslimin itu akur.. aku bukan tak
nak kenal dulu muslimin tu sebelum menolak, tapi mungkin bukan masanya lagi..
kehadiran pada masa yang tidak sesuai..
Sebuah
organisasi Islam yang mantap yang dipegang oleh muslimin dan muslimat sudah
pasti masalah seperti ini biasa berlaku. Cinta yang berputik dari cinta
pejuangan itu biasa. Aku juga manusia biasa, aku tahu semua tu. tapi aku tak
salahkan dia, memang semua orang dianugerahi rasa cinta.. mungkin kehadirannya
pada waktu yang “SALAH”..
Pejuangan
yang diisi juga dengan cinta, mungkin tak salah, tetapi jika dikecewakan habis
musnah kemantapan yang terdapat dalam sesebuah organisasi itu. bila majlis
syura pasti muslimin dan muslimat akan sama-sama berbincang mengenai gerakkan
kerja, jika masalah hati berlaku, lain pulak yang menjadi isi pada majlis syura
tersebut. Mana keikhlasan sebuah gerakkan yang berjuang kerana Allah jika
isinya diisi dengan lirikkan mata dan hati yang angau pada cinta manusia.. Itulah
perjuangan yang dikerjakan oleh muslimin dan muslimat.
Hati,
pandangan, niat, merupakan element penting pada setiap individu yang bernama
pejuang Islam. Pandangan yang tidak dijaga menyebabkan hati menjadi masalah,
dan bila hati bermasalah, mulalah niat untuk sesuatu gerakkan menjadi tidak
ikhlas kerana Allah, mungkin niat terpesong kerana manusia yang dicintainya
pula. Jadi sangat penting menjaga ketiga-tiga element ini, HATI,
PANDANGAN, dan NIAT..
Di sini,
tidak salah jatuh cinta, jika benar sampai masanya dirimu bersedia menanggung
beban seorang isteri mahupun suami, wajarlah untuk menerima cinta dari orang
lain yang mahu berkongsi hidup bersama. Setiap apa yang berlaku seiringan
dengan perancangan Allah, jadi jangan bersedih jika dikecewakan. Istikharah dan
sentiasalah berdoa.. insyaAllah jodoh yang baik sentiasa ada untuk kita..
…………………………………………………………………………………………………
“Pengantin baru dah jadi patung
pulak.. malu-malu pulak, pegang jer, kamu tu dah sah jadi suami isteri..” kata ibuku.. dia hanya tersenyum
malu memandang aku..
Akhirnya..
cinta seorang pejuang Islam yang mungkin dulu dijaga rapi hanya buat Tuhannya
akhirnya akur untuk menerima kehadiran insan yang akan berkongsi cinta yang
juga akan lebih memantapkan cinta pada Allah dengan binaan masjid ini.. cinta
pejuang Islam ini akan lebih kukuh dengan cinta sesama pejuang yang sama-sama
memahami gerakkan ini untuk pejuangan Islam..
Jangan
khuatir, pasti bahagia milikmu… wahai pejuang Islam….
*******************************************************
CH: jika sudah bersedia,tidak salah mencari.. buat lelaki, jangan mengikat wanita sedangkan kamu belum bersedia utk berkahwin.. itu adalah salah satu jalan2 menghampiri zina.. jika ada yang mencari tetapi orang yang hendak dijodohkan itu sudah berpunya jangan bersedih.. jadikanlah ia sebagai pengajaran, mungkin Allah mahu melewat-lewatkan jodohmu kerana “dia” yg Allah takdirkan adalah yang terbaik buatmu.. jika yang sudah bertunang, jagalah hubungan tersebut, semoga
dipermudahkan Allah untuk cepat2 berkahwin.. jangan lama2 bertunang takut kamu sama sahaja dengan orang2 yang bercouple.. cepat2 la bernikah yer.. Moga diredhai Allah.. CH doakan
moga dipermudahkan segala urusan..^^ sayang sahabat semua..
.........................................................................................................................................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)
8 comments:
salam..nice entry...:-)..sweet..
musafir disini sntiasa doakan awak shbtku :-)
oh biasa2 shja ni~ syukran ^^
oh.. terima kasih.. ^^
sy pun doakan awk jugak..
ameen semoga dipermudahkan urusan jodoh anti =)
amin semoga dpermudahkan jugak buat kamu sahabat..
syukran ye sahabat.. ^^
tulisan yang dirakyatkan utk pembaca.
moga dipermudahkan segala urusan..sama2 kita berdoa...
insyaAllah.. moga dpermudahkan segala urusan~
Post a Comment