Masa yang
lalu, berlalu dengan kenangan….
Terkenang
kembali setiap masa yang berlalu itu...
Kadangkala
kenangan itu indah untuk diingati….
Kadangkala, kenangan itu perit untuk
diingati...
Namun,
bila dimuhasabah segala yang telah berlalu itu….
Ada hikmah kenapa Allah jadikan
begitu…
Buat
sahabat yang tercinta….
CH mungkin bukan gadis yang baik….
Tak semua
sukakan penulisan CH..
Ada yang mengkritik hebat dan
menghentam CH..
Tapi CH
menganggap itu salah satu nasihat dan teguran buat CH.. ^^
Jika CH ambil kata2 yang menyakitkan itu sebagai pisau yg tajam
Mungkin CH akan hentikan penulisan CH waktu itu juga..
Tapi CH anggap itu teguran, sama ada baik untuk diambil atau buruk untuk
dijadikan sempadan hidup....
Ingat sahabat, CH bukan ustazah untuk dikatakan baik dan mulia..
CH hanya hamba Allah yang hina, yang mengemis cinta Allah
Di muka bumi Allah ini..
Tulisan ini untuk ingatan diri CH.. Jika boleh diambil pengajaran
Buat sahabat yang membaca, alhamdulillah, itu semua atas kuasa Allah..
Allah yang mengerak hatimu untuk ke sini.. Semua ini ilmu Allah...
Syukran ,
terima kasih atas segala sokongan dan teguran…
……………………………………………………………………………………..
Puisi
hati~
Aku bukan
ustazah…
Walaupun mungkin tudungku, stokingku
seperti aku ini ustazah…
Namun,
dikau tidak tahu, bagaimana hati ini sukar untuk dijaga…
Bukan aku ini sepeti Empat wanita
yang terbaik iaitu “Khadijah binti Khuwailid,
Fatimah binti Muhammad,
Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri
kepda Firaun."
[Muhibuddin al-Tabari]
Yang sememangnya mereka ini dijamin
syurga….
Aku ini
hanya gadis yang cuba untuk menjadi yang terbaik dgn sebaik mungkin…
“Ya Allah jagalah hati ini untuk
sentiasa mekar dengan cinta-Mu”
~CH
belog~
.......................................................................................................................................
Rasulullah saw telah bersabda:
قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلميقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah
dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala
keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam
keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
( Hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi.)
jadi kalau rasa sesuatu
perkara tu mendatangkan rasa suka bagi ALLAH....dah...abaikan jelah kata2
manusia... kita ni kalau nak
memenuhi segala kehendak manusia,biar diberi isi dunia...takkan dapat memuaskan hati manusia...
macam kisah Luqmanul Hakim dengan anaknya....
anak naik
keldai...salah...
ayah naik
keldai...salah...
dua2 naik
keldai...salah...
dua2 tak naik
keldaipun...salah...
akhirnya apa kata Luqmanul Hakim pada anaknya?
"buatlah
sesuatu selagi tak bercanggah dengan syariat..."
Wasalam sayang~
1 comment:
Apa yang sy tahu CH is a nice girl to her mom.. Seorang yg sgt2 pentingkan ibunya dan tak ingin menyusahkan mereka..
ALhamdulillah, dpt kenal CH~ ^_^
Post a Comment