Assalamualaikum..
Wah hampir setahun CH tak ke sini.. CH ada, tapi agak busy
dengan komitmen hidup. Emm.. Sebenarnya banyak yang CH nak share. Tapi tak
berkesempatan.. Nak share pasal Ma CH yang dapat menunaikan haji pada bulan
September tahun lalu. Tapi CH tak sempat nak up cerita tu. Mungkin lain kali.
Kali ini CH nak updatekan pasal perkahwinan CH sendiri.. Syukur kurniaan Allah atas jodoh ini..Mungkin dah terlewat nak update kat sini..
Alhamdulillah, tanggal 12 March 2016, 12 tengahari, dengan
sekali lafaz, Nurhayati(CH) sah menjadi isteri kepada Ahmad Shukeri. Emm tak
sangka cepat betul masa berlalu. Macam tak caya dah kahwin..
Ramai yang bertanya? Macam mana kenal?.. Soalan ni sangat
famous.
Tempoh perkenalan yang tak ada la panjang pun. Lepas tu kami
bertunang 3 bulan dan berkahwin ^^.. Tapi suami CH ni seorang yang serius untuk
mengisterikan CH. Itu yang CH suka, tak ada nak tanda2, cop2 CH sebelum betul2
untuk bernikah. ^^ impian CH tu kiranya betul2 jadi kenyataan.
Sebelum bernikah, tempoh taaruf
Masa ni tempoh kiranya dalam perkenalan. Still dalam
istikharah. 2,3 bulan selepas taaruf, suami bawa jumpa mak dia. Rasa nervous tu
tak tau nak cakap, tapi mak dia sangat menerima CH dengan baik. Sangat
dipermudahkan. Walaupun family suami CH ni dia agak orang ‘bandar’ dan CH orang
‘kampong’ jer, tapi family dia sangat menerima CH dengan baik. Itulah sebab CH
happy, dan rasa segalanya dipermdudahkan.
Setiap kali suami CH ajak CH keluar makan (biasa cuti am),
masa ni dia akan bawa mak dia sebagai
orang peneman kami berjumpa.. ^^ sebab tu CH agak baik dengan mak nya walaupun
sebelum berkahwin lagi. CH suka hubungan yang terjaga, sebab dari situ kita
akan membentuk perwatakan bakal generasi kita nanti. InsyaAllah. Dan dari situ
jugak kita boleh lihat, sama ada dia sebenarnya seorang yang menjaga hubungan
atau tak.
Penerima family CH
Walaupun CH orang pantai timur, mungkin agak kuat untuk
berkahwin dengan satu negeri, apabila CH menyuarakan yang suami CH nak jadikan
CH isteri, ma CH terima. Ma CH cakap “Apa masalah negeri lain2, semuanya
sama..” Selama ni dalam doa CH, CH minta “Ya Allah, berikanlah aku seorang
suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia
& di syurgaMu.”
Tak da pulak satu negeri dalam doa tu haha.. Yang beragama
walaupun negeri mana2 pun, kenapa tak bolehkan? Dari situ CH istikharah,
bukakan hati dan CH terima suami CH.
Perhubungan yang dirahsiakan
Bertunang hanya sekadar family yang tahu. Tak ada pelamin,
hanya dulang2, dan cincin merisik dan bertunang. Yang penting ketika itu, belah
lelaki datang untuk meminang dan tetapkan tarikh kahwin. Alhamdulillah,
walaupun berbeza negeri, tapi segalanya dipermudahkan, semua tampak gembira
masa bertunang tu..
Perkahwinan
Majlis belah CH yang agak ringkas, tiada makan beradat,
hanya makan bersimpuh ^^ masak rewang sesama orang kampong. Memang super jimat,
duit boleh di simpan untuk kehidupan bersama suami nanti, bukan sekadar untuk
di habiskan untuk majlis sahaja.
Itu sahaja sharing CH,
tak tahulah sama ada boleh di ambil pengajaran dan isi dari sharing ni. Akhir
kalam, doakan moga perkahwinan CH ini sentiasa diberkati Allah, dikurniakan
anak yang soleh dan solehah, berbahagia insyaAllah hingga ke syurga.. amin
|
First bersalaman sebagai suami isteri.. Malu sangat, CH terus lepaskan tangan suami.. Kelakar, sebab rasa lain sgt bila bersentuhan.. |
|
Antara barang2 hantaran |
|
Bersama ma yg tersayang... |
|
Antara family CH.. |
|
Mak abah belah suami |
|
Makan beradat CH.. :) |
2 April 2016.. bersamaan hari lahir CH.. Majlis belah suami..
|
Sahabat PMI |
|
Ni semua adik beradik belah suami..
|
Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan ini, adalah Ramadhan yg terbaik dari sebelumnya..
Wassalam sayang..
No comments:
Post a Comment