Sunday, May 18, 2014
Tolong lepaskan aku……..
Mungkin 2
Minggu lagi……
Pergi
tinggalkanmu……..
Doakan
yang terbaik buat kehidupanku akan datang……..
Terima
Kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang..
Ditarbiyahkan
di sini…..
Tolong
lepaskan aku……..
Tolong
lepaskan aku Universiti Tarbiyah Malaysia……
Kasih
padamu designku..
Cinta
padamu siteku
Curahan
Kasih buat masterplanku,
Kasih
yang satu detail areaku,
Gambaran
terindah sketchesku……
Semoga engkau
yang terbaik akan aku persembahkan dari cinta aku yang pertama kali
menyuntingmu menjadi site aku.. dan kini engkau dewasa menjadi design yang
terbaik dan disayangi untuk dipersembahkan kisah hidupmu pada audience
insyaAllah………
diri ini cukup cintakan site ni…
semoga dipermudahkan segalanya..
Wednesday, April 23, 2014
Aku bukan ustazah…
Masa yang
lalu, berlalu dengan kenangan….
Terkenang
kembali setiap masa yang berlalu itu...
Kadangkala
kenangan itu indah untuk diingati….
Kadangkala, kenangan itu perit untuk
diingati...
Namun,
bila dimuhasabah segala yang telah berlalu itu….
Ada hikmah kenapa Allah jadikan
begitu…
Buat
sahabat yang tercinta….
CH mungkin bukan gadis yang baik….
Tak semua
sukakan penulisan CH..
Ada yang mengkritik hebat dan
menghentam CH..
Tapi CH
menganggap itu salah satu nasihat dan teguran buat CH.. ^^
Jika CH ambil kata2 yang menyakitkan itu sebagai pisau yg tajam
Mungkin CH akan hentikan penulisan CH waktu itu juga..
Tapi CH anggap itu teguran, sama ada baik untuk diambil atau buruk untuk
dijadikan sempadan hidup....
Ingat sahabat, CH bukan ustazah untuk dikatakan baik dan mulia..
CH hanya hamba Allah yang hina, yang mengemis cinta Allah
Di muka bumi Allah ini..
Tulisan ini untuk ingatan diri CH.. Jika boleh diambil pengajaran
Buat sahabat yang membaca, alhamdulillah, itu semua atas kuasa Allah..
Allah yang mengerak hatimu untuk ke sini.. Semua ini ilmu Allah...
Jika CH ambil kata2 yang menyakitkan itu sebagai pisau yg tajam
Mungkin CH akan hentikan penulisan CH waktu itu juga..
Tapi CH anggap itu teguran, sama ada baik untuk diambil atau buruk untuk
dijadikan sempadan hidup....
Ingat sahabat, CH bukan ustazah untuk dikatakan baik dan mulia..
CH hanya hamba Allah yang hina, yang mengemis cinta Allah
Di muka bumi Allah ini..
Tulisan ini untuk ingatan diri CH.. Jika boleh diambil pengajaran
Buat sahabat yang membaca, alhamdulillah, itu semua atas kuasa Allah..
Allah yang mengerak hatimu untuk ke sini.. Semua ini ilmu Allah...
Syukran ,
terima kasih atas segala sokongan dan teguran…
……………………………………………………………………………………..
Puisi
hati~
Aku bukan
ustazah…
Walaupun mungkin tudungku, stokingku
seperti aku ini ustazah…
Namun,
dikau tidak tahu, bagaimana hati ini sukar untuk dijaga…
Bukan aku ini sepeti Empat wanita
yang terbaik iaitu “Khadijah binti Khuwailid,
Fatimah binti Muhammad,
Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri
kepda Firaun."
[Muhibuddin al-Tabari]
Yang sememangnya mereka ini dijamin
syurga….
Aku ini
hanya gadis yang cuba untuk menjadi yang terbaik dgn sebaik mungkin…
“Ya Allah jagalah hati ini untuk
sentiasa mekar dengan cinta-Mu”
~CH
belog~
.......................................................................................................................................
Rasulullah saw telah bersabda:
قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلميقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah
dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala
keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam
keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
( Hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi.)
jadi kalau rasa sesuatu
perkara tu mendatangkan rasa suka bagi ALLAH....dah...abaikan jelah kata2
manusia... kita ni kalau nak
memenuhi segala kehendak manusia,biar diberi isi dunia...takkan dapat memuaskan hati manusia...
macam kisah Luqmanul Hakim dengan anaknya....
anak naik keldai...salah...
ayah naik keldai...salah...
dua2 naik keldai...salah...
dua2 tak naik keldaipun...salah...
macam kisah Luqmanul Hakim dengan anaknya....
anak naik keldai...salah...
ayah naik keldai...salah...
dua2 naik keldai...salah...
dua2 tak naik keldaipun...salah...
akhirnya apa kata Luqmanul Hakim pada anaknya?
"buatlah sesuatu selagi tak bercanggah dengan syariat..."
Wasalam sayang~
Tuesday, March 25, 2014
BATANG TAMAR MENANGIS KERANA NABI MUHAMMAD SAW~
~KISAH BATANG TAMAR MENANGIS KERANA NABI MUHAMMAD SAW~
Pada zaman Nabi SAW dulu , di dalam
Masjid Nabawi. Baginda Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah Jumaat dgn hanya
berdiri dgn sebatang pohon tamar.
Setelah sekian lama , batang pohon
tersebut makin usang , lalu para sahabat membuatkan sebuah tempat (mimbar) baru
yg mempunyai lebih kurang 3,4 buah anak tangga.
Nabi pun mula memberikan khutbah di
atas mimbar baru tersebut ,Batang tamar yg dulunya digunakan oleh Nabi
diletakkan di suatu tmpt dlm masjid itu.
Selepas
Nabi menggunakan mimbar baru itu , kedengaran suara tangisan yg kuat
sehinggakan semua jemaah dpt mendengar raungan itu.
Rupa-rupanya , suara itu dtgnya drpd
batang pohon tamar yg usang , yg dulunya Nabi sering kali menggunakan nya.
Lalu Nabi menghampiri batang tamar
itu dan bertanya kpd batang tamar itu mengapa ia menangis dan batang tamar itu
pun menjawab :
“Aku sungguh sedih mengenangkan
nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan
aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”
Rasulullah tersenyum sambil memeluk
batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu
tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di
syurga kelak.”
MasyaAllah.. Hebat nya Baginda
sampai batang tamar pun menangis rindukan Baginda.
Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat sepatutnya rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi.
Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat sepatutnya rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi.
Marilah kita perbanyakkn selawat kpd
Baginda.
Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi.
Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi.
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Cerdit: Kuliah Live
Cerdit: Kuliah Live
Wednesday, March 19, 2014
Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta..
Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta (Real story)~
Assalamualaikum
WBT..
Kali ini
CH tergerak utk share mengenai cerita sebenar yg CH
alami sendiri bagaimana cinta berlainan agama ni sehingga mahu peluk Islam..
Cerita
ini bermula dengan sesi baru pelajar yg dikira junior CH yg baru mendaftarkan
diri sbg student course CH ambil ni.. Pada masa tu CH tahun 3 dan kami student
tahun 3 perlu handle adik2 baru ni n handle satu program utk mereka selama 3
hari.. Kira sesi sual kenal bersama adik2 baru n seluruh warga course CH, n
batch CH perlu jd AJK handle program ni.. Nak jadikan cerita kawan classmate CH
lelaki Chinese jatuh cinta pada seorang junior perempuan Melayu.. Bila dia
jatuh cinta tu dia memang cuba pikat perempuan tu hingga perempuan tu terjatuh
cinta juga pada dia..
Pada masa
tu mereka mula couple, tapi tak diketahui ramai sekadar msg dan keluar makan..
tapi kami sebagai classmate memang pelik kerana terserempak mereka makan
bersama di satu kedai makan.. pada waktu tu dia tak dapat sorok lagi, dan
cerita cinta mereka diketahui ramai.
Lebih
beberapa bulan , atau satu semester mereka bercinta namun akhir cinta mereka
putus. Pada waktu tu lelaki Chinese ni
macam berubah lain. Nampak hidup yang kelam kabut dan stress. Dalam satu
semester selepas tu, mereka sambung balik bercinta. CH agak terkejut, macam
mana boleh sambung bercinta balik ni.. Lelaki Chinese ni datang pada CH dan
kawan2 Melayu CH dan dia bercerita mengenai masalah dia.
“Saya
cintakan dia. My aunty nampak kami keluar bersama, jadi my aunty bagitau my mum
pasal saya, my mum terasa pelik takut saya bercinta dengan perempuan melayu dan
tukar agama. Dia suruh saya putus dan tinggalkan dia. Saya sayang dia, kalau my
mum tak bagi, saya dah rancang nak bawa dia nikah lari, saya convert agama, dan
masuk Islam pastu kami kahwin, lepas ada anak saya akan balik semula pada
family saya.. saya yakin dia pasti terima kami sebab dia dah sejuk tengok kami
sekeluarga nanti.. saya yakin macam tu.”
CH dan
kawan2 CH nasihatkan dia jangan buat macam tu, “fikir baik2.. dan betulkan
niat, adakah awk nak masuk Islam kerana dia.. kalau sebab kerana dia, apabila
cinta itu hilang, awak juga akan hilang cinta pada agama Islam. Betulkan niat
awk..”
Dia
terdiam….
Imbas
kembali kenapa mereka boleh sambung balik.. Lelaki Chinese ni bercerita yang
dia tak boleh hidup dan kehilangan perempuan macam tu.
“Saya
pasti menyesal kehilangan dia.. Sebab tu saya sungguh2 dan tak putus asa pujuk dia balik.. Kenapa kami putus dulu kerana masalah berlainan
agama. Masa tu dia cuba pertahankan, tapi saya putus asa sebab kami berlainan
agama,saya tak tahu nak cari jalan macam mana nak selesaikan dan saya buat keputusan untuk putus. Kali ini
saya cuba pujuk dia balik dan memang dia jual mahal dan tak nak saya balik tapi
saya pujuk-pujuk, dan tak putus-putus asa, dia terima saya balik. Tapi saya
risau dia pulak yang akan putus asa kerana tiada jalan untuk selesaikan masalah
kami yang berlainan agama ni..”
CH
bertanya dia “awak sayang dia sangat?”
Lelaki Chinese
tu jawab “CH…. Saya sayang dia sangat2, sebab tu saya mahu peluk Islam”
CH
terdiam, tak tahu nak cakap apa..
Disebabkan CH rasa kasian pada dia, CH tanya seorang sahabat CH yang uruskan
mengenai mualaf di U CH belajar ni.. Sahabat CH bgtau macam mana..
“Ramai
yang mahu peluk Islam kerana cinta. Tapi bila dia masuk kuliah dan faham Islam,
dia berubah dari cinta kepada memang mahu peluk Islam”
CH buat
keputusan memberanikan diri untuk bagitau lelaki Chinese tu, tapi CH tak boleh
sebab dia lelaki, dan nak cakap personal, sgt2 susah.. jadi CH jumpa junior CH
yang kawan lelaki Chinese CH suka tu.. CH bagitau pasal kuliah mualaf tu, suruh
lelaki tu cuba hadirkan diri.. tiba-tiba adik tu tanya CH..
“Kak, tak
pe ke dia nak peluk Islam kerana saya”
CH
terkedu, CH bukan orang yang arif soal ni, bukan CH, CH hanya wanita yang jahil
dan belum banyak ilmu lagi...
“Kak ada tanya
sahabat kak, dia bagitau, memang ramai yang nak peluk Islam kerana cinta.. Adik
cuba bantu dia bawa dia faham Islam.. Adik tarik dia..”
“Terima
kasih kak”… Kata adik tu..
Selepas
CH cuba bantu mereka, CH rasa lega sangat2.. Tapi CH tak tahu sama ada dia
betul2 ada ikuti atau tak kuliah tu.. CH tak tahu, seperti tiada perubahan pada
lelaki tu..
Apa2 pun
sahabat.. doakan mereka moga Allah berikan hidayah buat lelaki Chinese ni untuk
peluk Islam kerana betul2 jatuh cinta dengan Islam bukan kerana perempuan
melayu tu..amin.. insyaAllah
……………………………………………………………………………………………………
Cinta
berlainan agama kenapa tak boleh?
Dalam Islam
jelas rukun nikah…
Syarat Sah Nikah
Syarat bakal suami
Islam
Lelaki
yang tertentu
Bukan
lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui
wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan
dalam ihram haji atau umrah
Dengan
kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak
mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui
bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri.
Syarat bakal isteri
Islam
Perempuan
yang tertentu
Bukan
perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan
seorang khunsa
Bukan
dalam ihram haji atau umrah
Tidak
dalam idah
Bukan
isteri orang
* Jadi terbatal
syarat sah nikah jika tiada seperti ciri2 diatas..
………………………………………………………………………………………………....
CH: cinta
itu sungguh buta,tapi hanya Cinta pada Allah yang akan membawa kita ke cinta
yang berlandaskan cinta yang betul.. Cinta Allah sungguh2, Allah pasti
hadiahkan seseorang yang cintakan kita sungguh2 juga cintakan Allah.. ^^ maafkan CH, atas segala silap dan salah CH
sekiranya sahabat ada terguris pada post CH di blog ni.. maaf..
Wassalam
sayang~
Thursday, February 27, 2014
Hidup untuk mencari~
![]() |
| susun kasut anda! |
Soalan
CH.. Selalu tak sahabat hilang barang.. Kata seorang sahabat:
"Siapa
tak susun kasut ni, cepat susun, nanti barang awk akan hilang sebab awak tak
susun kasut"
Hehe
betul ke tidak? CH xtau... Ah cer tgk kasut masing2 tersusun tak, kalau barang
selalu hilang jer, cer tgk, kasut kemas ke x? ^^
Kalau CH
pasal hilang barang ni,memang selalu, kalau kunci bilik memang selalu jugak la
hilang, pastu mula untuk misi mencari.. Pernah gunting yang hilang, pastu misi
mencari lagi.. Selalukan macam tu.. Hilang dan cari... Hilang dan cari......
Macam tu
la hidup kita, kita sentiasa mencarikan, mencari keredhaan Allah tu.. betul
tak? Cari dan sentiasa cari.. Kadang2 iman kita turun, pada masa tu, kita mula mencari, tapi bila iman naik mungkin ujian datang buat iman turun lagi.. kita perlu cari balik.. dan cuba kita stop mencari keredhaan Allah, apa jadi?
Kita hilang arah... xtau dah jalan mana baik dan buruk, dan mungkin tersesat di
tengah jalan... iman kita ni ada turun, dan ada naik..
Sebab tu
lah, hidup ini perlu sentiasa mencari.. mencari dan mencari redha Allah...
^^
"Wahai
Jiwa yang Tenang.. Kembalilah kepada TuhanMU Dengan Hati yang Redha dan
diredhai-Nya.. Maka Masuklah dalam Golongan Hamba-hambaKU.. Maka masuklah ke
dalam SyurgaKU.." (Al Fajr;27-30)
Hidup
untuk mencari..^^ Pasal susun kasut, tiba2 ada yang menyusun kasut takut barang dia hilang... hehe mungkin sahabat CH hanya bergurau jer.. jangan percaya
Jom,
mencari dan terus mencari~
.....................................................................................................................................................
p/s: Jangan berhenti untuk terus mencari..
Wasalam
sayang....
Wednesday, January 1, 2014
Saya mahu kahwin dengan awak...........
Seorang
anak lelaki berkata kepada bapanya : "Saya melihat seorang perempuan dan saya ingin
berkahwin dengannya. Dia begitu cantik dan dia mempunyai mata yang cantik.” Bapanya menjawab kepada anaknya “Anakku,sudah
tentu, mari kita melamar dia dan bertanya pendapatnya dalam perkahwinan".
Apabila bapa melihat gadis itu , bapanya
mengkagumi kecantikannya dan kata bapanya kepada anaknya. "Kamu tidak berhak untuk bernikah dengan
gadis ini, dia memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan
dan yang boleh dia bergantung harap kepadanya, seseorang itu seperti saya "
Budak
lelaki itu terkejut dengan sikap bapanya dan dia menjawab "Gadis
ini akan berkahwin dengan saya, bukan kamu." Mereka mula melawan dan akhirnya mereka
memutuskan kedua-dua untuk pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah
mereka. Apabila mereka memberitahu cerita mereka kepada pegawai polis itu, pengawai polis itu memberitahu mereka, "Bawa gadis itu supaya kita boleh bertanya
tentang pendapat dia tentang perkara ini."
Apabila
pegawai itu melihat keindahan gadis itu dia berkata kepada budak lelaki dan
bapanya: "Kamu kedua-dua tidak layak, dia memerlukan seseorang yang mempunyai
prestij seperti saya." Tiga lelaki mula bergaduh dan memutuskan untuk
pergi berjumpa menteri untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Apabila menteri
melihat gadis itu, beliau berkata: "Dia sepatutnya berkahwin dengan
seorang menteri seperti saya". Putera mendengar tentang permasalah mereka
dan memanggil mereka semua untuk membantu mereka menyelesaikannya masalah
mereka itu tetapi apabila putera itu melihat gadis itu beliau berkata: "Gadis
ini akan berkahwin dengan saya".
Semua
lima lelaki mula berjuang. Akhirnya, gadis itu berkata "Saya ada jalan
penyelesaian! Saya akan mula untuk berjalan dan sesiapa yang pertama dapat menangkap
saya , dia akan menjadi suami saya". Apabila dia mula berjalan , budak
lelaki itu , bapanya, pegawai polis, menteri dan putera mula berlari untuk
menangkap perempuan tersebut. Tiba-tiba 5 lelaki itu jatuh ke dalam lubang yang dalam.
Gadis itu
memandang kepada mereka dari atas dan dia berkata “Adakah kamu semua tahu siapa
saya ???" “Saya adalah DUNIA !!!! Orang kejar untuk menangkap saya,
mereka berlumba-lumba untuk mempunyai saya. Dengan berbuat demikian , mereka
lupa AGAMA mereka, sehingga mereka berakhir di dalam kubur dan masa tu mereka tidak
perlukan saya lagi.”
....................................................................................................................................................
CH: Cerita
ini asalnya dalam versi bahasa Inggeris CH tukarkan untuk bacaan sahabat semua
dalam versi bahasa Melayu..
Sesungguhnya dunia itu adalah indah semuanya, namun
kerana keindahan dia, ramai manusia tergoda dan lupa akan syariat yang telah
Allah gariskan dalam hidup ini.. Sehingga saat kematian menjemput, ketika itu
baru tersedar akan kejahilan diri yang membuang agama dan tergoda dengan
keduniaan.. tetapi, ketika itu, penyesalan yang tiada guna, kerana kita takkan
dapat kembali kedunia lagi..
Jangan
marah muslimat semua, cerita ini sekadar cerita yang memberi pengajaran, bukan
mengatakan muslimat itu penggoda dunia, bukan… bukan…. ^^ semoga kita muslimat
bukan muslimat yang membawa keindahan dunia yang merosakkan umat dunia..
sesungguhnya muslimat itu penting dalam agama,
pernah dengar kata2 ini, CH tak tahu ini hadis ataupun sekadar kata2:
“Jika mahu melihat bagaimana generasi akan datang, lihatlah wanitanya sekarang bagaimana sikapnya, jika solehahnya mereka, maka soleh dan solehahlah generasi akan dilahirkan kerana mereka yang bakal melahirkan generasi yang akan datang”
Betapa
besarnya peranan wanita dalam membentuk generasi akan datang, kerana apa,
wanita yang mengandungkan, yang melahirkan serta mendidik, ayah mungkin bekerja
tak selalu bersama, sebab itulah wanita itu sangat penting dalam pembentukkan
generasi akan datang. Buat wanita semua, bentuklah diri dari kamu masih gadis
sunti supaya roh yang ada dalam diri kamu itu adalah roh yang terbaik untuk
agama.. Peringatan untuk CH juga..
Wallahu’alam..
Wassalam sayang~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)




.jpg)




this blog