Pagi itu aku bangun untuk solat subuh..
Kemudian bersiap-siap untuk menghantar Umairah dan Ikhram ke tadika..
Pagi itu Lyka juga bangun seawal pagi dan mahu mengikut aku menghantar mereka ke tadika..
Aku membawa Lyka sama..
Dalam kesibukkan itu, abang ipar aku menyuruh aku membeli ikan dan kuih..
Ikan “sela” untuk orang lahir baby iaitu isterinya atau kakak aku..
Abang ipar aku itu juga benarkan aku bawa Lyka sama..
Aku agak takut ni nak bawa anak orang sama.. Naik motorsikal pula tu..
lagi parah, aku tak ada lesen he he he
Aku pakaikan Lyka sweater dan topi biasa, bukan helmet tau..
Dan aku mula bertolak untuk hantar anak-anak buah aku ke tadika..
Selepas menghantar Umairah dan Ikhram ke tadika aku mula ke pasar…
aku mula mencari ikan “sela” itu..
Rupanya ikan belum sampai..Aku pun menunggu la..
Alahai motor aku tadi telah menghalang lori ikan dari masuk..kena alih motor dulu..
Selepas aku parking motor di tempat yang betul ^^ ..aku mula mendukung Lyka dan berjalan..
Alamak..Ramai betul orang sekarang, rupanya aku bertembung dengan peraih ikan..
Aku yang kecil cuba mencari-cari ikan itu..
Agak susah, mata aku sentiasa terlindung dek orang..
dan Lyka pula berat.. Sakit pula tangan aku ni..
Nampaknya penjual ikan itu lebih pentingkan peraih ikan..
aku berdiri jer tunggu sehingga ikan ‘peraih ikan’ itu siap di bungkus..
Lyka pula mula menjerit-jerit sebab nak turun nak sentuh ikan di situ..
Ala aku lupa la kasut dia,ingat nak bawa dia hantar Umairah dan Ikhram kat tadika jer..
Kalau hantar kat tadika jer tak perlu kasut sebab dia tak perlu turun dari motor..
nampaknya Lyka tak boleh turun ke bawah kena dukung jer la..
Tapi dia mula nak turun.. makin berat di buatnya.. semua orang pandang aku..
Yela aku pegang Lyka macam-macam,dukung kat sisi, depan,sebab berat kot,
11 kg kot Lyka ni..
Mungkin diorang tengah fikir aku ni ibu budak ni ke..
Agaknya diorang ingat aku ni mak Lyka kot..
Yela orang sekarang badan jer kecil tapi dah ramai kahwin
dan ada anak.. Ok lah, aku suka orang anggap aku dah ada anak..^^
sebab tak ada la orang nak ganggu aku nanti..
Selepas aku beli ikan, aku mula mencari-cari kuih..
kuih yang boleh makan untuk orang lahir baby..
Aku berjalan ke kedai kuih-muih..
Tangan aku sakit kot..alahai beratnya Lyka ni..
Aku behenti seketika..
Lyka berat la!!!
Dan selepas itu meneruskan perjalanan ke tempat kuih..
tak ada la jauh sangat.. ^^
Dan mula membeli kuih-kuih itu..
Mak cik di situ menegur Lyka.. Lyka cuma pandang jer..
Mentang2 budak comel, jual mahal pula Lyka ni..
Bukan nak senyum kat mak cik tu, mungkin ngatuk la tu..
Selepas itu aku mula gerak nak pulang..
Dan pulanglah aku..
Hari itu memang memenatkan.. Tu baru dukung dia..
Memang beruntunglah siapa yang badan besar..
aku badan kecil memang penat la…
Tapi aku suka..sekali sekala jaga anak buah..
Lama dah kot tak jaga anak buah selepas masuk U ni..
Letih menjadi mak su mithali..^^
Umairah, Ikhram dan Lyka.. |
No comments:
Post a Comment