Yang diam membisu pabila melihat kelibat jejaka
Mungkin sukar untuk hati ini membuka rasa cinta
Dunia cinta tak pernah aku indamkan dikala waktu begini..
Lelaki itu telah mengetuk hati ini
Kesilapaku diwaktu itu
Aku melayan satu SMS yang tersilap dihantar kepadaku
Takku sangka hati ini tertawan
Aku pula mula menunggu kata-kata manis darinya
Dunia ini ku rasa indah…
Meminta aku bercinta dengannya
aku sangat gembira,takku sangka dia juga mencintaiku
Sudah lama aku menunggu kata-kata itu
Aku dan dia sekarang adalah pasangan kekasih
dia menjadi milikku
Dan tiada siapa lagi yang dapat mengambilnya dariku
Aku dan dia pasti takkan terlepas dengan SMS, call dan FB
Kredit setiap hari dibuang begitu sahaja
Aku tak kisah ,kerana aku cintakan dia
Tapi terasa rindu mahu melihat wajahnya
Mungkin mulanya aku 3G dengan memakai tudung
Namun lama-kelamaan,
Aku mula membuka tudung,
Terasa mahu menunjukkan kecantikkan ini kepadanya
Aku juga mula berjumpa dengannya diluar
Aku dengannya mengambil gambar bersama
Batasan aku dengannya dianggap biasa
Tak apa la, setakat pegang sikit-sikit
Aku sangat bahagia apabila dia meletakkan status in relationship denganku
Dan gambar yang ku ambil bersamanya
Ku upload dalam FB
Aku bangga aku mempunya pak we
Aku tersedar dari lamunan ini
Aku sedang melakukan dosa kepada Allah
Jika benar dia lelaki beriman,
Kenapa dia mengajakku bercinta
Bukankah itu langkah pertama aku menghampiri zina?
Aku sentiasa SMS, call,chat
Bukankah suaraku aurat?
dan kata-kata manis itu adalah akan menimbulkan syalwat
sedangkan dia bukan lelaki halal lagi untukku
Gambar aku yang di ambil bersamanya
dan di upload di dalam FB
Bukankah itu menambahkan saham dosaku apabila orang melihatnya?
Ya Allah ampunilah aku
Aku telah melakukan dosa yang sangat banyak padamu
Ya Allah…
Ampunilah aku…ampunilah aku..ampunilah aku..
P/S:. Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa pun..Peringatan untuk diri ini dan sahabat bersama…
No comments:
Post a Comment