. »

Monday, February 27, 2012

Saya sudah jadi tunangan orang..^^



“Dalam penantian ini..
Siapa tahu bila jodoh itu akan hadir..
Namun penantian itu berakhir sudah
Apabila pertunangan itu sebagai tanda pengikat
antara aku dan dia..”


Perlukah kita umumkan satu dunia yang dia tunang kita?
Sesungguhnya dalam Islam menyuruh kita hanya berdiam..
Pertunangan ini cukuplah hanya sekadar keluarga kita
dan keluarga dia sahaja yang tahu..
Pertunangan adalah jalan untuk pasangan
mengenali pasangannya itu..

Berkenalan macam mana?
Hanya mungkin merisik melalui ibu bapanya..
tiada siapa lagi yang mengenali anaknya
selain ibu bapanya yang menjaganya sejak kecil lagi..
Pertunangan ini supaya kita betul-betul mengenali dia..
Sama ada dia sesuai dengan kita atau tak..
Jika dia tidak sesuai untuk kita..
Tidak mengapa diputuskan ikatan pertunangan itu..
Sebab itulah pertunangan tidak patut digempar gempurkan..
Kerana jika tak jadi,pasti masalah malu dan masalah fitnah orang…
Jika hanya keluarga kita dan dia sahaja yang tahu..
masalah ini tidak akan terjadi..

Ingat sahabat..
pertunangan adalah proses perkenalan..
bukan halal untuk keluar dengannya dan berjumpa dengannya..
Jika mahu untuk berjumpa dengannya atas mahu kenal dengan lebih dekat..
Boleh saja berjumpa tapi pastikan membawa mahram bersama..
Kanak-kanak yang kecil yang masih tidak mengerti
erti sebuah perkahwinan tidak dikira mahram…
Jangan buat alasan membawa kanak-kanak 10 tahun sebagai mahram..
Kamu tetap dianggap melakukan perkara yang mungkar..
Kerana dalam berdua-duaan pasti yang ketiga itu syaitan..

semoga sahabat..
pertunangan itu adalah jalan yang terbaik untuk
mengenali dia dengan lebih dekat..
Jika pertunangan tidak jadi..tidak mengapa..
Semoga dia tetap sahabat walaupun jodohmu bukan dengannya..
Dan keluarganya tetap diziarahi sebagai saudara seIslam..

Pertunangan itu jangan lama-lama..
Akhirlah dengan perkahwinan, jika rasa dia adalah jodohmu..
Perbanyakkan solat taubat dan solat istikharah..
semoga kau temui jodohmu..
dan semoga pertunangan itu salah satu jalan untuk
kau makin mengenalinya dengan lebih baik dan
yakin untuk membina masjid dengannya..

Wassalam…
.........................................................................................................................................................

2 comments:

Ana Annisa said...

wah!! tersentuh membacanya...^^...

Cahaya Hidupku said...

bila ag kak anis..^^ dah tersentuh tu, xlama ag la tu..

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...