. »

Wednesday, May 25, 2011

Maafkan saya…


Assalamualaikum….
Dah hampir seminggu tak update blog ni… xdapat nak menaip rasanye, sebab sakit telinga yang teramat sangat… Tiap2 malam mesti berdenyut2 sakitnye.. memang xboleh nak cakap, memang sakit sangat..  ingat dua, tiga hari selepas tu akan sembuh, tapi makin sakit rupanye.. kalau tak makan ubat penahan sakit, memang tak dapat tidur la malam tu… hampir setiap malam, pukul  3 pagi, mesti terjaga kerana telinga berdenyut2…

******************************************

Sakit sangat, memang masa tu terfikir “Kalau aku di panggil Allah hari ini, macam mana ya? Amalan aku selama ni cukup ke aku nak mengadap Allah ni?... Allah terima ke amalan aku tu?... adakah niat aku semasa beramal itu kerana Allah…?”…. timbul rasa takut yang teramat sangat… “Aku banyak dosa lagi…”
 Cuba kita soal diri kita …. “layak ke kita ke syurga Allah….?  Apa yang telah kita sumbangan kepada agama Allah….? Boleh ke amalan kita selama ini membawa kita ke syurga Allah…? Betul ke niat kita semasa beramal itu kerana Allah…?”
Cuba fikirkan kembali..jika kita di panggil Allah hari ini… adakah kita akan berada dalam kalangan orang2 yang beriman…?
Bersediakah kita…
Aku mohon maaf di atas segala kesalahan aku pada korang semua…  tak tahu kan , mungkin esok giliran aku…mungkin lusa, kita tak tahu, semua tu rahsia Allah.. tetapi setiap yang hidup pasti akan merasainya.. jadi banyakkanlah istighfar memohon keampunan kepada Allah setiap saat.. “astaghfirullahal a’zim”…………
############################


Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami… kedua ibu bapa kami, kaum kerabat kami.. saudara2 kami serta muslimin dan muslimat….amin



selalulah memohon maaf dan meminta keampunan pada Allah setiap saat..

Thursday, May 19, 2011

Petua Cahaya Mata



ASSALAMUALAIKUM…..



Sahabat-sahabat tahukan, bukan senang nak menjaga bayi.. sangat susah tau.. jadi bagaimana ye nak mendapatkan bayi yang sihat serta beriman? jadi hari ini CH nak kongsikan beberapa petua la buat sahabat-sahabat semua… petua ni dari mak CH dan juga dari ustaz CH dulu,serta dari pembacaan CH… CH sangat sukakan  sesuatu yang tradisional.. jadi di sini CH kongsikan sedikit dari apa yang CH perolehi dari mak CH.. ye la, CH kan anak bongsu, jadi bila akak-akak dapat baby baru, CH tumpang sekaki untuk main anak buah CH tu.. jadi apabila mak CH bagi nasihat pada kakak dan kakak ipar CH tu, CH dengar la.. jom kita  tengok apa petua tu………..

*******************************



Sebelum CH pergi lebih jauh, CH nak kongsikan sedikit daripada pembacaan CH.. bagaimana ya nak dapatkan anak yang beriman lagi sihat.. ia mesti di mulai oleh ibu bapanya. Ibu bapanya adalah dari kalangan yang baik2, pasti anak2nya adalah baik.. namun, boleh sahaja ikhtiar untuk mendapat anak yang soleh atau solehah..tapi bagi yang belum berkahwin, seharusnya kamu latihkan diri dari sekarang untuk berusaha menjadi ibu bapa yang baik..terutamanya kamu mesti berusaha mencari keredhaan Allah dengan beriman kepada Allah, mengerjakan yang makruf dan menghindari dari yang mungkar.

Lyka..
* Sesiapa yang banyak berzikir dan banyak membaca nama Allah ini iaitu Ya Mutakkabir (iaitu dari Asma’ul Husna) sebelum menyetubuhi isterinya, insyaAllah dia akan dikurniakan anak yang soleh lagi sihat. *

*sesiapa yang membaca 10 kali Al-Mussawwir (juga dari zikir Asma’ul Husna) sebelum membuka aurat isterinya atau bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah dia akan mendapat anak yang soleh. *

Itu beberapa pembacaan yang CH dapat, zikir Asma’ul Husna… sangat ringkas dan mudah di hafal..tapi ada banyak lagi tau, cuba la cari atau tanya ustaz..

CH juga nak kongsikan bagaimana hendak mendapatkan bayi/anak bagi yang berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak sendiri.. insyaAllah dengan izin Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya.. cubalah amalkan ini..

*Amallah zikir ini,iaitu zikir Asma’ul Husna, nama2 Allah iaitu Ya Wahid..sesiapa yang membaca Ya Wahid sebanyak 190 kali setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardu lima waktu, diamalkan selama satu bulan dan diiringi dengan berpuasa setipa isnin dan khamis, insyaAllah segala hajat akan dimakbulkan dan dia akan diberi keturunan…. insyaAllah……….*

Sekarang CH nak kongsikan bagaimana apabila kita diberitahu berita yang cukup mengembirakan iaitu isteri atau kamu sendiri wahai wanita yang disahkan mengandung. Berita gembira ni, tapi ingat, kandungan boleh sahaja gugur. Jadi bagaimana tak nak kandungan gugur?

* Sesiapa yang takut akan keselamatan anaknya yang berada dalam kandungan, maka hendaklah dia membaca Ya Raqib ( dari Asma’ul Husna) 7 kali, insyaAllah bayi itu tidak akan gugur*

Suami boleh juga lakukan iaitu dengan membaca Ya Raqib 7 kali dan hembuskan pada perut isteri. insyaAllah dengan izin Allah kandungan tersebut tidak akan gugur.

Sekarang ini bagaimana pula dengan amalan semasa mengadung? Sesungguhnya dari kandungan lagilah kita perlu membentuk keperibadian anak dalam kandungan tersebut. Bagaimana nak membentuk keperibadian itu?

*Orang2 tua ada berpesan pada ibu yang mengandung iaitu supaya jaga percakapan, jaga amalan, jaga sikap. Binatang2 jangan dianiaya,kerana mungkin akan menyebabkan bala atau badi pada anak dalam kandungan.” *
Itu pesanan orang tua2, memang benarkan.

 Bagi membentuk keperibadian anak yang soleh atau solehah.“Baca Al-Quran dan khatamkan Al-Quran tersebut. Hal ini benar, cikgu aku dia sama-sama mengaji Al-Quran dengan suaminya dan telah khatam sebanyak 2 kali. Anaknya sangatlah pandai mengaji Al-Quran sehinggakan pada usia 6 tahun sudah khatam Al-Quran, malahan anaknya sangat bijak.”

*Semasa mengandung amalkan zikir,selawat,berpuasa. Bagi yang berpuasa sebaik-baiknya suami yang patut amalkan, mungkin bagi wanita, takut memudaratkan kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Tetapi boleh sahaja wanita amalkan. Solat jangan tinggal , malah tambahkan dengan yang sunat. . 

*Doa supaya bayi dalam kandungan menjadi anak soleh, iaitu dari surah Al-Imran ayat 38:. Maksdunya…

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku anak yang soleh. Sesungguhnya engkau Maha Mendengar permohonanku. *

*Surah bacaan ketika mengandung:.
 Al-Fatihah, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surat Hujurat, Surat Yassin, surat at-Taubah, Surah an-Nahl.
*

Banyak lagi amalan2 semasa mengandung,tapi CH bagitau serba sedikit jer.
Genap sudah 9 bulan dan bakal melahirkan anak. Waktu ini adalah saat yang di nanti-nantikan oleh setiap pasangan. Namun bagi wanita saat ini adalah saat yang sangat mendebarkan,terutama bakal ibu yang mengandung anak pertama. Mungkin tidak ada pengalaman dalam melahirkan anak. Dan semua orang tahu, perkara yang paling sakit di dunia ini ialah melahirkan anak. Di sini CH nak berkongsi sedikit amalan yang CH dapat dari pembacaan CH.

* Jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak ingin mengelak daripada kesusahan bersalin, hendaklah dia berpuasa 7 hari, dan setiap hari ketika berbuka puasa, dia membaca ketiga-tiga nama Allah iaitu Ya Khaliq, Ya Bari’ dan Ya Musawwir sebanyak 21 kali, kemudian hendaklah dia menghembuskan nafas ke dalam segelas air,kemudian dia berbuka puasa dengan air tersebut. Dengan demikian Allah memudahkan wanita itu bersalin… InsyaAllah…*

Tibalah hari yang di nanti-nantikan iaitu kelahiran bayi atau cahaya mata. Bagi wanita yang melahirkan anak, banyakkan mengingati Allah, berzikir serta berselawat. Bagi suami,berdoalah buat isteri dan anakmu itu supaya dapat dilahirkan dengan selamat. Suami juga perlulah bagi semangat pada isteri ketika isteri sedang melahirkan anak. Kasih sayang suami dapat memberi kekuatan pada isteri.

*
Ketika telah hampir atau sedang menunggu bersalin ,para ibu janganlah risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah gantikan dengan wirid atau zikir atau doa.. Ini salah satu wirid.. basahkan lidah dengannya:. Surah al-Anbiya ayat 87, ayat kursi, surah al-Ikhlas , surah al-Falak, surah al-Annas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.. *

Lahirnya bayi dengan selamat, Alhamdulillah syukur pada Allah. Suami sekarang yang perlu mengazankan bayi tersebut. CH ada beberapa amalan yang telah diberitahu oleh ustaz.

*Lahirnya bayi kedunia, pertamanya azanlah di sebelah kanan telinga bayi tersebut, dan iqamahlah di sebelah kiri telinga bayi tersebut. Malah lagi baik di bacakan 4 Qul iaitu surah An-Nass,Al-Falaq, Al-Ikhlash,dan Al-Kaafiruun kedua-dua belah telinga bayi tersebut. Lebih elok lagi di tambahkan dengan 7 kali bacaan ayat kursi di kedua-dua belah telinga. Ingat! Syaitan sangat licik, masa inilah dia akan cuba berusaha menyesatkan cucu2 adam. Jadi suami harus sentiasa ada disisi bayi dan bacalah banyak2 ayat kursi supaya anak tidak dapat didekati oleh syaitan laknatullah itu. Dan bacalah Al-Quran disisi anak itu serta zikir. Ingat.. suami sangat penting ketika ini, kerana isteri masih di dalam hadas nifas, mana mungkin dia dapat membaca apa2 ayat Al-Quran,malahan isteri yang masih berhadas itu sendiri akan di ganggu syaitan laknatullah. Jadi, sebagai suami yang soleh, beradalah disisi isterimu selalu. Namun isteri, boleh saja di baca zikir yang selalu kita amalankan,, *

Bagi suami, pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya seorang isteri melahirkan anak? Bagi suami yang soleh, ucaplah terima kasih pada isterimu kerana telah melahirkan zuriat buatmu. Ucaplah dengan kata2 manis, supaya isterimu gembira dan rasa dihargai.





“Terima kasih sayang kerana lahirkan zuriat buat abang.. hadiah sayang ini sangat tidak ternilai hargainya.. terima kasih sayang…”



Walaupun isteri kamu telah melahirkan anak keenam sekali pun, ucaplah terima kasih. Dengan kata2 sahaja isteri sudah gembira dan bahagia..

Bagi isteri atau wanita baru bersalin, kamu harus berpantang tau. Kata orang tua2, jangan banyak bergerak, makanlah sesuatu yang tidak sejuk dan bahaya untuk kesihatan. Terutamanya wanita ini haruslah memakan ikan yang tidak berbisa. Ikan yang dibakar sangatlah baik. Sayur tidak boleh di makan seperti kubis, bayam semua itu menyebabkan sakit urat.. semua itu adalah merupakan makanan yang sejuk..Ais jangan sesekali di minum,kalau boleh 2 bulan selepas bersalin,janganlah meminum ais lagi, ais itu boleh menyebabkan peranakan terbuka dan mungkin mudah mendapat zuriat baru, maksudnya jarak usia bayi sangat dekat dan mungkin tidak elok untuk pembesaran bayi. Anak pertama baru 4 bulan,sudah ada bayi baru dalam kandungan, itu tidak elok untuk bayi, terutama susu ibu itu. Meminum air akar kayu – banyak akar kayu yang dijual, memang ianya pahit, tapi elok untuk peranakan, terutama luka-luka bersalin. Ikan jangan di makan hidup2, kerana ada petua yang mengatakan dengan memakan ikan hidup2, akan cepat sembuh luka bersalin. Ada yang telah meninggal akibat memakan anak ikan secara hidup dan dalam perut anak ikan itu terdapat lintah dan lintah tersebut telah membiak di dalam perutnya, dan dia meninggal akibat hal itu. Jadi hati2 mengamalkan petua, jangan terima ia secara bulat2.

Bagi penjagaan bayi, mungkin ramai yang hanya menjaga bayi dengan memandi, dan urus bayinya dengan baik. Sebenarnya ada cara penjagaan bayi yang baik. Kata mak CH, bayi pada usia baru lahir iaitu sebelum mencapai usia sebulan sangat lembut. Tulang-tulangnya sangat lembut,jadi janganlah memakai lampin pakai buang lagi, hal ini kerana mungkin boleh menyebabkan kaki bayi terkakang. Sangat buruk apabila dia besar nanti, lebih2 lagi lelaki, kerana sangat hodoh apabila berseluar. Cubalah mengikat kaki bayi itu semasa tidur,ini dapat membentuk bahu yang tegak dan kaki yang lurus. Jika kita lihat ada yang memiliki bahu yang jatuh, itu adalah kerana tidak di jaga dengan baik semasa kecil , kerana tidak dibekung. Bagi ibu, jangan menyusu bayi hanya sebelah dada sahaja, kerana ini boleh menyebabkan kepala bayi kempis di bahagian yang sentiasa diberi susu.

Bagi suami, ramai suami yang suka memengang anaknya yang baru lahir dengan meletakkan kepala bayi di lengannya. Hal ini boleh menyebabkan kepala bayi membentuk mengikut lengan ayahnya iaitu kempis dibelakang kepala. Jadi, cubalah memegang bayi yang baru lahir dengan memegang kepalanya dengan terlapak tangan.
Nak tahu kenapa ubun-ubun bayi lembut, dan ada nadi pada ubun-ubun? Kerana roh kita di masukkan melalui ubun-ubun. Jadi bagi bayi yang masih kecil, semasa hujan jangan bagi air hujan terkena ubun-ubun, kerana bayi itu akan lemas. Begitu juga semasa mandi, cubalah hati-hati..Ingat! Ubun-ubun adalah nadi bayi.

Oklah, itu serba sedikit yang dapat CH kongsikan, banyak lagi sebenarnya, namun rasanya sangat banyak kot.. ok, kepada ibu-ibu yang baru mendapat baby baru, jangan lupa berpantang dengan baik, dan buat ayahnya jangan lupa sentiasa bagi semangat dan menolong isteri waktu ini. Waktu inilah nak tunjukkan betapa sayangnya kamu terhadap isteri. Belajar buat kerja rumah sendiri ya……….
Hehehe………….\(^_^)/

*****************************************
***********petua cahaya mata*************

Rujukan:
Asma Ul Husna- Rahsia & Amalan 99 Nama Allah ,pengarang: Syahrin Jasah, Terbitan: Darul nu’man (buku yg sangat berguna, cubalah beli)

***************AYUYati*************
p/s: mungkin sahabat-sahabat nak tau lebih lagi petua.. mungkin la dari post CH.. "Berhati-hati wahai bakai ibu" dan "surah amalan ketika mengandung" 


~Aku Sangat Mencintainya~

~Aku Sangat Mencintainya~


<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3

“Alamak, sedihnya, kenapa jadi camni, tak sangka segala usaha aku hancur” keluhan Balqis berpanjangan.. Resah ,sedih, hampa, semua ada…
Balqis ialah di antara pelajar yang ditargedkan sebagai pelajar terbaik untuk subjet prinsip akaun.. tapi semuanya musnah apabila dia mendapat keputusan yang sangat teruk dalam subjet tersebut. Cikgu sudah tidak meletakkan kepercayaan kepadanya lagi.

“Qis, kenapa ni? Sedih jer..”Tanya Eisya, iaitu sahabat baik Balqis.

“Sya, aku malu la, kau tengak la result aku, tak sangka dapat seteruk itu, malu Sya, sedangkan aku pelajar yang ditargedkan A,tapi dapat macam tu” akhirnya keresahan Balqis terluah juga.

“Tak apa Qis, usaha lagi” Kata EiSya..

“Sya, aku malu sangat.. aku selalu tau tanya cikgu, call  cikgu. Tapi alih2 aku dapat teruk, aku nak tanya cikgu pun aku malu tau.. aku nak belajar dengan siapa lagi sekarang.”  Balqis makin resah..dia sememangnya suka belajar melalui hand phone, baginya mudah, bila2 masa sahaja dapat berhubung.


“Qis, aku ada cadangan, apa kata kau cuba belajar dengan kawan Aiman. Kawan Aiman tu pandai sangat prinsip akaun. Dia student dari sekolah berasrama penuh.” Cadang Eisya


Student Sekolah berasarama penuh? Takkan la dia ambil prinsip akaun?” Tanya Balqis untuk mendapatkan kepastian.


“Betul, dia ambil prinsip akaun, dan dia sangat cemerlang dalam subjet ni,cubalah tanya Aiman” Jawab Eisya lagi..

Aku yang tidak berfikir panjang terus bertanyakan Aiman tentang kawannya itu. Aku beritahu hal sebenar yang aku mahu belajar dengan kawannya itu. Selepas itu, Aiman berikan aku nombor hand phone kawannya itu. Kata Aiman  kalau kau ada masalah pelajaran, nanti kau hantar la mesej kat dia.. Jadi aku simpan nombor kawan Aiman itu.. nanti jika aku ada masalah dalam pelajaran prinsip akaun ini, aku akan mesej jer pada dia.

Permulaan kisah ini, aku diberi tugasan yang sangat banyak,kerana pada waktu itu ialah cuti persekolah selama seminggu. Aku dah pening dengan soalan matematik tambahan ni. Aku dah cuba buat, fikir punya fikir, tak dapat juga jawapan. Tiba2 aku teringat kata2 Eisya “Kawan Aiman tu sangat cemerlang dalam Matematik tambahan juga ,bukan prinsip akaun jer tau” . Teringat aku akan kawan Aiman . Aku simpan jer nombor dia,rasanya tak pernah sekalipun aku bertanyakan hal pelajaran pada dia.

Aku pun menghantar mesej padanya, soalan matematik tambahan tadi.

“Salam..saya nak tanya soalan mat + kat awak..ni soalannya 4 kuasa 2X =7 kuasa X, tolong jawab ye, maaf mengganggu”

Selepas aku hantar mesej tadi,aku pun terus tidur, ngatuk sangat..

Tengah2 malam tu,tiba2 hand phone aku berbunyi..geramnya,menganggu aku nak tidur.. aku dengan mengantuk,aku cuba untuk membaca mesej tersebut..

“Siapa ni? Soalan tadi tu salah ke?”


Aku yang terpinga2, terus balas

                “Awak siapa? Soalan apa pula ni?”

Geram betul, ganggu tidur aku jer..tiba2 mesej tadi terbalas lagi.

                “Tadi soalan ni 4 kuasa 2X =7 kuasa X , awakkan tanya?”


Ah.. soalan ni macam pernah tengok jer..Oo,,soalan matematik tambahan aku ni..Oo,,ni kawan Aiman la..Aduh, camne boleh lupa.. aku save nombor dia tanpa nama, hanya nombor sahaja.. patut la, silap aku juga..Aku pun cuba mohon maaf pada dia.

                “Maaf, maaf sangat2..awak dah ada jawapan ke.. tolong tunjukkan jalan kira..” : Aku

                “Tak saya rasa soalan awak salah ni.” :Kawan Aiman

Salah ? aku cuba semak balik soalan yang aku hantar, oh ye la, ada kesilapan.. aku tersilap tulis ni..cuai betul aku ni..Aku pun mesejkan  soalan yang betul..

                    “Ye salah, ni soalan sebenarnya 4X kuasa 2X= 7 kuasa X…….” :Aku

                “Ok.. ni siapa ye, kenal ke?” : kawan Aiman.

                “Oo.. saya ni kawan Aiman, awak kenalkan Aiman” : Aku

                “Oo..Aiman kawan baik saya tu, awak kawan sekelas Aiman ke?”: kawan Aiman

                “Ye saya kawan sekelas Aiman” :Aku

                “Oo..saya Aril, Awak?”   :Kawan Aiman/Aril..

Ah..lelaki ke? Alamak, aku tak pernah kot mesej dengan lelaki.. camne ni, erm… tak apa la, lagi pun niat aku untuk belajar..

                “Saya Balqis, atau Qis”: Aku

                “Oo.. selamat berkenalan..” :Aril

Itulah permulaan perkenalan di antara aku dan Aril.

                Perkenalan ini yang mulanya hanya semata2 untuk bertanyakan hal pelajaran. Apabila aku mempunyai masalah dalam hal pelajaran , aku akan merujuk pada Aril. Rasa gembira apabila aku semakin mudah memahami pelajaran aku. Aku juga makin berusaha untuk mengalahkan Aril. Walaupun Aril dari sekolah berasarama penuh, tapi aku tetap mahu bersaing dengannya.

Perhubungan aku dan Aril makin hari makin erat. Terasa rindu apabila tak berSMS dengannya, apabila sehari tak bertanya khabar,terasa rindu sangat2. Tapi aku tak akan hantar mesej pada dia selagi dia tak hantar, perempuan tak boleh buat macam tu, prinsip aku, perempuan mesti bermaruah.

Satu hari, Aril memberi alasan yang soalan yang aku berikan tu susah untuk di perjelaskan melalui SMS dia mahu menelefon aku.  Aku setuju,sebenarnya sungguh berat untuk aku bercakap dengan lelaki. Telefon aku berdering.. “tik…tik……” Tertera nama Aril di skrin hand phone aku.

“Assalamualaikum…”  aku menjawab panggilan itu dengan gementar.

“Walaikumusalam… “ terdengar suara garau Aril di talian. Sungguh makin aku gementar.

“Soalan ni macam ni……………………” Aril memperjelasakan soalan yang aku tanyakan tadi, suaranya sedikit gementar. Selepas selesai dia menjelaskan soalan tadi. Kami berbual kosong.

“Suara Qis merdu la, mesti orangnya cantik” tiba2 Aril menyuarakan kata2 yang cukup buat aku terserentak.

“Tak ada la, Qis tak cantik pun, Aril pun mesti handsome kan? Dari suara Aril dah menunjukkan yang Ari sangat handsome aku beranikan diri untuk memujinya.

“Tak ada la, saya tak handsome la..sangat2 tak handsome..” dia merendah diri..

“Perasan tak handsome la pula,haha…” aku dah mula selesa dengan Aril. Seronok rasanya bercakap dengannya. Tak pernah aku bercakap dengan lelaki. Inilah pertama kali aku bercakap dengan lelaki. Prinsip aku, aku takkan bercinta, takkan mendekati lelaki. Tetapi aku telah langgar prinsip itu, tak apa la, aku bukan bercouple dengan dia.

Perkenalan aku yang hanya melalui hand phone menyebabkan Aril mahu aku menghantar gambar aku padanya. Aku mulanya tak mahu, tapi akhirnya aku tetap menghantar gambar aku padanya. Dan dia menghantar gambarnya pada aku, masing2 menghantar gambar melalui MMS. Aku dah mengenali dia. Dia agak segak orangnya, aku tak kisah rupanya, tapi aku dah mula tertarik pada agamanya. Dia pernah menjadi hafiz al-Quran semasa sekolah rendah, dan dia adalah anak2 dari golongan alim2. Aku dah mula sukakan dia..

“Qis cantik,  Qis masih nak kawan dengan Aril ke?” Aril bertanya pada aku.

Qis nak kawan dengan Aril lagi la,kenapa tanya camtu.”aku agak penik, takut aku kehilangan kawan seperti Aril.

“Ingat tak nak kawan dah, ye la, siapa la Aril tak handsome kan.” Aril merendah diri.

 “Aril apa kurangnya, segak sangat,nak merendah diri pula haha” puji aku.

<3 Makin hari ,makin aku merasakan yang aku telah jatuh cinta pada Aril. Satu hari, Aril menelefon aku, aku bercakap dengannya seperti biasa. Tiba2 Aril cuba luahkan isi hatinya.

“Qis, Aril sukakan Qis….” Luah Aril.

“Qis ni siapa jer Aril, tak sama macam Aril tau, cuma bersekolah di sekolah biasa, Aril lain bersekolah di sekolah berasrama penuh”  aku cuba menguji.

“Qis, Aril tak kisah semua tu, Aril sukakan Qis, Aril sukakan Qis la..” Aril cuba memujuk aku.

“Aril, sebenarnya, Qis pun sukakan Aril” akhirnya aku mengaku. Memang malu, tapi itu adalah kebenarannya.

“Betul ke? Kita couple ye” tanya Aril.

Aku agak tak setuju dengan perkataan “couple” tu tapi aku suka dia.

                “Ok, kita couple” jawab aku.

                “Ingat tu Qis, kalau ada siapa2 yang kacau Qis, cakap yang Qis Aril punya” Aril mengingatkan aku. Memang aku terasa sangat yakin dengannya, lebih2 lagi dengan kata2nya tadi.

                “Ok….Qis akan cakap macam tu”

Wah,terasa sangat bahagia.. seronoknya, orang yang aku cintai akhirnya jadi milik aku. Hubungan aku dengan Aril berjalan lancar. Tapi tiba2 aku rasa bersalah kerana bercouple, aku terasa aku telah langgar prinsip hidup aku, dan aku rasa berdosa. Aku buat keputusan untuk putus. Mulanya Aril tak nak, tapi aku bagi pelbagai alasan, akhirnya ego lelaki mengalah juga. Dia menerima keputusan aku. Aku dan dia putus, dan aku dan dia berkawan semula. Namun kerana hati menganggap dia sebagai cinta, aku tak boleh menerima apabila dia memanggil aku “kawan”. Aku sedih , dah hampir setiap hari aku menangis, tak sangka cinta ini sangat pedih. Apabila aku dengar desus2 yang dia bercouple sekarang, makin aku sedih.

                Aku mula cuba melupakan Aril dari detik ke detik. Satu hari,pertemuaan aku dengan seorang sahabat. Dia sangat baik dan bersopan,dan sangat menjaga maruah diri. Sejuk mata memandang dengan gaya pakaian yang menutup auratnya. Dia menceritakan tentang cintanya, cintanya hanyalah pada Allah. Hidupnya di dunia ini adalah untuk mencari redha Allah. Katanya yang aku ingat sehingga kini..

“Hidup kita di dunia ini, untuk mencari redha Allah, biar apa yang kita buat adalah sentiasa di redhai Allah. Cinta kita yang pertama sekali adalah pada Allah. Apabila cinta kita yang pertama ialah Allah, pasti cinta kita yang lain di berkati. Pasal jodoh, Allah pernah berfirman, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jadi tak usah la gusar jika tidak bercinta. Cinta yang sebenar dan suci ialah cinta tanpa di cemari maksiat.”


Di sini barulah aku sedar,yang jalan yang aku pilih dulu itu salah. Perhubungan aku dengan Aril itu salah. Hukum bercouple itu haram, dan berhubungan dengan lelaki itu sudah dianggaap haram, hanya perkara yang sememangnya tidak boleh dilakukan oleh wanita barulah boleh meminta tolong pada lelaki, selagi boleh meminta tolong pada wanita,minta la tolong pada wanita,namun jika perkara itu hanya mampu di lakukan oleh lelaki ia dibolehkan,namun itu pun ada batas2nya. Aku cukup bersyukur kerana tidak bercouple berterusan dengan Aril. Couple aku dan Aril tu hanya melalui hand phone semata2. Aku cukup bersyukur, memang aku berdosa kerana suara aku, SMS yang aku hantar pada dia. Aku harap Allah maafkan segala kesalahan aku dan Aril selama ni…………

                Dahi aku di cium. Ingatan aku pada kenangan yang dulu hilang begitu sahaja. Aku menangis ,aku sebak.. akhirnya aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku. Suamiku bukanlah orang yang aku cintai. Aku berkahwin atas dasar agamanya, apabila nama aku dilafazkan oleh suamiku tadi,sah la aku menjadi isterinya. Terasa bahagianya aku, terasa cinta aku hanya pada suamiku.. Inilah nikmat cinta sebenar, yang tidak pernah dicemari oleh maksiat. Cukup bahagia aku rasakan kini. Cinta yang aku alami dulu, yang hanya atas dasar maksiat semata-mata telah menjadi pengajaran pada aku. Allah sayangkan aku lagi, sebab itulah cinta aku dengan Aril tak kekal lama. Dan yang paling penting kini, aku telah memiliki cinta yang suci yang tidak pernah dicemari maksiat. Alhamdulillah……..






.............…………...............….TAMAT………...............................

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Mutiara kata:

Kita minta untuk diperkuatkan dan diteguhkan hati. Allah berikan dugaan dan ujian untuk membuatkan kita kuat dan cekal. Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi pastinya DIA memberikan apa yang terbaik buat kita kerana caturanNYA yang maha halus, pasti ada hikmah di sebaliknya.

p/s:. 
Jika laki itu betul2 beriman, dia tak akan 
ajak perempuan couple, kalau baca cerita ni, 
mgkin laki ni dari keluarga alim2, dan pernah 
jadi hafiz al-Quran, tapi tetap memilih utk 
couple,itu bermakna dia bukan lelaki beriman.. 
wlpun seorang hafiz, tp tetap mengajak wanita ke arah maksiat.. jangan terpedaya dengan status dia tu.. jika benar laki tu mahu jadikan kita isteri, dia akan masuk minang kita, jumpa wali kita.. betul x? Fikirkanlah sahabat.. ^^

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^



Perkara yg Tidak Disukai Suami dan Isteri

Assalamualaikum….

Hari ini agak panas di kuala krai.. tapi cuaca mendung dan kelihatan hendak hujan. Namun , hujan tidak kelihatan lagi.. guruh di langit semakin garau.. erm.. itulah kekuasaan Allah tidak semestinya guruh dan mendung di langit akan menghasilkan hujan. Sekiranya Allah tidak mengkehendakkan hujan, maka tiada la hujan. Hari ini aku teringat akan kata2 ustaz aku semasa aku tingkatan 5. Aku rasa mahu berkongsi la dengan sahabat2 semua..

\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/


Tingkatan 5 ialah tahun yang sangat tension. Jika diingatkan kembali, tahun itu ialah tahun untuk menghadapi peperiksaan SPM. Tapi aku bukan nak cerita pasal tension untuk menghadapi SPM, tapi cerita aku kali ini ialah tentang pengajaran Pendidikan Islam. Masihkah sahabat2 ingat, dalam topik pengajaran Pendidikan Islam tingkatan 5? Topik paling famous ialah bab perkahwinan. Di sini aku mahu ceritakan kata2 ustaz aku yang memang aku ingat sehingga kini.
     
Apakah yang paling tidak disukai suami dan isteri?
          
Ustaz aku pernah menceritakan tentang pengalamannya, hal yang akan aku katakan sebentar lagi adalah salah satu punca keruntuhan masjid yang dibina oleh pasangan2 yang telah berumah tangga.

* “Wahai suami2 yang soleh, jikalau sakit, pedih, dan marahnya kamu terhadap isterimu , janganlah sesekali kamu menampar muka isterimu itu, kerana isterimu akan mengingatinya sampai bila2.” *

* “Wahai isteri2 yang solehah, jikalau tidak puas hati dan marahnya kamu terhadap suamimu, janganlah sesekali kamu meminta cerai, kerana walaupun hanya sekadar mahu menguji suamimu sahaja, namun ego lelaki lama kelamaan akan terusik juga, dan akhirnya, perceraian la yang akan dikau dapat.” *

Di sini aku mahu menjelaskan yang suami tidak boleh menampar isterinya, walaupun ketika itu isteri kamu sangat2 kurang ajar. Kerana menampar pada muka akan membuatkan isterimu ingat sampai bila2. Mungkin kamu telah berbaik dengan isterimu selepas itu, tetapi luka hati isterimu itu tidak akan sembuh sampai bila2. Jadi, untuk mengajar isteri yang kurang ajar, ajar la dengan cara yang betul seperti yang Islam galakkan. Mula2 asingkan tempat tidur, jika tetap tidak berubah, barulah boleh dipukul isterimu itu. Tapi di sini ana mahu ceritakan yang jika silap isterimu sangat la sedikit, jangan la sesekali di pukul pada muka. Ingat!!! Isterimu akan mengingatinya sampai bila2..wanita suka memendam rasa dan mudah terluka.. bahaya tu.. kemanisan rumah tangga tidak akan ada lagi, kerana hati isteri telah terluka.

Bagi isteri, di sini aku mahu menjelaskan bahawa, isteri2 walaupun marahnya kamu terhadap suamimu, jangan sesekali mengugut mereka dengan permintaan cerai. Memang suamimu sangat sayang pada kamu, tetapi kerana egonya seorang lelaki itu, dia sanggup menceraikan isterinya. Lelaki sangat ego, sememangnya ego itu adalah lumrah bagi setiap lelaki. Tanpa ego lelaki itu dianggap dayus. Jadi wahai isteri solehah, janganlah kamu meminta cerai apabila berlakunya perbalahan, kerana lelaki pasti lama kelamaan tercabar dan perceraian yang akan kamu dapat nanti.. Ingat tu wahai2 isteri2 solehah, jaga perkataanmu pada suamimu. Isteri yang melawan kata2 suaminya adalah derhaka. Tidak masuk syurgalah kamu jika suamimu menganggapmu derhaka padanya. Ingat tu, walaupun sejahat mana suamimu,taatlah padanya dan berdoalah semoga dia berubah kearah kebaikan… matlamat asal di sini, aku nak bagitau, isteri janganlah sesekali meminta cerai pada suamimu, ingat, jangan sesekali buat begitu………

Aku rasa ,itu jelah yang aku dapat kongsikan buat kali ni…. Mungkin lain kali aku kongsikan lebih banyak lagi…

Wassalam………


Punca- punca berlaku kemaksiatan dan berlaku ketaatan

ASSALAMUALAIKUM….

Semua sihat tak? Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan untuk beribadah dan menikmati udara yang segar ini. Syukur ini ditujukan pada Allah SWT. Semoga kita diperkuatkan iman dan diperteguhkan keimanan hanya pada Allah sahaja. Pelbagai ancaman dan pengaruh yang menakutkan sekarang, tanpa iman yang teguh pasti kita akan tewas dengan kerja-kerja kesyaitanan ini. Berdoalah dan kuatkan iman pada Allah. Bagaimana nak kuatkan iman?

###################################


Punca- punca berlaku kemaksiatan dan punca-punca berlaku ketaatan

Jika maksiat itu besarmaka jauhlah kita dari Allah
Syirit – Dosa tak terampun
             
Ciri-ciri maksiat mesti di ketahui
Maksiat secara zahir & batin
Secara zahir – contoh mencuri, berzina
Secara batin – contoh sombong,riak

Kelalaian menyebabkan kemaksiatan
Menurutkan hawa nafsusentiasa  berhati-hati supaya tidak berbuat maksiat
“yakazah”sedar .. sedar akan perbuatan kita itu sama ada menurut hawa nafsu atau tidak.
yakazah minan ‘ann” bangunlah.. bangun dari perbuatan maksiat.
Kita tidak boleh menurut hawa nafsutidak  boleh bergaul ikut hawa nafsu
                Contoh: Nyanyian


Ketaatan
1.   Hawa nafsu jangan di buang ,tetapi mengawalnya supaya ia mengikut saluran yang betul
2.   Jangan mengikut orang alim yang memperturutkan hawa nafsu
3.   Makan terlalu banyak,haram juga hukumnya
#makan kerana lapar, berhenti sebelum kenyang dan niat makan kerana Allah iaitu makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah pada Allah.
4.   Kalau yang wajib , kita wajibkan ,kalau kita longgarkan kita akan mendapat siksa Allah
5.   Mengikut perintah Allah

*Bagi menghalang dari menurut hawa nafsu ialah memperbanyakkan tasbih, berselawat & mengejarkan solat.

Cermin diri
*Walaupun tidak pernah meninggalkan solat jika dia tidak mengikut ajaran Allah,dia tetap di kira melakukan maksiat
                # contoh , cara berpakaian yang tidak menutup aurat dengan baik/ betul.
*Sentiasa merasakan perbuatanya betul, padahal menurut hawa nafsu.
                #contoh, memakai tudung tetapi berpakaian ketat, baginya sudah menutup aurat kerana sudah bertudung, tetapi zahirnya adalah tetap salah pemakaian itu, tetap mendedahkan aurat.

*Tidak berusaha memperbaiki diri – tetap teruskan perbuatan maksiat, tidak mahu berubah.
*Hati mudah mengikut hawa nafsu ,hal ini menyebabkan perbuatan maksiat akan bermaharajalela –  dengan mentaati Allah dan Rasul sudah semestinya hati/ iman terpelihara.

*Ini sedikit ringkasan kefahaman CH dari beberapa kuliah agama yang CH perolehi, semoga ada sedikit manfaat dari pengkongsian ini…

Wassalam……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...