. »

Monday, July 22, 2013

Kelebihan Janggut pada seorang lelaki..

Kelebihan Janggut pada seorang lelaki.. Edisi khas wat lelaki2 ^^

ensem tak? ada janggut?
Wah! cam best tajuk ni kan..^^ Kali ini CH share mengenai lelaki la pulak, asyik mengenai wanita jer kan.. Ok,apakah kelebihan lelaki mempunyai janggut? Huhu wanita semestinya la tidak akan mempunyai janggutkan.. Hanya lelaki sahaja mempunyai janggut.. Ini kira special la muslimin sebab ada janggut, lain dari muslimat yang tidak mempunyai janggut..  

Emm nak tau apa kelebihan dan kebaikan sekiranya lelaki mempunyai janggut.. ahh apa tu? ^^

1.       Menampakkan kelakian
2.       Lebih hensem dan berkarisma
3.       Penampilan lebih soleh
4.       Membezakan lelaki sejati dengan lelaki tidak sejati
5.       Lebih diminati wanita
6.       Mempunyai manfaat kesihatan
7.       Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Mungkin betul apa yang tertulis kat atas ni..  Tapi CH tahu,ayat yang paling lelaki suka kat atas ni ialah ^^ “Lebih diminati wanita”.. betul tak? Huhu betul tidak dinafikan lelaki mempunyai janggut ni sangat2 HENSEM.. sebab apa? Sebab janggut buat lelaki lagi terserlah kelakiannya,walaupun rupa tak rupawan tak ensem langsung tapi bila ada janggut nampak la ensem dan lagi satu nampak soleh sangat.. ni kosong jer, pakai tudung terus jadi pempuan hee..

Tapi.. di sini yang CH nak bagitau bukan nak suruh lelaki mempunyai janggut supaya lagi hensem atau lagi nampak soleh dengan janggut tu tetapi adalah mengenai NIAT untuk memelihara janggut.. jika niat untuk memelihara janggut kerana fesyen, kerana mahu jadi nampak lebih jantan, atau mahu diminati wanita2 atau sebagainya itu adalah SALAH.. rugi jer memelihara janggut, tapi tak de pahala pun kerana niat bukan kerana SUNNAH.. Utamakan niat untuk memelihara janggut adalah kerana ingin mengamalkan SUNNAH yang ditinggalkan Rasulullah SAW bukan kerana fesyen atau sebagainya..memelihara janggut ni kan antara sunnah Rasulullah SAW.

Antara hadis Rasulullah SAW berkaitan janggut:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)


“Janganlah kamu menyerupai orang Musyirikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)


Hadis ni menunjukkan bahawa bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kaum lelaki agar berjanggut, tetapi melarang daripada menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Jadi penting menyimpan janggut supaya kita tidak menyerupai orang kafir. Lagi penting niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasulullah SAW nescaya sahabat2 akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Jom memelihara janggut.. ^^ huhu macam CH ada janggut la pulak.. ok la, moga bermanfaat, Wasalam sayang..


p/s: sumber dari majalah At-Taqwa..

.........................................................................................................................................................

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

En abe kakak ada janggut sebab memang pun sunnah rasulullah...

Cahaya Hidupku said...

huhu betul tu..
dapat pahala dia simpan janggut..
insyaAllah.. ensem pun ensem kan.. ^^
~nak suruh laki naik semangat simpan janggut, jd kena puji lebih2~

Unknown said...

thank atas perkongsian nie... saya amat suka bila baca blog nie... thank sekali lagi ya..

Cahaya Hidupku said...

terima kasih Hisyamuddin atas kunjungan n baca entry CH y xseberapa ni.. ^^

Anonymous said...

ha. kan dah ada yang tego tu?

peluang tu.

bermula dgn teguran lah. x lama ada la tu jodohnya.

promote lagi ye kesolehahan anda.

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...