. »

Monday, July 29, 2013

Mahu Jadikan Anak Lelakiku hebat~

Kuliah subuh pagi kemarin~

Muhsin, anak Syeikh Nuruddin al- Banjari
InsyaAllah, semoga anak2ku soleh dan solehah.. amin

Rasulullah SAW pemimpin yg serba boleh.. Rasulullah pandai memasak, pandai jahit baju..

Kita zaman sekarang, anak perempuan sahaja diajar memasak, anak lelaki dibiarkan tak perlu diajar semua ni.. macam mana mereka nak jadi pemimpin seperti Rasulullah yang serba boleh..

Kisah seorang ustazah, di Mekah, semasa shopping, dia ternampak keluarga Arab yang anak lelakinya baru berusia 10 tahun bersama dgnnya seorang kakak.. banyak barang shopping ni.. nak tahu apa ayah dia bagitau:

Ayah: Kamu bawa ni.. Bawa semua barang kakak kamu tu..


Nampak tak bertapa dia mengajar anak lelakinya sejak kecil lagi supaya bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan sebagai perlindung wanita..

Bila kita fikirkan balik, Rasulullah SAW semua baginda buat, jahit baju, masak, tapi suami zaman sekarang, butan baju tercabut pun si isteri juga y jahit..

macam mana nak jadi pemimpin y serba boleh jika kita tak boleh meringankan kerja isteri.. bukankah lelaki nahkoda rumah tangga, jadi dia mesti la serba bolehkan.. ingat lelaki adalah perlindung wanita.. nanti isteri lahir baby berada kat hospital, sape nak masak.. isteri sakit, sape nak masak untuk isteri, tak sweet la suami tak tau wat bubur kat isteri, xtau bertungkukan isteri, tak tau masak ketika isteri berpantang..^^ hehe marah semua lelaki kat CH nanti kan..okey2 relax2..

~kena ajar anak lelaki serba boleh la.. supaya dia jadi seorang lelaki yg mahal ^^

Wasalam sayang...

.........................................................................................................................................................

Monday, July 22, 2013

Kelebihan Janggut pada seorang lelaki..

Kelebihan Janggut pada seorang lelaki.. Edisi khas wat lelaki2 ^^

ensem tak? ada janggut?
Wah! cam best tajuk ni kan..^^ Kali ini CH share mengenai lelaki la pulak, asyik mengenai wanita jer kan.. Ok,apakah kelebihan lelaki mempunyai janggut? Huhu wanita semestinya la tidak akan mempunyai janggutkan.. Hanya lelaki sahaja mempunyai janggut.. Ini kira special la muslimin sebab ada janggut, lain dari muslimat yang tidak mempunyai janggut..  

Emm nak tau apa kelebihan dan kebaikan sekiranya lelaki mempunyai janggut.. ahh apa tu? ^^

1.       Menampakkan kelakian
2.       Lebih hensem dan berkarisma
3.       Penampilan lebih soleh
4.       Membezakan lelaki sejati dengan lelaki tidak sejati
5.       Lebih diminati wanita
6.       Mempunyai manfaat kesihatan
7.       Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Mungkin betul apa yang tertulis kat atas ni..  Tapi CH tahu,ayat yang paling lelaki suka kat atas ni ialah ^^ “Lebih diminati wanita”.. betul tak? Huhu betul tidak dinafikan lelaki mempunyai janggut ni sangat2 HENSEM.. sebab apa? Sebab janggut buat lelaki lagi terserlah kelakiannya,walaupun rupa tak rupawan tak ensem langsung tapi bila ada janggut nampak la ensem dan lagi satu nampak soleh sangat.. ni kosong jer, pakai tudung terus jadi pempuan hee..

Tapi.. di sini yang CH nak bagitau bukan nak suruh lelaki mempunyai janggut supaya lagi hensem atau lagi nampak soleh dengan janggut tu tetapi adalah mengenai NIAT untuk memelihara janggut.. jika niat untuk memelihara janggut kerana fesyen, kerana mahu jadi nampak lebih jantan, atau mahu diminati wanita2 atau sebagainya itu adalah SALAH.. rugi jer memelihara janggut, tapi tak de pahala pun kerana niat bukan kerana SUNNAH.. Utamakan niat untuk memelihara janggut adalah kerana ingin mengamalkan SUNNAH yang ditinggalkan Rasulullah SAW bukan kerana fesyen atau sebagainya..memelihara janggut ni kan antara sunnah Rasulullah SAW.

Antara hadis Rasulullah SAW berkaitan janggut:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)


“Janganlah kamu menyerupai orang Musyirikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)


Hadis ni menunjukkan bahawa bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kaum lelaki agar berjanggut, tetapi melarang daripada menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Jadi penting menyimpan janggut supaya kita tidak menyerupai orang kafir. Lagi penting niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasulullah SAW nescaya sahabat2 akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Jom memelihara janggut.. ^^ huhu macam CH ada janggut la pulak.. ok la, moga bermanfaat, Wasalam sayang..


p/s: sumber dari majalah At-Taqwa..

.........................................................................................................................................................

Thursday, July 18, 2013

Ala period pada bulan Ramadhan.. T_T

Ala period pada bulan Ramadhan.. T_T (edisi khas wat wanita2)


“Ala… period pulak.. T_T selalu jer period hujung2 bulan Ramadhan,camne nak berpeluang utk dapat beribadah pada malam lailatul qadar.. Ala sedih la, dah la setahun sekali Ramadhan ni.. uhuk3 T_T”

Aku adalah wanita..

Keadaan macam ni sering berlakukan? Sedih tak terkata.. Ini buat org pumpuan jer, kaum lelaki tidak la.. huhu.. memang sedih sebab kita tak berpeluang mengutip semua ganjaran pahala yang Allah sediakan buat kita terutama sekali di bulan barakah ini iaitu bulan Ramadhan.. frust menunggeng pun ada.. CH ada jugak la terkena yang akhir ramadhan, memang agak sedih sebab tak dapat kejar malam lailatulqadar.. dah la setahun sekali  Ramadhan ni, tut  tut datang bulan.. lagi2 malam lailatulqadar hanya datang sekali jer dalam bulan ramadhan..

emm tp kita kena redha sebab itu semua ketentuan Allah.. Allah jadikan haid bagi wanita sebagai fitrah bukan penganiayaan.. jangan sesal dan berburuk sangka kepada Allah.. Allah tidak mungkin sengaja menurunkan iman wanita dengan mengtakdirkan haid.. memang wanita datang bulan ni selalu sakit, tak selesa, stress, nak marah2, xleh solat, xleh baca al-Quran, puasa pun tak boleh.. tapi itu semua bukanlah bermakna Allah tak sayang..

Ketika Aisyah menangis kerana haid pada saat  menunaikan haji, Rasulullah bertanya kepadanya “Adakah kamu haid Aisyah”.. Aisyah menjawab “ Benar”.. Rasulullah menerangkan:

“Sesungguhnya itu ketetapan Allah untuk puteri-puteri Adam” (direkod oleh Bukhari)


Haid itu salah satu fitrah bagi wanita sepertimana fitrah-fitrah lain seperti melahirkan anak, menyusu, nifas dan hamil. Redha pada takdir ketetapan Allah sebagai ibadah dan ikhlas kerana Allah.. Lebih dari itu, sikap menerima fitrah adalah redha dengan ketetapan Allah.. Jangan tak terima fitrah ni, itu namanya tak redha..


“Orang yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Rasul telah merasa manisnya iman” (direkod oleh Muslim)


Jadi…….. redha pada segala ketentuan Allah termasuk segala urusanmu.. ^^ sesungguhnya setiap ketetapan Allah pada hamba-Nya salah satu ujian nak tengok kita ni bersyukur tak bila Allah bagi ujian..

PERINGATAN: bagi wanita datang bulan itu bukan untuk bersenang-lenang tanpa melakukan apa2 ibadah kpd Allah, awak tu hanya tak boleh solat, puasa dan baca al-Quran serta sentuh Al-Quran jer.. itu jer yg tak boleh, yang lain seperti berzikir, baca doa bila terjaga sepertiga malam masih tetap boleh diteruskan walaupun tak dapat solat tahajjud, al-mathurat tiap2 pagi dan petang tetap jer boleh diteruskan, jangan jadi alasan datang bulan sebagai masa utk BERCUTI dari beribadah kpd Allah.. faham tu sahabat.. ini contoh buku buat sahabat2 rujuk, bagus buku ni tau, nipis jer dan harga pun berpatutan, harga dia RM10 ringgit kebawah jer, kaum lelaki pun perlu gak baca:
Siri Amalan Wanita Solehah.. xnak jadi solehah ke... ^^

Lagi satu, datang bulan tu tak yah la duk tayang makan depan2 orang, makan nyorok2 sudah.. dan jangan pulak tak makan, ustaz cakap boleh jatuh haram sebab tak nak batalkan puasa jika kita tau kita datang bulan pada masa tu.. emm walaupun sejam lagi nak berbuka tertiba kita datang bulan, wajib kita minum seteguk air pun jadi la, kalau nak makan kenyang satu pinggan pun boleh jugak hehe ^^ .. Salam Ramadhan..  Wasalam sayang..

.........................................................................................................................................................

Tuesday, July 16, 2013

Kotak gembira~

Kotak gembira, apa tu kotak gembira? mesti sahabat pernah dengarkan mengenai kotak gembira ni kan.. ^^

Kotak gembira yang mengandungi semua benda yang mengembirakan di dalamnya.. :) bila kita buka kotak ni, kita pasti tersenyum dan gembira.. emm macam mana tu.. ^^

Kotak gembira CH, comel macam CH ^^ huhu~
Ni kotak gembira CH.. wah! Comel kan.. happy tak tengok kotak gembira CH ni? Ahh? Tak happy.. hehe sebenarnya kotak gembira ni hanya diisi dengan sesuatu yang mengembirakan.. Apa sahaja yang mengembirakan dalam hidup CH, CH akan tulis dalam satu kertas dan diisi di dalam kotak ni… apabila CH sedih, putus asa, stress, CH buka kotak ni dan baca balik setiap note2 dalam kotak ni.. dia boleh buat CH tersenyum semula apabila membaca kesemua note dalam kotak ni.. ^_^


Emm lagi seronok apabila di baca bersama sahabat2 kita, dan tersenyum bersama.. share satu kotak dan diisi dengan pelbagai kegembiraan.. lagi seronokkan.. 

tak sabar nak tengok kotak gembira CH penuh cmni..
Semoga kotak gembira ini dapat mengurangkan kesengsaraan dalam hati sahabat2 selain mengingati Allah dan memohon pada Allah atas musibah dan ujian dari-Nya, mungkin aktiviti yang comel ini boleh diisi jugak buat sembuhkan kedukaan..

Selamat mencuba.. Wasalam sayang^^
.........................................................................................................................................................

Monday, July 15, 2013

Sanah helwah, 6 Ramadhan~
















Sanah helwah..

6 Ramadhan…

Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhiratku, perbaiki urusan dunia dan akhiratku, Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan.. Kerana ku tahu Engkau sentiasa mempersiapkan yang terbaik untukku..

.........................................................................................................................................................

Sunday, July 14, 2013

Aku Yang Terluka~

Aku Yang Terluka
Terhiris dan terluka,
Berdarah yang sangat banyak,
sakit tu emm boleh la sakit la jugak..
Disapu ubat dan dibalut..
Barulah darah berhenti...
Tapi lukanya tetap belum sembuh.. :’(


Aku Yang Terluka
Huhu.. bukan terluka cinta yer.. CH terpotong jari.. tengah potong ubi keledek nak buat inti mutabak, jari CH yang comel ni la pulak yang dipotong.. nasihat kt anak buah jangan main2 dengan pisau nanti kena tangan, lepas tu CH pulak yang terkena balik.. anak buah cakap camne “mak su bagitau kat orang,mak su yang kena sendiri”.. emm pengajaran di sini, jangan bercakap semasa buat kerja, tula cakap banyak sangat CH ni ngan anak buah, macam mak nenek.. dan berhati2 buat kerja tu, jangan tau nasihat orang, kita tak hati2 pun.. ^^

p/s: terseksa wlpun satu jari yang terluka, dah la tangan kiri.. memang seksa nak cuci muka sebelah kiri pun guna tangan kanan tapi ia kenangan terindah..emm kita baru terluka sikit dah terseksa, saudara kita di Palestine dan Syria tu nyawa mereka melayang, ingat mereka adalah saudara kita, doakan mereka terutama selepas berbuka puasa.. emm ok la,hati2 la sahabat semua ketika menggunakan benda2 yang tajam ni.. ok la, Wasalam sayang ^^..


.........................................................................................................................................................

Seksa Kubur ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan,selawat serta salam pada junjungan Besar kita nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda..

Kita pun pasti akan merasai..

Kita selalu dengar ceramah ustaz  yang pada bulan Ramadhan terbukanya pintu syurga seluas2nya dan tertutupnya pintu neraka serapat2nya.. namun kali ini CH mahu kongsikan satu kisah yang dipetik dalam Kitab az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair, Ibnu Hajar yang menulis kisah ini, iaitu kisah seksa kubur.

Kisah ini adalah kisah Ibnu Hajar sendiri. Bermulanya kisahnya, Ibnu Hajar ini selalu ke kubur ayahnya, untuk membaca al-Quran disisi kubur ayahnya. Pada suatu pagi yang gelap selepas solat subuh iaitu pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir, dan kemungkinan pada malam itu adalah lailatulqadar. Tak ada sesiapa  pun selain dia dikawasan kubur tersebut.

Ketika dia duduk dan mula membaca ayat2 al-Quran, tiba-tiba dia terdengar suara rintihan yang mengejutkan “aah..aah… aahh..”  dan nadanya  sangat memilukan.. Suara tersebut datangnya dari kubur yang dibina dengan  batu dan simen, berwarna putih bersih.

Dia memberhentikan bacaan al-Quran dan mencari-cari mana datang suara tersebut. Ternyata datangnya suara tersebut dari kubur tersebut. Penghuninya sedang diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Dia sempat mendengar suara tersebut beberapa minit, dan apabila matahari mulai terbit suara itu menghilang.  



Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki melalui tempat itu, dia bertanyakan pada lelaki tersebut.. “Maaf tuan, ini kubur siapa?”.. Lelaki itu pun menjawab.. “kubur si Polan”. Nama yang disebut sangat dia kenali, dia pernah berjumpa denganya ketika kecil dahulu. Allahyarham sangat rajin datang ke masjid, sentiasa menjaga solat dan tidak banyak bercakap.

Dia sangat hairan kerana allahyarham sangat soleh tetapi kenapa dia mendengar suaranya merintih kerana diseksa didalam kubur. Dia bertanya kepada yang lebih mengenali allahyarham..  rupanya allahyarham seorang peniaga, dan ketika usia tua, dia mahu menambahkan sedikit harta kerana dia tidak merasa cukup dengan harta yang dimilikinya. Lalu syaitan membisikkan supaya dia melabur dalam riba supaya hartanya tidak berkurangan.

Ibnu Hajar berkata:

“ Itulah yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan pada malam lailatulqadar yang penuh rahmat”


p/s: CH Sharing dari buku “Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia”.. muhasabah diri kita semua.. doakan semoga kita menjadi hamba Allah yang terbaik, dan ramadhan ini adalah ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya, dan doakan juga pada yang sudah tiada supaya diberi kesejahteraan di alam sana. Wasalam sayang..


.........................................................................................................................................................

Tuesday, July 9, 2013

Tolonglah terima cinta ini T_T















Seberapa terkilan aku, tetap tak dapat lihat hatiku yg terhiris ini,
Seberapa merintih hati ini, tak terdaya mata ini menitis kesengsaraan itu..
seberapa manis senyumanku, hati tetap tak dapat menipu yg dia sedang berdarah kesakitan..


Kecerianmu itu tipu belaka! Wahai hati yg terhiris..
tetapi dengan tipu itu,kesakitan ini dapat dilupakan seketika..
 Sepi itu buat mata ini mahu menitiskan kesakitan hati ini..
Pergilah sepi, dan pergilah semuanya..bolehkah begitu?

Ketika aku sedih, Dia sentiasa ada bersama aku,
ketika aku stress, Dia sentiasa buat aku tenang,
ketika aku terhiris, Dia sentiasa sembuhkan aku,
ketika aku sepi, Dia sentiasa menceriakan aku,
ketika aku hilang arah, Dia sentiasa bagi aku jalan,
ketika aku lupakan Dia, Dia setia cintai aku tanpa kecewa pun,
ketika aku buat silap, Dia masih cintai aku dan lupakan salah aku itu,
ketika aku dipulaukan, Dia sentiasa ada dan masih setia bersama aku,
ketika tiada siapa pun mengerti, Dia mengerti akan apa yang aku alami..

Ya Allah.. terima kasih atas segala nikmat yang Engkau kurniakan buatku..
Terima kasih masih setia menerima diri ini walaupun penuh dosa..
Ya Allah.. Bawalah aku pulang pada-Mu dengan hati yang suci tanpa dosa..
Matilah kami dalam syahadah.. Matikanlah kami dalam agama-Mu.,
Tolonglah terima cinta ini Ya Allah…

P/s: Tiada arah, hilang arah, tak tahu mana hendak ditujui.. Ingat,Allahkan ada.. Allah mengerti segala masalah kita, luahkan segalanya pada-Nya.. jangan kau sombong untuk sujud dan menangis dihadapan-Nya.. Luahkan segalanya, pada-Nya.. ^^ semoga kau memperolehi ketenangan.. wassalam sayang..

CH
19.3.2013
9.48 a.m



"Jangan bersedih  jika Allah menghalang engkau dari sesuatu yg engkau suka.. kerana andainya engkau mengetahui bagaimana DIA mengatur urusan mu , nescaya hati kamu akan cair kerana cinta kepadaNYA.. :)"


doa penenang disaat kamu ditimpa musibah.. ^^
.................................................................................................................................


>>Dah lama dlm desktop, xtau nape tertulis artikel ni pada tarikh ni huhu lama gak dalam desktop berbulan2.. kalu ada expired date, dah expired agaknye hehe.. ^^ CH memang suka camtu, tulis berbulan2 lamanya baru la post.. -_-“ hee salam Ramadhan.. esok dah ^^ smoga Ramadhan ini adalah Ramadhan lebih lebih lebih baik dari sebelum2 nya.. hee salam sayang dr CH.. syg sahabat semua.. 


.........................................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...