. »

Thursday, March 29, 2012

Muslimat dan muslimin pelik!















Muslimat sangat pelik
Muslimin lagi pelik
Kedua-duanya sangat pelik…

Apabila bertanya kepada muslimin
Mengenai muslimat, pasti jawabnya
muslimat pelik…. ^^

Begitu juga apabila bertanya pada muslimat
mengenai musimin,jawabnya muslimin
sangat-sangat pelik… J
Kenapa boleh jadi camni?
Muslimat mengatakan muslimin pelik,
muslimin pula mengatakan muslimat pelik?
Siapa yang pelik sebenarnya?

Sebenarnya, kedua-duanya memang pelik,
Sebab itu kedua-duanya saling memerlukan,
Kerana apabila mereka saling melengkapi
kepelikan itu takkan ada lagi..

Jika Allah menciptakan muslimat dan muslimin sama
perasaannya, pasti tidak perlu lagi untuk dilengkapi.
Sesungguhnya, dan sememangnya , kedua-duanya sangat pelik..^^

p/s: ^^ hehe3 kamu memang pelik..

Wednesday, March 28, 2012

Sebuah penantian..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah masih memberi nikmat kesihatan, dan hari ini kita masih di beri nikmat kehidupan.. yang paling penting,nikmat Iman..bagaimana iman hari ini..^^


bunga pasti dipetik kumbang suatu hari nanti
Baru2 ini aku telah bercuti semester pertama bagi tahun dua.. lama tak balik rumahkan, bermusafir di Johor Bharu..Bila di beri peluang balik rumah, memang di gunakan sebaik mungkin..Anak buah aku semakin bertambah, dah masuk 10 orang..  Semua dah besar2.. terasa baru  jer aku berumur 18 tahun, tapi tak sangka,tahun ni dah 22 tahun..dah dewasa..

Semasa di rumah ada la anak buah,lelaki Mohd ikhram,yang berumur 6 tahun.. tiba-tiba jer dia cakap kat aku camni..

Ikhram: mak su tak kahwin lagi.. mak su sorang tak kahwin lagi..

Aku terkejut la..mana budak ni tau aku sorang tak kahwin lagi..budak2 mana dia tau..

Aku: abe tau katne mak su sorang tak kahwin lagi?

Ikhram:Tau la..abe tengok gambar,mak su tak ada gambar..

Aku: Gambar apa pula? Mak su dah kahwin la (nak uji anak buah ni)..

IkhramTak lagi..mak su sorang tak kahwin lagi.. mak su tak ada gambar kahwin..

Oo..itu maksud anak saudara aku tu..tau2 dia, kena ada gambar kahwin dan ada baby, baru di kira orang tu dah kahwin..budak2 dia fikir camtu ekk..

Betul la kata anak saudara aku tu..aku sorang tak kahwin lagi..semua abang2 dan akak2 aku dah kahwin dan siap ada baby masing2 lagi.. aku kan bongsu,biasa la tu belum kahwin lagi.. ish3 rasa geram juga budak2 ni..tau2 jer kita tak kahwin lagi..nanti la mak su cari “Pak su” untuk korang yer.. sabar2 yer korang..jodoh tu rahsia Allah..


“Ya Allah.. jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu…

Ya Allah,Maha mendengar, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati, seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatilku padanya, agar tidak berpaling daripada hati-Mu.. 

Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”


Di sini, tak layak bagi aku untuk menyintai mana2 lelaki.. Siapa la diri ini untuk menyintai mana2 lelaki.. Cukuplah untuk aku berusaha menjadi yang lebih baik semasa penantian ini...^^ Semoga suatu hari nanti “dia” akan hadir dalam hidup aku untuk hidup bersama membina sebuah keluarga Islam yang berjuang untuk Islam dengan aku selamanya..semoga “dia” adalah yang terbaik daripada Allah..insyaAllah..

p/s: Cuti mid sem aku tak balik, jadi sangat sedih.. L teringat kat famili.. orang paling dirindui, ma..

Wednesday, March 21, 2012

Dia sukakan aku yang dulu..


Mengapa? Mengapa?
Mengapakah kau sukakan aku yang dulu?
aku yang bertudung singkat dan
mengenakan baju yang tak menutup aurat
dan tak berstoking, itu yang kau rindu?
Aku yang melanggar akan peraturan Allah..
itu yang kau suka..?

Kadang kala aku sedih mengenangkanmu
yang bertubi-tubi memberitahuku
Yang kau merinduiku yang dulu..

Kau seperti menghiris hati ini,
mengapa hatimu bergitu terhijab(tertutup)?
Sepatutnya kau gembira atas perubahanku ini..
Dan sepatutnya kau juga mengiringi perubahanku ini..

Tidakkah kau tahu,
Aurat wanita itu?
Aku berubah kerana aku tahu hakikat itu..
Aku berubah ikhlas kerana Allah..
Penghijrahanku ini kerana ku mahu syurga Allah itu..

Kau yang ku sayangi..
Bukalah hatimu untuk turut sama berjuang dalam perjuangan ini..
Mungkin tidak untuk berjuang..
tapi aku mahu lihat..
auratmu ditutup dengan baik..
cukuplah aku menangis melihatmu begitu..

Wahai kau yang ku sayangi..
Sebelum kau mencintai orang lain..
cintailah dirimu dahulu..
cintailah maruahmu itu..

Mungkin kau malu untuk berubah sepertiku
tetapi,cuba kau soal dirimu..
kau malu akan Allah..?
atau kau malu akan kata-kata manusia..?

Jika perubahamu itu kerana Allah..
pasti kau takkan takut pada kata-kata orang sekeliling..
Namun jika kau berubah kerana manusia..
pasti kau akan berubah kembali kepada asalnya..

Buatmu yang ku sayangi..
Bukalah hatimu..
aku berubah ikhlas kerana Allah..
Aku mahu syurga Allah itu,
Aku tidak mahu kerana auratku itu,
Aku dicampakkan ke neraka jahanam..
gembiralah atas perubahanku ini..
terimalah penghijrahanku ini..
janganlah kau kenang aku yang dulu…

................................................................................................................................................

Saturday, March 17, 2012

Cintakan dia kerana Allah

Lumrah sebagai insan yang diberikan rasa cinta
Mungkin setiap orang mempunyai rasa cinta yang berbeza
Ada di antara kita mencintai seseorang itu kerana rupanya ^^
ensemnye dia…
ada yang mencintai kerana hartanya..
Eh..ada tau..huhu ku bahagia dengan hartanya walaupun dia datuk yang tua
yang penting duit dapat..^o^
Ada juga mencintai kerana keturunan
Untuk mengekalkan keturanan Syed, Nik dan lain2
mestilah kena kahwin dengan yang sama keturunankan..^^
ada juga mencintai kerana agama..
Di selalu SMS mengenai agama,solat..
macam tu ke pilih kerana agama?


Mana yang penting…
mestilah kerana agamanya..
tapi jangan menilai orang itu dari luaran dia..
wah islamik muka dia..^^
ada tau  muka islamik..
tapi ingat bukan itu yang di nilai..
pakaian dia?
mungkin..tapi bagi memilih isteri yang soleh, 
mungkin boleh menilai dari pakaiannya..
kerana wanita yang solehah akan mengenakan tudung..
betul tak?
wanita yang solehah akan mengenakan pakaian yang menutupi aurat
bukan membungkus aurat..betul tak?
wanita akhlaknya akan terserah dengan sikap malunya..
wanita yang malu untuk mendedahkan aurat
melakukan maksiat, itu lah sifat malu yang sempurna..^^


Lelaki yang berjubah dan bersongkok..
itu ke lelaki yang baik?
Mungkin.. tapi Ramai sahaja pakaiannya biasa-biasa sahaja
tapi akhlaknya sangat mulia..ada jer..
lelaki mungkin tidak sesuai untuk menilai melalui pakaian..
Tapi lelaki yang baik tidak akan mengenakan seluar yang ketat..^^
Ada ke seluar ketat bagi lelaki?
Ada la..zaman sekarang dah ada..ramai lagi tu yang pakai..
sangat hodoh kot..Hehe..

Bagaimanapun , nilailah seseorang itu kerana agamanya,
agama yang sempurna akan terselah pada akhlaknya..
daripada akhlaknya.. iman dan akhlak bertimbal balik..
betul tak?
tapi cinta sentiasa membutakan hati..
mata akan melihat orang itu baik semuanya ..betul tau..
itu mungkin hati yang telah di cemari oleh kata-kata syaitan..
seseoarng yang kuat dalam agama pun boleh terjebak dalam kata-kata syaitan

Jadi
kuatkan hati,
sentiasa solat taubat
solat istikharah dan perbaiki diri kearah kebaikan..
semoga memperolehi jodoh yang baik..



Puisi cinta..



“Aku cintai dia kerana akhlaknya
Aku cintai dia kerana ketegasannya
AKu cintai dia kerana fikrahnya
Aku cintai dia kerana amanahnya
Aku cintai dia kerana agama
Aku cintai dia kerana Allah..”

Wednesday, March 14, 2012

Aku Jadi Ninja...

Aku jadi ninja!

Mungkin kenangan ini indah di ingatkan kembali..
Mana mungkin akan ku lupa kenangan itu..
Aku hampir mahu pulang pada malam itu..
Situasi yang menakutkan bagi aku..
Kenapa mesti marah-marah..
Barang yang kau suruh jaga
dan di amanahkan pada aku
iaitu sebuah “kereta mewah..”
aku jaga dengan baik,tapi tak sangka..
“kereta mewah” itu,
hanya tinggal tayarnya sahaja..
mana mungkin kau tak marah..
aku kau suruh denda..

Hampir aku terfikir untuk pulang..
aku takut dengan situasi itu..
kelakar bila dikenangkan kembali..
beg yang besar, mahu saja aku pikul dan lari..
hutan mahu saja ku redah..

Hari-hari mendatang..
Hati ini makin takut untuk menghadapinya..
Keluargaku bersama menempuhi kesusahan ketika itu..
Ukhwah yang sangat penting dan semakin erat..
Nasi boleh saja ku suap di setiap mulut keluargaku itu..
sisa-sisa nasi di jari mereka aku jilat begitu sahaja..

Perkenalan di antara keluarga aku..
Hampir luruh jantung..
waktu itu mungkin aku menangis,
Salah seorang keluargaku sedang di “interview..”
Aku tengok, dia kena marah..
apa la yang dia tulis pada borangnya itu..
Kasian dia..
Kecut perut ini melihat situasi itu..
Malah aku menitiskan air mata, kasian dia..
jawapan dia bagi pada peng’interview’ tu tak di terima..
lain dia tulis pada borang interview,lain pula di jawab..

masa untuk belajar..
aku yang agak blur
tak menjawab soalan yang sedang sifu tanya kat depan..
mungkin aku seorang yang selalu menangis..
menangis jer kerja aku..
Malahan aku ini sangat pasif dan kurang keyakinan..
menyebabkan sifu-sifu di depan selalu menyoalku..
Aku rasa nak ketawa mengingatkan kenangan itu..
nama aku selalu dipanggilnya
aku pasrah dengan hari-hari mendatang
keranaku pasti,akulah yang akan di soalnya..

Siang yang pergi
malam yang mendatang…
pasti tepat pukul 12  malam..
Dia akan datang..
Aku  di dera, di pumping, lompat bintang,guling2 ^^..
Menakutkan.. reality atau fantasi..
dia itu berbaju hitam..
membawa kayu untuk memukul siapa entah..
suaranya sangat kuat..
menakutkan..bila aku cubik tangan ini.
ini ialah reality..

Kenangan ini,
akanku simpan abadi.
pahit di lalui, manis di kenang..
aku gembira dapat bersama..
Bersama menjadi ninja..
Ninja yang mempunyai ninja yang ramai..
keluarga besar ninja..

Aku menjadi ninja…

Friday, March 9, 2012

Surah bacaan ketika mengandung


Amalan semasa mengandung membentuk keperibadian itu kepada anak di dalam kandungan, malahan surah-surah dalam al-Quran banyak yang mempunyai fadhilatnya apabila mengamalkannya..InsyaAllah..antara surahnya:.

Surah al-Fatihah :. Untuk terangkan hati dan kuat ingatan.

Surah Maryam:.     Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang

                              sabar dan taat.

Surah Luqman:.     Untuk memperolehi anak cerdik akal dan jiwa.


Surah Yusuf:.         Untuk memperolehi anak cantik rupa dan akhlak.

Surat Hujurat:.       Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati.

sweet girl..

Surat Yassin:.        Untuk ketenangan hati dan anak tidak
                              terpengaruh dengan godaan syaitan yang
                              mengajak kepada maksiat.


Surat at-Taubah:.    Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara
                              daripada maksiat.

Surah an-Nahl:.       Untuk melahirkan anak berdisiplin.


Ini surah pilihan, seelok-eloknya khatamkan semua surah .
Selamat beramal..^^
 




p/s:. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelbagai amalan dari mula hingga ke kelahiran bayi, serta berpantang iaitu post CH  “Petua CahayaMata” serta mungkin ada sedikit perkongsian dari CH iaitu dari post “Berhati-hati wahai bakal ibu”..
.........................................................................................................................................................

Sunday, March 4, 2012

Cintakan makanan…

Rasulullah SAW bersabda:
                “Tidak ada satu tempat pun yang diisi oleh anak Adam, lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya supaya dapat tegak. Apabila ia dapat menghindari , hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat Tarmizi,Ibn Majah, dan Ibn Hibban)

Rasulullah SAW ada memberitahu kepada kita supaya menyedikitkan makan. Sebab kita tidak akan dapat melindungi diri kita dari kelemahan dan penyakit jika kita tidak menyedikitkan makan. Oleh itu, dengan mengurangkan makan pelbagai penyakit dapat di atasi. Menyedikitkan makan juga dapat melahirkan akal yang sihat, serta dapat memberi waktu rehat pada tubuh.

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan:
“Makanan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”  (Al-A’raf:31)

Kita perlu bersederhana dalam apapun, tidak kira makan atau dalam pembelanjaan harian kita. Jika barangan yang kita mahu beli itu tidak di perlukan, tidak usahlah membelinya lagi. Belilah sesuatu atas keperluan bukan kemahuan. Biasanya kelakuan begini adalah dari wanita ^^ jangan marah wanita sekalian. Wanita itu indah sikapnya, kerana Allah mengurniakan mereka 9 nafsu.  Saya cakap berdasarkan diri sendiri. Jika keluar ke kedai buku Badan, ya Allah, hampir dua jam sahaja di situ untuk memilih buku, padahal telah di senaraikan apa-apa buku yang mahu di beli,tapi memang begitu la sikap wanita, pasti akan ada yang melencong dari senarai itu..biasa la tu ^^ menarik di mata,dan di hati pasti akan dibeli,jika ada duit lebih pula, lagi semangat nak beli..

Berpuasa itu adalah perkara yang baik. Selain menyedikitkan makan, malahan ia dapat memberi kekuatan hati dan iman. “Berpuasalah kamu jika tidak dapat menghindari dari nafsu dan sikap buruk.” Banyak makan menyebabkan timbul pelbagai penyakit, malas berfikir, otak menjadi lemah, dan menyebabkan mengantuk dan malas.

“Barangsiapa banyak makan, banyak pula tidurnya, dan barangsiapa yang banyak tidur, banyaklah kebaikan yang terlepas daripadanya. Seperti kata orang: “Orang telah mengelilingi dunia, sedangkan dia masih tidur dan berdengkur ^^”

Lukman Al-Hakim juga ada berpesan pada anaknya,
“Wahai anakku! Apabila perutmu penuh,tidurlah fikiranmu, hilanglah kebijaksanaanmu lemah lunglailah seluruh anggota badanmu sehingga malas beribadah. Adapun orang-orang yang suka menyedikitkan makan dan minum, hatinya akan jernih , fikirannya terang, padangannya tajam, syalwat nafsunya dapat dikalahkan, jiwanya dapat dituntun dan di bimbing.”

Dengar sahabat-sahabat semua, kita sebagai pelajar sangat penting dalam menjaga ketajaman fikiran, kebijaksanaan dan kesihatan, dan sikap-siakp buruk lain“akal yang sihat datangnya dari badan yang sihat”. Bersegeralah sahabat –sahabat semua dalam menyediktkan makanmu. Jika perlu puasalah, supaya dirimu sentiasa terjaga dalam makanmu dan dalam menjaga imanmu juga.. Jom sama-sama kita laksanakan sahabat.^^


Friday, March 2, 2012

Sahabat yang dirindui

Air mengalun mengikut arus..
Masih ingat lagi aku..
Mentari di atas kepala yang memancar terang..
 Batu besar itu yang menyerikan sungai itu..

Sahabat..
Ketika itu kita bersama berlarian di sungai itu
Mandi manda bersama..
Air yang agak dalam,
yang berpasir, hampir diri ini
mahu di tarik arus…
kata seorang sahabat..
Jika di tarik arus..
apa susah,
Kau hanya akan tergelam di sini,
kerana di sini agak dalam..
tapi pasti kau akan terdampar di bawah sana
yang airnya kurang dalam..

Bila di kenang kata-kata itu,
Membuatkan aku mahu ketawa..
iya memang betul..
air sungai itu hanya sedalam paras betis..
Hanya di kawasan itu sahaja paras dada..
Agak pelik sungai  itu..
Di kawasan batu itu,
yang mungkin sebesar 2 meter yang airnya paras dada..
mungkin kerana airnya agak laju kerana itu pasirnya kurang
dan airnya menjadi dalam di situ sahaja..

Sahabat,
Jika susah untuk kita berjumpa
dan bergelak ketawa seperti dulu
Tidak mengapa hanya kita
mengingati sesama kita di dalam hati dan di dalam doa..

Sahabat..
Mungkin tempat kita menimba ilmu sudah berbeza
Aku di selatan, kau di utara, timur dan seorang di barat..
itu tidak menghalang untuk kita masih bersahabat…
Ingatlah kenangan kita..
Terlalu banyak kenangan kita..
Jangan di padam kenangan kita
hanya kerana kau sahabat
memperolehi sahabat baru di sana..

Air mengalun itu yang mengikut arus,
pasti takkan kembali lagi ke sungai ini..
Jangan jadikan dirimu sahabat..
seperti air sungai yang pergi ini yang takkan
kembali ke sungai ini lagi buat selamanya…

Sahabat..
Kenangan kita pasti hidup di dalam hati ini buat selamanya…

 Sayangkan awak-awak semua...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...