. »

Friday, April 6, 2012

Iman dan akhlak


Assalamualaikum…

                Bismillahirrahmanirrahim…

Akhlak dan iman saling bergandingan. Akhlak yang mulia adalah datangnya dari iman yang sempurna. Begitu juga iman akan kelihatan kental apabila akhlaknya semakin meningkat, maka kedua-duanya bertimbal balik, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW, .: “Iman dan malu bergandingan . Apabila terangkat salah satu terangkatlah yang satu lagi”

CH bawakan sebuah kisah contoh untuk penerangan akhlak dan iman ini.

Ahmad sangat yakin kepada Allah S.W.T yang maha melihat,dalam keadaan terang mahupun dalam keadaan gelap. Keyakinan ini di namakan iman.
Suatu hari Ahmad melalui suatu tempat yang sunyi dan agak gelap. Tiba-tiba dia terlihat seorang perempuan . Dia menasihati perempuan itu supaya segera berlalu kerana takut bahaya. Sifat ini di namakan akhlak mulia kerana kalau dia mahu, dia boleh sahaja merogol gadis itu dengan mudah. Tetapi kenapa tidak? Kerana imannya sudah tebal.

Satu kisah lain, Ali dipukul sekumpulan remaja jahat. Suatu hari dia teserempak lagi dengan kumpulan tersebut, tetapi kali ini mereka bersadai di tepi jalan kerana kereta mereka rosak. Ali turun memberi bantuan yang di perlukan tanpa berniat sedikit pun untuk membalas dendam, sedangkan ketika itu dia boleh sahaja berbuat begitu. Inilah di namakan akhlak mulia . “Berbuat baik kepada yang berbuat jahat kepada kita”. Dengan sikap ini, semoga Allah tingkatkan iman terhadapnya, dan mereka insaf atas perbuatannya dulu.

.::Mengenai cinta::.
Nasihat untuk lelaki untuk memilih calon isteri..

“Jika engkau mahu memilih calon isteri pilihlah yang mempunyai sikap malu.”
Wanita memang sinonim dengan sikap malu. Jika hilang sikap malunya, hilanglah imannya.
Sekarang sahaja dunia secara terang2 menunjukkan sikap wanita sekarang yang imannya semakin nipis. Jelas, pergaulan bebas, pakaian yang ketat, dan menunjukkan susuk tubuh, yang tiada sedikit malu pun pada diri mereka. Wahai kaumku… Ingat, kaum wanita sangat ramai di neraka jahanam.. Kenapa? Kerana ini la, kerana hilangnya sifat malu itu..
Nasihat untuk wanita bagi memilih calon suami..

Bagi lelaki, mungkin contoh diatas telah menunjukkan secara jelas lelaki yang berakhlak mulia. Lelaki yang baik sememangnya tidak akan mengambil kesempatan pada wanita. Ingat wanita, jika lelaki yang mengajak kau couple, secara jelas dia bukan lelaki yang baik. Couple itu adalah selangkah menghampiri zina.Mungkin dia tak mengajak berjumpa diluar pada mulanya, ingat lama-kelamaan pasti dia akan mengajak kau keluar. Mana maruahmu wanita , jika lelaki begini yang kau pilih, rumah tanggamu pasti takkan bertahan lama. Kerana masjid yang dibina atas dasar maksiat, tidak ada barakah..

P/S: Maaf jika ada yang terguris dengan post CH ni.. Sila komen.. CH alu-alukan…

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...