. »

Thursday, April 26, 2012

Kesusahan itu..

Mengejar waktu ketika itu
Tapi masa lebih laju dari aku
Terpaksa aku mengalah dengan takdir
Di situ wang dibuang begitu sahaja

Kesusahan siapa tahu
Di tanggung diri ini tak perlu belas kasian
Ibu yang lelah berusaha untuk aku
Tak dapat aku membalasnya
terlalu besar pengorbanan seorang ibu
Aku adalah harapan semua..

Wahai roh jihad!
Ke mana engkau?
Dunia ini adalah godaan syaitan
Malas itu permainan syaitan
Mungkin bersenang lenang itu
Menjadi kesukaan semua orang
sebab itu, malas itu sentiasa menjadi hiasan diri.
Sedarlah diri!
Kau sedang leka sekarang!
Kebencian itu bukan sebab kau biarkan
Mungkin sesuatu yang kau benci ada kebaikan
dan sesuatu yang kau cintai ada keburukan
Ayuh cintai ia, gembiralah dengannya..

Wahai diri!
Ke marilah keimanan
Ke marilah kesedaran
Buangkan tidak yakin
Maju kehadapan..!!!

Usaha untuk kejayaan
demi Allah
demi Allah
demi  Rasul-Nya

semoga dipermudahkan Allah segalanya..amin..


p/s: ayuh sahabat berusaha untuk  berjaya!!! Detik-detik mood semakin menghampiri exam semua! ^_<

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...