. »

Wednesday, November 30, 2011

Puasa hari 'Asyura

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

********************************


Sekarang kita berada di bulan Muharam..tahukan bulan Muharam terdapat satu hari yang dipanggil hari 'Asyura. Hari 'Asyura ini merupakan hari ke 10 Muharam.. Pada hari 'Asyura di sunatkan berpuasa.. Fadilatnya sangat banyak.. yang paling jelas siapa yang mahu berpuasa pada hari 'Asyura  ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.
Semoga amalan ini di redhai..


Niat puasa hari 'Asyura

نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”


Ulama' berpesan berpuasalah hari kesembilan Muharam untuk membezakan kita dengan puasa Yahudi.. Jadi jangan puasa hanya 10 Muharam sahaja kerana ia menyerupai puasa Yahudi.. 


Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.^^


 *********Puasa hari 'Asyura*********
**********************AYUYati***************** 

Tuesday, November 29, 2011

Cinta Si Budak AGAMA : NAIM

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim......
Kali ini saya kongsikan sebuah cerpen.. sangat menarik rugi tak baca tau.. Jom hayati cerpen ini..^^

********************************



Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya (Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu, mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.


“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im. Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian, dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain. Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.


Isi suratnya:


Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim


Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.



“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.


Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,



Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa



Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.


Nota:
1.            Cerpen dah lama dikeluarkan dan tidak diketahui siapa penulisnya.
2.            Penulis menyalin terus daripada note Facebook sahabat sekolah saya di Maahad     Muhammadi, Azim Azmi tanpa meng'edit" langsung isinya.
3.            Watak dan jalan cerita tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekadar Pengajaran untuk diri penulis sendiri dan dikongsikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan.
4.            Dalam gerakan dakwah, sangatlah penting kita menjaga hati dan bermuhasabah, muhasabah dan muhasabah.
5.            Jangan mudah mudah sangat mulut berbicara celaan kepada ahli Maksiat kerana kita masih belum diuji. Naqib saya di Matrikulasi dulu selalu berpesan, bila kita melakukan nahi mungkar kita kena selalu mendoakan agar kita tidak diuji seperti orang yang melakukan kemungkaran tersebut dan jika kita diuji, kita minta agar kita lepas menghadapi ujian tersebut. Jangan terlalu yakin kerana yang dibimbangi adalah bagaimana penghujung kita.
6.            Bersabar dalam memperelokkan akhlak diri.


Salam Muhasabah.

*CINTAN-CINTUN~ (BOLEH KE?)

Kerdit:  Munzir musa


\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/


CH:Saya suka sangat cerpen ni..jadi saya kongsikan buat tatapan sahabat2 semua...semoga bermanfaat..^^

*Cinta Si Budak Agama:Naim*
.........................................................................................................................................................

Adam yang ku kasihi..

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Buatmu insan bergelar adam….

********************************

Adam itu adalah bakal suami
Adam itu bakal seorang ayah
Adam itu bakal ketua keluarga..
Adam itu bertanggungawab atas dosa anak2 dan isterinya

Adam.. tahukah engkau, yang kesalahan yang kau lakukan?
Kau memiliki hati untuk di cintai,
Kau juga memiliki hati untuk di kasihi…

Tapi… kau tak tahu akan dosa isterimu lakukan?
Tahukah engkau akan kesalahmu itu?
Kau tak tahu apa2 pasal wanita..
Berapa tempoh masa haid wanita..
Berapa lama haid wanita?
Bila umur mulanya haid wanita itu…
Engkau tak tahu semua tu..
Itu baru mengenai haid..
















Bagi kau itu adalah hal perempuan..
Lelaki tidak perlu tahu..
Itu salah….. Ingat…. engkau yang akan menanggung dosa isterimu..
Engkau juga bakal memiliki anak2 perempuan..
Jika engkau tak tahu hal wanita, bagaimana hendak engkau tegur mereka…

Buat insan bergelar Adam..
Belajar ilmu tentang wanita..supaya engkau,
dapat mengajar isterimu dan anak2 perempuanmu,
supaya mereka menjadi wanita solehah..
Serta engkau tidak menanggung dosa ini..

Adam yang ku kasihi...



Monday, November 28, 2011

Ukhwah yang di rindui

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang kita sudah berada di tahun baru hijrah iaitu 1433 hijrah. Selamat tahun baru hijrah.. ^^ Kali ini saya mahu berkongsi satu cerita mengenai seorang sahabat Nabi Muhammad SAW  yang terkenal oleh penduduk langit tetapi tak terkenal oleh penduduk bumi iaitu Uwais Al-Qorni.. di sini saya cerita serba sedikit semoga mendapat pengajaran..jom ikuti kisahnya..


********************************
Uwais Al-Qorni adalah seorang anak yang sangat taat pada ibunya. Dia belum berkahwin, hidupnya sentiasa di isi dengan beribadah kepada Allah, siang di isi dengan puasa dan malam bermunajat pada Allah. Walaupun dia miskin dan hanya seorang pengembala kambing, namun dia tetap teguh dengan cinta dan kuat ibadah pada Allah. Uwais tinggal bersama ibunya yang sudah lanjut usia, lumpuh dan buta. Dia sangat taat dan kasih akan ibunya. Tidak pernah dia menderhaka ibunya.


     Suatu hari Uwais sangat merindui Rasulullah SAW. Rindunya terhadap ukhwah teramat sangat terhadap  Rasulullah SAW. Namun ketika itu dia rasa bersalah untuk meninggalkan ibunya yang sudah tua. Namun kerana rindunya yang teramat sangat kepada Rasulullah, dia meminta izin dangan ibunya untuk berjumpa Rasulullah. Ibunya mengizinkan Uwais berjumpa Rasulullah, pesan ibunya, jika sampai di sana, terus pulang ke rumah..



     Uwais yang miskin, ketika itu berjalan kaki dengan hanya berbekalkan malaikat dan Allah. Walaupun jauh perjalanan ini, Uwais sanggup,semata-mata mahu bertemu Rasulullah  SAW. Sampainya Uwais di rumah Rasulullah dengan sangat gembira.


      Rindu yang berbuak-buak pada Rasulullah, dia memberi salam dan mengetuk pintu rumah Rasulullah. Ketika itu Aisyah hanya bersuara dari dalam tanpa melihat siapa yang datang. Uwais memberi tahu Aisyah yang dia mahu sangat bertemu Rasulullah. Aisyah memberitahu yang Rasulullah pergi berperang. Ketika itu, betapa kecewanya Uwais apabila dia tidak dapat bertemu Rasulullah SAW. Betapa jauh perjalanannya untuk bertemu Rasulullah. Uwais mahu menunggu, tetapi kerana taatnya pada ibunya yang berpesan padanya. "Apabila sampai, terus pulang" Uwais tidak jadi untuk tunggu. Pulanglah Uwais denga hampa. Betapa sedihnya Uwais, rindunya dia terhadap Rasulullah yang teramat sangat,namun dia tidak dapat bertemu Rasulullah. 


    Uwais yang taat pada ibunya pulang dan menjalankan hidupnya seperti biasa menguruskan ibunya itu. Betapa hebatnya Uwais, seorang anak yang taat lagi bertanggungawab. Ketika itu, tersebar berita tentang Rasulullah telah tercedera di dalam perang Uhud. Rasulullah SAW telah patah gigi akibat petempuran di dalam perang itu. Uwais yang terlalu kasih terhadap Rasulullah yang terdengar berita itu, telah mematahkan giginya dengan batu. Kenapa dia bebuat begitu???  Kerana dia mahu merasa kesakitan yang Rasulullah rasakan. Sakit Rasulullah seumpama sakit juga padanya. Betapa kasihnya dia terhadap Rasuluulah SAW..


Kita macam mana? Setakat mana kasihnya kita terhadap Rasulullah? Bolehkah kita mengatasi Uwais Al-Qorni? Ukhwah Uwais Al-Qorni patut dicontohi.. Jom sahabat-sahabat, kita amalkan sunah Rasulullah,hidupkan sunah baginda, taatlah pada ajaran baginda, selawat la selalu pada baginda. Walaupun kita tak dapat bersama bginda, namun ingat.. Rasulullah sangat merindui umatnya yang mengingatinya walaupun tidak pernah melihat wajah baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan ini.


Pengajaran lain: Taatlah ibu, kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Uwais yang miskin tidak berputus asa atas ujian Allah itu. Dah la miskin , perlu pula menjaga ibunya yang sudah tua yang lumpuh dan buta.. Seburuk-buruk ibu kita, dia tetap ibu yang ,lahirkan kita.. Jadilah anak yang mentaati ibu bapa..


Sahabat-sahabat... semoga sedikit perkongsiaan ini dapat memberi kebangkitan pada diri sahabat-sahabat untuk berhijrah dari buruk kepada baik. Kuasa hirjah, kuasa berubah.. Berubah la dari buruk kearah kebaikan.


"Berubah itu bukan paksaan, tetapi kemestian"





 *******Ukhwah yang di rindui*******
**********************AYUYati***************** 

Wednesday, November 23, 2011

KENAPA AKU BERTUDUNG DI DALAM RUMAH…

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...


********************************

Dulu aku seorang yang biasa,
Aku tidak pernah bertudung apabila bersama ipar lelakiku,
Aku sangkakan apabila abang ipar aku di satukan secara sah dengan kakakku
aku juga tidak perlu bertudung apabila bersama mereka..
Mungkin aku meremehkan perkara ini..
Hidayah Allah itu datang kepadaku..
Ketika itu aku di beri kefahaman dengan baik..
Dari aku tidak bertudung di dalam rumah..
Sekarang aku melaksanakannya apabila ipar lelaki ada bersama..
Aku berjuang dengan kekuatan hati dan emosi..
Aku cuba kuatkan dengan mengingati Allah..
Mungkin sukar dari tidak bertudung di dalam rumah, tiba-tiba hendak bertudung
Tapi halangan yang mendatang ketika itu, aku tempis..
Memang orang pandang pelik memakai tudung dalam rumah sendiri..
Aku akan buka tudung apabila abang iparku tak ada di rumah..
Aku tutup auratku apabila mereka ada..
Jadi hal ini tidak berat bagiku.
Aku mahu menjadi hamba Allah yang betul-betul melaksanakan hukum Allah..
Mungkin bukan semua, tapi semampu yang mungkin..
Aku tidak mahu kerana tak laksanakan hukum menutup aurat ini,
Dosa aku semakin bertambah, mana mungkin syurga Allah akan ku kecapi.
Alhamdulillah..aku dapat laksanakan memakai tudung
dan menutup aurat di dalam rumah
apabila bersama abang iparku..
Perjuangan aku akhirnya berjaya..
Alhamdulillah.. aku semakin berubah kearah kebaikan..

Dalil: surah An-Nur ayat 31

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang (biasa) terlihat (tapak tangan dan muka.) Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung (melabuhkan kain tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka (adik beradik lelaki), atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba seraya yang mereka miliki, atau lelaki tua yang tidak ada keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”




Siapa yang boleh melihat perhiasan saya?

1.       Suami saya. ( tak ada batasan aurat)
2.       Ayah saya.  (antara pusat hingga lutut)
3.       Ayah suami saya. (antara pusat hingga lutut)
4.       Anak-anak lelaki saya. (antara pusat hingga lutut)
5.       Anak-anak lelaki suami saya. (antara pusat hingga lutut)
6.       Adik-beradik lelaki saya. (antara pusat hingga lutut)
7.       Anak-anak lelaki adik-beradik lelaki saya. (antara pusat hingga lutut)
8.       Anak-anak lelaki adik-beradik perempuan saya. (antara pusat hingga lutut)
9.       Perempuan sesama Islam. (antara pusat hingga lutut)
10.   Hamba yang di miliki (Zaman sekarang dah tak ada). (antara pusat hingga lutut)
11.   Lelaki yang sudah lanjut usianya yang tidak ada keinginana terhadap perempuan. (antara pusat hingga lutut)
12.   Kanak-kanak yang belum baligh yang tidak mengerti tentang aurat perempuan. (antara pusat hingga lutut)


Di sini jelas dalil dari Al-Quran bahawa ipar lelaki tidak tergolong dalam kategori di atas. Ipar lelaki bagi perempuan ialah bukan muhrim dan patut menutup aurat apabila bersama mereka.

Jom tutup perhiasanmu.. hanya orang yang dibenarkan boleh melihatnya.. jadilah seumpama mutiara yang berada di dasar lautan yang sukar di lihat dan sukar di sentuh… hanya yang sah layak dimiliki..^^


 **kenapa aku bertudung di dalam rumah**
**********************AYUYati*****************

Monday, November 21, 2011

Aku merenung malam..

aku merenung malam..
yang ketika ini sunyi...
meneliti bintang yang indah 
yang tergantung indah bersama awan dan bulan...
bintang yang taat pada Allah, yang tetap setia di langit mengindahkan malam..

aku merenung malam...




















bagaimana aku?
aku bukan seorang hamba Allah yang setia seperti bintang...
kadang kala hidupku tersasar jua..
malas menerpa tiap masa...
jika di hitung dosa, mungkin hanya Allah sahaja yang tahu..
iman di dada tak sekuat iman Rasulullah SAW...
apabila di caci, orang itu akan ku marah kembali..

Malunya aku pada Rasulullah...
Baginda yang di caci, di cemuh, di cuba untuk di bunuh..
tetap teguh memperjuangkan Islam demi umatnya..

Malunya aku pada baginda..
aku di uji hanya dengan cacian..
aku sudah hilang sabar...
aku bukan emo..
tapi aku terlampau obses dengan maruahku..
aku tidak boleh..
maruah aku mesti di pertahankan..
siapa orang itu, aku tak kisah..
aku pasti memperjuangkan hakku..

Ya Allah..
salahnya aku..
Ya Allah...
berikanlah jalan yang terbaik untukku lalui..
jauhiku dari perbuatan yang memburukkanku sekali gus agama Allah..
aku tidak mahu..
kerana aku...
seIslam sepertiku di pandang buruk..

bintang indah pasti akan hilang apabila siang menerpa..
dan aku..
akan pergi jua apabila saatnya tiba..
pergilah aku Ya Allah.. dalam syahadahMU..
Aku mahu jadi salah seorang MujahidMU..

aku merenung malam..
yang ketika ini sunyi...



********aku merenung malam**********
***************************AYUYati********************* 



Sunday, November 20, 2011

Sayangnya Rasulullah SAW kepada kita..

Sayangnya Rasulullah SAW kepada kita...



Betapa sayang Rasulullah SAW kapada kita, setakat manakah balasan kita terhadap Baginda?? Ya ALLAH aku sangat mencintai Rasulullah SAW...

***Sayangnya Rasulullah SAW kepada kita***
**********************AYUYati****************** 

Saturday, November 12, 2011

Kesibukan sebagai student LA

Assalamualaikum.....


Lama sangat tak meng'update blog.. Kesibukan sebagai student Landscape Architecture camni la.. Hidup yang hanya tertumpu pada kerja yang banyak.. tapi normal sebagai student.. mungkin bagi student lain sangat bertuah, mereka ada masa dihujung minggu..bagi kami, memang tak ada masa...  Sekarang pun, ramai yang masih bercuti utk cuti raya haji, sedangkan kami awal2 lagi dah kena ada di UTM.. 


\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/




TAPI saya rasa sangat bertuah dapat jadi student LA.. kerana di sini segalanya berubah, terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau beri...


>> sesuatu yang PAHIT tak semestinya SENGSARA, TETAPI ada KEMANISAN disebaliknya..



\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/


*****Kesibukan sebagai student LA******
**********************AYUYati******************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...