. »

Monday, November 28, 2011

Ukhwah yang di rindui

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang kita sudah berada di tahun baru hijrah iaitu 1433 hijrah. Selamat tahun baru hijrah.. ^^ Kali ini saya mahu berkongsi satu cerita mengenai seorang sahabat Nabi Muhammad SAW  yang terkenal oleh penduduk langit tetapi tak terkenal oleh penduduk bumi iaitu Uwais Al-Qorni.. di sini saya cerita serba sedikit semoga mendapat pengajaran..jom ikuti kisahnya..


********************************
Uwais Al-Qorni adalah seorang anak yang sangat taat pada ibunya. Dia belum berkahwin, hidupnya sentiasa di isi dengan beribadah kepada Allah, siang di isi dengan puasa dan malam bermunajat pada Allah. Walaupun dia miskin dan hanya seorang pengembala kambing, namun dia tetap teguh dengan cinta dan kuat ibadah pada Allah. Uwais tinggal bersama ibunya yang sudah lanjut usia, lumpuh dan buta. Dia sangat taat dan kasih akan ibunya. Tidak pernah dia menderhaka ibunya.


     Suatu hari Uwais sangat merindui Rasulullah SAW. Rindunya terhadap ukhwah teramat sangat terhadap  Rasulullah SAW. Namun ketika itu dia rasa bersalah untuk meninggalkan ibunya yang sudah tua. Namun kerana rindunya yang teramat sangat kepada Rasulullah, dia meminta izin dangan ibunya untuk berjumpa Rasulullah. Ibunya mengizinkan Uwais berjumpa Rasulullah, pesan ibunya, jika sampai di sana, terus pulang ke rumah..



     Uwais yang miskin, ketika itu berjalan kaki dengan hanya berbekalkan malaikat dan Allah. Walaupun jauh perjalanan ini, Uwais sanggup,semata-mata mahu bertemu Rasulullah  SAW. Sampainya Uwais di rumah Rasulullah dengan sangat gembira.


      Rindu yang berbuak-buak pada Rasulullah, dia memberi salam dan mengetuk pintu rumah Rasulullah. Ketika itu Aisyah hanya bersuara dari dalam tanpa melihat siapa yang datang. Uwais memberi tahu Aisyah yang dia mahu sangat bertemu Rasulullah. Aisyah memberitahu yang Rasulullah pergi berperang. Ketika itu, betapa kecewanya Uwais apabila dia tidak dapat bertemu Rasulullah SAW. Betapa jauh perjalanannya untuk bertemu Rasulullah. Uwais mahu menunggu, tetapi kerana taatnya pada ibunya yang berpesan padanya. "Apabila sampai, terus pulang" Uwais tidak jadi untuk tunggu. Pulanglah Uwais denga hampa. Betapa sedihnya Uwais, rindunya dia terhadap Rasulullah yang teramat sangat,namun dia tidak dapat bertemu Rasulullah. 


    Uwais yang taat pada ibunya pulang dan menjalankan hidupnya seperti biasa menguruskan ibunya itu. Betapa hebatnya Uwais, seorang anak yang taat lagi bertanggungawab. Ketika itu, tersebar berita tentang Rasulullah telah tercedera di dalam perang Uhud. Rasulullah SAW telah patah gigi akibat petempuran di dalam perang itu. Uwais yang terlalu kasih terhadap Rasulullah yang terdengar berita itu, telah mematahkan giginya dengan batu. Kenapa dia bebuat begitu???  Kerana dia mahu merasa kesakitan yang Rasulullah rasakan. Sakit Rasulullah seumpama sakit juga padanya. Betapa kasihnya dia terhadap Rasuluulah SAW..


Kita macam mana? Setakat mana kasihnya kita terhadap Rasulullah? Bolehkah kita mengatasi Uwais Al-Qorni? Ukhwah Uwais Al-Qorni patut dicontohi.. Jom sahabat-sahabat, kita amalkan sunah Rasulullah,hidupkan sunah baginda, taatlah pada ajaran baginda, selawat la selalu pada baginda. Walaupun kita tak dapat bersama bginda, namun ingat.. Rasulullah sangat merindui umatnya yang mengingatinya walaupun tidak pernah melihat wajah baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan ini.


Pengajaran lain: Taatlah ibu, kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Uwais yang miskin tidak berputus asa atas ujian Allah itu. Dah la miskin , perlu pula menjaga ibunya yang sudah tua yang lumpuh dan buta.. Seburuk-buruk ibu kita, dia tetap ibu yang ,lahirkan kita.. Jadilah anak yang mentaati ibu bapa..


Sahabat-sahabat... semoga sedikit perkongsiaan ini dapat memberi kebangkitan pada diri sahabat-sahabat untuk berhijrah dari buruk kepada baik. Kuasa hirjah, kuasa berubah.. Berubah la dari buruk kearah kebaikan.


"Berubah itu bukan paksaan, tetapi kemestian"





 *******Ukhwah yang di rindui*******
**********************AYUYati***************** 

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...