. »

Sunday, February 26, 2012

Budak comel terkurung dalam bilik air..

Lyka

Kisah ini ialah kisah anak buah aku..
Ketika itu aku baru sahaja pulang dari mengambil
anak buah aku yang lain iaitu Umairah dan Ikhram yang bersekolah tadika..
Aku bertanyakan ibuku perihal anak buah aku yang baru lahir iaitu adik Lyka,
yang telah di bawa abang ipar dan kakak aku
untuk mengetahui tahap ‘Sakit kuning’ anaknya itu,
adakah sudah pulang dari hospital..
Ibuku keluar dari bilik air tergesa-gesa, dan terkejut 
kerana ingatkan aku belum mengambil anak buah aku yang tadika itu..

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu..
Rupanya Lyka berada di dalam bilik air..
Ibuku tak sangka dia ikut dari belakang ketika ibuku ke bilik air..
Dan Lyka telah mengunci pintu dari dalam..
Aku dan ibuku cuba bagitau Lyka supaya membuka pintu itu..
Aku cuba bagitau Lyka buka kunci pintu itu beberapa kali..
Namun pintu tetap tak terbuka..
Hanya ketukkan pintu kedengaran..
Selepas itu Lyka mula menangis..Mungkin dia faham yang dia telah terkunci..
Kasian Lyka, budak yang berumur setahun lapan bulan ini…

Ibuku mahu tendang pintu itu pun dia berada berhampiran sangat dengan pintu..
Akhirnya ibuku menebuk lubang di kawasan pembuka kunci pintu itu..
Nasib baik pintu itu di perbuat dari plastik aje..
dan menyeluk tangan untuk membukanya..
 Abahnya pulang ketika itu dari hospital..
 Dan abahnya tergesa-gesa melihat anak kesayangannya itu..
Dan abahnya yang membuka pintu itu..

Lyka keluar dengan muka yang sedih sambil di kendong abahnya..
Budak comel yang terkunci di dalam bilik air..

Apabila ibuku cuba menguji tahap ketinggian pengunci pintu itu,
Rupanya kunci bilik air itu tinggi, Lyka mungkin menggunakan hujung jari 
untuk mengunci pintu..Mungkin niat dia untuk bermain..Biasalah kanak-kanak..
tetapi tak sangka dia terkunci di dalam..^^ 


p/s: Pastikan anak anda sentiasa di pantau..sesungguhnya malang itu tidak berbau..
Mungkin cerita Lyka ini menggelikan hati.. tetapi sesungguhnya kanak-kanak
berusia setahun lebih sememangnya sangat aktif..dan susah di kawal..
Oleh itu, perhatikan mereka selalu..^^ 

Wednesday, February 22, 2012

.::Cinta yang dibawa lari..

.::Cinta yang dibawa lari..

Menangis… menangis… Kenapa ini terjadi pada aku.. kenapa? Cinta aku untuknya adalah sepenuh hati. Mengapa dia buat aku macam ni?

Rintihan demi rintihan.. siapa yang tahu rintahan ini..

“Aku ni bodoh.. pesal sukakan dia.. bodoh..!!! bodoh!!!...”

Menangis hati ini.. hanya Allah yang tahu.. terluka hati ini, tiada siapa dapat ubati.
Mungkin aku tidak patut sukakan dia dulu..memang tak patut.. dia tu rupanya bukan sukakan aku..aku yang bodoh..

“Malissa..buka pintu? Kenapa dengan kau, aku tengok dah 2 hari kau berkurung dalam bilik”

Tak..tak ada apalah….aku malas la nak keluar, aku nak study sorang-sorang” Malissa mula mengatur kata-kata tipunya..suaranya dikawal,risau dapat dikesan kawannya itu. Air matanya di sapu, takut kawannya itu tiba-tiba mendesak mahu masuk ke dalam biliknya.

“Tak apa la kalau macam tu.. Tapi kalau kau ada masalah ,bagitau la aku”

“Ok….”
Hanya itu sahaja yang dia dapat jawab. Hati ini pedih, tak ada siapa dapat ubati.

Mengimbau masa itu.. dia Irfan yang aku suka.. Matanya bertentangan mata dengan aku,pasti ada rasa gelisah pada diri ini. Aku cintakan dia. Dalam diam aku cintakan dia. Itu sahaja yang aku dapat rasai.

“Lisa, awak orang mana? Orang Kelantankan?”
Irfan bertanya

“A’aa.. saya orang Kelantan..Mana awak tahu?” aku mula hairan, mana dia tahu.

“Ala..tengok rupa pun dah tau, rupa orang Kelantankan..hehehe…” jawab Irfan..

“Rupa orang Kelantan..boleh pula camtu..” degus aku , geram dengan jawapannya itu.

“Ye la… rupa orang Kelantan yang sangat cantik….”

Tiba-tiba jantung ini berdetak dengan kencang..
itulah kata-kata pertamanya, yang membuatkan aku yakin dia juga sukakan aku.
Aku gembira dapat bercakap dengannya, lebih-lebih lagi dipuji begitu..

Irfan berbadan tegak, kulit sawo mantang, rambut yang sentiasa disikat rapi dan berjanggut sejemput menambahkan kekacakannya. Janggut sejemput itu menambahkan wajah Islamiknya.. umurnya dua tahun lebih tua dariku..

Suatu hari dia bersama-sama dengan aku untuk melaksanakan satu assignment berkumpulan. Aku sama kumpulan dengannya. Seharian aku dan kumpulan aku bertungkus lumus menyiapkan assignment ini, tibalah masa untuk berehat seketika. Kawan-kawan yang lain mula beredar untuk mencari café terdekat untuk mengisi perut. Tinggalah aku yang malas untuk berganjak. Tiba-tiba teguran itu mengejutkan aku

“La, tak makan ke Cik Lisa”

“Ya Allah ,Irfan… terkejut tau..”

“Hahaha… Nampak sangat mengelamun jer kerjanya..Pesal Cik Lisa tak makan?” 
Pertanyaan Irfan itu di ulang lagi.

“Saya malas nak bergerak.. habiskan kerja dulu la, kejap-kejap lagi makan..” 


“Oo..ok..seorang yang bersungguh-sungguh..” 
Puji Irfan

“Eleh perli nampak Irfan?”
aku mula geram dengan pujiannya itu

“Eh..tak la ikhlas.. ikhlas kerana Allah..”

“Ikhlas kerana Allah..?”
aku mahu kepastiaan..

“Apabila kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah, pasti pahala yang kita dapat. Contoh, apabila kita makan,jika kita makan kerana lapar, yang kita dapat kenyang. Tapi kalau kita makan kerana Allah , kerana niat untuk makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah kepada Allah, kita akan dapat pahala ibadah. Lainkan?”


Hujah yang dia perkatakan itu, membuat aku merasa kerdil. Hanya dengan niat, kita dapat pahala.

“Niat penting dalam apa jua, apabila kita nak lakukan apapun, pasti kita akan mulakan dengan niat, niat yang salah membawa orang itu ke jalan yang salah, niat yang betul, membawa orang ke jalan yang betul.”
Dia menambah lagi hujahnya itu. Aku yang terkesima.

“Irfan boleh saya tanya? Mengapa Islam itu berbeza? Malahan saya agak pelik kenapa pakaian yang saya pakai ini masih tidak menutup aurat. Saya rasa saya bebas untuk memilih, bagi saya bertudung itu kelihatan kolot” aku mula bertanyakan sesuatu yang aku mahu tahu, yang tersimpan rapi dalam hati dari dulu.

“Lisa… Islam memang berbeza. Islam mempunyai peraturannya supaya penganutnya berjalan dilandasan yang benar. Islam mengharamkan arak bukan kerana saja-saja. Tetapi arak itu penyebab orang itu hilang akalnya. Arak itu penyebab manusia lalai dan tidak kenal akan manusia lain. Awak pernah dengarkan isteri orang boleh saja dirogol si pemabuk arak ini, kerana dia sudah hilang akal dan sudah lupa siapa isterinya. Begitu juga wanita, mengapa Islam menyuruh wanita itu menutup auratnya? Kerana aurat wanita itu adalah maruah wanita itu. Permata emas yang indah pasti tidak akan dijual di tepi-tepi jalan tetapi dijual dan disimpan rapi di dalam cermin kaca yang indah dan siap dikunci takut-takut dicuri orang.. Mengapa Lisa permata emas itu disimpan dalam cermin kaca yang indah dan tidak dijual di kaki lima jer ?” Irfan mengajukan soalan buat aku..

“Kerana kalau diletakkan di luar jer, pasti disentuh dan silap-silap hari bulan di curi  orang.. Permata emas dijual di kaki lima..hahaha..mesti kelakar, entah-entah emas palsu.. yang ciplak” terasa lawak soalan Irfan ni

“Begitu la wanita, jika dia tidak menutupi auratnya dengan sempurna pasti menjadi tarikan lelaki yang tidak menjaga pandangan mata, dan jika iman lelaki itu nipis,pasti akan mengundang masalah rogol. Wanita itu ialah seindah-indah hiasan dunia, dan hiasan dunia yang paling indah ialah wanita solehah. Bertudung labuh dan memakai  baju yang besar , takkan ada mata yang akan melihat wanita itu, kenapa? Kerana susuk tubuhnya tidak kelihatan, mana lagi sudut yang syaitan nak panahkan mata lelaki bagi lihat wanita itu. Wanita itu ialah habuan panah-panahan syaitan.. sebab itu Islam menyuruh wanita itu menutupi auratnya. Sesungguhnya, keindahan seseorang wanita itu ,hanya untuk suaminya sahaja..”


Aku mula tertarik dengan hujah-hujahnya itu. Aku mahu tahu lebih dalam lagi mengenai hukum hakam Islam ini.

“Mengapa lelaki tidak perlu bersusah payah seperti wanita. Wanita perlu tutup auratnya, dan tidak bebas berpakaian. Lelaki tidak kisah, apapun boleh dia pakai. Malahan wanita perlu mengandung, lahir anak, jaga anak,lelaki senang jer hidup dia.. macam tak adil jer..”
Aku masih mahu tahu dengan lebih dalam lagi..

“Kita tidak boleh pertikaikan peraturan Allah itu. Lelaki memang tidak perlu bertudung,  lelaki tidak memiliki keindahan seperti wanita itu. Lelaki ,jika wanita pandang lelaki, mereka  tertarik kepada rambut lelaki? Tidakkan? Wanita itu lain, Allah memberikan keistimewaan padanya, susuk tubuhnya menarik pandangan lelaki. Susuk tubuhnya itu membolehkan dia mengandung anak dalam masa  9 bulan. Jika lelaki yang mengandung, pasti 1 hingga 4 bulan mungkin boleh, tapi kalau dah masuk 5 bulan hingga 9 bulan yang bayinya semakin besar,rasanya tidak sanggup. Selepas mengandung perlu pula selama 2 tahun untuk menyusukan anaknya itu. Tapi wanita dapat lakukan semua itu.. Kerana  Allah berikan keistimewaan pada wanita, perasaan kasihnya menyebabkan dia dapat melalui segala kepayahan itu. Sebab itu, wanita sangat senang untuk memasuki syurga Allah, seorang wanita solehah, lebih baik dari  1000  lelaki soleh.. wanita  mentaati Allah, melakukan apa yang Allah suruh, jika sebelum kahwin dia mentaati ibu bapanya, dan selepas kahwin taat kepada suaminya pasti syurga Allah mudah dia perolehi.”

Sungguh detail yang Irfan terangkan mana mungkin ada hujah lain untuk aku pertikaikan kata-katanya itu. Kata-katanya itu membuat aku terfikir. Benar kata-katanya itu. Aku ini sungguh jahil dengan agama. Mengaku saja agama Islam, tetapi tidak pernah melakukan apa yang Allah perintahkan. Itu baru bercakap pasal aurat. Sungguh aku malu pada Irfan. Lelaki lebih arif mangenai wanita, sedangkan aku langsung tidak tahu.

“ Irfan, aku minta diri dulu la..esok kita sambung lagi assignment ni .. terima kasih perkongsiaan tadi..” aku terus mengundur diri. Terasa malu untuk aku bertentangan mata dengan Irfan.

Selepas peristiwa itu, aku mula bertudung. Dan mula berbaju labuh, mungkin sekarang tudungku agak tidak labuh, tak apa, ini permulaanku.

“Wah…makin cantik Lisa..” Irfan menengur. Aku tersipu-sipu malu.
“Inilah wanita solehah..” tambah Irfan lagi ..

Semakin hari, aku mula mencari halakah yang mungkin boleh aku sertai. Usrah aku bermula setiap hujung minggu. Aku sangat gembira dapat bersama dengan sahabat wanita lain, mungkin mereka wanita yang bertudung labuh, tetapi aku kuatkan semangat, rasa malu yang mengundang hati, aku tepis. Biar kita jahil ketika ini namun hari mendatang kita sudah tidak jahil seperti sekarang. Jangan jadi seorang yang jahil,tetapi tidak mahu mencari kebenaran.

Aku semakin hari semakin dekat dengan Allah. Allah itu adil pada hambanya. Suatu hari aku mendapat SMS dari Irfan . Katanya menyuruh aku datang untuk bertemunya. Dan dia akan datang bersama seseorang ,jadi tidak perlu risaukan ikhtilat(batasan).. Kenapa ? Aku mula tersenyum, mungkin mahu melamarku..hehehe… aku memang sukakan dia.

Aku mengenakan tudung labuh berbidang 60 disilangkan dan di pin kan. Terasa cukup indah auratku ditutup rapi. Aku mencapai beg tangan dan mula untuk bergerak untuk ke tempat yang di janjikan itu.

Kelibat Irfan sudah kelihatan, aku mula berdebar-debar. Kelihatan seseorang di tepinya.

“Assalamualaikum…”

“Walaikumussalam..duduk la Lisa..” 
Irfan mempersilakan aku duduk sambil tangannya menunjukkan kearah kerusi di depannya.

“Terima kasih..”
Ucapku.. aku mula amati wajah seseorang yang berada di sebelah Irfan itu. Wajah yang sangat aku kenali. Siapa dia kepada Irfan? Aku lihat dia sangat mesra dengan Irfan, mungkin dia keluarga Irfan..

“Kenapa Lisa.. mesti tengah fikir siapa sebelah saya ni kan.. Lisa pasti lebih kenal dia dari saya” Irfan mula menguji Lisa

“Lisa ingat,tapi……” kata-kataku terhenti di situ..

“Tapi kenapa Lisa?” Irfan kehairanan

“Tak ada apa.. Siapa tak kenal.. Kak Mira naqibah Lisa” aku perjelaskan pada Irfan. Kelihatan kak Mira memberi senyuman kepada aku.

“Lisa, pasti gembirakan.. Kak Mira ini adalah isteri Irfan” kata-kata Irfan tu menyebabkan jantungku hampir tercabut. Oo..selama ni, yang kak Mira bagitau suaminya itu juga belajar di universiti ini, rupanya Irfan. Aku mengawal air mataku dari jatuh ke pipi.

“Oh..ye..ye..ke.. Tak sangka Kak Mira  isteri Irfan. Kalau tahu awal-awal lagi kan best. Irfan ni bukan nak bagitau dia dah kahwin..” aku cuba menutupi rasa sedih..

“Irfan baru jer kahwin dengan akak. Mungkin semua orang tak tahu. Yang tahu kawan-kawan yang sama di ploma dengan Irfan la..” jelas kak Mira. Betullah, Irfan datang ke sini semester ini, sebagai tahun 3 bagi express diploma. Mana mungkin orang tahu, yang tahu hanya kawan-kawan Irfan dan Kak Mira, mesti kawan-kawan kak Mira sangat mengenali Irfan.

“Allahhuakhbar…Allahuakhbar……..”

Azan magrib berkumandang. Tersedar aku dari lamunan yang  panjang itu tadi. Aku melangkah untuk mengambil wuduk. Selesai dari mengambil wuduk,aku mula siap memakai telekung.

“tuk..tuk…” bunyi ketukan pintu.

“Eh..Lisa…!” Kawannya itu bertelekung,mungkin baru hendak menunaikan solat magrib..dia sedang membuka pintu. Riak muka kawannya itu yang cukup ceria melihat Lisa datang ke biliknya.

“Jom Lisa masuk, jom kita solat berjemaah, aku gembira kau datang, dah 2 hari kita tak solat sama-sama.” Ujur Khadijah yang merupakan sahabat baik Lisa. Dialah sahabat seperjuangan bersama, dan sahabat usrah. Wanita yang sempurna, aurat yang di jaga rapi yang merupakan orang yang pertama menjemput Lisa bersama-sama dalam halakah. Selalunya Lisa akan datang ke bilik Khadijah untuk solat berjemaah. Bilik mereka hanya bersebelahan.

“Jangan perli aku Khadijah.. Sayang kau.. ”Lisa terus masuk ke dalam bilik kawannya itu..sambil memeluk erat kawannya itu.. 

“Lisa.. Aku ada bersama kau, Allah sentiasa ada bersama kau.. Ujian itu menandakan Allah sayang pada kau..ok lah jom solat.. Kau jadi imam..hehehe..” 

“Khadijah..aku pula..ala..ye la..cepat Khadijah iqamah..”
kelihatan muka Khadijah dan Lisa sentiasa menguntum senyuman dan saling berbalas senyuman..

Aku mula menerima kehidupan ini. Segala yang terjadi itu ada hikmahnya. Jika tidak kerana Irfan mungkin tidak aku menemui jalan hidayah ini. Dan jika tidak kerana isterinya Kak Mira, mana mungkin aku semakin kuat untuk berubah. Jika kita berubah kearah kebaikan, senantiasa ujian itu mendatang kerana Allah sedang menguji tahap keimanan kita. Sama ada perubahan kita itu benar-benar ikhlas kerana Allah atau sebaliknya.. Alhamdulillah aku dapat lalui ujian ini. Terima kasih Ya Allah atas nikmat iman ini… Aku mahu menjadi hamba Allah yang solehah, yang cantik luaran dan yang penting cantik dalaman.. Aku cintai Allah lebih dari segalanya,dan ingat insyaAllah cinta akan Allah 100 peratus pasti kau akan dapat seseorang yang juga mencintai Allah 100 peratus,hidupmu pasti bahagia dunia dan akhirat. Mungkin Irfan bukan jodoh aku, dan insyaALLAH mungkin Allah gantikan seseorang untuk aku yang lebih baik darinya. Usahlah bersedih, kerana aturan Allah itu sangat sempurna, hanya Allah yang mengetahui perkara yang baik untuk diri kita.

“..Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hati-Mu.. Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu ”

*****************************************
P/S:  Cerita ni tak ada kena-mengena dengan siapa pun mahu pun yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Ini merupakan cerpen CH yang kedua selepas cerpen “Aku sangat mencintainya”.. Cerpen yang pertama CH tu, agak panjang. Dan agak bosan hehehe.. ce baca la.. biasa la tu, fist produce, macam tu la.. Negeri kelahiran Lisa iaitu Kelantan,CH letak Kelantan kerana tak nak jadi masalah yang mungkin ada yang terasa hati kerana menulis nama negeri mereka, jadi baik CH tulis nama negeri kelahiran CH je kan.. semoga cerpen ini menjadi pengajaran..segala kekurangan cerita ini, mohon maaf..^^

********cinta yang dibawa lari*******
***************AYuYati*****************

Sunday, February 19, 2012

Memilih dan dipilih

Apa itu dipilih, dan apa itu memilih?

Memilih itu, bermaksud kita yang memilih pasangan kita..
Dipilih bermaksud, pasangang kita yang memilih kita..

Bagi memilih..
Lebih yakin dia yang terbaik
Namun  mungkin boleh jadi tersalah pilih
kerana kita yang memilih bersedia untuk ditolak
Terima risiko kerana kita memilih, jadi pilih betul-betul

Bagi dipilih
kita akan berada diposisi yang lebih tinggi
Yakin dia boleh membahagiakan- sebab dia yang pilih kita
Ada yang bersikap ego,yela aku orang pilihkan..
Boleh menerima atau menolak lamaran..

Ciri-ciri wanita dan jejaka pilihan

*Kahwin wanita atau lelaki kerana  4 perkara:.

       “Hartanya, rupanya,keturunannya, dan agamanya.. Pilihlah agamanya..”

 >>> seorang lelaki menemui Hassan bin Ali (cucu Rasulullah SAW)
Bertanyakan tentang bagaimana mahu memilih lelaki sebagai suami

Hassan menjawab:. “Lelaki yang bertaqwa”

Surah An-Nur ayat 26 maksudnya:.
“Perempuan2  yang keji untuk lelaki2 yang keji, lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji (pula), sedangkn perempuan2  yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik( pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”

1.       Kisah Julaibib iaitu Pahlawan perang. Merupakan pemuda Ansar, wajahnya tidak menarik dan pendek. Menyebabkan dia sahaja dikalangan sahabat2nya yang belum berkahwin. semua orang sudah berkahwin, hanya dia sahaja yang tak berkahwin lagi. Dia berusaha bertanyakan semua orang, tetapi tiada siapa sukakan dia, oleh kerana rupanya yang tak menarik.

Julabib berjumpa Rasulullah SAW dan meluahkan rasa hatinya

                “Ya Rasulullah, tak ada siapa nakkan aku”

Rasulullah berjanji untuk bertanyakan sahabatnya untuk meminang bagi pihak Julaibib.
Rasulullah berjumpa sahabatnya dan memberitahu untuk meminang anak sahabatnya itu untuk Julaibib.
Sahabat Nabi tidak sampai hati dan bertanyakan isterinya, isterinya secara tegas tidak menerima Julaibib yang tidak menarik wajahnya itu sebagai menantunya. Puterinya mendengar kata2 ibunya itu, dan membantah kata2 ibunya itu.

“Ibu,aku menerima pinangan Julaibib, tidak baik ibu berbuat begitu, aku yakin dengan Rasulullah, Rasulullah pasti mengetahui akan kebaikan Julaibib, aku yakin dengan pilihan Rasulullah.”

Ketaqwaan puterinya sangat tinggi terhadap Rasulullah SAW..sesuailah dengan Julaibib berakhlak dan yang sanggup berjuang demi Islam..akhirnya, Julaibib mendapat jodohnya, walaupun selepas itu Julaibib syahid di medan perang.. di sini menunjukkan bahawa ,jodoh itu telah di tetapkan, dan sampai masa, akan dipertemukan.


 “Bolehkah perigi mencari timba???”

Tiada istilah perigi mencari timba sebenarnya, istilah ini digunakan pada waktu sekarang. Sesungguhnya, perempuan mengtaqdim lelaki adalah baik. Ini kerana ia memudahkan proses perkahwinan. Contoh, lelaki yang susah mengeluarkan kata2 hatinya. Hati nak tapi tak nak cakap..^^ Wanita boleh menggunakan khidmat orang tengah..




          Surah Al-Nahl ayat 92
Maksudnya:. “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipital dengan kuat ,menjadi cerai berai kembali. Kamu menjadi sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu,disebabkan adanya satu golongan yang lain. Allah hanya menguji kamu dengan hal itu, dan pasti pada hari Kiamat akan dijelaskan –Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan.”

(kisah ayat ini adalah gadis Bani Ma’zhum yang tak di lamar)

 Wanita ini merintih pada ibunya yang dia tak ada jodoh.Maknya berusaha dengan bomoh. Namun usahanya tidak berhasil juga.

Suatu hari, mak saudaranya membawa seorang  jejaka untuk dia. Dia yang lanjut usia menerima lelaki muda itu menjadi suaminya tanpa unsur periksa kerana sudah lama di menunggu jodohnya . Akhirnya mereka berkahwin, suaminya tidak pernah memandangnya. Selepas itu, suaminya meninggalkannya.

Niat suaminya itu adalah mahukan hartanya,setelah mendapat hartanya, suaminya meminggalkannya tak tahu pergi ke mana. Dia yang sedih, termenung menunggu suaminya pulang. Dia duduk termenung, membuat tenunan benang yang cantik, kemudian apabila siap tenunan itu menjadi baju, dia akan menguraikan kembali benang tersebut. Dan membuat balik tenunan itu,dan mengurai kembali.. sehingga ke akhir hayatnya.. Keadaannya seumpama orang yang kurang waras.

 Di sini, kisah ini menunjukkan , kita jangan memberi kita hati kepada seseorang itu 100% , apabila dia meninggalkaan kita, dengan hati kita di bawanya ^^, dan kita hidup tak tentu arah. Ingat, hanya Allah yang layak di cintai 100%,jangan mencintai seseorang itu melebihi cinta kepada Allah.

 Dan di sini, pilihlah pasangan itu betul2,siasat latar belakangnya, bukan menerima tanpa unsur periksa walaupun kita terdesak mahukan jodoh dan terdesak kerana usia yang sudah lanjut,namun ingat,dia adalah pasangan kita yang akan hidup dengan kita sepanjang hayat,bukan sehari dua. Dan dari dia kita akan melahirkan zuriat, jika dia seorang yang soleh, pasti zuriatnya juga soleh.. sebab itu,sangat penting mengetahui peribadi seseorang itu sebelum berkahwin dengannya.

Jodoh itu ketentuan Allah dari azali.

Rasulullah SAW bersabda ; “Ketika ditiupkan roh dalam perut ibu, telah ditentukan Allah tiga perkara kepada anak adam ini, rezeki,jodoh dan maut .”

Jika sudah sampai jodohnya, lari pun tak dapat, kena terima juga. Begitu juga seperti kisah tadi, kalu jodoh tak sampai, lagi di kejar pun takkan dapat.

Bagaimana dalam penantian ini?
  1.     Usaha mengadap Allah, berdoa
  2.      Berusaha mencari jodoh (jika ada yang berkenan, taqdimlah, dan jika ditolak, janganlah cepat putus asa, mungkin Allah menjanjikan jodoh yang lebih baik kepada kita)
  3.   Bersabar mencari jodoh . Kenal dulu orang itu,dengan ta’aruf. Ingat, jaga iman kita, solat yang khusyuk boleh jaga iman.
  4.    Kena terima hakikat yang Allah tentukan jodoh.
  5.    Bila mencintai seseorang itu, mesti cinta tinggi2 pada Allah dan Rasul. Dan pilihlah seseorang itu yang mencinta Allah dan Rasul dihatinya. 

Peringatan penting!
1.       Jangan belakangkan ibu bapa
2.       Keredhaan ibu bapa penting

Hadis Rasulullah SAW  “Redha Allah terhenti pada redha kedua ibu bapa”

Bolehkah memilih dan dipilh semasa masih dalam kampus?
1.       Pilihlah yang sesuai,baik, dan sekufu (serasi)
2.       Wanita banyak pilihan dan wajar memilih.
3.       Cara memilih: Dengan istikharah , berbincang dengan keluarga, meminta nasihat (betul ke calon ni), melakukan solat taubat.
Ingat!
1.       Jangan bagi cinta melebihi cinta Allah dan Rasul
2.       Tiada cinta yang lebih agung dari Cinta kepada Maha Pencipta
3.       Jika perlu memilih antara semua, pilihlah nan satu, cinta hanya pada Allah.

p/s:. program Sri Kandi UTM.. ^^  aku nak jadi yang dipilih dan memilih.. insyaAllah



Friday, February 17, 2012

Cahaya Ilahi..

Cahaya Ilahi..
Tanpa cahaya ilahi
Hidup pasti tak terarah
Iman tak terasa
cinta Allah semakin jauh..

Ya Allah..
aku sangat memerlukanMu..
Dalam mencari jalan kebenaran…

Ya Allah..
Mana cahayaMu..
aku semakin jauh dariMu
kegelapan semakin menghantui aku..
sepinya hidup aku
kelamnya hidup ini..

Cahaya Ilahi
Cahaya untuk aku mencari syurgaMu
meraih kebahagiaan di sana
Malahan, jika aku dapat meraih cintaMu sekarang
kebahagiaan dunia juga akan aku dapat kecapi..
Raihlah cahaya Ilahi sahabat..
hidup pasti bahagia…

Mencari cahaya ilahi…





Sunday, February 12, 2012

Berhati-hati wahai bakal ibu..!

Aku ke hospital bersama ma aku untuk melawat kakak aku yang berada di wad..
Kakak aku terpaksa berada dalam wad atas sebab anak lelakinya yang berusia 5 hari
telah terkena “sakit kuning”.. Kasian anak buah aku itu, kerana perlu berada di bawah lampu 24 jam..


Bayi di biarkan bawah lampu tanpa pakaian , hanya di benarkan memakai pampers dan sarung kaki dan tangan sahaja serta dipakai alat penutup mata.. kakak aku mengangkat anaknya untuk memberi susu..


Ma aku terkejut apabila  perut anak buah aku itu kelihat buncit.. Mengucap panjang ma aku sambil menyuruh aku mengurut kaki anak buah aku itu dengan minyak angin..

Kasian anak buah aku itu, perutnya masuk angin, bayi sepertinya sepatutnya perlu dibalut perutnya supaya tidak masuk angin.. Akibat terpaksa di biarkan di bawah lampu tanpa pakaian, perutnya tidak di balut, dan perutnya sudah buncit di masukki angin.. Ma aku keluar untuk membeli pampers bersaiz besar yang dapat melindungi pusatnya.. supaya perutnya kurang masuk angin…

“Anak laki mesti kena kuat..”ucap ma aku pada anak buah aku tu.. 


Anak buah aku ni tidur kuat sangat, lahir jer tak nak buka mata, itu yang terkana “sakit kuning”..
Ketika ma aku keluar membeli pampers nurse membawa makanan untuk pesakit, aku memandang makanan itu..Ikan jaket oklah sebab memang patut wanita baru lahir baby makan, tapi kenapa ikan ni di goreng.. dan ada sayur air dan nasi.. Ma baru sampai dari membeli pampers dan ma aku tengok ikan yang di goreng itu, ma aku tidak benarkan kakak aku makan.. Aku tahu wanita baru lahir bayi tak boleh makan laut bergoreng, tapi kenapa?

“Sebab nanti peranakan licin, dan jatuh..” kata ma aku..
“Kalau jatuh jadi camne?” Tanya aku kurang mengerti..
“Kalau jatuh susahlah, peranakan akan terkeluar”..
 


Oo..peranakan akan terkeluar, macam buasir tu.. Wah cukup bahaya.. aku memandang wanita di situ, mungkin yang makan laut itu, tak tahu atau tak kisah.. Kasian diorang, diorang sudah siap makan dah, ma aku baru sampai sini.. Biasa ma aku akan cuba menasihati pesakit lain jika makanan itu tidak boleh di makan, kerana pernah dulu kakak aku yang lain lahir baby, ikan yang berbisa nurse bagi, bila ma aku tegur orang sebelah kakak yang nak makan, rupanya dia tak tahu ikan itu berbisa.. kasiankan jika yang tak tahu tu, mungkin yang tahu tapi tak nak berpantang, tak kisah la.. Sungguh bahaya wahai wanita jika kita tak berpantang, pernah tau seseorang itu peranakkan bengkak dan bernanah dan orang  itu meninggal.. Mungki n sekarang masalah kematian kurang kerana banyak ubat-ubatan,walaupun banyak ubat-ubatan sekarang mungkin rahim itu sudah menghadapi masalah, baik berhati-hati sebelum terkena..

Wahai wanita..
Ciptaanmu sungguh menakjubkan..
Jangan merasakan dirimu itu menyusahkan,
dan merasakan kesakitanmu itu satu bebanan..
Bila engkau redha akan kandungan anak suamimu itu,
Allah berikan pahala kepada kau..
Begitu juga kesakitan semasa melahirkan anak kita itu..
Redhalah…
Bersyukurlah atas keistimewaan ini..




***\(^_^)/************************
P/S:. Aku sangat bersyukur menjadi muslimah sejati.. real muslimat.. ^^ mungkin ada yang mahu tahu petua lebih banyak lagi dari pengalaman seorang ibu yang mungkin boleh di jadikan  petua buat ibu-ibu dan wanita,malah si ayah juga dan muslimin.. dari salah satu post aku iaitu “Petua cahaya Mata” serta “surah bacaan ketika mengandung”.. 
*****Berhati-hati wahai bakal ibu******
********************AYUYati*****************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...