. »

Wednesday, March 19, 2014

Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta..

Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta (Real story)~


Assalamualaikum WBT..

Kali ini CH tergerak utk share mengenai cerita sebenar  yg  CH alami sendiri bagaimana cinta berlainan agama ni sehingga mahu peluk Islam..


Cerita ini bermula dengan sesi baru pelajar yg dikira junior CH yg baru mendaftarkan diri sbg student course CH ambil ni.. Pada masa tu CH tahun 3 dan kami student tahun 3 perlu handle adik2 baru ni n handle satu program utk mereka selama 3 hari.. Kira sesi sual kenal bersama adik2 baru n seluruh warga course CH, n batch CH perlu jd AJK handle program ni.. Nak jadikan cerita kawan classmate CH lelaki Chinese jatuh cinta pada seorang junior perempuan Melayu.. Bila dia jatuh cinta tu dia memang cuba pikat perempuan tu hingga perempuan tu terjatuh cinta juga pada dia..

Pada masa tu mereka mula couple, tapi tak diketahui ramai sekadar msg dan keluar makan.. tapi kami sebagai classmate memang pelik kerana terserempak mereka makan bersama di satu kedai makan.. pada waktu tu dia tak dapat sorok lagi, dan cerita cinta mereka diketahui ramai.

Lebih beberapa bulan , atau satu semester mereka bercinta namun akhir cinta mereka putus.  Pada waktu tu lelaki Chinese ni macam berubah lain. Nampak hidup yang kelam kabut dan stress. Dalam satu semester selepas tu, mereka sambung balik bercinta. CH agak terkejut, macam mana boleh sambung bercinta balik ni.. Lelaki Chinese ni datang pada CH dan kawan2 Melayu CH dan dia bercerita mengenai masalah dia.

“Saya cintakan dia. My aunty nampak kami keluar bersama, jadi my aunty bagitau my mum pasal saya, my mum terasa pelik takut saya bercinta dengan perempuan melayu dan tukar agama. Dia suruh saya putus dan tinggalkan dia. Saya sayang dia, kalau my mum tak bagi, saya dah rancang nak bawa dia nikah lari, saya convert agama, dan masuk Islam pastu kami kahwin, lepas ada anak saya akan balik semula pada family saya.. saya yakin dia pasti terima kami sebab dia dah sejuk tengok kami sekeluarga nanti.. saya yakin macam tu.”  

CH dan kawan2 CH nasihatkan dia jangan buat macam tu, “fikir baik2.. dan betulkan niat, adakah awk nak masuk Islam kerana dia.. kalau sebab kerana dia, apabila cinta itu hilang, awak juga akan hilang cinta pada agama Islam. Betulkan niat awk..”

Dia terdiam….

Imbas kembali kenapa mereka boleh sambung balik.. Lelaki Chinese ni bercerita yang dia tak boleh hidup dan kehilangan perempuan macam tu.

“Saya pasti menyesal kehilangan dia.. Sebab tu saya sungguh2 dan tak putus asa pujuk dia balik.. Kenapa kami putus dulu kerana masalah berlainan agama. Masa tu dia cuba pertahankan, tapi saya putus asa sebab kami berlainan agama,saya tak tahu nak cari jalan macam mana nak selesaikan dan saya buat keputusan untuk putus. Kali ini saya cuba pujuk dia balik dan memang dia jual mahal dan tak nak saya balik tapi saya pujuk-pujuk, dan tak putus-putus asa, dia terima saya balik. Tapi saya risau dia pulak yang akan putus asa kerana tiada jalan untuk selesaikan masalah kami yang berlainan agama ni..”

CH bertanya dia “awak sayang dia sangat?”

Lelaki Chinese tu jawab “CH…. Saya sayang dia sangat2, sebab tu saya mahu peluk Islam”

CH terdiam, tak tahu nak cakap apa..

Disebabkan CH rasa kasian pada dia, CH tanya seorang sahabat CH yang uruskan mengenai mualaf di U CH belajar ni.. Sahabat CH bgtau macam mana..

“Ramai yang mahu peluk Islam kerana cinta. Tapi bila dia masuk kuliah dan faham Islam, dia berubah dari cinta kepada memang mahu peluk Islam”

CH buat keputusan memberanikan diri untuk bagitau lelaki Chinese tu, tapi CH tak boleh sebab dia lelaki, dan nak cakap personal, sgt2 susah.. jadi CH jumpa junior CH yang kawan lelaki Chinese CH suka tu.. CH bagitau pasal kuliah mualaf tu, suruh lelaki tu cuba hadirkan diri.. tiba-tiba adik tu tanya CH..

“Kak, tak pe ke  dia nak peluk Islam kerana saya”

CH terkedu, CH bukan orang yang arif soal ni, bukan CH, CH hanya wanita yang jahil dan belum banyak ilmu lagi...

“Kak ada tanya sahabat kak, dia bagitau, memang ramai yang nak peluk Islam kerana cinta.. Adik cuba bantu dia bawa dia faham Islam.. Adik tarik dia..”

“Terima kasih kak”… Kata adik tu..

Selepas CH cuba bantu mereka, CH rasa lega sangat2.. Tapi CH tak tahu sama ada dia betul2 ada ikuti atau tak kuliah tu.. CH tak tahu, seperti tiada perubahan pada lelaki tu.. 

Apa2 pun sahabat.. doakan mereka moga Allah berikan hidayah buat lelaki Chinese ni untuk peluk Islam kerana betul2 jatuh cinta dengan Islam bukan kerana  perempuan melayu tu..amin.. insyaAllah

……………………………………………………………………………………………………

Cinta berlainan agama kenapa tak boleh?

Dalam Islam jelas rukun nikah…


Syarat Sah Nikah

Syarat bakal suami

Islam
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri.

Syarat bakal isteri

Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang

* Jadi terbatal syarat sah nikah jika tiada seperti ciri2 diatas..
………………………………………………………………………………………………....
CH: cinta itu sungguh buta,tapi hanya Cinta pada Allah yang akan membawa kita ke cinta yang berlandaskan cinta yang betul.. Cinta Allah sungguh2, Allah pasti hadiahkan seseorang yang cintakan kita sungguh2 juga cintakan Allah.. ^^  maafkan CH, atas segala silap dan salah CH sekiranya sahabat ada terguris pada post CH di blog ni.. maaf..

Wassalam sayang~

2 comments:

Ann Ishak said...

inshaAllah kalau betul niatnya, akan dipermudahkan jalannya :)

Cahaya Hidupku said...

amin.. kita sama2 doakan.. insyaAllah.. Allah permudahkan.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...