. »

Monday, March 21, 2011

HADIS-HADIS RASULULLAH SAW

  1. Janganlah kamu memukul isterimu , kerana hal itu bererti kamu memperlakukannya bagaikan seorang budak.
  2.   Seorang  Muslim jangan menyakiti isterinya. Bila dia tidak senang  terhadap salah satu sifatnya,biarlah dia disenangkan oleh sifat lainnya yang baik.
  3. Sesuatu yang halal yang Allah tidak sukai ialah perceraian.
  4.  Jangan cegah isterimu untuk datang ke masjid, tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi  mereka.
  5.  Apabila seorang wanita melaksanakan solat lima waktu ,puasa di bulan Ramadhan ,suci serta taat pada suaminya, maka dikatakan kepadanya untuk memasuki syurga dari pintu mana yang dia sukai.
  6.  Cinta kepada dunia adalah sumber dari segala kejahatan.
  7.  Kekayaan yang digunakan sebagaimana mestinya, merupakan rahmat, dan seseorang secara hukum boleh berupaya  untuk meningkatkannya dengan cara yang jujur.

<AYu>

Aku Jatuh Cinta

Cinta Sejati ialah Cinta atas dasar keImanan....
Yang Tanpa di cemari oleh Maksiat...
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun,apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah.  Allah s.w.t memahami  fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan . Justeru untuk apa kita menikmati cinta sebelum kahwin? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Hilang barakah,hilang kemanisan.
         Hadis Riwayat Hakim, Ibn Asakir,al- Dailami, dan lain-lain
Maksudnya: “Sesiapa yang jatuh cinta , kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid”


Bahaya Cinta sebelum kahwin
  1.  Pasti kelak hidup ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal yang  membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada Allah.
  3. Hati terseksa dengan barah rindu.
  4. Rindu palsu akan membelenggu minda sehingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  5. Cinta lalai akan menyebabkan kita alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  6.  Cinta sebelum kahwin boleh menjadi kita tak rasional berfikir jika benar-benar  mabuk cinta.
  7.  Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.       Jiwa terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk.
  8.  Jika kita dan pasangan kita berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat , yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kita pastinya!                                           

                                       Nauzubillah!


Tip Menepis Cinta Remaja
  1.     Tegas dengan prinsip diri.
  2.     Meletakkan misi hidup yang jelas dalam hidup.
  3.     Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
  4.    Mengekang hawa nafsu.
  5.    Mendekati majlis ilmu.
  6.    Menyibukan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.
  7.    Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.



Mutiara Hadis...


"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, jelas antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubnat),ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal atau yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia selamat; dan barangsiapa mengerjakan sedikit pun daripadanya hampir-hampir ia jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang mengembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula , bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan."


Wassalam.......

(sumber:perkongsian , Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul)

Mungkin sukakan ini juga.^^
Hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W



PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN

Kematian adalah yang pasti. Setiap orang pasti akan merasainya. Hanya tunggu waktu, dan saatnya sahaja. Mungkin sekejap lagi kita di panggil oleh Allah. Sudahkah kita siap sedia untuk menghadapinya?

Syurga…..
Syurga sangat indah, sungguh nikmat , semua di dalamnya terdiri daripada manusia yang muda-mudi, tak ada seorang pun yang tua. Semuanya sangat cantik dan tak ada seorang pun yang sakit.


Makanan adalah makanan yang sangat lazak, pelbagai makanan boleh di makan malah yang haram di dunia,di syurga sudah tidak lagi menjadi haram. Sungai yang terdiri daripada sungai susu, sungai madu, yang boleh mandi dan minum airnya dan ianya takkan kering. Air ini takkan kotor walaupun kita mandi di dalamnya kerana kita pada waktu itu tidak lagi buang air besar dan air kecil. Kerana makanan dan minuman yang kita makan itu akan menjadi peluh. Peluh yang mengeluarkan bau yang sangat harum.

Pakaian pula diperbuat daripada sutera yang indah. Pelbagai jenis pakaian boleh dipilih. Setiap hari boleh ber’shopping’ apa-apa sahaja yang kita suka. Mahligai pula diperbuat daripada emas.
Allah menghulurkan seorang manusia yang sangat susah hidupnya yang tidak pernah merasa senang hidupnya di dunia  ke dalam syurga. Apabila Allah bertanya “ Adakah kamu pernah mengalami kesusahan” , dia menjawab “Tidak, tidak pernah” padahal dia sangat susah ketika di dunia, namun dengan hanya menghulurnya sahaja ke dalam syurga segala kesusahan yang pernah di rasai sudah lenyap. Betapa indahnya keadaan syurga dan senangnya hidup di syurga itu menyebabkan tidak ada seorang pun merasakan kesusahan apabila berada di dalamnya.

Neraka………
Bau neraka yang berasap sudah menyebabkan kita merasa panas. Kepanasan neraka adalah 70 kali ganda panas matahari. Panas matahari pun sudah berjuta-juta darjah celcius panasnya apatah lagi 70 kali ganda panas matahari .

Orang yang masuk neraka akan dibakar di dalamnya. Dagingnya akan dibakar sehingga menjadi arang dan diangkat semula sehingga dagingnya tumbuh semula dan dibakar semula. Keadaan ini akan berulang-ulang sehingga dosanya terhapus. Makanan bagi penghuni neraka adalah buah berduri dan air panas. Mereka yang berada di dalam neraka bagaimana pun terpaksa memakan makanan ini kerana mereka tak ada pilihan kerana hanya itu sahaja makanan yang ada. Buah berduri yang dimakan akan merobekkan perut dan menghancurkan dalaman badan. Sungguh pedih!

Allah menghulurkan seorang manusia yang sangat senang hidupnya yang tidak pernah merasa susah hidupnya di dunia  ke dalam neraka. Apabila Allah bertanya “ Adakah kamu pernah mengalami kesenangan” , dia menjawab “Tidak, tidak pernah” padahal dia sangat bersenang lenang di dunia, namun dengan hanya menghulurnya sahaja ke dalam neraka segala kesenangan yang pernah di rasai sudah lenyap. Betapa teruknya keadaan neraka dan susahnya neraka itu menyebabkan tidak ada seorang pun merasakan kesenangan apabila berada di dalamnya.

Titian sirat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abdullah , ia berkata , Sirat berada di atas Jahannam (neraka) seperti ketajaman mata pedang , maka kelas pertama melaluinya seperti kilat, kelas kedua melaluinya seperti angin , kelas ketiga melaluinya seperti kuda yang bagus dan kelas keempat melaluinya seperti binatang ternak paling bagus. Kemudian mereka lalu sementara para malaikat berkata , ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan!’’’.

Di dalam hadis Huzaifah dan Abu Hurairah,kedua-duanya berkata , “ Sedangkan Nabi kita berdiri di atas Sirat seraya berkata ‘Rabbku, selamatkan , selamatkan,’ sehingga datanglah seorang lelaki, maka ia tidak dapat berjalan kecuali dengan merangkak.” Dia berkata “ Pada kedua bibir Sirat   terdapat besi-besi bengkok yang tergantung dan diperintahkan menyambar orang yang diperintahkan untuk disambarnya, lalu ada yang selamat dalam keadaan tergesek dan ada yang tertiarap ke dalam api neraka.”
Sirat itu diletakkan di atas neraka Jahannam ,dan kita semua akan lalu di atasnya serta melihat Jahannam dengan mata kasar dalam keadaan menyala-nyala.

      Allah s.w.t berfirman:
       Ertinya:
        “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi
        neraka itu. Hal itu bagi Rabbmu adalah suatu kemestiaan
        yang sudah ditetapkan"
                                                                         (Maryam:71)

Rasulullah s.a.w yang sangat menyayangi umatnya. Rasulullah tidak mahu umatnya di masukkan ke neraka Jahannam. Sedaya yang mungkin baginda menolong umatnya iaitu kita semua. Pada hari akhirat, di padang masyar,baginda tidak terus memasukki syurga tetapi di padang masyar baginda mencari umatnya dan mahu umatnya semua boleh masuk syurga. Betapa sayangnya baginda kepada kita.

Ada dikalangan kita iaitu umat Rasulullah s.a.w di masukkan ke neraka. Rasulullah s.a.w bersujud kepada Allah. 
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati.., umati……..”.
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sebesar biji gandum. Keluarlah umat nabi Muhammad s.a.w dari neraka.

Kemudian, Nabi Muhamammad s.a.w bersujud kepada Allah. 
Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “umati..,umati…”. 
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sebesar biji sawi.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersujud lagi kepada Allah.
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati…, umati…”.
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sekecil-kecil biji sawi.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersujud lagi kepada Allah,Nabi masih tidak berputus asa selagi umatnya masih ada di dalam neraka. 
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.”
 Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati…, umati……”.
 Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat  Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka  yang pernah mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ walaupun sekali. Astagfirullahhal a’zim, begitu sekali sayang Nabi Muhammad s.a.w kepada kita sehingga begitu sekali mahukan umatnya memasuki syurga. 

Bekalan untuk ke sana
  1.        Perlukan iman,amalan (pahala dari amalan)
  2.        Tingkatkan keimanan “Lailahaillallah”..orang yang betul-betul beriman apabila menyebut nama Allah, hatinya bergetar takut. Sekiranya hati tak bergetar lagi,tak ada rasa apa-apa dengan menyebut nama Allah itu bermakna iman tak sampai lagi. Usaha dapatkan iman sehingga menyebut nama Allah , hati bergetar
  3.        Hendaklah memperbaharukan iman ,sebut “Lailahaillallah”
  4.        Orang beriman darjatnya tinggi di sisi Allah. – Orang yang berdarjat tinggi Allah akan bagi dugaan.
  5.        Orang yang menyebut “Lailahaillallah” –Syurga baginya
  6.        Yakin dengan kebesaran Allah – bercakap dengan kebesaran Allah .          "Kita berlajar bersungguh-sungguh , Allah sahaja yang boleh bagi kejayaan”. Hanya Allah sahaja yang dapat mengizinkan apa-apa sahaja yang  Allah kehendaki.
  7.       .Apabila kita beriman, kita mesti beramal – buat apa-apa sahaja, ikutlah sunnah , sesiapa yang ikut sunnah mendapat banyak kelebihan, orang ini dapat melihat Rasulullah s.a.w dari dalam kubur lagi. – kelebihan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w juga,baginda juga pada hari hisab iaitu di padang masyar , baginda akan bagi air dengan tangan  baginda yang mulia itu sendiri kepada kita.

Sunnah ada 3:
1.       Penampilan – ikut Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai contoh menyimpan jangut bagi lelaki, bagi wanita ikutlah penampilan isteri-isteri Nabi.
2.       Sirah – perjalanan hidup Nabi Mihammad s.a.w
Sebagai contoh, cara makan baginda,cara tidur baginda.
Sebelum makan Nabi Muhammad s.a.w akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali. InsyaAllah dengan amalan basuhan tangan sebanyak 3 kali ini, kita akan meninggal dunia tanpa sebarang hutang dengan sesiapa pun.
Baginda juga berkumur sebanyak 3 kali sebelum makan. InsyaAllah dengan amalan ini lidah senang mengucapkan kalimah Allah
Bersugi – baginda sentiasa bersugi. InsyaAllah akan dapat menyebut kalimah agung dengan senang “Lailahaillallah”.
3.       Fikir risau (sarirah).
Nabi Muhamammad s.a.w fikir dan risau, bayi yang baru lahir baginda mahu bayi itu mesti boleh menyebut kalimah “Lailahaillallah”. Baginda sangat risaukan umatnya, sehingga akhir saat kewafatan baginda, baginda masih sempat menyebut “umati,umati”.

Yang mengamalkan 1 sunnah ,pahalanya 1000 orang mati syahid.
Amal sunnah Rasulullah s.a.w, 1 hari 1 sunnah
Dakwah kelebihan kelebihan kepada orang lain. Ilmu yang kita ada perlu dikongsi kepada orang lain.
Usaha pada solat,solat adalah kunci syurga . Mesti  jaga solat kerana solat umpama kepala kita.


       Jaga solat  dapat apa?
1.       Apabila kita menjaga solat , kesempitan hidup di dunia akan di angkat.
2.       Di angkat dari seksa kubur.
3.       Terima buku catatan dengan tangan kanan
4.       Akan melintas titian sirat macam kilat.
5.       Masuk syurga tanpa di hisab.
6.       Solat awal waktu
1.       Baca doa ini: “Allahumma ajrni minannar”  (selepas solat subuh & solat magrib)
2.       Selepas solat baca ayat kursi & surah al-ikhlas
Waktu selepas solat adalah waktu doa termakbul.
7.       Istiqamah dengan ilmu agama – selalu dengar hadis-hadis  Nabi.
Orang yang tak dengar hadis Nabi selama 3 hari ,hati akan keras
Orang yang menuntut ilmu, jika mati, di kira mati syahid
8.       Istiqamah dengan zikrullah – banyak berzikir, yang terbaik bacalah al-Quran
Orang yang banyak baca surah Al-Mulk & Al-Sajadah  samada sebelum  tidur atau selepas solat. Biasanya surah al-Mulk dibaca sebelum tidur. Kelebihannya ialah terselamat dari seksaan kubur .
Sesungguhnya setiap zikir adalah perbelanjaan untuk bina mahligai di syurga
9.       Seseorang yang jadi hafiz al-Quran akan dapat memasukkan sebahagian keluarganya ke dalam syurga. Orang yang berniat hendak jadi hafiz pun ada kelebihan.
10.   Muliakan orang Islam – bersangka baik dengan orang  Islam
Orang yang melawat orang Islam , Allah beri  mahligai kepadanya
Berilah makan pada orang ,berilah seseorang makan  dengan tangan kita sendiri.
11.   Jaga lidah
Biar cakap-cakap kita menyatukan umat, orang yang memecahkan umat nerakalah baginya.
12.   Memperbaiki niat
Biar niat yang ikhlas , niat kerana Allah s.w.t
Niat ikhlas, jika seseorang yang solatnya tak tinggal ,malah menutup aurat dengan baik, tetapi jika niat kerana seseorang atau niat kerana mahu seseorang melihat amalan baik kita, amalan kita itu  tidak akan di terima kerana bukan niat kerana Allah .
Syirik khafi – orang yang solat  dengan memperelokkan solatnya kerana ada orang yang melihatnya.
Jika kita tahu kesalahan kita ‘istifarlah’ kepada Allah. “Astagfirullahhal a’zim”
13.   Banyakkan dakwah
1.       Mengajak orang ke jalan Allah
2.       Mesti saling ingat-mengingati
3.       Cerita kebesaran Allah
4.       Usahakan iman
5.       Orang yang buat dakwah ,walaupun berada dalam kubur pun ‘saham’  pahala sentiasa berjalan. Orang yang berdakwah yang tak malu berdakwah kerana Allah, Allah akan masukkannya dalam syurga tanpa di hisab.

Sudah siap sediakah kamu untuk menuju ke alam kematian dan akhirat?
Ya Allah,semoga kami adalah di antara orang-orang yang terpilih ke syurgamu…Amin….

Wassalam……
<AYu…..>


p/s: program srikandi HEWI UTM

Friday, March 18, 2011

Jenis Cantik

alt
Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


=Copy paste dari I Love Islam

Thursday, March 17, 2011

Kejahatan Itu Bukan Satu Kebetulan


alt
Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!


From I love Islam..^^

Monday, March 7, 2011

Solat Musafir

SOLAT JAMAK DAN QASAR


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;

إناللهيحبأنتؤتىرخصـهكمايكرهأنتؤنىمعصـيته.رواهأحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.


SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).


HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.



SOLAT QASAR


Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.


SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.


Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

أُصَلِّيفَرْضَالظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِرَكَعَتَيْنِقَصْـرًاللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.



SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.


Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua.Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.


3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam.Maka terbatallah jamak.Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.

Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.


4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua.Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.


Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM



Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّيفَرْضَالظُّهْرِاَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلَيْهِالعَصْرجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالعَصْراَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلىالظّهْرجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّيفَرْضَالمَغْرِبِثَلَثَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلَيْهِالعِشـَاءِجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالعِشـَاءِاَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلىالمَغْرِبِجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.



2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.


SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama.Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.


Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR


Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّيفَرْضَالعَصْراَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلَيْهِالظُّهْرِجَمْعٍَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالظُّهْراَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلىالعَصْرجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّيفَرْضَالعِشـَاءِاَرْبَعَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلَيْهِالمَغْرِبِجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالمَغْرِبِثَلَثَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلىالعِشـَاءِجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.



SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.


Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.


Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّيفَرْضَالظّهْرِرَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلَيْهِالعَصْرجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالعَصْررَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلىالظُّهْرجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّيفَرْضَالمَغْرِبِثَلَثَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلَيْهِالعِشـَاءِجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالعِشـَاءِرَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلىالمَغْرِبِجَمْعَتَقْدِيْمٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّيفَرْضَالعَصْررَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلَيْهِالظُّهْرِجَمْعٍَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالظُّهْررَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلىالعَصْرجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّيفَرْضَالعِشـَاءِرَكَعَتَيْنِقَصْـرًامَجْمُوْعًاإِلَيْهِالمَغْرِبِجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّيفَرْضَالمَغْرِبِثَلَثَرَكَعَاتٍمَجْمُوْعًاإِلىالعِشـَاءِجَمْعَتَأْخِيْرٍللهتعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.




p/s:  dari pembacaan saya beberapa artikel di internet..(maaf xde link)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...