. »

Sunday, March 10, 2013

Allah sayang aku ke?


Seorang ibu sedang mengemas meja makan.. anak kecil berusia 3 tahun yang bertocang dua berjalan perlahan-lahan, jelas dimuka anak kecik itu seperti  menahan kesakitan..

“Ibu… Allah tak sayang Ain ke? ”

“Nape Ain tanya camtu?.. Allah sentiasa sayang hambanya?”

“Nape Allah bagi Ain sakit? Ain… Ain.. sakit ibu, emmm” sambil tangan mengesat air matanya..

“Sayang… meh duduk sini, atas riba ibu.. Ain demam jer, cuba tengok orang lain yang sakit sampai kena guna macam2 mesin ..  Ain kena bersyukur Ain tak sakit camtu.. Ain tahu tak Allah sayang Ain la Allah bagi Ain sakit?”

“Allah sayang Ain ? betul ke bu? Tak paham bu..”

“Allah sayang Ain la sebab jika kita sakit, makin kita mengingati Allah.. kita akan rasa betapa nikmatnya masa kita sihat.. dan… bila kita sakit nikmat sihat itu hilang… dan peringatan Allah untuk kita supaya menilik balik dosa2 kita, mungkin Ain lupa Allah, sebab tu Allah bagi Ain sakit supaya Ain ingat Allah..dan Allah sedang mengugurkan dosa2 dengan kesakitan tu”

“yeke bu.. emm Ain tak baca al-Quran semalam.. mesti sebab tu Allah bagi Ain sakit.. Ain ni bukan hamba Allah yang baik la bu..”

“ hehe.. Ain anak yang baik, nanti jangan lagi ponteng baca al-Quran dengan abah tau..”

“iye… Ain tak nak ponteng dah, Ain nak jadi anak ibu dan abah yang paling solehah macam Fatimah tu..”

“ Aminn.. sayang anak ibu ni.. muaaah…”

“ Anak ibu jer ke, abah?”

“hehe Ain… iye anak ibu dan abah yang paling solehah.. jom makan ubat..”

“Allah sayang Ain la Allah bagi Ain sakit kan bu.. ibu tak sakit pun, Allah tak sayang ibu la…?”  anak kecik bertanya lagi..

“……………… aduh anak ku Ain ni macam mana nak jawab ni.. hehe  -_-‘ “


CH: sakit akan mengingatkan kita pada dosa, dan paling penting…sakit akan mengingatkan kita pada mati… khas buat sahabat.. ^^ sayang sahabat semua..

.........................................................................................................................................................

Tuesday, March 5, 2013

Cinta Seorang Pejuang Islam




Kedengaran siulan burung-burung yang menembusi cuping telinga. Pagi ini sejuk dan mendamaikan. Cahaya mentari menembusi celahan pokok, sungguh damai dipandang. Terdengar dengkuran pemilik sahabat sebililkku yang masih dibuai mimpi. Aku meneliti jam yang sudah menunjukkan pukul 8.40 pagi. Kelas aku pagi ini pukul 10 pagi. Dalam kesunyian ini, tiba-tiba ada mesej dari seorang sahabat muslimin. Mungkin ada hal penting pagi-pagi ni dia mesej. Aku buka mesej tersebut, dan meneliti isinya..

“Salam.. anti.. boleh ana tanya bagi pihak sahabat ana.. anti sudah berpunyakah.. ?”

Aku yang membaca mesej tersebut terkejut, dan tak tahu untuk menjawab balik. Aku tahu maksud mesej tersebut.. Ya Allah, macam mana ni. Yang pastinya aku mesti tolak khitbah ini.. jawapan aku untuknya mungkin agak menyakitkan..

“wasalam… biarla ana rahsiakan sama ada ana dah berpunya atau tidak.. ana faham maksud anta.. masa ni tidak sesuai.. ana minta maaf ”

Akhirnya sahabat yang menjadi orang tengah bagi pihak muslimin itu akur.. aku bukan tak nak kenal dulu muslimin tu sebelum menolak, tapi mungkin bukan masanya lagi.. kehadiran pada masa yang tidak sesuai..

Sebuah organisasi Islam yang mantap yang dipegang oleh muslimin dan muslimat sudah pasti masalah seperti ini biasa berlaku. Cinta yang berputik dari cinta pejuangan itu biasa. Aku juga manusia biasa, aku tahu semua tu. tapi aku tak salahkan dia, memang semua orang dianugerahi rasa cinta.. mungkin kehadirannya pada waktu yang “SALAH”..

Pejuangan yang diisi juga dengan cinta, mungkin tak salah, tetapi jika dikecewakan habis musnah kemantapan yang terdapat dalam sesebuah organisasi itu. bila majlis syura pasti muslimin dan muslimat akan sama-sama berbincang mengenai gerakkan kerja, jika masalah hati berlaku, lain pulak yang menjadi isi pada majlis syura tersebut. Mana keikhlasan sebuah gerakkan yang berjuang kerana Allah jika isinya diisi dengan lirikkan mata dan hati yang angau pada cinta manusia.. Itulah perjuangan yang dikerjakan oleh muslimin dan muslimat.

Hati, pandangan, niat, merupakan element penting pada setiap individu yang bernama pejuang Islam. Pandangan yang tidak dijaga menyebabkan hati menjadi masalah, dan bila hati bermasalah, mulalah niat untuk sesuatu gerakkan menjadi tidak ikhlas kerana Allah, mungkin niat terpesong kerana manusia yang dicintainya pula. Jadi sangat penting menjaga ketiga-tiga element ini, HATI, PANDANGAN, dan NIAT..

Di sini, tidak salah jatuh cinta, jika benar sampai masanya dirimu bersedia menanggung beban seorang isteri mahupun suami, wajarlah untuk menerima cinta dari orang lain yang mahu berkongsi hidup bersama. Setiap apa yang berlaku seiringan dengan perancangan Allah, jadi jangan bersedih jika dikecewakan. Istikharah dan sentiasalah berdoa.. insyaAllah jodoh yang baik sentiasa ada untuk kita..
…………………………………………………………………………………………………
Gambar hiasan sahaja.. diambil dari
 “Indahnya Berpurdah”.
.
Riuh rendah kedengaran diruang tamu rumahku.. aku yang berada dibilik tidurku sedang bersiap-siap dan meneliti raut wajahku pada cermin kaca buat kali terakhir sebelum aku keluar ke ruang tamu. Aku diiringi oleh kakak, anak saudara untuk menyambut dia.. dicelahan orang ramai, berdirinya dia berbaju songkek hijau pudar, bersamping yang terselit keris dipinggannya. Itulah suamiku yang sah.. aku memberi senyuman manis untukknya.. kami seperti diberhentikan masa, tidak bergerak hanya saling berpandangan.. ibuku yang melihat aku begitu, segera menarik tanganku dan diletakkan tangannya dalam genggamanku..

“Pengantin baru dah jadi patung pulak.. malu-malu pulak, pegang jer, kamu tu dah sah jadi suami isteri..” kata ibuku.. dia hanya tersenyum malu memandang aku..

Akhirnya.. cinta seorang pejuang Islam yang mungkin dulu dijaga rapi hanya buat Tuhannya akhirnya akur untuk menerima kehadiran insan yang akan berkongsi cinta yang juga akan lebih memantapkan cinta pada Allah dengan binaan masjid ini.. cinta pejuang Islam ini akan lebih kukuh dengan cinta sesama pejuang yang sama-sama memahami gerakkan ini untuk pejuangan Islam..


"Cinta ini kerana Allah.. Cinta ini untuk mendapat redha Allah.. cinta ini kerana mahu cinta Allah terus-terusan berada dibumi Allah ini.. semoga anak-anakku akan menjadi penyambung pejuangan ini untuk Islam kerana cinta Allah.."


Jangan khuatir, pasti bahagia milikmu… wahai pejuang Islam….

*******************************************************


CH:  jika sudah bersedia,tidak salah mencari.. buat lelaki, jangan mengikat wanita sedangkan kamu belum bersedia utk berkahwin.. itu adalah salah satu jalan2 menghampiri zina.. jika ada yang mencari tetapi orang yang hendak dijodohkan itu sudah berpunya jangan bersedih.. jadikanlah ia sebagai pengajaran, mungkin Allah mahu melewat-lewatkan jodohmu kerana “dia” yg Allah takdirkan adalah yang terbaik buatmu.. jika yang sudah bertunang, jagalah hubungan tersebut, semoga dipermudahkan Allah untuk cepat2 berkahwin.. jangan lama2 bertunang takut kamu sama sahaja dengan orang2 yang bercouple.. cepat2 la bernikah yer.. Moga diredhai Allah.. CH doakan moga dipermudahkan segala urusan..^^ sayang sahabat semua..

.........................................................................................................................................................

Sunday, March 3, 2013

Dia cinta selepas Allah dan Rasulullah SAW…




Mengimbau kenangan itu.  Surat tawaran dari sebuah IPTA yang tertera nama aku untuk Ijazah Saujana Muda.. Jauh sekali IPTA tersebut, tak sangka pemohonan ke Universiti itu yang aku dapat. Aku tak lalu untuk makan dalam seminggu sebelum aku berangkat ke sana.. sungguh takut untuk ke sana,tak pernah2 aku jauh dari mak aku, malahan keluar dari kampong aku pun tak pernah. Rasa berat badan makin turun, aku timbang berat aku hanya 39kg.. aahhh… sangat ringan, sungguh aku bimbang untuk ke sana.. siapala kawan aku nanti, roommate aku siapa, diorang baik2 ke? Emm semua ni buat aku takut..

Oleh kerana aku bukan dari keluarga yang kaya raya, aku hidup susah sahaja, mak aku sekadar menghantar aku ke sana dengan keretapi.. Mungkin orang lain satu family datang menghantar dengan kereta,aku tak kisah la, nasib baik ada rezeki untuk naik keretapi. Aku kasiankan  mak yang perlu bersama aku, aku nak gi sorang2 ke sana pun tak tahu, jadi mak aku ikut sama. Sepanjang dalam keretapi tu, terpaksa aku mencari tempat duduk yang kosong, kerana aku dan mak tidak ada tiket, yela tiket sudah habis, aku terpaksa la jadi penumpang yang tak ada tempat duduk, tapi tiket di bayar double.. emm tak pe la, ujian dari Allah ni.. aku biarkan mak duduk, tapi mak suruh aku duduk sama, tapi aku lebih suka berdiri.. 12jam perjalanan, itu masa perjalanan untuk sampai ke sana..

Akhirnya sampai juga, adik ipar kakak aku akan datang ambil aku dan mak nanti, dia berkerja di Singapore, Universiti aku itu katanya dekat sahaja dari kawasan rumahnya. Dia datang bersama isterinya dan seorang anak perempuan berusia 4tahun. Aku balik dulu ke rumahnya untuk mandi dan baru ke Universiti untuk pendaftaran. Kereta berjenama milik adik ipar kakak aku itu mungkin buat orang fikir aku anak orang kaya, padahal aku sangat susah.. aku mula mendaftar, mak aku tak boleh masuk sama ke dewan pendaftaran, sekadar tunggu diluar, mak berikan aku RM seribu untuk bayar yuran, sebenarnya yuran berjumlah RM2 ribu, tapi sebab tak mampu bayar, sekadar seribu sahaja yang mak aku mampu bagi, tak apa , aku tak kisah. Di situ aku masih ingat lagi, aku perlu mengambil gambar untuk kad matrik dan aku perlu menjawab soalan2.. emm kenangan masa tu masih segar dalam ingatan ni. Di satu kaunter untuk membayar yuran, aku bayar yuran dengan duit yang mak bagi.

Masa untuk melihat bilik aku. Tingkat 2 dari 3 tingkat bangunan tersebut. Adik  ipar kakak aku yang angkut beg baju aku, sungguh baik dia. Selepas meletak barang2 aku ke dalam bilik tu, adik ipar kakak aku itu bawa aku melihat kawasan Universiti untuk melihat mana bank, mane tempat keluarkan duit, mana masjid, supaya senang untuk aku ke sana nanti, dan supaya aku tidak sesat di sini.

Setelah semua tempat dah kenal, mak aku mahu keluar sekejap untuk belikan barang yang masih tidak cukup dan beli tiket keretapi untuk pulang ke kampong malam ini juga. Aku tunggu di bilik sahaja. Petang itu mak datang, dengan membawa penyapu, mop , hanger , baldi segala barang keperluan aku. Bila aku tengok semua barang tu, buat aku sebak… “ Ma ni macam betul2 nak tinggal aku kat sini dan tak bagi balik2 rumah lagi.. semua barang lengkap dah ni..”  terasa sebak hampir nak jatuhkan air mata, tapi tetap tahan.. aku sempat bersalaman dan mak sempat berpesan

“Belajar rajin2 tau, ma nak balik dah ni”..

aku makin sebak dan hanya memandang  mak berlalu dan memasuki kereta dan serta mak memandang aku dengan senyuman. Kereta berlalu pergi, tinggal la aku di sini membawa diri sebagai musafir mencari ilmu..

Tentang makan, aku akan makan nasi sekali sehari sahaja, dan malamnya roti sebagai alas perut. Apabila kawan2 mengajak aku untuk makan malam, mesti aku menolak. Mungkin sukar untuk menolak, jika kita keluar bersama kawan2,  mesti selalu makan KFC,sedangkan ada sahaja Kafe yang menjual nasi di situ,tapi kerana semua setuju untuk makan KFC, aku terpaksa ikut.  KFC sekali makan harganya dah RM12 , rasanya mak kat kampong nak belikan nasi bungkus untuk sarapan pagi pun sekali sekala sahaja, nasi bungkus kat kampong pun harganya RM2.50 jer, ya Allah seminggu boleh makan dengan hanya sekali makan KFC.  Bila aku makan KFC, mesti terkenang mak, kasian mak, KFC pun tak pernah makan, kita berada di Universiti mewah hidup, mak dikampung sengsara untuk mencari duit untuk kita di sini.

Kenangan itu mengajar erti kesusahan tapi kesusahan sangat mengajar aku erti kelembutan, jiwa yang lembut, dan jiwa ini jugak kental. Hidup di sini perlu pandai cari kawan, pandai bedikari dan bawa diri, itu la kehidupan di Universiti. 2 tahun yang lalu hidayah Allah hadir, dan merubah siapa diri ini, Alhamdulillah syukur diri ini terpilih..


Ma, adalah cinta aku setelah Allah dan Rasulullah.. semoga ma bahagia, dan jika kejayaan aku buat ma bahagia, Ya Allah berikanlah aku kejayaan itu. Tidak dapat nak balas segala jasa ma buat diri ini. Tak dapat nak balas betapa besarnya pengorbanan ma
..

“Dia cinta setelah Allah dan Rasulullah SAW.. ya Allah berikanlah kesihatan buatnya, kebahagian buatnya, kecekalan hati buatnya, kesenangan dalam setiap ujian-MU, limpahkan la rezeki buatnya, kasihi la dirinya ya Allah.. Ya Allah, makbulkan la setiap doanya, makbulkan la setiap doanya, makbulkan lah setiap doa ma… amin ya Rabbal ‘alamin…”


CH: bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah berikan, jangan membazir, ingat ada orang yang lebih susah daripada kita, dan ingat jika kita susah, mungkin ada yang lagi susah dari kita.. bersyukurlah di setiap rezeki Allah ini.. bagi adik2 yang masih belajar, jangan hidup mewah2, ingat siapa kita, ingat mak ayah kita yang susah payah bekerja untuk kita.. jangan malu jika miskin, tetapi bersyukur dengan rezeki dan ujian Allah itu.. semoga kisah ini ada pengajaran.. ok la ^^ sayang sahabat semua…

...................................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...