. »

Sunday, December 29, 2013

Cinta Versi Cinta ~


p/s: Sebenarnya komik ni diaplikasikan utk persatuan yg CH masuk, tapi CH secara peribadi post kat blog CH la pulak ^^ ... nak share sini jugak.. selamat menepuhi exam, jgn nakal2 dgn cinta dunia yang lara ni, ingat cinta Allah lebih utama.. apa2 pun, semoga ada pengajaran dari komik ini..


Wasalam sayang~



Monday, December 16, 2013

Resipi papa roti~



Bahan-bahannya:

Doh roti:
500 gm tpg berprotin tinggi (ayak)
2 sudu kecil bread improver+2 sudu kecil bread softener
20 gm susu tepung (2 sudu besar)
75 gm gula kastor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1bj telur (dipukul)
250ml air /susu segar (jgn guna susu tepung if guna susu segar)
60gm mentega

Bahan inti:
50gm mentega
50 gm gula halus
1 sudu besar kopi emulco (saya guna kopi tongkat ali cni)

Bahan topping:
200 gm mentega
150 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu besar serbuk kopi emulco (saya guna serbuk kopi tongkat ali)

Cara-caranya..

1.Cara inti
- kacau semua bhn hingga sebati


2.Cara topping
-kacau semua bhn hingga sebati

3. Do write
-gaul rata-tepung +gula
-masuk yis+bread improver+bred softener
-masuk telur+air/ susu segar
-mentega-uli selama 10-15 minit
-tutup dgn film ding or kain lembap-rehat selama 10 minit
-leperkan doh atas tapak tgn
-letak inti
-rehat 45 minit untuk tunggu roti kembang
-setelah kembang paip kan topping



#bakar 180darjah celcius selama 15-20 minit

Selamat mencuba

p/s: resepi ini dari sahabat CH.. roti yang dia buat sangat sedap, CH minta resepinya dah akhirnya dia bagi jugak resepinya.. cubalah, nanti tak perlu ke kedai beli roti lagi..^^

Wassalam sayang..
.........................................................................................................................................................

Saturday, December 14, 2013

Makanan oh makanan~

contoh sahaja ^^

Kisah 2 hari yg lalu, CH dan kwn2 perlu handle satu seminar yang agak besar.. student y hadir adalah dari matrik dan politeknik.. CH sebagai AJK makanan, fuh memang letih macam apa..walapun mgkin ramai y menyalahkan CH sbb makanan agak lambat hari first tu dan CH pun agak2 makanan tepat2.. last VIP tak cukup makanan..

Seminar y agak mahal bayaran akibat makanan itulah yang CH buat keputusan menerima catering y di masak siap tapi kita perlu ambil makanan di kedai dia, harga sgt murah tiada charge perkhidmatan pinggan mangkuk dan sbgainya..

TAPI isunya... lambat sebab perlu ulang alik ambil makanan tu.. CH letih berlari ke hulur ke hilir dan tumpang kereta sape2 jer utk ambil makanan..

walaupun CH sgt2 di bom dalam post-mortem, tapi CH bukan manusia diam membisu, sekali CH bom dgn hampir nak menangis, semua faham.. “ye disebabkan nak murah CH letih, disebabkan nak murah makanan mungkin lambat, disebabkan nak murah CH sanggup ke hulu dan le hilir lari laju2 bawa bekas berat2, sebab semua orang nak murah, tapi bila CH lambat sikit, itu pun bukan salah CH, sebab program yang habis awal padahal dalam tentatif ada sejam ag utk makan, itu pun semua mahu salahkan unit makanan.. mana tak panas.. unit makanan sahaja yang faham situasi keletihan kami..”

Tapi dalam group of coz memang banyak isukan.. tak de sape nak salahkan unit mereka, semua akan salahkan unit yang lain.. CH tak kisah letih bagai apa, hampir kaki ni rasa macam dah masak pedih dek duk kejar ke hulu dan ke hilir.. tangan sakit bawa makanan berat2 ke tingkat 2 bukan sehari tapi 3 hari..Tapi CH bukan la nak cerita isu salah menyalah tapi isu di sini adalah ukhwah J..  isu salah menyalah tu biarlah..

CH ketua AJK makanan, dan dalam unit CH ni ada 2 orang lagi iaitu sorang Islam dan sorang lagi Chinese.. Dulu CH dan Chinese ni tak rapat pun, tapi disebabkan jadi AJK makanan, CH jadi sangat2 rapat dgn dia, luahan hati keletihan, naik motor sama2 CH yang bawa motor tu, balik dari kedai catering tu hujan pulak, kami basah kuyup sama2.. ^^ sweet kalau ingat balik.. dan CH tak sangka boleh baik begitu rapat dgn dia.. sungguh walaupun jadi AJK makanan yang memang buat CH nangis, letih tapi part ukhwah tu memang manis la.. semua yang tolong merasa bagaimana letihnya nak buat orang happy..

Yang boleh CH bagitau.

“CH sangat2 HAPPY bila tengok semua HAPPY makan dan dapat harga yang murah” betul la ada orang pernah bagitau, “Kita akan gembira, melihat orang lain gembira”… ya betul tu, CH tak makan pun tak pe,bila tengok orang lain makan dgn gembira CH pun dah rasa kenyang ^^



p/s: handle majlis ni perlukan sabar, jangan salahkan orang lain, bersangka baik pada setiap unit.. baru hati bahagia dan tiada konflik.. ^^ lagi satu, terasa menyesal tak ada lesen dan tak pandai drive, rasa geram sebab terpaksa tumpang orang hantarkan makanan, sebab kadang2 kereta ada, tapi CH tak pandai drive kereta.. -_- 

Wassalam sayang..



Sunday, November 17, 2013

Perindu syahid-Mu…

Perindu Syahid….


Detak-detak larian kuda bergema,
Gagah membawa pejuang-pejuang dibelakangnya,
Setiap pejuang memengang pedang ,
Pedang itu Yang akan menamatkan riwayat musuh Islam..

Pedang bertemu pedang,
adakah pejuang kita yang menang atau musuh?
salah seorang darinya pasti akan tumpas..
Darah mengalir menitik ke bumi,
Pedang disalut dengan warna merah..
Syahidkah aku, syahidkah aku kerana Islam?!


Perindu syahid-Mu ya Allah,
Mau aku jadi tentera terakhir Iman Mahdi,
Mau aku jadi perindu syahid-Mu tanpa gentar,
Matilah aku dalam syahadah,
Matilah aku kerana Islam…

Perindu syahid-Mu…


Wassalam sayang..

Wednesday, October 9, 2013

“Apakah yang dimaksudkan dengan cinta..?”

Apa yang dimaksudkan dengan cinta? Edisi khas cinta.. ^^


Apabila orang bertanyakan mengapa ditolak lamaran yang hadir, tidakkah awak telah menolak sesuatu yang sunnah kerana perkahwinan itu kan sunnah? Lelaki yang melamar pun cukup baik dalam agama, kenapa ditolak lagi lamaran tu?”

Betul perkahwinan itu sunnah dan cukup Nabi anjurkan supaya diri terjaga dari maksiat, tetapi jika lamaran hadir ketika kita belum bersedia, patutkah menerima lamaran tu? Dan lelaki tu masih belajar dan hanya mahu melamar saya untuk bernikah selepas dia habis belajar, patut ke kita terima lamaran macam ni?

Lelaki hanya akan bersedia untuk bernikah apabila dia betul2 mempunyai kewangan yang stabil, hati yang mantap untuk menanggung bebanan tanggungjawab yang berat ini, lamaran yang mahu mengikat kita agak lama ini hanyalah cinta nafsu semata2.. Bersediakah kita menghadapi cinta sebelum kahwin tanpa dosa? Kita dah kenal dia siapa, bolehkah hati kita terlepas dari rindu terhadapnya?


Menerima cinta atau memberi cinta pada waktu yang tepat”


Lelaki seharusnya ingat, jangan sesekali memberi cinta pada waktu kamu tahu kamu tak mampu untuk bernikah.  Ramai lelaki mengikat wanita sedangkan dia  tak mampu untuk bernikah ketika itu kerana dia masih belajar, dan hatinya juga tak yakin untuk bernikah dalam pengajian, tetapi dia mahu wanita tu menjadi isterinya.. Jadi dia buat keputusan untuk mengikat wanita itu dengan pertunangan yang lama supaya tiada siapa pun yang akan dapat memiliki wanita tersebut.. bukankah pertunangan yang lama ini seumpama kamu membuka ruang untuk syaitan membisikan jarum2 nafsu dihatimu? Dan cinta rindu yang belum halal yang akan membawa kelembah zina?



Jangan dekati zina


Ini arahan Allah supaya jangan dekati zina.. dekati zina pun tak boleh bermakna kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

Perempuan jangan menerima cinta ketika belum bersedia untuk bernikah. Ramai yang menerima cinta sedangkan dia belum bersedia untuk bernikah kerana khuatir tiada siapa meminangnya nanti selepas ni.. Jika benar awak mampu untuk bernikah semasa belajar mungkin tidak mengapa menerima lamaran tersebut, kerana awak sudah bersedia untuk menanggung bebanan sebagai isteri dan ibu.. kerana ramai sahaja yang bernikah ketika belajar.. kerana perkahwinan tidak akan mengganggu pun pelajaran kerana sampai mati kita perlu menimba ilmu.. Jika lelaki yang masih belajar dan mahu bernikah ketika belajar, ada sahaja yang macam tu, cuma mungkin dia agak berat untuk memengang tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.. mampukah awak menanggung isteri sedangkan awak masih belajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap?



Apakah yang dimaksudkan dengan cinta..”


Masih tak terjawab apakah yang dimaksudkan dengan cinta..“ Cinta ialah apabila kita mencinta seseorang itu, kita akan jaga dia dari dia mendapat dosa, dari dia terkena api neraka, ini bermakna jika kita cinta akan orang yang kita cintai, kita takkan bawa dia ke lembah dosa, kita akan jaga dia supaya dia takkan dapat dosa pun.. itulah di namakan cinta”



Faham tak? Kalau awak cintakan mak ayah awak, awak takkan bawa mak ayah awak ke neraka, begitu juga cinta berlainan jenis, awak takkan buat bakal isteri atau suami ke neraka kan..

Layakkah cinta yang hadir sebelum nikah tanpa secalik dosa pun.. jika tak layak dan tak yakin, jangan sesekali rosakkan diri dengan cinta dosa..


Wassalam sayang

………………………………………………………………………………………………..
CH: ^^ Wahai imamku.. hadirlah dikau pada waktu yang tepat dan dikau sememangnya yang Allah ciptakan buatku.. kerana aku tidak mahu merasai kekecewaan dan dosa kerana cinta yang salah.. amin..
………………………………………………………………………………………………..


Monday, September 30, 2013

Sahabat......

Assalamualaikum.. ^^

Lama CH tak mengupdate blog ni.. disebabkan hari ni hari last bulan September, jadi CH update la satu post utk bulan September ni..  emm pasal apa yer.. Pasal persahabatan la kot.. ^^ mungkin tajuk terbaik utk kali ni..


Sahabat?
Hidup sunyikan tanpa sahabat..
Nak cakap ngn sape jika xde sahabat,
Nak share masalah ngn sape jika tak de sahabat,
Nak jalan2, nak kenal2 famili baru ngn sape jika tak de sahabat..
Tapi ada persahabatan yang buat kita merana,
Macam mana tu?

Kerana sahabat kita terluka,
Kerana sahabat kita takut untuk bersahabat lagi,
Kerana sahabat kita gagal dalam hidup,
Kerana sahabat kita lupa Allah..

Macam2 lagi kan,
Takut nak bersahabat,
kerana sahabat yang kita jumpa sering menyakitkan kita..
Dan menyebabkan kita lebih suka bersendirian dari mempercayai mana2 manusia utk digelarkan sahabat..

Sahabat berbeza dgn kawan..
Kawan tidak selalu ada untuk kita tapi dia wujud,
Tapi sahabat ini special dalam hidup kita, dia sentiasa ada dalam hidup kita, kita boleh letakkan kepercayaan padanya..

Susahkan nak cari sahabat ni..
Setakat mana jer manusia tu boleh kita percaya..
Bila kita meletakkan kepercayaan padanya,
Boleh ke dia simpan dengan baik..

Emm susah nak cari sahabat ni..
Tapi apabila kita mengingati sirah Rasulullah SAW..
Bagaimana sahabat Nabi meletakkan rasa cinta pada Rasulullah..
Perang Uhud contohnya, sanggup sahabat2 Nabi membentengkan badan  mereka untuk mempertahankan Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah wafat,
Bilal yang merupakan orang yang akan melaungkan azan tidak dapat melaungkan azan lagi, kerana dia sedih apabila terkenangkan Rasulullah SAW. Betapa cintanya sahabat baginda padanya, sehingga setiap apa yang Nabi buat menyebabkan mereka sedih kerana terkenangkan baginda.. Kita boleh sampai tahap macam ni kita bersahabat?

Uwais al-Qarani, yang sangat rindukan Rasulullah sanggup berjalan jauh 2,3 hari untuk bertemu baginda. Padahal dia miskin, makanan untuk bekalan perjalanan pun tak ada, kerana cinta dan rindu ni, sanggup dia berjalan jauh., Kita? Demi sahabat sanggup ke?

^^ sebab itulah SAHABAT berbeza dengan KAWAN..
………………………………………………………………………………………………..


CH: emm setakat ni jer sharing CH.. xde apa pun.. huhu macam tergantung jer kan.. apa2 pun, pilihlah sahabat sebaik mungkin, yang boleh mengembirakan kita, menasihati kita, dia pun dengar nasihat kita, tolak ansur, dan yang paling penting, sahabat yang boleh bawa kita ke syurga Allah.. sahabat ni susah nak cari, sebab tu dia special sangat2.. nak cari yang special ni, satu dalam seribu pun belum tentu dapat.. jadi…… carilah sahabat sebaik mungkin.. semoga ketemu sahabat sejati.. Dari sirah ni juga, bagaimana kita letakkan cinta kita pada Rasulullah.. dah berselawat pada baginda ke hari ni? Wasalam sayang..^^


.........................................................................................................................................................

Wednesday, August 28, 2013

Doakan saudara kita~

Sahabat2 semua.. sama-samalah kita doakan buat saudara kita yang dizalimi di Syria , Palestine dan Mesir, serta di mana2 sahaja saudara kita yg teraniaya..



Bangkitlah dan berdoalah buat mereka..
terutamanya solat sunat malam kita..
insyaAllah moga Allah makbulkan doa kita semua..

wasalam sayang..


.........................................................................................................................................................

Thursday, August 22, 2013

Resepi Kek Coklat Kukus CH~ ^^

Pagi raya keberapa dah ni CH rajin sungguh bangun2 buat kek.. ^^ CH memang gila masak sungguh cuti sem ni.. semua benda CH belajar, nnti CH masukkan resepi nasi ayam kat post akan datang yer.. akan datang tu maksudnya nanti CH dah siap taip tu CH post la :p hee..

Resepi CH sendiri ni, jadi la jugak, habis terus anak buah, ma, n akak2 makan.. :D resepi org bujang y sungguh senang..

Bahan-bahannya


Telur 3 biji
Majrine 1 cawan jangan penuh kira 3/4 gitu
Gandum 1 setengah cawan
Tepung jagung setengah cawan
Gula halus  setengah cawan
serbuk penaik 1 sudu teh
serbuk koko CH letak satu sudu besar

Caranya


Masukkan telur, gula, dan majrine dan putar sampai gebu gitu..
Masukkan gandum sikit2 sampai habis, dan tepung jagung pun camtu, dan serbuk koko dan serbuk pernaik. dan putar.. hehe berapa byk dan..

masuk gandum,gula halus, serbuk koko, serbuk pernaik, putar sampai cantik camni..  

kemudian bolehla kukus selama 30 minit..

dah siap kukus bukan main tunggu 30 minit baru masak..

coklat masakan yang sangat comot macam CH huhu ^^

Pasal hiasan CH letak perisa coklat, tp hiasan apa pun xpe, ikut suka sahabat semua.. n siap! so easy ^^

selamat mencuba.. Wasalam sayang..

........................................................................................................................
p/s insyaAllah nanti CH sharekan cara buat nasi ayam dan jahit baju kurung pulak yer ^^.. 
akan datang resepi nasi ayam nyam3...

akan datang cara potong n jahit baju kurung.. ^^
.........................................................................................................................................................

Tuesday, August 6, 2013

Biskut febrat CH~ ^^

my febrat...^^
Assalamualaikum... emm mesti sahabat2 tengok gambar biskut ni pun dah tau kan biskut apa.. ni la biskut febrat CH.. memang suka sangat la, CH ni suka perisa coklat, macam budak2 gitu suka perisa coklat hee..^^

Biskut ni CH la buat sendiri, wajib ada la raya.. tapi time bukan raya pun buat jer biskut ni.. 

Dalam proses letak coklat,kalu tak pose
memang habis la.. nasib baik pose ^^



coklat yang masih belum kering..
(betul ke ayat CH ni.. coklat belum kering ke belum keras?..huhu)


Ok, untuk resepi biskut almold london ni sahabat boleh la ke post CH ni..^^
Resepi Biskut Almold London Mudah! 

Selamat mencuba dan maaf segalanya..

Salam Aidilfitri.. 

................................................................................................................

p/s: pulanglah kita pada fitrah iaitu seperti bayi baru dilahirkan.. di hari kemenangan ini, yang suci dari dosa.. ingat! dosa kita dengan manusia tetap tidak terhapus jika dia tidak memaafkan kita.. jadi jom kita eratkan siraturrahim dan memaafkan sesama kita  atas segala keterlanjuran..

salam sayang..

dari CH sekeluarga.. ^^
..........................................................................................................................


.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...