. »

Monday, September 30, 2013

Sahabat......

Assalamualaikum.. ^^

Lama CH tak mengupdate blog ni.. disebabkan hari ni hari last bulan September, jadi CH update la satu post utk bulan September ni..  emm pasal apa yer.. Pasal persahabatan la kot.. ^^ mungkin tajuk terbaik utk kali ni..


Sahabat?
Hidup sunyikan tanpa sahabat..
Nak cakap ngn sape jika xde sahabat,
Nak share masalah ngn sape jika tak de sahabat,
Nak jalan2, nak kenal2 famili baru ngn sape jika tak de sahabat..
Tapi ada persahabatan yang buat kita merana,
Macam mana tu?

Kerana sahabat kita terluka,
Kerana sahabat kita takut untuk bersahabat lagi,
Kerana sahabat kita gagal dalam hidup,
Kerana sahabat kita lupa Allah..

Macam2 lagi kan,
Takut nak bersahabat,
kerana sahabat yang kita jumpa sering menyakitkan kita..
Dan menyebabkan kita lebih suka bersendirian dari mempercayai mana2 manusia utk digelarkan sahabat..

Sahabat berbeza dgn kawan..
Kawan tidak selalu ada untuk kita tapi dia wujud,
Tapi sahabat ini special dalam hidup kita, dia sentiasa ada dalam hidup kita, kita boleh letakkan kepercayaan padanya..

Susahkan nak cari sahabat ni..
Setakat mana jer manusia tu boleh kita percaya..
Bila kita meletakkan kepercayaan padanya,
Boleh ke dia simpan dengan baik..

Emm susah nak cari sahabat ni..
Tapi apabila kita mengingati sirah Rasulullah SAW..
Bagaimana sahabat Nabi meletakkan rasa cinta pada Rasulullah..
Perang Uhud contohnya, sanggup sahabat2 Nabi membentengkan badan  mereka untuk mempertahankan Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah wafat,
Bilal yang merupakan orang yang akan melaungkan azan tidak dapat melaungkan azan lagi, kerana dia sedih apabila terkenangkan Rasulullah SAW. Betapa cintanya sahabat baginda padanya, sehingga setiap apa yang Nabi buat menyebabkan mereka sedih kerana terkenangkan baginda.. Kita boleh sampai tahap macam ni kita bersahabat?

Uwais al-Qarani, yang sangat rindukan Rasulullah sanggup berjalan jauh 2,3 hari untuk bertemu baginda. Padahal dia miskin, makanan untuk bekalan perjalanan pun tak ada, kerana cinta dan rindu ni, sanggup dia berjalan jauh., Kita? Demi sahabat sanggup ke?

^^ sebab itulah SAHABAT berbeza dengan KAWAN..
………………………………………………………………………………………………..


CH: emm setakat ni jer sharing CH.. xde apa pun.. huhu macam tergantung jer kan.. apa2 pun, pilihlah sahabat sebaik mungkin, yang boleh mengembirakan kita, menasihati kita, dia pun dengar nasihat kita, tolak ansur, dan yang paling penting, sahabat yang boleh bawa kita ke syurga Allah.. sahabat ni susah nak cari, sebab tu dia special sangat2.. nak cari yang special ni, satu dalam seribu pun belum tentu dapat.. jadi…… carilah sahabat sebaik mungkin.. semoga ketemu sahabat sejati.. Dari sirah ni juga, bagaimana kita letakkan cinta kita pada Rasulullah.. dah berselawat pada baginda ke hari ni? Wasalam sayang..^^


.........................................................................................................................................................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...