. »

Friday, November 21, 2014

Hari Jubah…. 3 November 2014


Terima kasih Allah.. Alhamdulillah akhirnya ijazah sah milik diri ini..





Ijazah itu bukan titiknya untuk membuktikan kita Berjaya, itu hanya ukuran dan nilaian manusia.. 

konvo itu hanya sekadar majlis untuk penganugerah sahaja.. Tiada masalah tidak sertai Majlis Konvokesyen ni.. tentang kerja, kerja tetap dapat jer kalau xsertai pun.. apa2 pun moh kita kerja la pula yer..


Doakan semoga perjalanan hidup CH yang jauh ag ni sentiasa dalam redha Allah..
Jom menjadi dewasa.. ;) 



p/s:    Terima kasih tak terhingga buat ma yang tercinta… xsempat nk  cerita hari Jubah ni.. sebenarnya byk benda nk cerita ^^ tapi tak berkesempatan.. Wassalam sayang~

Saturday, October 25, 2014

Cinta Terasing (Cinta Dagang) ~

Masa terlalu pantas berlalu, dan meninggalkan seribu kenangan..

Kisah duka, kisah suka…. Tersimpan rapi dihati,

Usia yang semakin luntur, dari indahnya zaman kanak-kanak, kita tinggalnya untuk ke zaman remaja dan ditinggalkan untuk zaman separuh abad dan begitulah seterusnya.. Aturan Allah untuk hamba-Nya adalah aturan yang terbaik..

Derai, derai tangisan hujan.. di waktu magrib.. membasahi bumi,
Jam di dinding berdetak tanpa henti, hembusan angin lalu menyejukkan badan,
Sepi menyinggah diri dikala bersendirian…

Inginku lari dari hidup ini, pasti tiada jalan untuk keluar berlari,
Makin canggihnya , makin upgrade nya dunia, makin globanya dunia, makin luasnya kuasa dunia, makin sempit cintamu pada Allah…

Aku takut melihat keadaan dunia yang semakin tenat, tenat dengan kekancahan maksiat yang menjadi ke agongan dunia..

Aku hidup pada zaman yang tenat, aku hidup pada zaman kemanusiaan semakin luntur, aku hidup pada zaman kemaksiatan semakin di cintai, aku hidup pada zaman manusia memandang pelik pada kebaikan dan memandang keburukan itu biasa..

“Islam tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali dagang, Maka berbahagialah(beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.”
(Hadith Riwayat Muslim)



Mahu CH sharing petikan dari seorang sahabat digroup WhatsApp, terima kasih sahabat atas sharing ni, cuba baca baik2…
…………………………………………………………………………………………

Hari ini saya nak kita semua fikir.
Fikir sedalam-dalamnya.                       
                                                                                                                                                                                                                                                                                               
Saya nak bagi satu analogi.

Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada.

Tapi, hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli lego baru. Masih tak cukup.

Kita jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari.

Dan akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga,  pegang lego terakhir tu dan letakkan di puncak. Kita menjerit gembira!

"Yessss!! Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"...
Tiba-tiba, adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak. Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit "yeay, dapat main dengan abang!"         
                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Apa perasaan kita waktu tu?

Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5 tahun kot..

Apa yang kita nak buat?

Pukul? Sepak? Marah? Atau bunuh?

Paling kurang kita akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus..


Teruknya kita.

Ok, dah puas baca analogi saya? Dah?


Kali ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis!

Rasulullah SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah.

Rasulullah SAW telah menerima wahyu di gua hira'. Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil.

Baginda buat kerja dakwah secara senyap. Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di Taif. 

"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!"

Reaksi penduduk Taif. Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar dari bandar Taif bersama zaid. Nabi terbaring di sebuah kebun.

"Allahummaghfirli ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku!

 Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib. Kurma yathrib tak laku. Tapi Rasulullah  tetap pergi! Korbankan segala benda.

Berpuluh tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan Rasulullah, Islam naik ke puncak. Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga Rasulullah!


Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!

Kita hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!

Agak-agak, apa perasaan Rasulullah?

Penat-penat Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!

Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?!  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                “Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati!”

Rasulullah tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya. 


Tak malu ke?

Tak malu ke?

Tak malu ke?

Buat maksiat lagi!

Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah!


Infiru! Taubat! SubhanAllah..


"1436 tahun hijrah. Begitulah jauhnya kita dengan Rasulullah SAW.."


Salam Maal Hijrah.. jangan dilupa kisah disebalik hijrah ini.. Wassalam sayang..

Thursday, June 12, 2014

Kek Lapis Sarawak Masam Manis

Kek Lapis Masam Manis  (limited resepi, original dari Sarawak)

Resepi dari kawan CH merangkap roommate CH yg dah 3 tahun jadi roommate CH di Universiti ni.. Dia orang Sarawak, Resepi ni original dari orang Sarawak.. sedap tau.. ni CH buat bersama2 kwn2 dirumah salah seorang lecturer kami.. disebabkan buat sendiri, dan merasa putar tepung sendiri, sukat tepung sendiri, jadi CH dah ingat mcm mana nk buat kek ni.. ^^ seronok pulak.. ni resepinya:

Bahan- Bahan :

10 biji telur ( gred A)
200gm tepung biskut marie (dikisar halus baru timbang tau)
100 gm tepung gandum
450gm mentega ( Buttercup/ Golden Churn (1  3/4 butter cup )
1 sudu besar Ovellete
1 sudu kecil esen vanilla
280 gm gula halus (kalau pakai susu 3/4 susu tin dan gula 100 gm)
Haw flakes secukupnya
Pewarna kuning, hijau ( warna lain pun boleh ikut citarasa masing2 )

Cara Membuatnya :

  1. Pukul telur, esen vanilla dan ovallete higga kembang ( Bahan A )
    Putar telur hingga putih dan gebu mcm ni.. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan gula hingga putih berkrim ( Bahan B )
  3. Kemudian satukan Bahan A dan Bahan B, sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan hijau dan kuning
  6. Bakar dan lapis dan susunkan haw flakes secukupnya ( 36 haw flakes setiap lapisan ) dan setiap lapisan diratakan dengan 3-4 sudu makan adunan.
    Susun haw flakes, atau gula2 yg selalu dimakan zaman kanak2 tu...
    Kemudian bakar.. 
  7. Guna api atas sahaja dan setiap lapisan dibakar selama 5-7 minit atau hingga keperangan dan suhu oven 150 celcius.
  8. Lapisan yang dibakar warna kuning contoh gambar diatas sebanyak tiga sudu besar, dan dibakar selama 5-7 minit. selepas keperangan, angkat lapisan yang tadi dan letak lapisan hijau pula, bakar selama5- 7 minit juga.. ulang cara ini sehingga lapisan habis.. 

Kemudian siap...... jeng-jeng....

Dah siap.. ada gambar ni jer.. yang kalar merah xdigambar huhu
ni pun lecturer gambarkan, kami busy duk memasak, letih kot
masak kek ni, kena tunggu setiap lapisan tu siap semua
dari petang sampai malam baru siap..
tapi seronok ^^



p/s: Boleh la sahabat cuba untuk raya nanti ^^.. selamat mencuba... Wassalam sayang...

Sunday, June 8, 2014

Hadiah untuk yang tercinta~

Project tahun akhir, tak tahu nak menceritakan macam mana perasaan ini.. Hanya Allah jer tahu macam mana takutnya.. Seminggu sebelum VIVA, tidur pukul 5 dan 4 pagi setiap hari, dan hari last submission pada 1 june, langsung tak tidur.. Hari VIVA adalah selepas hari submission iaitu 2 June sampai 4 june..  CH hari yang ke-3 untuk present VIVA ni, pada 4 june, hari last pulak tu.. mungkin hari last dapat prepare banyak dan lebih berbanding orang hari first n hari second..

Tapi apa yang terseksa hari last ni, apabila orang keluar dari bilik meeting lepas presentation tu,mcm2 cerita2 ada, panel tanya ni, soal ni.. kita yang tgh duk siapkan slide, macam apa terketar lutut n sejuk satu badan.. serius sangat takut sebab ini adalah penentu sama ada boleh graduate ke x..

Malam sblm presentation, CH prepare utk present esok, baca slide, cara nk present mcm mana.. tapi mlm tu, xblh tidur.. tidur pukul 2, tp tersedar dlm pukul 4 n xblh tidur sbb takut utk presentation esok.. bangun subuh tu, ma CH mesej, sbb smlm CH msj ma CH xbls, sebab ma dah tidur upernya.. Bila CH call pagi ni, terus CH nangis..

CH: Ma, Ayu takut la.. takut nak present nanti.. Panel 8 orang,lecturer tu suka tanya soalan macam2, takutnya nak present nanti.. (sambil nangis.. memang xblh tahan ag air mata tu)

Ma: La, nape nak nangis.. Dah buat sungguh2kan.. nanti present sungguh2.. Jangan takut, nanti takut sangat2, tu yang xkeluar apa nak cakap.. Jangan fikir kita xpandai dari dia, fikir kita lebih pandai dari mereka yang tengok kita punya presentation, dia lecturer pun diorang xtau pun tu.. anggap diorang nak belajar dari kita.. anggap diorang tak tahu.. ma gi mengajar ngaji al-Quran, dulu takut jugak nak baca utk khatam al-Quran tu sorang2 jer, tapi bila fikir diorang nk belajar dari kita.. jadi nape nk takut.. Ayu dah belajar 4 tahun, ni yang last mesti tunjuk sungguh2 apa yang Ayu dah buat tu.. Anggap Ayu ag pandai dari diorang, dan apa Ayu buat adalah paling terbaik..

Allahuakhbar………  terharu CH dapat ibu yang cukup buatkan CH yang hilang semangat sebab takut, terus bersemangat.. Allahuakhabar, terindah dapat ibu seperti ma..

Sungguh, kata2 dari ma buat CH semangat dan hilang terus rasa takut.. dan Alhamdulillah CH dapat presentkan dgn baik.. walaupun utk masa soalan dari panel, semua panel bertanya, tak henti2 bertanya.. 10 minit present dan 5 minit soalan.. Alhamdulillah CH dapat jawab walaupun bahasa English yang tergagap2 jugak la sebab takut..


Bergambar bersama board selepas presentation.. mata panda n xbermaya..
board sebenarnya akan ditampal dibilik presentation..
selepas present kita cabut board kita dan pin yg kwn kita yg nk present pula..
Biasanya kwn2 kita yg akan pinkan, kita y nk present perlu prepare slide dilaptop..
selepas present perlu dipinkan board dibilik galeri..
Memang nervous masa presentation, kita sorang jer dalam bilik meeting tu..
8 panel yang mendengar.. scary..

CH hari last present, dan hari last la dapat keputusan sama ada kita proceed untuk graduate atau FAIL.. Habis semua presentation pada pukul 2 petang, dan mereka mula mengira markah sampai pukul 4.30 petang.. 4.30 petang tu CH dan classmate semua dipanggil utk masuk ke bilik meeting utk mengetahui  keputusan tu.. Studio master baca nama dan baca PASS atau FAIL..

Tiba2 ada nama FAIL.. Allahuakhbar, nama CH masa tu tak disebut ag.. CH tunduk kepala dan letakkan atas riba kawan CH, sebak takut sangat ni, dah 3 orang FAIL tapi nama CH belum disebut ag.. lepas tu nama CH disebut..

Cahaya Hidupku….................................. you  are……………………………………… PASS

CH terus nangis teresak2 atas riba kawan CH.. Allahuakhbar xleh tahan sangat2 gembira sebab PASS dan sedih sebab xsangka bukan semua pass.. memang masa tu nangis tak henti2 semua orang, hinggakan studio master pun sebak..

Seorang kawan Chinese yang FAIL nangis2 teresak2, tak henti2 dia nangis.. mungkin dia tak sangka dia FAIL.. 4 orang FAIL, memang semua tak jangka mereka FAIL.. tahun lepas senior CH, batch diorang 7 orang FAIL.. susah sungguh Couse CH ni nak PASS tau.. sebab tu CH takut macam apa utk present.. 

pasal project CH buat tu ada sorang lecturer yang cerita lepas keputusan tu, dia kata CH punya sangat ok, memang boleh score A, tapi sayang sebab concept Tarbiyah utk element biah tarbawiyah CH tu, CH tak dapat explain dengan baik, CH la tergagap kat situ.. sebab CH buat biah Tarbawiyah tu utk planting concept sbenarnya, mungkin panel fikir biah (persekitaran) CH patut tunjuk dengan design semua benda.. Jadi sayang sebab silap kat situ.. Bila dengar lecturer ckap mcm tu, adoi rasa sayang pulak.. Apa2 pun keputusan, CH bersyukur CH lulus.. Doakan CH dapat graduate dengan pointer yang baik.. insyaAllah, ada satu paper ag utk exam.. paper last sebagai student UTM.. Doakan paper ni dapat A yer ^^ hehe.. Dan insyaAllah graduate..

Ok.. nak tahu apa project CH.. CH share la, sebab xde sangat yang buat project ni.. mungkin next post.. insyaAllah sbb belum dibukukan.. xsiap tesisnya ag huhu so nanti dibukukan insyaAllah CH share utk yg mungkin Course sama mcm CH.. insyaAllah CH share yer ^^




Project CH:


p/s: Site yang CH cintai.. Pondok institution, pengajian pondok yang cukup indah, yang mungkin ramai tak tahu keistimewaan dan kebaikan belajar di sana.. seronok CH kaji and design site CH tu ^^.. bila cinta, serious kita semangat nak buatkan.. so, pilih tajuk berdasarkan apa anda cinta dan minat ^^.. Wassalam sayang~ 

Saturday, May 24, 2014

Jantung Hati~

Lukisan: CH
Idea n Jalan cerita: Sahabat

Idea jalan cerita ni adalah dari seorang akhi yang memegang jawatan sama dgn CH unit multimedia ketika tu.. so dia bg idea, sbb lukisan ini akan diterbitkan di page persatuan kami.. CH buntu idea, sbb bizi kot course CH ni.. lukisan ni,org lain punya idea.. ^^ ingat ag, ketika itu CH sgt2 bizi, dan keesokannya CH ada trip course CH utk ke Mersing  xsilap.. CH perlu siapkan 3 lukisan.. CH setelkan kerja course dulu n mula melukisan pada pukul 1 pagi n setel dgn scan bagai hampir 5 pagi.. hehehe nasib baik 4 jam perjalanan ke Mersing, so tidur lena dlm bas..

kenangan tahun lalu~

Sunday, May 18, 2014

Tolong lepaskan aku……..

Mungkin 2 Minggu lagi……
Pergi tinggalkanmu……..
Doakan yang terbaik buat kehidupanku akan datang……..

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang..
Ditarbiyahkan di sini…..

Tolong lepaskan aku……..
Tolong lepaskan aku Universiti Tarbiyah Malaysia……

Kasih padamu designku..
Cinta padamu siteku
Curahan Kasih buat masterplanku,
Kasih yang satu detail areaku,
Gambaran terindah sketchesku……

Semoga engkau yang terbaik akan aku persembahkan dari cinta aku yang pertama kali menyuntingmu menjadi site aku.. dan kini engkau dewasa menjadi design yang terbaik dan disayangi untuk dipersembahkan kisah hidupmu pada audience

insyaAllah………

 diri ini cukup cintakan site ni…
semoga dipermudahkan segalanya..




Wednesday, April 23, 2014

Aku bukan ustazah…


Masa yang lalu, berlalu dengan kenangan….
Terkenang kembali setiap masa yang berlalu itu...
Kadangkala kenangan itu indah untuk diingati….
            Kadangkala, kenangan itu perit untuk diingati...
Namun, bila dimuhasabah segala yang telah berlalu itu….
            Ada hikmah kenapa Allah jadikan begitu…

Buat sahabat yang tercinta….
            CH mungkin bukan gadis yang baik….
Tak semua sukakan penulisan CH..
            Ada yang mengkritik hebat dan menghentam CH..
Tapi CH menganggap itu salah satu nasihat dan teguran buat CH.. ^^
            Jika CH ambil kata2 yang menyakitkan itu sebagai pisau yg tajam
Mungkin CH akan hentikan penulisan CH waktu itu juga..
            Tapi CH anggap itu teguran, sama ada baik untuk diambil atau buruk untuk
dijadikan sempadan hidup....

Ingat sahabat, CH bukan ustazah untuk dikatakan baik dan mulia..
            CH hanya hamba Allah yang hina, yang mengemis cinta Allah
Di muka bumi Allah ini.. 
            Tulisan ini untuk ingatan diri CH.. Jika boleh diambil pengajaran 
Buat sahabat yang membaca, alhamdulillah, itu semua atas kuasa Allah..
            Allah yang mengerak hatimu untuk ke sini.. Semua ini ilmu Allah...

Syukran , terima kasih atas segala sokongan dan teguran…
……………………………………………………………………………………..

Puisi hati~

Aku bukan ustazah…
            Walaupun mungkin tudungku, stokingku seperti aku ini ustazah…
Namun, dikau tidak tahu, bagaimana hati ini sukar untuk dijaga…
            Bukan aku ini sepeti Empat wanita yang terbaik iaitu “Khadijah binti Khuwailid,
Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri
            kepda Firaun." [Muhibuddin al-Tabari]
Yang sememangnya mereka ini dijamin syurga….
            Aku ini hanya gadis yang cuba untuk menjadi yang terbaik dgn sebaik mungkin…
          

             “Ya Allah jagalah hati ini untuk sentiasa mekar dengan cinta-Mu”


                                                ~CH belog~

.......................................................................................................................................

Rasulullah saw telah bersabda:

قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلميقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
( Hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi.)

jadi kalau rasa sesuatu perkara tu mendatangkan rasa suka bagi ALLAH....dah...abaikan jelah kata2 manusia... kita ni kalau nak memenuhi segala kehendak manusia,biar diberi isi dunia...takkan dapat memuaskan hati manusia...

macam kisah Luqmanul Hakim dengan anaknya....
anak naik keldai...salah...
ayah naik keldai...salah...
dua2 naik keldai...salah...
dua2 tak naik keldaipun...salah...



akhirnya apa kata Luqmanul Hakim pada anaknya?

"buatlah sesuatu selagi tak bercanggah dengan syariat..."


Wasalam sayang~

RONDA-RONDA~



CH Belog~

Tuesday, March 25, 2014

BATANG TAMAR MENANGIS KERANA NABI MUHAMMAD SAW~

~KISAH BATANG TAMAR MENANGIS KERANA NABI MUHAMMAD SAW~

Pada zaman Nabi SAW dulu , di dalam Masjid Nabawi. Baginda Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah Jumaat dgn hanya berdiri dgn sebatang pohon tamar.
Setelah sekian lama , batang pohon tersebut makin usang , lalu para sahabat membuatkan sebuah tempat (mimbar) baru yg mempunyai lebih kurang 3,4 buah anak tangga.
Nabi pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut ,Batang tamar yg dulunya digunakan oleh Nabi diletakkan di suatu tmpt dlm masjid itu.
Selepas Nabi menggunakan mimbar baru itu , kedengaran suara tangisan yg kuat sehinggakan semua jemaah dpt mendengar raungan itu.
Rupa-rupanya , suara itu dtgnya drpd batang pohon tamar yg usang , yg dulunya Nabi sering kali menggunakan nya.
Lalu Nabi menghampiri batang tamar itu dan bertanya kpd batang tamar itu mengapa ia menangis dan batang tamar itu pun menjawab :
“Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”
Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.”
MasyaAllah.. Hebat nya Baginda sampai batang tamar pun menangis rindukan Baginda. 
Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat sepatutnya rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi.
Marilah kita perbanyakkn selawat kpd Baginda.
Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi.
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم 


Cerdit: Kuliah Live

Wednesday, March 19, 2014

Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta..

Cinta berlainan agama, mahu peluk Islam kerana cinta (Real story)~


Assalamualaikum WBT..

Kali ini CH tergerak utk share mengenai cerita sebenar  yg  CH alami sendiri bagaimana cinta berlainan agama ni sehingga mahu peluk Islam..


Cerita ini bermula dengan sesi baru pelajar yg dikira junior CH yg baru mendaftarkan diri sbg student course CH ambil ni.. Pada masa tu CH tahun 3 dan kami student tahun 3 perlu handle adik2 baru ni n handle satu program utk mereka selama 3 hari.. Kira sesi sual kenal bersama adik2 baru n seluruh warga course CH, n batch CH perlu jd AJK handle program ni.. Nak jadikan cerita kawan classmate CH lelaki Chinese jatuh cinta pada seorang junior perempuan Melayu.. Bila dia jatuh cinta tu dia memang cuba pikat perempuan tu hingga perempuan tu terjatuh cinta juga pada dia..

Pada masa tu mereka mula couple, tapi tak diketahui ramai sekadar msg dan keluar makan.. tapi kami sebagai classmate memang pelik kerana terserempak mereka makan bersama di satu kedai makan.. pada waktu tu dia tak dapat sorok lagi, dan cerita cinta mereka diketahui ramai.

Lebih beberapa bulan , atau satu semester mereka bercinta namun akhir cinta mereka putus.  Pada waktu tu lelaki Chinese ni macam berubah lain. Nampak hidup yang kelam kabut dan stress. Dalam satu semester selepas tu, mereka sambung balik bercinta. CH agak terkejut, macam mana boleh sambung bercinta balik ni.. Lelaki Chinese ni datang pada CH dan kawan2 Melayu CH dan dia bercerita mengenai masalah dia.

“Saya cintakan dia. My aunty nampak kami keluar bersama, jadi my aunty bagitau my mum pasal saya, my mum terasa pelik takut saya bercinta dengan perempuan melayu dan tukar agama. Dia suruh saya putus dan tinggalkan dia. Saya sayang dia, kalau my mum tak bagi, saya dah rancang nak bawa dia nikah lari, saya convert agama, dan masuk Islam pastu kami kahwin, lepas ada anak saya akan balik semula pada family saya.. saya yakin dia pasti terima kami sebab dia dah sejuk tengok kami sekeluarga nanti.. saya yakin macam tu.”  

CH dan kawan2 CH nasihatkan dia jangan buat macam tu, “fikir baik2.. dan betulkan niat, adakah awk nak masuk Islam kerana dia.. kalau sebab kerana dia, apabila cinta itu hilang, awak juga akan hilang cinta pada agama Islam. Betulkan niat awk..”

Dia terdiam….

Imbas kembali kenapa mereka boleh sambung balik.. Lelaki Chinese ni bercerita yang dia tak boleh hidup dan kehilangan perempuan macam tu.

“Saya pasti menyesal kehilangan dia.. Sebab tu saya sungguh2 dan tak putus asa pujuk dia balik.. Kenapa kami putus dulu kerana masalah berlainan agama. Masa tu dia cuba pertahankan, tapi saya putus asa sebab kami berlainan agama,saya tak tahu nak cari jalan macam mana nak selesaikan dan saya buat keputusan untuk putus. Kali ini saya cuba pujuk dia balik dan memang dia jual mahal dan tak nak saya balik tapi saya pujuk-pujuk, dan tak putus-putus asa, dia terima saya balik. Tapi saya risau dia pulak yang akan putus asa kerana tiada jalan untuk selesaikan masalah kami yang berlainan agama ni..”

CH bertanya dia “awak sayang dia sangat?”

Lelaki Chinese tu jawab “CH…. Saya sayang dia sangat2, sebab tu saya mahu peluk Islam”

CH terdiam, tak tahu nak cakap apa..

Disebabkan CH rasa kasian pada dia, CH tanya seorang sahabat CH yang uruskan mengenai mualaf di U CH belajar ni.. Sahabat CH bgtau macam mana..

“Ramai yang mahu peluk Islam kerana cinta. Tapi bila dia masuk kuliah dan faham Islam, dia berubah dari cinta kepada memang mahu peluk Islam”

CH buat keputusan memberanikan diri untuk bagitau lelaki Chinese tu, tapi CH tak boleh sebab dia lelaki, dan nak cakap personal, sgt2 susah.. jadi CH jumpa junior CH yang kawan lelaki Chinese CH suka tu.. CH bagitau pasal kuliah mualaf tu, suruh lelaki tu cuba hadirkan diri.. tiba-tiba adik tu tanya CH..

“Kak, tak pe ke  dia nak peluk Islam kerana saya”

CH terkedu, CH bukan orang yang arif soal ni, bukan CH, CH hanya wanita yang jahil dan belum banyak ilmu lagi...

“Kak ada tanya sahabat kak, dia bagitau, memang ramai yang nak peluk Islam kerana cinta.. Adik cuba bantu dia bawa dia faham Islam.. Adik tarik dia..”

“Terima kasih kak”… Kata adik tu..

Selepas CH cuba bantu mereka, CH rasa lega sangat2.. Tapi CH tak tahu sama ada dia betul2 ada ikuti atau tak kuliah tu.. CH tak tahu, seperti tiada perubahan pada lelaki tu.. 

Apa2 pun sahabat.. doakan mereka moga Allah berikan hidayah buat lelaki Chinese ni untuk peluk Islam kerana betul2 jatuh cinta dengan Islam bukan kerana  perempuan melayu tu..amin.. insyaAllah

……………………………………………………………………………………………………

Cinta berlainan agama kenapa tak boleh?

Dalam Islam jelas rukun nikah…


Syarat Sah Nikah

Syarat bakal suami

Islam
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri.

Syarat bakal isteri

Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang

* Jadi terbatal syarat sah nikah jika tiada seperti ciri2 diatas..
………………………………………………………………………………………………....
CH: cinta itu sungguh buta,tapi hanya Cinta pada Allah yang akan membawa kita ke cinta yang berlandaskan cinta yang betul.. Cinta Allah sungguh2, Allah pasti hadiahkan seseorang yang cintakan kita sungguh2 juga cintakan Allah.. ^^  maafkan CH, atas segala silap dan salah CH sekiranya sahabat ada terguris pada post CH di blog ni.. maaf..

Wassalam sayang~

Thursday, February 27, 2014

Hidup untuk mencari~



susun kasut anda!


Soalan CH.. Selalu tak sahabat hilang barang.. Kata seorang sahabat:

"Siapa tak susun kasut ni, cepat susun, nanti barang awk akan hilang sebab awak tak susun kasut"

Hehe betul ke tidak? CH xtau... Ah cer tgk kasut masing2 tersusun tak, kalau barang selalu hilang jer, cer tgk, kasut kemas ke x? ^^

Kalau CH pasal hilang barang ni,memang selalu, kalau kunci bilik memang selalu jugak la hilang, pastu mula untuk misi mencari.. Pernah gunting yang hilang, pastu misi mencari lagi.. Selalukan macam tu.. Hilang dan cari... Hilang dan cari......

Macam tu la hidup kita, kita sentiasa mencarikan, mencari keredhaan Allah tu.. betul tak? Cari dan sentiasa cari.. Kadang2 iman kita turun, pada masa tu, kita mula mencari, tapi bila iman naik mungkin ujian datang buat iman turun lagi.. kita perlu cari balik.. dan cuba kita stop mencari keredhaan Allah, apa jadi? Kita hilang arah... xtau dah jalan mana baik dan buruk, dan mungkin tersesat di tengah jalan... iman kita ni ada turun, dan ada naik..

Sebab tu lah, hidup ini perlu sentiasa mencari.. mencari dan mencari redha Allah... 
^^

"Wahai Jiwa yang Tenang.. Kembalilah kepada TuhanMU Dengan Hati yang Redha dan diredhai-Nya.. Maka Masuklah dalam Golongan Hamba-hambaKU.. Maka masuklah ke dalam SyurgaKU.." (Al Fajr;27-30)

Hidup untuk mencari..^^ Pasal susun kasut, tiba2 ada yang menyusun kasut takut barang dia hilang... hehe mungkin sahabat CH hanya bergurau jer.. jangan percaya

Jom, mencari dan terus mencari~
.....................................................................................................................................................

p/s: Jangan berhenti untuk terus mencari..

Wasalam sayang....

Wednesday, January 1, 2014

Saya mahu kahwin dengan awak...........




Seorang anak lelaki berkata kepada bapanya : "Saya melihat seorang perempuan dan saya ingin berkahwin dengannya. Dia begitu cantik dan dia mempunyai mata yang cantik.”  Bapanya menjawab kepada anaknya “Anakku,sudah tentu, mari kita melamar dia dan bertanya pendapatnya dalam perkahwinan".  Apabila bapa melihat gadis itu , bapanya mengkagumi kecantikannya dan kata bapanya kepada anaknya.  "Kamu tidak berhak untuk bernikah dengan gadis ini, dia memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan dan yang boleh dia bergantung harap kepadanya, seseorang itu seperti saya "

Budak lelaki itu terkejut dengan sikap bapanya dan dia menjawab "Gadis ini akan berkahwin dengan saya, bukan kamu."  Mereka mula melawan dan akhirnya mereka memutuskan kedua-dua untuk pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Apabila mereka memberitahu cerita mereka kepada pegawai polis itu, pengawai polis itu memberitahu mereka, "Bawa gadis itu supaya kita boleh bertanya tentang pendapat dia tentang perkara ini."

Apabila pegawai itu melihat keindahan gadis itu dia berkata kepada budak lelaki dan bapanya: "Kamu kedua-dua tidak layak, dia memerlukan seseorang yang mempunyai prestij seperti saya." Tiga lelaki mula bergaduh dan memutuskan untuk pergi berjumpa menteri untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Apabila menteri melihat gadis itu, beliau berkata: "Dia sepatutnya berkahwin dengan seorang menteri seperti saya". Putera mendengar tentang permasalah mereka dan memanggil mereka semua untuk membantu mereka menyelesaikannya masalah mereka itu tetapi apabila putera itu melihat gadis itu beliau berkata: "Gadis ini akan berkahwin dengan saya".  

Semua lima lelaki mula berjuang. Akhirnya, gadis itu berkata "Saya ada jalan penyelesaian! Saya akan mula untuk berjalan dan sesiapa yang pertama dapat menangkap saya , dia akan menjadi suami saya". Apabila dia mula berjalan , budak lelaki itu , bapanya, pegawai polis, menteri dan putera mula berlari untuk menangkap perempuan tersebut. Tiba-tiba 5 lelaki itu jatuh ke dalam lubang yang dalam.

Gadis itu memandang kepada mereka dari atas dan dia berkata “Adakah kamu semua tahu siapa saya ???" “Saya adalah DUNIA !!!! Orang kejar untuk menangkap saya, mereka berlumba-lumba untuk mempunyai saya. Dengan berbuat demikian , mereka lupa AGAMA mereka, sehingga mereka berakhir di dalam kubur dan masa tu mereka tidak perlukan saya lagi.”

....................................................................................................................................................

CH: Cerita ini asalnya dalam versi bahasa Inggeris CH tukarkan untuk bacaan sahabat semua dalam versi bahasa Melayu..

Sesungguhnya dunia itu adalah indah semuanya, namun kerana keindahan dia, ramai manusia tergoda dan lupa akan syariat yang telah Allah gariskan dalam hidup ini.. Sehingga saat kematian menjemput, ketika itu baru tersedar akan kejahilan diri yang membuang agama dan tergoda dengan keduniaan.. tetapi, ketika itu, penyesalan yang tiada guna, kerana kita takkan dapat kembali kedunia lagi..

Jangan marah muslimat semua, cerita ini sekadar cerita yang memberi pengajaran, bukan mengatakan muslimat itu penggoda dunia, bukan… bukan…. ^^ semoga kita muslimat bukan muslimat yang membawa keindahan dunia yang merosakkan umat dunia.. sesungguhnya muslimat itu penting dalam agama,  pernah dengar kata2 ini, CH tak tahu ini hadis ataupun sekadar kata2:

“Jika mahu melihat bagaimana generasi akan datang, lihatlah wanitanya sekarang bagaimana sikapnya, jika solehahnya mereka, maka soleh dan solehahlah generasi akan dilahirkan kerana mereka yang bakal melahirkan generasi yang akan datang”


Betapa besarnya peranan wanita dalam membentuk generasi akan datang, kerana apa, wanita yang mengandungkan, yang melahirkan serta mendidik, ayah mungkin bekerja tak selalu bersama, sebab itulah wanita itu sangat penting dalam pembentukkan generasi akan datang. Buat wanita semua, bentuklah diri dari kamu masih gadis sunti supaya roh yang ada dalam diri kamu itu adalah roh yang terbaik untuk agama.. Peringatan untuk CH juga..

Wallahu’alam.. Wassalam sayang~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...