. »

Thursday, June 12, 2014

Kek Lapis Sarawak Masam Manis

Kek Lapis Masam Manis  (limited resepi, original dari Sarawak)

Resepi dari kawan CH merangkap roommate CH yg dah 3 tahun jadi roommate CH di Universiti ni.. Dia orang Sarawak, Resepi ni original dari orang Sarawak.. sedap tau.. ni CH buat bersama2 kwn2 dirumah salah seorang lecturer kami.. disebabkan buat sendiri, dan merasa putar tepung sendiri, sukat tepung sendiri, jadi CH dah ingat mcm mana nk buat kek ni.. ^^ seronok pulak.. ni resepinya:

Bahan- Bahan :

10 biji telur ( gred A)
200gm tepung biskut marie (dikisar halus baru timbang tau)
100 gm tepung gandum
450gm mentega ( Buttercup/ Golden Churn (1  3/4 butter cup )
1 sudu besar Ovellete
1 sudu kecil esen vanilla
280 gm gula halus (kalau pakai susu 3/4 susu tin dan gula 100 gm)
Haw flakes secukupnya
Pewarna kuning, hijau ( warna lain pun boleh ikut citarasa masing2 )

Cara Membuatnya :

  1. Pukul telur, esen vanilla dan ovallete higga kembang ( Bahan A )
    Putar telur hingga putih dan gebu mcm ni.. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan gula hingga putih berkrim ( Bahan B )
  3. Kemudian satukan Bahan A dan Bahan B, sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan hijau dan kuning
  6. Bakar dan lapis dan susunkan haw flakes secukupnya ( 36 haw flakes setiap lapisan ) dan setiap lapisan diratakan dengan 3-4 sudu makan adunan.
    Susun haw flakes, atau gula2 yg selalu dimakan zaman kanak2 tu...
    Kemudian bakar.. 
  7. Guna api atas sahaja dan setiap lapisan dibakar selama 5-7 minit atau hingga keperangan dan suhu oven 150 celcius.
  8. Lapisan yang dibakar warna kuning contoh gambar diatas sebanyak tiga sudu besar, dan dibakar selama 5-7 minit. selepas keperangan, angkat lapisan yang tadi dan letak lapisan hijau pula, bakar selama5- 7 minit juga.. ulang cara ini sehingga lapisan habis.. 

Kemudian siap...... jeng-jeng....

Dah siap.. ada gambar ni jer.. yang kalar merah xdigambar huhu
ni pun lecturer gambarkan, kami busy duk memasak, letih kot
masak kek ni, kena tunggu setiap lapisan tu siap semua
dari petang sampai malam baru siap..
tapi seronok ^^



p/s: Boleh la sahabat cuba untuk raya nanti ^^.. selamat mencuba... Wassalam sayang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...