. »

Saturday, October 25, 2014

Cinta Terasing (Cinta Dagang) ~

Masa terlalu pantas berlalu, dan meninggalkan seribu kenangan..

Kisah duka, kisah suka…. Tersimpan rapi dihati,

Usia yang semakin luntur, dari indahnya zaman kanak-kanak, kita tinggalnya untuk ke zaman remaja dan ditinggalkan untuk zaman separuh abad dan begitulah seterusnya.. Aturan Allah untuk hamba-Nya adalah aturan yang terbaik..

Derai, derai tangisan hujan.. di waktu magrib.. membasahi bumi,
Jam di dinding berdetak tanpa henti, hembusan angin lalu menyejukkan badan,
Sepi menyinggah diri dikala bersendirian…

Inginku lari dari hidup ini, pasti tiada jalan untuk keluar berlari,
Makin canggihnya , makin upgrade nya dunia, makin globanya dunia, makin luasnya kuasa dunia, makin sempit cintamu pada Allah…

Aku takut melihat keadaan dunia yang semakin tenat, tenat dengan kekancahan maksiat yang menjadi ke agongan dunia..

Aku hidup pada zaman yang tenat, aku hidup pada zaman kemanusiaan semakin luntur, aku hidup pada zaman kemaksiatan semakin di cintai, aku hidup pada zaman manusia memandang pelik pada kebaikan dan memandang keburukan itu biasa..

“Islam tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali dagang, Maka berbahagialah(beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.”
(Hadith Riwayat Muslim)



Mahu CH sharing petikan dari seorang sahabat digroup WhatsApp, terima kasih sahabat atas sharing ni, cuba baca baik2…
…………………………………………………………………………………………

Hari ini saya nak kita semua fikir.
Fikir sedalam-dalamnya.                       
                                                                                                                                                                                                                                                                                               
Saya nak bagi satu analogi.

Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada.

Tapi, hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli lego baru. Masih tak cukup.

Kita jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari.

Dan akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga,  pegang lego terakhir tu dan letakkan di puncak. Kita menjerit gembira!

"Yessss!! Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"...
Tiba-tiba, adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak. Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit "yeay, dapat main dengan abang!"         
                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Apa perasaan kita waktu tu?

Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5 tahun kot..

Apa yang kita nak buat?

Pukul? Sepak? Marah? Atau bunuh?

Paling kurang kita akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus..


Teruknya kita.

Ok, dah puas baca analogi saya? Dah?


Kali ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis!

Rasulullah SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah.

Rasulullah SAW telah menerima wahyu di gua hira'. Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil.

Baginda buat kerja dakwah secara senyap. Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di Taif. 

"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!"

Reaksi penduduk Taif. Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar dari bandar Taif bersama zaid. Nabi terbaring di sebuah kebun.

"Allahummaghfirli ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku!

 Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib. Kurma yathrib tak laku. Tapi Rasulullah  tetap pergi! Korbankan segala benda.

Berpuluh tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan Rasulullah, Islam naik ke puncak. Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga Rasulullah!


Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!

Kita hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!

Agak-agak, apa perasaan Rasulullah?

Penat-penat Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!

Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?!  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                “Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati!”

Rasulullah tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya. 


Tak malu ke?

Tak malu ke?

Tak malu ke?

Buat maksiat lagi!

Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah!


Infiru! Taubat! SubhanAllah..


"1436 tahun hijrah. Begitulah jauhnya kita dengan Rasulullah SAW.."


Salam Maal Hijrah.. jangan dilupa kisah disebalik hijrah ini.. Wassalam sayang..

2 comments:

NuRuL NaJiHaH biNtuN RaMlee said...

Ch,mohon izin nak copy & share di blog ana bleh?

Cahaya Hidupku said...

Oh.. Nurul Najihah, boleh jer.. silakan.. moga bermanfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...