. »

Sunday, March 29, 2015

Putus cinta


Putus cinta, cinta tak kesampaian.. emm bunyinya macam sangat sakit tajuk kali ni.. Dah terlalu lama yer CH tidak mengulas pasal cinta.. sangat lama rasanya blog ini tak sentuh isu cinta, alhamdulillah kali ini Allah gerakkan hati ini untuk menulis mengenai CINTA untuk sekian lamanya.

Sejak akhir-akhir ini, CH sering dikhabarkan dengan perkhabaran PUTUS CINTA. Dekat FB ada jer sahabat menulis mengenai putus cinta, sahabat meluahkan isi hati mengenai putus cinta. Itu yang menyebabkan CH tergerak untuk ulas dan share mengenai putus cinta disini. Sebenarnya putus cinta ini sakit, bagi yang pernah mengalami emm CH rasa semua mungkin ada pengalaman kot huhu.. sangat sakit putus cinta ni..

Baru-baru ini ada kawan CH murang sangat, dan makan tak lalu.. sebenarnya keadaan dia itu akibat dari putus cinta, okey kita namakan dia sebagai hamba Allah A. Tiba-tiba A cerita yang dia putus cinta.  A ni mula menangis.. Katanya lelaki itu akan bertunang dengan orang lain, A dah bagitau lelaki itu yang dia sayang lelaki tu dan nak kahwin dengan lelaki tersebut. Tapi lelaki itu tak dapat tolak pemintaan maknya yang mahu meminang wanita lain.. emm sedih storynya, hampir 8 tahun rasanya A berkawan dan bercinta dengan lelaki tersebut.. Keadaan A sangat sengsara jer tengok dia, menangis dan  tak dapat buat kerja langsung, memandang computer, tapi dia langsung tak focus pada kerja. Tapi alhamdulillah Sekarang dia nampak dah mula happy.

Baru-baru ini juga kisah seseorang ni, selepas CH solat, CH mengemas kain telekung, CH tengok dia menangis, CH namakan dia hamba Allah B yer.. pada masa tu kakak yang sama team work dengan B ni cakap “sabar akak, sabar”.. dan dia berlalu pergi untuk sambung kerjanya. Mulanya CH ingat B menangis sebab banyak kerja, sebab banyak project under dia kena submit. Tapi rupanya masalah putus cinta.  B ni pernah bertunang dan putus tunang. Lelaki tu pun dah kenal family B ni, dan B dan lelaki tu pun dah rancang untuk berkahwin, tiba-tiba lelaki tu kata tak boleh nikah sekarang dan dia mungkin nikah lambat lagi sebab familynya perlukan dia, dan dia perlu kerja untuk familynya dulu.

Dan akhirnya mereka putus, kisah putus ni tahun lepas lagi. Masa  B putus tu,  B cakap macam mana, dia duduk tepi tasik sorang2, macam orang gila, sedih kat tepi tasik tu. Fikir nak bomohkan lelaki tu, macam-macamlah, menangis jer, sebab dia fikir hampir nak nikah, tapi tak jadi, macam mana tak sakitnya. Benci sangat2 pada lelaki tu. Tapi kali ini yang  B menangis adalah kerana dia tertengok di instagram lelaki tu yang lelaki tersebut sudah bertunang dengan perempuan lain. Sebenarnya B nak sambung balik dengan lelaki ni, walaupun sekarang B dah ada calon lelaki baru, tapi dia nak kat lelaki tu lagi . Tapi tak sangka, dulu katanya nak kahwin lambat lagi, tapi sekarang tunang dengan orang lain pulak. Seperti B di permainakan. Huhu Sedih jugak tengok B, masih membenci dan berdendam kembali pada lelaki tu. B ni suka stalk bekas tunangnya, itu masalahnya, kalu tak stalk mesti tak dapat tau cerita bekas tunangnya bertunang dengan orang lain. Tapi tula sebab dia sayang sebab tu dia selalu stalk.

Lagi kisah putus cinta..  Tapi kali ni lelaki. CH namakan hamba Allah C. C ni memang seorang yang senyap kat office. Hanya bercakap mengenai kerja. Mungkin dia terlalu sakit kot kemudian dia bercerita masalah dia.  C ni kata, dia putus cinta ramai dah, dulu kat universiti semua orang tahu siapa couplenya. Alih-alih mereka putus. Tapi kali ini katanya dia putus dengan wanita lain. Dia kata tahun lepas dia tak balik raya kat kampong, tapi dia ke pulau untuk tenangkan fikiran. Katanya hampir RM10k habis macam tu jer kat pulau tu. Dasyat lelaki, sedih macam tu sekali.. Dia kata dia nak kahwin, tapi pihak wanita pula yang tak nak. Sebab dia seorang yang boring, mesej tak balas, sebab dia kata dia bukan jenis balas mesej. Itu yang semua perempuan putus dengan dia sebab dia seorang yang boring. Emm gitu pulak ceritanya..

Yang ni pulak kisah seorang hamba Allah, CH namakan sebagai hamba Allah D.. D  ni dia boleh bertemu lelaki ni sebab lelaki tu cuba merisik dia melalui sahabat D ni… kiranya sahabat D  ni menjadi orang tengah. Dan dalam duk merisik dan taaruf, mereka ni mula mengikat janji. Lelaki ni menemui mak ayahnya. Kiranya mak ayahnya kenallah lelaki ni. Dan D ni pun baik jer dengan family lelaki ni. Tapi suatu hari lelaki ni nak sambung belajar Master dan seterusnya PhD. Jadi ada masalah dengan perhubungan mereka nilah. Pihak lelaki mungkin akan habis belajar dalam 5-7 tahun lagi, dan mungkin umurnya 29 tahun macam tu. Ayah lelaki tak bagi kahwin dalam pengajian, sebab anaknya tak kerja, selagi tak kerja, tak boleh kahwin. Sebulan mereka ni diberi tempoh istikharah balik samada nak putus ke teruskan. Dalam tempoh tu, memang dah puas D ni nangis, sebab bagi D dia rasa hubungan ni akan putus.. 

Dan bila selepas sebulan. Jawapannya mereka memang putus. Tapi D ni tak nangis pun lepas putus tu, mgkin sebab dia dah sebulan duk nangis sblm putus tu kot. Selepas tu D ni mula rengang dengan sahabat baik merangkap orang tengah tu. Boleh dikatakan disalahkan orang tengah sebab hubungan yang tak jadi ni. Hampir setahun juga rasanya dia tak stabil dengan membenci pada lelaki tu membuak2 dan tak boleh berhubung dengan sahabat baik dia orang tengah tu. Katanya, bila mesej ke, berhubung ke dengan sahabat baik dia atau orang tengah tu, dia rasa sakit sebab teringatkan lelaki tu.. Sebab dia sayang lelaki tu, memang dia nak nikah dengan lelaki tu, tapi tak jadi, itulah yang lama juga dia nak kembali menerima sahabat baiknya itu dan cakap pasal cinta pun payah dengan dia, kalau dulu ajak g majlis kahwin pun dia tak nak, dia rasa sedih. Sampai gitu sekali. Sekarang mungkin dah hampir 2 tahun kot diorang berpisah, Alhamdulillah hamba Allah D ni dah okey. Katanya, dulu tu dia belum matang, sampai orang tengah dipersalahkan dan lelaki tu pun dibenci, nak cakap pasal cinta pun tak boleh. Tapi sekarang hubungan dengan orang tengah pun dah okey. Mereka bersahabat seperti dulu. D pun happy dan ceria walaupun orang duk tanya dia bila nak kahwin pun, dia tetap boleh senyum, mungkin sebab dia dah redha.

Kisah-kisah kat atas ni kisah berlainan. Tapi kisahnya putus cinta. Mungkin bagi perempuan bila dia putus cinta, dia memang akan cuba membenci lelaki tersebut. Sebenarnya dia sayang, tapi benci tu sebab supaya dia lupa lelaki tu. Tapi kalau kita tengok kisah yang lelaki pulak yang putus cinta, sebenarnya hampir gila jugak dia frust hingga duk pulau di hari raya, habis duit RM10k sebab putus cinta.. Cuma lelaki ni kita tak nampak macam mana dia sakit bila putus cinta. Emm CH pun fikir lelaki ni bila putus cinta, ala diorang ada perempuan lain nak cari huhu.. tapi tak sangka lelaki ni frust macam tu sekali.  Sebenarnya banyak kisah putus cinta ni, tapi CH tumpukan yang ni sahaja.

Okey, melalui kisah-kisah ni banyak pengajarannya.

1.       setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Atau Allah nak kita perbahru iman untuk bersama semula sebagai suami isteri yang sah.. mungkin perpisahan sebagai penguat lagi iman dalam diri.

2.        itu menunjukkan tiada jodoh. Sekuat mana kita cuba bertahan, sekuat mana kita cuba merancang untuk bersama, tapi tetap putus, itu maknanya, dia bukan jodoh kita. Sebab ketetapan adalah dari Allah.

3.        Allah mahu menguji. Berapa ramai hamba Allah yang redha dengan ujian ini.. lagi-lagi ujian putus cinta ni. Sekuat mana iman pun, akan ada terdetik rasa tak redha. Tak redhalahkan bila kita membenci orang yang pernah kita cintai dan putus tu. Kenapa nak membenci, kalu kita redha kita takkan membenci. Redhalah atas ujian Allah ni, mungkin ada sebab Allah menghalang kamu dari bersama.

4.       Allah mahu melihat kamu sujud padanya. Setelah kita diuji, menangis, sakit, menderita, kita cerita pada manusia untuk melepaskan kesedihan, tapi tidak mungkin untuk mendapat ketenangan. Hanya dengan berdoa, memohon pada Allah akan dapat ketenangan. Ingat hanya pada Allah tempat kita mengadu. Kalau kita mengadu kat manusia, manusia tak dapat ubah apa-apa pun. Minta sungguh-sungguh pada Allah.


5.       sebab Allah pisahkan kamu adalah kerana mungkin hubungan kamu itu menjauhkan kamu dari Allah. Check balik hubungan yang telah dibina hingga terputus. Mungkin hubungan itu tak menjaga batas pergaulan, selalu mesej, call tanpa urusan penting sehinggakan Allah berada ditakhta kedua dihati. Cinta dihati seumpama bakal pasangan itu yang paling dicintai, kalau boleh scan cinta tu 100% pada bakal pasangan tanpa tinggal sedikit pada diri sendiri dan cinta pada Allah. Sebab tu Allah pisahkan. Selepas berpisah, kamu mula mencari Allah, kamu mula merintih pada Allah, yang sekian lama dia yang melebihi Allah. Itu sebabnya Allah pisahkan dia supaya kamu dekat dengan Allah.



Itu mungkin sebab putus cinta, sekarang CH nak share tip melupakan. Mungkin ada yang tanya,

“ saya perlu menunggu dia, atau melupakan”

Menunggu itu satu benda yang tak pasti, dan CH tak kata melupakan itu sesuatu yang baik. Tetapi melupakan itu adalah lebih baik supaya hati lebih tenang dan gembira. Kalau ada yang kata “saya nak tunggu jugak dia”. Boleh nak tunggu, tapi kita tak pasti, ya ke dia masih sayangkan kita, entah-entah dia dah ada penganti kita ke. Cara terbaik bagi CH jangan berharap lagi, cuba bina hidup baru.. Sebab berharap dan menunggu adalah sesuatu yang menyakitkan. okey,  Cara melupakan kita gunakan kaedah Ibnu Mas’ud RA mengenai hati resah





Cara melupakan yang kedua:
1.       Jika ada dia di Facebook kamu, jangan block, jangan unfriend, tapi hide sahaja postnya dihome kamu. Jika keluar post dia terus tekan hide. Dan semua post yang dia post takkan keluar lagi dihome kita. Kalau rasa dia suka komen kat post kawan dia, dan kawan dia ni friend awak, hide jer ngan kawan-kawannya sekali. Kalau hide awk jer tahu siapa yang awak hide, tapi kalau unfriend semua orang akan pelik kenapa awak unfriend dia, nanti semua orang musykil.Tapi CH tak tahu nak unhide balik camne hehe.. CH selalu hide kawan FB yang suka post benda tak senonoh, CH tak buang dia dari jadi kawan CH tapi CH hide sebab CH nak post yang CH post boleh dakwah dia.. insyaAllah (eh.. sorry keluar dari tajuk putus cinta pulak)


2.       Dah hidekan, jadi, jangan sesekali stalk dia lagi. Walaubagaimana kuat pun hati nak tahu dia dah ada orang ke, rindu awak lagi ke, awak rindu dia ke,apa-apa jela, jangan sesekali stalk. Sebab awak akan sakit lebih lagi, dan awak pasti takkan tenanglah, mesti duk murung teringat kat dia, macam kes Kakak B yang memang suka stalk bekas tunang dia, tu yang orang bahagia, tp kita akan nangis tengok  dia dengan orang lain.. jangan sesekali stalk okey.. dengar cakap CH ni.


3.       Buang no hp dia dalam simpanan contact kita. Kalau ada no adik dia ke, ayah, mak, kakak dan sebagainya, delete jer. Sebab kalau pempuan ni, dia akan contact balik lelaki yang dah putus dengan dia ni. Kadang-kadang contact marah si lelaki tu. Tiba-tiba contact “tolong buang buku yang saya bagi kat awk”.. yang lelaki tu balas “baik”.. lagi hangin dianya pempuan tu. Tapi hakikatnya wahai lelaki, bila pempuan marah macam tu sebenarnya diorang sayang korang lagilah tu. Tapi lelaki tak fahamkan. Jadi delete jer nombor hp tu dan korang takkan boleh contact dia ag.. segala mesej, tak kiralah mesej tentang dia dari orang tengah dan mesej dia sendriri ke, padam jer semua.. okey.. Pasti lebih tenang.

4.       Jangan salahkan sesiapa pun akibat hubungan yang terputus ni. Macam kes hamba Allah D tu, dia cuba salahkan orang tengah yang cuba menolong, tapi bila putus jadi musuh pulak. Sedangkan semasa sebelum putus orang tengah tu jugak yang cuba tolong. Jadi jangan salahkan sesiapa pun, termasuk orang yang tak jadi dengan kita tu, mak ayah yang tak bagi ke, jangan salahkan mereka, sebab itu semua asbab untuk Allah pisahkan kamu berdua. Sebenarnya memang Allah nak pisahkan kamu. Sebab mungkin kamu tiada jodoh dengannya.


5.       Sentiasa dekati Al-Quran, solat, ingat Allah, zikir, muhasabah diri, berdoa semoga Allah gantikan dia dengan yang lebih baik. Ini yang paling utama, yang diatas ni sebagai jalan untuk tenang, tapi yang ni memang buat pasti tenang. Sebab Allah yang pegang hati kita, jadi berdoa pada Allah sungguh-sungguh. Buat Solat sunat, tahajud, hajat. Minta sungguh-sungguh apa yang kita rasa dan apa yang kita nak. insyaAllah Allah pasti tolong. Dan pasti lebih tenang.

Semoga sedikit perkongsian ini, boleh diambil iktibar. Jangan menangis, jangan sedih, ingat Allah ada. Redha dan berdoa. Jika orang yang kamu putus itu memang jodoh kamu, pasti akan disatukan semula. Tapi nasihat CH, jangan terlalu berharap. Berdoa semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Jangan berharap lagi pada cinta yang putus tu. Tapi jika jodoh kamu dengan dia, insyaAllah bersama semula sebagai suami isteri.

“Allahumma sarkhirli zaujan solihan, yakhtibuni, wa yatazwwajubi, wayakunu sahibanli, fi dunya wal jannah.”

“Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di syurgaMu.”

"DO'A AGAR CALON JODOH KITA KIAN TERGERAK HATINYA "

Ya ALLAH , Tak jemu kami memohon kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada kami..
Ya ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
Ya ALLAH..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Ya ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Ya ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..
Ya ALLAH..
Tiada tempat untuk kami bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Ya ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Ya ALLAH..
Kirimkan dia yang dapatmembawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Ya ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..

p/s: Maaf kalau post CH ini tak membantu sahabat yang sedang menderita putus cinta. Mungkin itu sahaja yang CH boleh share. Mungkin ada yang lebih tahu nak share jugak dari pengalaman, atau  pembacaan, atau nak komen apa yg CH tulis, sila komen jer di ruangan komen CH.

CH tinggalkan sahabat dengan pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Dan Firman Allah dalam surah Al Baqarah, bermaksud ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Wasalam sayang~            

5 comments:

Zafirah Jamaludin said...

bukan mudah nak buang dia yang pernah mencuri hati tapi tak mustahil, Allah itu kan sebaik-baik Perancang..
Terima kasih 4 sharing :)
saya singgah dan follow blog awak,
jemput ke blog saya ye, saya masih baru lagi dalam dunia blog :)

Cahaya Hidupku said...

setiap apa yh berlaku.. ada hikmahnya.. betul tu zafirah, perancangan Allah itu adalah perancangan terbaik..
CH dah follow blog Zafirah, terima kasih kerana sudi singgah blog CH.

nalya lya said...

Tgh alami sekrg...xleh nk move on..hati sentiasa rs sedih dan tringat kt dia..rs syg selma 8 thn mustahil nk buang..xleh nk buat keje..asyik mnangis jer ..salu sakit2..dh buat mcm2 cr..dekatkn diri kpd Allah..bc al quran..zikir..tp hati msih sepi dan sedih..rs xkuat nk hadapi.. :'(

Cahaya Hidupku said...

Salam Nalya.. maaf CH baru bkesempatan utk bls komen Nalya..

CH faham betapa sakit n pedihnya.. Mgkin dh xboleh nk nangis dh.. dh xde air mta..

Nalya berdoa n dekatkn diri pd Allah, jgn fikirkn 8 tahun tu. mgkin ada sb Allah putuskn hbgan y lma ni.. muhasabah hbgan Nalya tu.. bertaubat ats slh silap Nalya. doa moga Allah gantikan dgn y lbh baik.. hnya Allah jer tahu msa dpn kita . minta sgguh2 spy Allah bg ketenangan..n minta sgguh spy Allah gantikn dgn y lbh baik . insyaAllah, Allah akn gntikn dgn y lbh baik.. insyaAllah..

mgkin skg kita xnmpk, nnti suatu hri nnti Nalya akn bsyukur Allah uji Nalya mcm ni..

kalau Nalya sedih, sakit, pedih.. Nalya letakkan tgan kt dada n baca surah Asy-Syarh.. Surah Asy-Syarh ni di mna Rasulullah SAW rsa sedih krn sikap umatnya xnk terima dakwah Rasulullah pd msa tu.. tu y turun surah ni.. insyaAllah moga bmanfaat.. ag satu Nalya, Nalya buatlah solat sunat mlm.. tahajud tu mmg sgt bg ketenangan, doa sgt makbul dgn solat tahajud.. dlm sujud tetakhir solat tahajud ni, Nalya luahkn segala msalah Nalya kt Allah, rsa Nalya, pmintaan Nalya utk msalah ni.. insyaAllah Allah dgr, malahan Allah bg Nalya jln utk msalah ni.. Nalya Allah jer y blh bg jln utk sgala msalah kita.. kalau luahkn kt manusia, manusia blh bg nasihat, tp kita kdg2 mcm xblh terima nasihat tu.. hnya Allah jer y mmg tmpt terbaik utk kita luahkn msalah kita.. insyaAllah nnti Allh bg jln..nti Nalya tido dulu,lps tu bgun sblm sahur tu, buat solat tahajud.. sb solat tahajud ni kena tido dulu n bgun tgh mlm tu bru blh solat..

Nalya kuat.. Ramadhan ni doa makbul, doa sgguh2..

Salam Ramadhan.. moga ketemu mlm al-qadar n semoga diampunkan sgala dosa kita semua..

Salam sayang Nalya.. semoga kuat krn Allah... :)

nuna said...

anggap saja Allah nak bg kite jodoh yg lebih baik. kita akan jumpa org yg salah dulu dan di akhirnya kita jumpa org yg tepat utk diri kite. wah gituh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...