. »

Sunday, February 15, 2015

Pergimu Tiada Ganti~



“Nyawa kita diumpama api pelita, yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam”(Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat)


Pada tanggal 12 Februari 2015, pada malam Jumaat 9.40 malam,
Perginya dikau Sang Murabbi bertemu Ilahi,
Sebak dada ini, bertakung air mata,
dikau pergi takkan kembali lagi,
Tiada ganti sehebat perjuang Islam sepertimu.

Antara hadirin yang datang menziarah
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
.

keranda diusung oleh lima orang anak lelakinya menuju ke
 tanah perkuburan yang terletak kira-kira
500 meter dari rumah beliau.

Keranda diusung oleh lima orang anak lelakinya menuju ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah beliau.

Ratus ribu yang datang..Mereka datang tanpa dibayar..tapi mereka datang untuk
memBAYAR..Membayar jasa seorang insan yang
mengajak mereka kepada Allah..Membayar harga
sebuah perjuangan sorang insan yang tidak
pernah berundur dari meperkenalkan kepada
rakyat tentang Islam.


Tiada lagi suaramu memberi tazkirah ilmu,
Aku masih ingat, ramai yang berkumpul dan bersila,
Anak muda, Pak cik, mak cik, kanak-kanak semuanya bersila dan duduk mendengar.
Majlis ilmu itu ditengah-tengah Bandar Kota Bharu,
Aku baru sampai dari negeri Selantan,
berjalan untuk ke bus stop yang bersebelah dgn Parkson.
Aku harus menunggu bas untuk ke Kuala Krai.
Hari tu hari Jumaat, pagi Jumaat.

Kali ini baru aku tgk sendiri,
biasanya aku dengar dari corong pembesar suara di bus stop,
sebab biasanya aku menaiki teksi utk ke bus stop,
namun kali ini dari stadium aku berjalan kaki ke bus stop,
tersesat jalan hingga aku melalui lorong ke Parkson.


Aku lihat puluhan orang sedang duduk,
Ada yang duduk bersila di atas jalan,
penuh sepanjang jalan hingga ke lorong ke Parkson,
di atas koridor  kerana terlalu ramai orang,
Ramai, ramai yang sedang kusyuk mendengar.
Tak sangka mereka hadir tanpa dipaksa untuk mendengar bait-bait ilmu dari Tok Guru

Namun kini pasti kami rindui, rindui suara itu yang sering memperdengarkan ilmu,
Ilmu untuk saudaranya supaya makin dekat dengan Sang Pencipta.
Hari Jumaat, pada pagi Jumaat, pasti semua akan merindui,
Rindu nasihat dari insan hebat sepertinya,
bait-bait kata mengingatkan kita pada Sang Pencipta dan Rasulullah SAW,
Tiada lagi suaranya, tiada lagi susuk badannya duduk bersila memberi ilmu, tiada lagi..
perginya tiada ganti, tiada ganti sepertinmu.


Kekalkan majlis ilmu ini, walau siapa pun yang akan memperdengarkan nasihat
Kekalkan, supaya hati kami tetap ada nasihat untuk mengingati Allah,
kekalkan suasana agama, kekalkanlah suasana Islam di Kelantan..

Rehatlah ayahanda,
Sudah lelah dan penat dikau dalam perjuangan untuk agamamu,
Kini masa untuk dikau rehat dan bertemu Allah..

Bertemu disyurga, insyaAllah pasti kita bertemu disyurga.

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dalam ingatan (1931-2015)

Firman Allah Taala:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Maksudnya: Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka.
(Al-Ahzab: 23)



p/s: buat semua, teruskan perjuangan ini, teruskan..!!!! Allahuakhbar.... 

cc: pic from Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...