. »

Thursday, October 20, 2011

Resepi Biskut Almond London Mudah!


emm sedapnya... ^^



Bahan-bahannya

Tepung gandum 2 cawan
Tepung jagung 1 cawan 
Minyak sapi satu tin kecil 
Gula halus setengah cawan 
Telur 2 biji (ambil kuningnya sahaja)
Perisa vanilla 1 sudu teh
Coklat masakan secukupnya ,biasanya 2 paket.
Kacang almond/badam secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Hiasan : Coklat Rice atau badam kisar

Cara-caranya:


Putar telur  dan gula hingga sebati. Masukkan minyak sapi dan putar hingga sebati.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan  diulikan sehingga menjadi doh.  

Bentukkan doh tadi menjadi bulat beserta masukkan kacang almond kedalamnya.
Doh yang siap dibentukkan tadi boleh la di bakar  selama 15 minit.

Setelah siap dibakar, masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas. 

Untuk coklat,panaskan air kedalam periuk dan masukkan periuk kosong  yang agak kecil keatas air tadi. Dan setelah air di dalam periuk mula mendidih, boleh la masukkan coklat masakkan ke dalam periuk kecil itu.. 

dalam proses..
setelah coklat masakkan mencair bolehlah dimasukkan ke atas biskut tadi… hiaskan dengan taburkan coklat rice di atasnya biskut,tapi pastikan coklat masakkan belum beku, jika coklat sudah beku, coklat rice takkan melekat lagi pada biskut.. biarkan coklat beku barulah boleh dihidangkan..^^

Untuk 60 biji biskut, tapi kalau buat besar2 dapat sikit je..^^
…………………………………………………………………………………………..
p/s Boleh la buat sendiri, dari beli kat kedai yang harganya 15 biji RM20.. Dulu terfikir juga kenapa biskut ni mahal, tapi bila buat sendiri baru tau..Harga biskut Almond London mahal sebab nak buatnya makan masa yang lama. Terutama nak letakkan coklat keatas biskut, Ya Allah sakit belakang, mana tak nya, 60 biji nak diisi coklat masakkan, mana tak sakit belakang. Tapi makannya sedap ^^ budak2 suka..

.........................................................................................................................................................

Monday, October 17, 2011

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA


Bismilahirahmanirahim...

Cinta itu adalah anugerah.. tapi camne nakkan cinta yang diredhai Allah..^^


"i love u.."



################################

 ~ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ~

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.



RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)

rujukan: Sini ^^

*********************************
**
10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA**
**********************AYUYati****************** 

Sunday, October 16, 2011

Saat Paling Bahagia

Ustaz Azhar Idus dan Zaujahnya



################################



Seorang isteri bertanya kepada suaminya: "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?"

Suaminya memandang muka isteri dan berkata: "Saat itu belum terjadi lagi."

Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi: "Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata: "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga."

Firman Allah SWT :


"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)



Pendakwah dan jurugambar berbakat :) Facebook beliau:
Sini... .... ^^


Moga Mendapat ilmu..^^

*********************************
*****Saat Paling Bahagia******

**********************AYUYati******************

Monday, October 10, 2011

Keluarga sakinah

Mahukan keluarga bahagia? pastikan..sy juga.. InsyaALLAH..^^

################################


Cita2 memiliki sebuah keluarga bahagia.. <3 <3 <3


Memiliki keluarga bahagia adalah suatu impian setiap orang..

"Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

Muslimin dan muslimat jangan ingin memliki jer tapi perubahan kearah kebaikan xde langsung, pasti cita2 ini xdpat.. 

Jadi apa yang perlu di lakukan?

1. Jaga pandangan, jauhi dari zina mata dan zina hati
.
2. Couple adalah satu penyebab cinta yang di bina mudah bosan dan mahligai yang dibina atas dasar maksiat tu mula roboh. Berpegangan antara lelaki dan pempuan menjadi biasa, dah xde rasa "cas elektrik" yang merupakan satu unsur yang memberi kebahagian kepada suami isteri..

3. Praktikkan rasa sayang dan kasih pada yang halal, contoh pada ibu bapa,adik2, kakak2..xperlu nk bermesra sebelum halal.

4. Jadilah hamba yang sentiasa taat pada Allah segala segi.. Mahupun dari segi solat dan amalan harian.

5. Yang paling penting cintailah Allah lebih dari segalanya... Pasti cinta yang dibina sentiasa diredhai Allah..

" Cinta yang dibina atas dasar Cinta Allah akan sentiasa hidup dalam Cinta Allah"



*********************************
*******Keluarga sakinah********



**********************AYUYati******************


Sunday, October 9, 2011

Ulil Amri yang patut dipilih

‎"Wahai orang-orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad),dan ulil amri ( pemegang kekuasaan)* di antara kamu. kemudian,jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang kemudian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

surah An-Nisa' ayat 59

*taat pada pemegang kuasa selama pemengang kuasa berpegang pada kitab ALLAH (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW.




################################



Hanya pemerintahan Rasulullah SAW y terbaik xde tolak bandingnya


sebagai peringatan bersama ^^



*******************************
**Ulil Amri yang patut dipilih**



**********************AYUYati******************

Friday, October 7, 2011

SAYA MERINDUI DETIK-DETIK SAYA DIPIMPIN



Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum....


#############################


    Teringat saya saat-saat saya menjadi anak usrah kepada naqibah saya.. ketika itu saya jahil dan sedang berusaha untuk berubah menjadi seorang Muslimah yang solehah.. Saya betul-betul telah jatuh cinta untuk mendalami Ilmu Agama Islam yang belum saya faham, contoh aurat wanita, kalau dulu saya fikir cara saya itu dah betul,rupanya pakaian saya itu masih ada sisa dosa..

   Saat saya bersama naqibah saya, saya yang selalu minta adakan usrah, kakak naqibah saya agak sibuk ketika itu kerana semester itu adalah semester terakhirnya.. mungkin agak pelik bagi orang lain, sepatutnya naqibah yang mencari anak usrah, namun saya lain, saya yang mencari naqibah.. itulah dia, cinta saya teramat sangat pada usrah dan cara kakak naqibah saya sememangnya menyentuh hati saya... Terima kasih segalanya kakakku..

Kini, saya mencari anak usrah, mencabar rasanya, tak tau nak cakap.. tapi saya nak sangat jadi seperti kakak naqibah saya..yang memimpin saya sehingga saya merindui saat2 itu sehingga kini.. terima kasih
kakak2 ku...


********************************


*SAYA MERINDUI DETIK-DETIK SAYA DIPIMPIN*

**********************AYUYati******************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...