. »

Sunday, June 19, 2016

Perkahwinan saya

Assalamualaikum..

Wah hampir setahun CH tak ke sini.. CH ada, tapi agak busy dengan komitmen hidup. Emm.. Sebenarnya banyak yang CH nak share. Tapi tak berkesempatan.. Nak share pasal Ma CH yang dapat menunaikan haji pada bulan September tahun lalu. Tapi CH tak sempat nak up cerita tu. Mungkin lain kali.

Kali ini CH nak updatekan pasal perkahwinan CH sendiri.. Syukur kurniaan Allah atas jodoh ini..Mungkin dah terlewat nak update kat sini..

Alhamdulillah, tanggal 12 March 2016, 12 tengahari, dengan sekali lafaz, Nurhayati(CH) sah menjadi isteri kepada Ahmad Shukeri. Emm tak sangka cepat betul masa berlalu. Macam tak caya dah kahwin.. 

Ramai yang bertanya? Macam mana kenal?.. Soalan ni sangat famous.

Tempoh perkenalan yang tak ada la panjang pun. Lepas tu kami bertunang 3 bulan dan berkahwin ^^.. Tapi suami CH ni seorang yang serius untuk mengisterikan CH. Itu yang CH suka, tak ada nak tanda2, cop2 CH sebelum betul2 untuk bernikah. ^^ impian CH tu kiranya betul2 jadi kenyataan.

Sebelum bernikah, tempoh taaruf

Masa ni tempoh kiranya dalam perkenalan. Still dalam istikharah. 2,3 bulan selepas taaruf, suami bawa jumpa mak dia. Rasa nervous tu tak tau nak cakap, tapi mak dia sangat menerima CH dengan baik. Sangat dipermudahkan. Walaupun family suami CH ni dia agak orang ‘bandar’ dan CH orang ‘kampong’ jer, tapi family dia sangat menerima CH dengan baik. Itulah sebab CH happy, dan rasa segalanya dipermdudahkan.

Setiap kali suami CH ajak CH keluar makan (biasa cuti am), masa ni  dia akan bawa mak dia sebagai orang peneman kami berjumpa.. ^^ sebab tu CH agak baik dengan mak nya walaupun sebelum berkahwin lagi. CH suka hubungan yang terjaga, sebab dari situ kita akan membentuk perwatakan bakal generasi kita nanti. InsyaAllah. Dan dari situ jugak kita boleh lihat, sama ada dia sebenarnya seorang yang menjaga hubungan atau tak.

Penerima family CH

Walaupun CH orang pantai timur, mungkin agak kuat untuk berkahwin dengan satu negeri, apabila CH menyuarakan yang suami CH nak jadikan CH isteri, ma CH terima. Ma CH cakap “Apa masalah negeri lain2, semuanya sama..” Selama ni dalam doa CH, CH minta “Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di syurgaMu.”

Tak da pulak satu negeri dalam doa tu haha.. Yang beragama walaupun negeri mana2 pun, kenapa tak bolehkan? Dari situ CH istikharah, bukakan hati dan CH terima suami CH. 

Perhubungan yang dirahsiakan

Bertunang hanya sekadar family yang tahu. Tak ada pelamin, hanya dulang2, dan cincin merisik dan bertunang. Yang penting ketika itu, belah lelaki datang untuk meminang dan tetapkan tarikh kahwin. Alhamdulillah, walaupun berbeza negeri, tapi segalanya dipermudahkan, semua tampak gembira masa bertunang tu..

Perkahwinan


Majlis belah CH yang agak ringkas, tiada makan beradat, hanya makan bersimpuh ^^ masak rewang sesama orang kampong. Memang super jimat, duit boleh di simpan untuk kehidupan bersama suami nanti, bukan sekadar untuk di habiskan untuk majlis sahaja.

 Itu sahaja sharing CH, tak tahulah sama ada boleh di ambil pengajaran dan isi dari sharing ni. Akhir kalam, doakan moga perkahwinan CH ini sentiasa diberkati Allah, dikurniakan anak yang soleh dan solehah, berbahagia insyaAllah hingga ke syurga.. amin













First bersalaman sebagai suami isteri.. Malu sangat, CH terus lepaskan tangan suami.. Kelakar, sebab rasa lain sgt bila bersentuhan..










Antara barang2 hantaran


Bersama ma yg tersayang...



Antara family CH..


Mak abah belah suami
Makan beradat CH.. :)



2 April 2016.. bersamaan hari lahir CH.. Majlis belah suami.. 







Sahabat PMI



Ni semua adik beradik belah suami..

 Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan ini, adalah Ramadhan yg terbaik dari sebelumnya..
Wassalam sayang..

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...