. »

Wednesday, January 1, 2014

Saya mahu kahwin dengan awak...........




Seorang anak lelaki berkata kepada bapanya : "Saya melihat seorang perempuan dan saya ingin berkahwin dengannya. Dia begitu cantik dan dia mempunyai mata yang cantik.”  Bapanya menjawab kepada anaknya “Anakku,sudah tentu, mari kita melamar dia dan bertanya pendapatnya dalam perkahwinan".  Apabila bapa melihat gadis itu , bapanya mengkagumi kecantikannya dan kata bapanya kepada anaknya.  "Kamu tidak berhak untuk bernikah dengan gadis ini, dia memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan dan yang boleh dia bergantung harap kepadanya, seseorang itu seperti saya "

Budak lelaki itu terkejut dengan sikap bapanya dan dia menjawab "Gadis ini akan berkahwin dengan saya, bukan kamu."  Mereka mula melawan dan akhirnya mereka memutuskan kedua-dua untuk pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Apabila mereka memberitahu cerita mereka kepada pegawai polis itu, pengawai polis itu memberitahu mereka, "Bawa gadis itu supaya kita boleh bertanya tentang pendapat dia tentang perkara ini."

Apabila pegawai itu melihat keindahan gadis itu dia berkata kepada budak lelaki dan bapanya: "Kamu kedua-dua tidak layak, dia memerlukan seseorang yang mempunyai prestij seperti saya." Tiga lelaki mula bergaduh dan memutuskan untuk pergi berjumpa menteri untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Apabila menteri melihat gadis itu, beliau berkata: "Dia sepatutnya berkahwin dengan seorang menteri seperti saya". Putera mendengar tentang permasalah mereka dan memanggil mereka semua untuk membantu mereka menyelesaikannya masalah mereka itu tetapi apabila putera itu melihat gadis itu beliau berkata: "Gadis ini akan berkahwin dengan saya".  

Semua lima lelaki mula berjuang. Akhirnya, gadis itu berkata "Saya ada jalan penyelesaian! Saya akan mula untuk berjalan dan sesiapa yang pertama dapat menangkap saya , dia akan menjadi suami saya". Apabila dia mula berjalan , budak lelaki itu , bapanya, pegawai polis, menteri dan putera mula berlari untuk menangkap perempuan tersebut. Tiba-tiba 5 lelaki itu jatuh ke dalam lubang yang dalam.

Gadis itu memandang kepada mereka dari atas dan dia berkata “Adakah kamu semua tahu siapa saya ???" “Saya adalah DUNIA !!!! Orang kejar untuk menangkap saya, mereka berlumba-lumba untuk mempunyai saya. Dengan berbuat demikian , mereka lupa AGAMA mereka, sehingga mereka berakhir di dalam kubur dan masa tu mereka tidak perlukan saya lagi.”

....................................................................................................................................................

CH: Cerita ini asalnya dalam versi bahasa Inggeris CH tukarkan untuk bacaan sahabat semua dalam versi bahasa Melayu..

Sesungguhnya dunia itu adalah indah semuanya, namun kerana keindahan dia, ramai manusia tergoda dan lupa akan syariat yang telah Allah gariskan dalam hidup ini.. Sehingga saat kematian menjemput, ketika itu baru tersedar akan kejahilan diri yang membuang agama dan tergoda dengan keduniaan.. tetapi, ketika itu, penyesalan yang tiada guna, kerana kita takkan dapat kembali kedunia lagi..

Jangan marah muslimat semua, cerita ini sekadar cerita yang memberi pengajaran, bukan mengatakan muslimat itu penggoda dunia, bukan… bukan…. ^^ semoga kita muslimat bukan muslimat yang membawa keindahan dunia yang merosakkan umat dunia.. sesungguhnya muslimat itu penting dalam agama,  pernah dengar kata2 ini, CH tak tahu ini hadis ataupun sekadar kata2:

“Jika mahu melihat bagaimana generasi akan datang, lihatlah wanitanya sekarang bagaimana sikapnya, jika solehahnya mereka, maka soleh dan solehahlah generasi akan dilahirkan kerana mereka yang bakal melahirkan generasi yang akan datang”


Betapa besarnya peranan wanita dalam membentuk generasi akan datang, kerana apa, wanita yang mengandungkan, yang melahirkan serta mendidik, ayah mungkin bekerja tak selalu bersama, sebab itulah wanita itu sangat penting dalam pembentukkan generasi akan datang. Buat wanita semua, bentuklah diri dari kamu masih gadis sunti supaya roh yang ada dalam diri kamu itu adalah roh yang terbaik untuk agama.. Peringatan untuk CH juga..

Wallahu’alam.. Wassalam sayang~



3 comments:

miza zahratuljannah said...

syukran ch :)

miza zahratuljannah said...

sy mnta izin nk share d fb yea :)

Cahaya Hidupku said...

boleh share, CH pun share dari apa yang CH baca.. ^^ syukran sudi baca tulisan Ch y terseberapa ni.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...