. »

Thursday, May 19, 2011

~Aku Sangat Mencintainya~

~Aku Sangat Mencintainya~


<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3

“Alamak, sedihnya, kenapa jadi camni, tak sangka segala usaha aku hancur” keluhan Balqis berpanjangan.. Resah ,sedih, hampa, semua ada…
Balqis ialah di antara pelajar yang ditargedkan sebagai pelajar terbaik untuk subjet prinsip akaun.. tapi semuanya musnah apabila dia mendapat keputusan yang sangat teruk dalam subjet tersebut. Cikgu sudah tidak meletakkan kepercayaan kepadanya lagi.

“Qis, kenapa ni? Sedih jer..”Tanya Eisya, iaitu sahabat baik Balqis.

“Sya, aku malu la, kau tengak la result aku, tak sangka dapat seteruk itu, malu Sya, sedangkan aku pelajar yang ditargedkan A,tapi dapat macam tu” akhirnya keresahan Balqis terluah juga.

“Tak apa Qis, usaha lagi” Kata EiSya..

“Sya, aku malu sangat.. aku selalu tau tanya cikgu, call  cikgu. Tapi alih2 aku dapat teruk, aku nak tanya cikgu pun aku malu tau.. aku nak belajar dengan siapa lagi sekarang.”  Balqis makin resah..dia sememangnya suka belajar melalui hand phone, baginya mudah, bila2 masa sahaja dapat berhubung.


“Qis, aku ada cadangan, apa kata kau cuba belajar dengan kawan Aiman. Kawan Aiman tu pandai sangat prinsip akaun. Dia student dari sekolah berasrama penuh.” Cadang Eisya


Student Sekolah berasarama penuh? Takkan la dia ambil prinsip akaun?” Tanya Balqis untuk mendapatkan kepastian.


“Betul, dia ambil prinsip akaun, dan dia sangat cemerlang dalam subjet ni,cubalah tanya Aiman” Jawab Eisya lagi..

Aku yang tidak berfikir panjang terus bertanyakan Aiman tentang kawannya itu. Aku beritahu hal sebenar yang aku mahu belajar dengan kawannya itu. Selepas itu, Aiman berikan aku nombor hand phone kawannya itu. Kata Aiman  kalau kau ada masalah pelajaran, nanti kau hantar la mesej kat dia.. Jadi aku simpan nombor kawan Aiman itu.. nanti jika aku ada masalah dalam pelajaran prinsip akaun ini, aku akan mesej jer pada dia.

Permulaan kisah ini, aku diberi tugasan yang sangat banyak,kerana pada waktu itu ialah cuti persekolah selama seminggu. Aku dah pening dengan soalan matematik tambahan ni. Aku dah cuba buat, fikir punya fikir, tak dapat juga jawapan. Tiba2 aku teringat kata2 Eisya “Kawan Aiman tu sangat cemerlang dalam Matematik tambahan juga ,bukan prinsip akaun jer tau” . Teringat aku akan kawan Aiman . Aku simpan jer nombor dia,rasanya tak pernah sekalipun aku bertanyakan hal pelajaran pada dia.

Aku pun menghantar mesej padanya, soalan matematik tambahan tadi.

“Salam..saya nak tanya soalan mat + kat awak..ni soalannya 4 kuasa 2X =7 kuasa X, tolong jawab ye, maaf mengganggu”

Selepas aku hantar mesej tadi,aku pun terus tidur, ngatuk sangat..

Tengah2 malam tu,tiba2 hand phone aku berbunyi..geramnya,menganggu aku nak tidur.. aku dengan mengantuk,aku cuba untuk membaca mesej tersebut..

“Siapa ni? Soalan tadi tu salah ke?”


Aku yang terpinga2, terus balas

                “Awak siapa? Soalan apa pula ni?”

Geram betul, ganggu tidur aku jer..tiba2 mesej tadi terbalas lagi.

                “Tadi soalan ni 4 kuasa 2X =7 kuasa X , awakkan tanya?”


Ah.. soalan ni macam pernah tengok jer..Oo,,soalan matematik tambahan aku ni..Oo,,ni kawan Aiman la..Aduh, camne boleh lupa.. aku save nombor dia tanpa nama, hanya nombor sahaja.. patut la, silap aku juga..Aku pun cuba mohon maaf pada dia.

                “Maaf, maaf sangat2..awak dah ada jawapan ke.. tolong tunjukkan jalan kira..” : Aku

                “Tak saya rasa soalan awak salah ni.” :Kawan Aiman

Salah ? aku cuba semak balik soalan yang aku hantar, oh ye la, ada kesilapan.. aku tersilap tulis ni..cuai betul aku ni..Aku pun mesejkan  soalan yang betul..

                    “Ye salah, ni soalan sebenarnya 4X kuasa 2X= 7 kuasa X…….” :Aku

                “Ok.. ni siapa ye, kenal ke?” : kawan Aiman.

                “Oo.. saya ni kawan Aiman, awak kenalkan Aiman” : Aku

                “Oo..Aiman kawan baik saya tu, awak kawan sekelas Aiman ke?”: kawan Aiman

                “Ye saya kawan sekelas Aiman” :Aku

                “Oo..saya Aril, Awak?”   :Kawan Aiman/Aril..

Ah..lelaki ke? Alamak, aku tak pernah kot mesej dengan lelaki.. camne ni, erm… tak apa la, lagi pun niat aku untuk belajar..

                “Saya Balqis, atau Qis”: Aku

                “Oo.. selamat berkenalan..” :Aril

Itulah permulaan perkenalan di antara aku dan Aril.

                Perkenalan ini yang mulanya hanya semata2 untuk bertanyakan hal pelajaran. Apabila aku mempunyai masalah dalam hal pelajaran , aku akan merujuk pada Aril. Rasa gembira apabila aku semakin mudah memahami pelajaran aku. Aku juga makin berusaha untuk mengalahkan Aril. Walaupun Aril dari sekolah berasarama penuh, tapi aku tetap mahu bersaing dengannya.

Perhubungan aku dan Aril makin hari makin erat. Terasa rindu apabila tak berSMS dengannya, apabila sehari tak bertanya khabar,terasa rindu sangat2. Tapi aku tak akan hantar mesej pada dia selagi dia tak hantar, perempuan tak boleh buat macam tu, prinsip aku, perempuan mesti bermaruah.

Satu hari, Aril memberi alasan yang soalan yang aku berikan tu susah untuk di perjelaskan melalui SMS dia mahu menelefon aku.  Aku setuju,sebenarnya sungguh berat untuk aku bercakap dengan lelaki. Telefon aku berdering.. “tik…tik……” Tertera nama Aril di skrin hand phone aku.

“Assalamualaikum…”  aku menjawab panggilan itu dengan gementar.

“Walaikumusalam… “ terdengar suara garau Aril di talian. Sungguh makin aku gementar.

“Soalan ni macam ni……………………” Aril memperjelasakan soalan yang aku tanyakan tadi, suaranya sedikit gementar. Selepas selesai dia menjelaskan soalan tadi. Kami berbual kosong.

“Suara Qis merdu la, mesti orangnya cantik” tiba2 Aril menyuarakan kata2 yang cukup buat aku terserentak.

“Tak ada la, Qis tak cantik pun, Aril pun mesti handsome kan? Dari suara Aril dah menunjukkan yang Ari sangat handsome aku beranikan diri untuk memujinya.

“Tak ada la, saya tak handsome la..sangat2 tak handsome..” dia merendah diri..

“Perasan tak handsome la pula,haha…” aku dah mula selesa dengan Aril. Seronok rasanya bercakap dengannya. Tak pernah aku bercakap dengan lelaki. Inilah pertama kali aku bercakap dengan lelaki. Prinsip aku, aku takkan bercinta, takkan mendekati lelaki. Tetapi aku telah langgar prinsip itu, tak apa la, aku bukan bercouple dengan dia.

Perkenalan aku yang hanya melalui hand phone menyebabkan Aril mahu aku menghantar gambar aku padanya. Aku mulanya tak mahu, tapi akhirnya aku tetap menghantar gambar aku padanya. Dan dia menghantar gambarnya pada aku, masing2 menghantar gambar melalui MMS. Aku dah mengenali dia. Dia agak segak orangnya, aku tak kisah rupanya, tapi aku dah mula tertarik pada agamanya. Dia pernah menjadi hafiz al-Quran semasa sekolah rendah, dan dia adalah anak2 dari golongan alim2. Aku dah mula sukakan dia..

“Qis cantik,  Qis masih nak kawan dengan Aril ke?” Aril bertanya pada aku.

Qis nak kawan dengan Aril lagi la,kenapa tanya camtu.”aku agak penik, takut aku kehilangan kawan seperti Aril.

“Ingat tak nak kawan dah, ye la, siapa la Aril tak handsome kan.” Aril merendah diri.

 “Aril apa kurangnya, segak sangat,nak merendah diri pula haha” puji aku.

<3 Makin hari ,makin aku merasakan yang aku telah jatuh cinta pada Aril. Satu hari, Aril menelefon aku, aku bercakap dengannya seperti biasa. Tiba2 Aril cuba luahkan isi hatinya.

“Qis, Aril sukakan Qis….” Luah Aril.

“Qis ni siapa jer Aril, tak sama macam Aril tau, cuma bersekolah di sekolah biasa, Aril lain bersekolah di sekolah berasrama penuh”  aku cuba menguji.

“Qis, Aril tak kisah semua tu, Aril sukakan Qis, Aril sukakan Qis la..” Aril cuba memujuk aku.

“Aril, sebenarnya, Qis pun sukakan Aril” akhirnya aku mengaku. Memang malu, tapi itu adalah kebenarannya.

“Betul ke? Kita couple ye” tanya Aril.

Aku agak tak setuju dengan perkataan “couple” tu tapi aku suka dia.

                “Ok, kita couple” jawab aku.

                “Ingat tu Qis, kalau ada siapa2 yang kacau Qis, cakap yang Qis Aril punya” Aril mengingatkan aku. Memang aku terasa sangat yakin dengannya, lebih2 lagi dengan kata2nya tadi.

                “Ok….Qis akan cakap macam tu”

Wah,terasa sangat bahagia.. seronoknya, orang yang aku cintai akhirnya jadi milik aku. Hubungan aku dengan Aril berjalan lancar. Tapi tiba2 aku rasa bersalah kerana bercouple, aku terasa aku telah langgar prinsip hidup aku, dan aku rasa berdosa. Aku buat keputusan untuk putus. Mulanya Aril tak nak, tapi aku bagi pelbagai alasan, akhirnya ego lelaki mengalah juga. Dia menerima keputusan aku. Aku dan dia putus, dan aku dan dia berkawan semula. Namun kerana hati menganggap dia sebagai cinta, aku tak boleh menerima apabila dia memanggil aku “kawan”. Aku sedih , dah hampir setiap hari aku menangis, tak sangka cinta ini sangat pedih. Apabila aku dengar desus2 yang dia bercouple sekarang, makin aku sedih.

                Aku mula cuba melupakan Aril dari detik ke detik. Satu hari,pertemuaan aku dengan seorang sahabat. Dia sangat baik dan bersopan,dan sangat menjaga maruah diri. Sejuk mata memandang dengan gaya pakaian yang menutup auratnya. Dia menceritakan tentang cintanya, cintanya hanyalah pada Allah. Hidupnya di dunia ini adalah untuk mencari redha Allah. Katanya yang aku ingat sehingga kini..

“Hidup kita di dunia ini, untuk mencari redha Allah, biar apa yang kita buat adalah sentiasa di redhai Allah. Cinta kita yang pertama sekali adalah pada Allah. Apabila cinta kita yang pertama ialah Allah, pasti cinta kita yang lain di berkati. Pasal jodoh, Allah pernah berfirman, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jadi tak usah la gusar jika tidak bercinta. Cinta yang sebenar dan suci ialah cinta tanpa di cemari maksiat.”


Di sini barulah aku sedar,yang jalan yang aku pilih dulu itu salah. Perhubungan aku dengan Aril itu salah. Hukum bercouple itu haram, dan berhubungan dengan lelaki itu sudah dianggaap haram, hanya perkara yang sememangnya tidak boleh dilakukan oleh wanita barulah boleh meminta tolong pada lelaki, selagi boleh meminta tolong pada wanita,minta la tolong pada wanita,namun jika perkara itu hanya mampu di lakukan oleh lelaki ia dibolehkan,namun itu pun ada batas2nya. Aku cukup bersyukur kerana tidak bercouple berterusan dengan Aril. Couple aku dan Aril tu hanya melalui hand phone semata2. Aku cukup bersyukur, memang aku berdosa kerana suara aku, SMS yang aku hantar pada dia. Aku harap Allah maafkan segala kesalahan aku dan Aril selama ni…………

                Dahi aku di cium. Ingatan aku pada kenangan yang dulu hilang begitu sahaja. Aku menangis ,aku sebak.. akhirnya aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku. Suamiku bukanlah orang yang aku cintai. Aku berkahwin atas dasar agamanya, apabila nama aku dilafazkan oleh suamiku tadi,sah la aku menjadi isterinya. Terasa bahagianya aku, terasa cinta aku hanya pada suamiku.. Inilah nikmat cinta sebenar, yang tidak pernah dicemari oleh maksiat. Cukup bahagia aku rasakan kini. Cinta yang aku alami dulu, yang hanya atas dasar maksiat semata-mata telah menjadi pengajaran pada aku. Allah sayangkan aku lagi, sebab itulah cinta aku dengan Aril tak kekal lama. Dan yang paling penting kini, aku telah memiliki cinta yang suci yang tidak pernah dicemari maksiat. Alhamdulillah……..






.............…………...............….TAMAT………...............................

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Mutiara kata:

Kita minta untuk diperkuatkan dan diteguhkan hati. Allah berikan dugaan dan ujian untuk membuatkan kita kuat dan cekal. Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi pastinya DIA memberikan apa yang terbaik buat kita kerana caturanNYA yang maha halus, pasti ada hikmah di sebaliknya.

p/s:. 
Jika laki itu betul2 beriman, dia tak akan 
ajak perempuan couple, kalau baca cerita ni, 
mgkin laki ni dari keluarga alim2, dan pernah 
jadi hafiz al-Quran, tapi tetap memilih utk 
couple,itu bermakna dia bukan lelaki beriman.. 
wlpun seorang hafiz, tp tetap mengajak wanita ke arah maksiat.. jangan terpedaya dengan status dia tu.. jika benar laki tu mahu jadikan kita isteri, dia akan masuk minang kita, jumpa wali kita.. betul x? Fikirkanlah sahabat.. ^^

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^



No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...