. »

Thursday, May 19, 2011

Perkara yg Tidak Disukai Suami dan Isteri

Assalamualaikum….

Hari ini agak panas di kuala krai.. tapi cuaca mendung dan kelihatan hendak hujan. Namun , hujan tidak kelihatan lagi.. guruh di langit semakin garau.. erm.. itulah kekuasaan Allah tidak semestinya guruh dan mendung di langit akan menghasilkan hujan. Sekiranya Allah tidak mengkehendakkan hujan, maka tiada la hujan. Hari ini aku teringat akan kata2 ustaz aku semasa aku tingkatan 5. Aku rasa mahu berkongsi la dengan sahabat2 semua..

\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/\(^_^)/


Tingkatan 5 ialah tahun yang sangat tension. Jika diingatkan kembali, tahun itu ialah tahun untuk menghadapi peperiksaan SPM. Tapi aku bukan nak cerita pasal tension untuk menghadapi SPM, tapi cerita aku kali ini ialah tentang pengajaran Pendidikan Islam. Masihkah sahabat2 ingat, dalam topik pengajaran Pendidikan Islam tingkatan 5? Topik paling famous ialah bab perkahwinan. Di sini aku mahu ceritakan kata2 ustaz aku yang memang aku ingat sehingga kini.
     
Apakah yang paling tidak disukai suami dan isteri?
          
Ustaz aku pernah menceritakan tentang pengalamannya, hal yang akan aku katakan sebentar lagi adalah salah satu punca keruntuhan masjid yang dibina oleh pasangan2 yang telah berumah tangga.

* “Wahai suami2 yang soleh, jikalau sakit, pedih, dan marahnya kamu terhadap isterimu , janganlah sesekali kamu menampar muka isterimu itu, kerana isterimu akan mengingatinya sampai bila2.” *

* “Wahai isteri2 yang solehah, jikalau tidak puas hati dan marahnya kamu terhadap suamimu, janganlah sesekali kamu meminta cerai, kerana walaupun hanya sekadar mahu menguji suamimu sahaja, namun ego lelaki lama kelamaan akan terusik juga, dan akhirnya, perceraian la yang akan dikau dapat.” *

Di sini aku mahu menjelaskan yang suami tidak boleh menampar isterinya, walaupun ketika itu isteri kamu sangat2 kurang ajar. Kerana menampar pada muka akan membuatkan isterimu ingat sampai bila2. Mungkin kamu telah berbaik dengan isterimu selepas itu, tetapi luka hati isterimu itu tidak akan sembuh sampai bila2. Jadi, untuk mengajar isteri yang kurang ajar, ajar la dengan cara yang betul seperti yang Islam galakkan. Mula2 asingkan tempat tidur, jika tetap tidak berubah, barulah boleh dipukul isterimu itu. Tapi di sini ana mahu ceritakan yang jika silap isterimu sangat la sedikit, jangan la sesekali di pukul pada muka. Ingat!!! Isterimu akan mengingatinya sampai bila2..wanita suka memendam rasa dan mudah terluka.. bahaya tu.. kemanisan rumah tangga tidak akan ada lagi, kerana hati isteri telah terluka.

Bagi isteri, di sini aku mahu menjelaskan bahawa, isteri2 walaupun marahnya kamu terhadap suamimu, jangan sesekali mengugut mereka dengan permintaan cerai. Memang suamimu sangat sayang pada kamu, tetapi kerana egonya seorang lelaki itu, dia sanggup menceraikan isterinya. Lelaki sangat ego, sememangnya ego itu adalah lumrah bagi setiap lelaki. Tanpa ego lelaki itu dianggap dayus. Jadi wahai isteri solehah, janganlah kamu meminta cerai apabila berlakunya perbalahan, kerana lelaki pasti lama kelamaan tercabar dan perceraian yang akan kamu dapat nanti.. Ingat tu wahai2 isteri2 solehah, jaga perkataanmu pada suamimu. Isteri yang melawan kata2 suaminya adalah derhaka. Tidak masuk syurgalah kamu jika suamimu menganggapmu derhaka padanya. Ingat tu, walaupun sejahat mana suamimu,taatlah padanya dan berdoalah semoga dia berubah kearah kebaikan… matlamat asal di sini, aku nak bagitau, isteri janganlah sesekali meminta cerai pada suamimu, ingat, jangan sesekali buat begitu………

Aku rasa ,itu jelah yang aku dapat kongsikan buat kali ni…. Mungkin lain kali aku kongsikan lebih banyak lagi…

Wassalam………


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...